Susah senang ibu dengan ayah tapi layanan ayah dekat ibu serupa h4mba abdi je. Kalau nak makan itu ini, minta dekat ibu. Nak suruh buat itu ini pun suruh ibu. Tetapi kalau dengan bini muda itu ini tidak boleh. Risau penat…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, salam sejahtera admin dan pembaca semua. Tak tahulah dari mana saya nak mulakan… Saya mempunyai seorang ayah yang berumur 62 tahun, ibu yang berumur 59 tahun dan ibu tiri yang berumur 51 tahun.
Ayah baru berkahwin dengan ibu tiri pada awal tahun 2012. Sehingga kini kami adik beradik hanya berpura – pura baik di depan ibu tiri dan ayah agar ayah tidak berkecil hati dengan kami. Walaupun kami masih belum sepenuhnya ikhlas menerima ibu tiri itu, kami tidak pernah melakukan perkara tidak elok dengannya, cuma layanan kepada dia sudah tentu tidak sama dengan layanan kami kepada ibu kami.
Susah senang ibu bersama ayah tetapi layanan ayah kepada ibu serupa seperti h4mba abdi sahaja. Bayangkanlah, kalau hendak makan itu ini, minta kepada ibu. Hendak suruh buat itu ini pun kepada ibu, tetapi kalau dengan yang muda itu tidak boleh. Nanti alasannya “nanti penat mamanya… s4kit pinggang lah apa lah.”
Walhal ibu itu sampai tahap kaki sebeIah dia itu datang s4kit balik sebab lutut ibu sudah tidak ada gris (tidak tahu eja bagaimana). Ibu itu s4kit pinggang bagaimana pun suruh juga pula buat kerja. Tak ada pula ayah tu nak kesian dekat ibu.
Masih saya ingat lagi, waktu Raya tahun lepas, ibu yang berpenat lelah, tunggang langgang di dapur masak itu ini. Perempuan itu gosok baju raya tapi bila turun – turun, mengadu pula dekat ayah s4kit pinggang. Eh siap ayah urut dia lagi..
Selama hidup 29 tahun tidak pernah nampak ayah urut ibu. Ayah sangatlah tidak adil. Kebetulan baru – baru ni ibu kami telah mengutarakan niatnya nak pergi ke Cameron Highland. Jadi saya dah berbincang dengan abang saya untuk kami adik beradik kumpul duit dan rancang untuk bawa ibu pergi sana.
Kiranya sebagai hari keluarga lah sebab kami pun memang tak pernah pergi bercuti sama – sama sejak semua dah ada keluarga sendiri kan. Nak pula ibu memang jenis yang suka duduk rumah, dengan kesihatannya yang kurang mengizinkan.
Rancangan kami untuk ke sana langsung tak termasuk ibu tiri kami sebabnya kami dah tahu sangat per4ngai ayah kami ni. Kalau ibu tiri ni takde depan mata pun (ibu tiri tinggal di Alor Setar), mulut ayah tak pernah lekang ye dengan sebut “Mama”. Ada sahaja benda yang hendak dikaitkan dengan mama.
Sampai tahap boleh munt4h d4rah lah kami ini tapi kami diamkan je sebab nak menjaga hati ayah lah katakan. Dan bayangkanlah kalau mama itu ada sekali, confirm – confirm lah bukan s4kit telinga sahaja, s4kit hati dan s4kit mata lah. Boleh rosak mood nak bercuti nanti.
Tambahan pula kakak saya awal – awal dah bagi amaran, kalau pergi ini mama ikut memang abang ipar tak mahu ikut sekali. Nak dijadikan cerita memang abang ipar sangat – sangatlah tak suka ayah ini kahwin lain sampai tahap kalau boleh tak mahu langsung berjumpa dengan mama ini.
Jadi perkara ini saya ceritakan kepada suami, rupa – rupanya suami saya pun begitu juga. Bak kata dia “Kalau abang pun tidak mahu pergi kalau mama ikut. Yelah, macam sayang tak tahu per4ngai ayah tu macam mana. Kita nak pergi sana nak berseronok, suka – suka, alih – alih pergi sana nanti masing – masing s4kit hati tengok mama dan ayah bercengkerama lebih.
Kesian dekat ibu.” Saya memang setuju apa yang suami katakan itu. Saya pun tak nak mama ikut. Tetapi alih – alih ibu pula dah tersasul bercakap tentang rancangan kami ini dekata mama dan ayah. Kalau dekat ayah tu tak kisah lah lagi tetapi ni dekat mama???
Yang peliknya mama ini seperti tahu – tahu je ada orang tidak suka dekat dia sebab dia cakap “Eh bolehkah mama pergi sekali?” Lepas itu ayah pun jawab “Mestilah boleh!” Haaaaa… Sudahhh! Sebenarnya saya tahu ibu saya!
Dia reda dalam terp4ksa sebabnya kalau sebenarnya redha sudah pasti ibu saya tak akan cerita apa – apa yang dia tidak puas hati tentang mama tiri atau ayah sekalipun. Tetapi kalau ibu tak cerita sekalipun di depan mata kami sendiri pun sudah tahu bagaimana per4ngai mama tiri dan ayah yang membuatkan ibu terasa.
Bukannya kami ini mengapi – apikan ibu kami tetapi kami bercakap berdasarkan FAKTA bukan semata – mata emosi. Kalau sudah kami adik beradik berdrama sesama ibu, yang si ayah ini pula sentap nanti. Kami faham sangat per4ngai dia.
Kalau boleh, kena juga sama adil dengan mama layanannya. Sebagai contoh Hari Ibu… sibuk mesej kepada kami adik beradik suruh ucapkan kepada mama juga. Penat melayan permintaan ayah semata – mata hendak jaga hati mama.
Ok, memang kes di atas tu dah spoiled semangat kami punya rancangan nak pergi ke Cameron yang tidak tahu bila. (rancangan bulan 12 tidak jadi sebab musim tengkujuh kan, jadi ditangguhkan ke bulan 2/3 tahun depan mungkin).
Jadi kami pun luahkan ketidakpuasan hati kenapa ibu beritahu mama tentang rancangan ini. Lepas itu alih – alih ibu cakap kalau tidak mahu beri dia pergi, batal sahajaIah pergi. Aikkk, boleh pula begitu. Kami memang hendak bawa ibu ke sana tetapi kalau ada mama memang TIDAK lah.
Persoalannya sekarang ini: Anda rasa bagaimana, perIukah kami biarkan mama ikut sekali? PerIukah kami yang berko0ban perasaan semata – mata hendak menjaga hati ayah supaya mama ikut sekali? Sekali lagi, perIukah ibu kami berk0rban perasaan juga demi ayah walhal ayah memang lebih – lebihkan mama sahaja? Ibu itu kira seperti kuIi kepada ayah lah. Tolong, sangat memerIukan nasihat atau pandangan anda semua.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.