Ibu aku dah tu, umur 50 lebih tapi menyamar jadi cikgu umur 30-an. Dia mengorat lelaki dekat tiktok. Ibu aku juga tiba-tiba pandai main TikTok

Cara ibu aku perkenalkan diri pula penuh dengan penipuan. Dia tipu umur, cakap dia baru 30 tahun, kononnya bekerja sebagai guru. Ibu selalu ber WhatsApp, buat panggiIan suara dan panggiIan video tanpa henti. Siang malam. Bila ayah dan anak – anak tegur, mak ugvt nak ced3rakan diri..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Kejadian ni berlaku bermula lepas raya Aidilfitri tahun lalu. Sejujurnya, sampai sekarang kepala aku masih serabut dan hati masih tak tenang. Ibu kandung aku sendiri ada skandal dan berlaku curang.

Umur ibu aku dah lebih 50 tahun. Aku tak tahulah ada ke tak orang lain yang pernah hadap masalah macam ni, tapi untuk aku sebagai anak, benda ni sangat berat dan memaIukan untuk ditelan. Ibu aku berubah mendadak sampai aku rasa macam aku dah tak kenal langsung siapa ibu aku yang sebenar.

Dulu dia lembut, jaga keluarga, jaga maruah. Sekarang semua tu macam hilang. Bila aku cuba tanya apa puncanya, dia langsung tak nak jawab. Aku, ayah dan adik-beradik lain semua dah tegur, dah marah, dah cuba bercakap elok-elok.

Tapi akhirnya kami pula yang kena ugut. Ibu akan ambil pisau dan cakap nak bunuh diri kalau kami terus tegur. Sedangkan niat kami cuma satu, nak dia kembali sedar dan jaga keluarga. Yang lebih menyakitkan hati, bukan seorang lelaki yang ibu aku layan.

Tapi ramai, lebih dari tiga atau empat orang kenalan lelaki yang kami sendiri tak tahu siapa dan datang dari mana. Cara ibu aku perkenalkan diri pula penuh dengan penipuan. Dia tipu umur, cakap dia baru 30 tahun, kononnya bekerja sebagai guru.

Hakikatnya semua tu bohong. Ibu aku selalu ber WhatsApp, buat panggiIan suara dan panggiIan video tanpa henti. Siang malam. Selama berpuluh tahun aku hidup dengan ibu aku, ini kali pertama aku tengok perubahan yang teruk macam ni.

Ibu aku juga tiba-tiba pandai main TikTok, sedangkan tak pernah ada siapa ajar pun. Bila kami padam akaun dia, tak sampai lama dia buat akaun baru. Beberapa lelaki yang ibu aku kenal tu pun kebanyakannya dari TikTok. Dari situlah semuanya bermula. Dari sekadar sembang, lama-lama jadi makin melampau.

Perkara yang paling mengejutkan aku bila aku sendiri ternampak dan tangkap mesej WhatsApp ibu aku. Ibu hantar gambar yang tak menutup aurat, guna panggiIan ayang dan abang kepada seorang lelaki yang langsung bukan suaminya sendiri. Masa tu aku rasa dunia aku runtuh.

Aku tak sangka ibu aku sanggup buat perkara macam tu. Ayah aku pula sangat marah sampai dia terfikir nak lepaskan ibu aku. Tapi ibu merayu, menangis, minta maaf dan minta ayah maafkan dia. MaIangnya, perkara tu tak berhenti setakat tu saja.

Lepas dimaafkan, ibu buat lagi. Ulang lagi dan lagi. Tak pernah serik. Ayah aku ni seorang lelaki yang sangat baik dan bertanggungjawab. Seumur hidup aku, aku tak pernah nampak ayah naik tangan, pukuI atau menengking ibu depan kami. Berg4duh pun jarang.

Sampai sekarang ayah masih jaga ibu dengan baik, ikutkan semua kehendak dia, layan dia elok-elok. Tapi aku sendiri tertanya, kenapa ibu aku langsung tak menghargai semua tu. Ayah dah buat peranan dia sebagai suami. Bab bawa berjalan memang dah dibuat.

Ayah akan bawa ibu pergi ke mana saja ibu nak. Baru-baru ni ayah bawa ibu naik Genting, makan-makan dekat Kuala Selangor, pergi Fraser Hill. Ayah sanggup habiskan duit, tenaga dan masa asalkan ibu gembira. Tapi persoalannya, semua tu masih tak cukup ke untuk ibu aku. Tak membahagiakan lagi ke kehidupan yang dia ada tu.

Sebagai anak, aku betul-betul buntu. Aku tertanya-tanya, kenapa ibu aku boleh berubah sampai macam ni. Adakah ibu aku s4kit. Atau ibu aku sebenarnya mengalami masalah emosi. Ada orang cakap mungkin mer0yan, mungkin tekanan, mungkin gangguan.

Ibu aku memang suka bercakap bohong, suka mereka-reka cerita dan suka mengugut bila ditegur. Semua ciri tu makin jelas sejak kejadian ni berlaku. Kami sekeluarga dah cuba pelbagai cara. Pujuk dengan baik tak jalan. Tegur dengan tegas pun tak jalan. Marah pun tak jalan. Insaf sekejap, lepas tu ulang lagi.

Minta maaf, menangis, berjanji, tapi akhirnya buat benda yang sama. Kaunseling ibu tak nak. Jumpa doktor pun ibu tak nak. Katanya dia okey, dia tak sakit, dia sihat. Rawatan Islam pun dah dibuat, tapi per4ngai ibu masih sama.

Percayalah, semua yang orang luar boleh fikir, kami anak-beranak dah buat. Tapi hasilnya tetap sama. Setiap hari hidup dalam ketakutan. Takut ibu buat benda di luar jangkaan. Takut ayah makan hati. Takut keluarga ni h4ncur perlahan – lahan.

Kadang – kadang aku sendiri rasa penat emosi. Penat nak fikir. Penat nak jaga perasaan semua orang. Akhirnya, satu – satunya jalan yang nampak mungkin adalah perpisahan. Bukan sebab kami tak sayang, tapi sebab kami dah terlalu letih dan tak tahu lagi cara nak selamatkan keadaan.

Kalau berpisah boleh hentikan semua ni, mungkin itu yang terbaik walaupun pahit. Aku cuma mampu minta doa. Doakan yang baik – baik untuk keluarga kami. Doakan ayah kuat. Doakan ibu sedar. Terima kasih sebab sudi baca luahan aku sampai habis.

Komen Netizen :

Fieza Lurve Shie : Sokongan keluarga memang penting pada masa – masa macam ni. Suami dan anak – anak tak boleh biarkan ibu bersendirian terlalu lama sampai beri ruang untuk ibu cari orang lain bagi isi kekosongan. Didik perlahan – lahan.

Dalam masa yang sama, cuba bercakap elok – elok dengan kawan – kawan skandal dia supaya mereka faham dan berhenti mengganggu. Benda ni perIukan kesabaran yang tinggi dan pendekatan yang berperingkat, bukan secara p4ksaan.

Muhammad Bin : Ni dipanggil k3jutan budaya. Sebelum ni mungkin dia terperap dengan jenis hidup yang dia sendiri tak sedar. Bila dah tahu satu benda baru, dia jadi terlalu obses pula. Memang ada orang macam ni. Benda ni pun berlaku dalam kalangan orang yang dekat dengan aku sendiri.

Kebanyakannya orang tua dulu guna telefon biasa, tapi bila dah guna telefon pintar macam sekarang, terus berubah per4ngai. Ada yang layan Facebook menggatal, ada yang main aplikasi karaoke sampai ke ladang getah sebab nak sorok daripada orang. Kalau dah tua tapi masih kena k3jutan budaya macam ni, kebanyakannya memang susah nak dibendung.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :