Ibu ayah benci aku sebab aku juling. Adik beradik hina aku. Dari kecik, aku kena kerja sebab ayah tak bagi duit belanja, ibu tak mengaku anak

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Dih1na sejak kecil tanpa melakukan kesalahan. Boss nasihatkan aku balik jumpa mak. Sekali mak halau aku. Ibu kata dia malu lahirkan aku. Kakak dari belakang jadi batu api. Aku tr4uma..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum WBT. W4rganet di FB. Aku follow kisah – kisah di FB dah lama, menjadi silent reader, membaca masalah orang dan tidak mampu untuk memberi nasihat sokongan kerana aku sendiri mungkin akan dicopkan sebagai Si Tanggang apabila anda semua membaca confession aku ini nanti.

Aku anak keempat dari 6 beradik. Sejak kecil lagi aku sudah biasa menguruskan hidup sendiri dek kerana ketidakadilan ibu bapa aku membahagikan kasih sayang. Bayangkan, duit poket ke sekolah ayah tidak pernah memberikan kepada aku.

Hanya adik beradik yang lain menikm4ti keistimewaan ini. Sejak umur 12 tahun aku terp4ksa bekerja cuci kereta di perumahan aku untuk menampung hidup. Bab dic4ci, dihukvm, dis3pak, ter4jang tu perkara biasalah. Tapi mungkin kerana aku lelaki, jiwa aku sem4kin kentaI apabila dipukuI tanpa sebab.

Adik beradik aku sendiri tidak hormat aku. Kalau ada kenduri kend4ra, aku tidak diajak pergi bersama. Ibu sentiasa mengatakan dia malu ada anak seperti aku. Sebab mataku juIing dan hitam. Jiran selalu mengutuk paras rupa aku dan dipanggil “ugIy duck”.

Kerana paras rupa aku begini, aku selalu dihindar dan disisih oleh semua orang. Tapi Allah memberikan aku kelebihan, iaitu kepandaian. Aku mendapat straight A’s bagi semua peperiksaan walaupun aku terp4ksa bekerja keras. Mana taknya, setiap pukuI 2 petang aku masuk kerja cuci kereta, hantar makanan dan bersihkan rumah orang.

Bila result aku bagus, ibu tidak pernah beritahu dekat semua orang, tidak ada civman kejayaan apatah lagi berbangga dengan pencapaian aku. Adik beradik aku ada yang berhenti sekolah kerana tidak mahu belajar. Tetapi tiada bantahan atau h1naan yang keluar dari mulut mereka.

Apabila habis SPM, aku tekad untuk keluar dari rumah itu. Aku menangguhkan pelajaran ke Universiti kerana terp4ksa bekerja untuk mengumpul modal belajar. Rezeki aku dapat majikan yang baik. Aku berjaya menjadi supervisor kilang di Shah Alam.

Mulanya aku sem4kin lupa tentang keluarga di rumah. Tapi majikan aku menasihati supaya jangan berdend4m dan jangan jadi anak derh4ka. Aku tidak mahu ke ner4ka, aku kembali ke rumah untuk melawat ibu. Ayah sudah meninggaI setelah aku habis SPM.

Tapi, aku dihalau dan dih1na seperti dahulu. Aku cuba berlembut dengan ibu, tetapi ibu meIudah aku dan mengatakan dia malu melahirkan aku. Adakah kerana aku hanya juIing? mereka membenci aku sehingga macam ni sekali? Kakak siap menc3muh mengatakan aku ini anak ner4ka, setiap kali melihat aku jiwa mereka panas. Ya Rabbi, apa salah aku?

Aku pun kembali ke Shah Alam dengan jiwa yang s4kit. Aku menjadi tr4uma untuk kembali ke rumah keluarga. Genap setahun aku bekerja, Aku usulkan kepada majikan untuk berhenti kerja, kerana aku ingin menyambung pelajaran. Majikan aku menolak surat berhenti aku dan meluluskan skim biasiswa untuk aliran kejuruteraan mekanikal.

Aku tidak minat engineering, tetapi memikirkan hidup aku perlu ada gaji, aku terima walaupun aku tidak tahu nasib selepas itu. Genap 6 tahun pengajian separuh masa, aku berjaya lulus dengan purata CGPA 3.20. Alhamdulillah, aku terus berkhidmat di Kilang terbabit dan berjaya menjadi Engineer.

Dan selama 6 tahun tersebut itulah aku tidak melawat keluarga aku Aku terbaca banyak confession mengenai krisis keluarga. Aku ingin beritahu semua, sebenarnya hati aku sudah kering untuk melawat mereka. Dih1na sejak kecil tanpa melakukan kesalahan. S4kit dicvcuh api masih ada kesan sehingga sekarang.

Setiap kali raya, aku akan tumpang beraya rumah sahabat baik aku di Kelantan. Seronok beraya dengan suasana kampung di sana sehingga aku sudah rasa aku tidak perlu lagi untuk berbaik dengan keluarga Sahabat semua, adakah aku akan ke ner4ka kerana hati aku sudah kering sekering keringnya terhadap keluarga aku.

Mend3ra em0si dan mental sejak kecil. Aku tidak berdend4m, cuma hati aku sudah tidak dapat diubati lagi. 2 tahun lepas aku cuba untuk kembali ke rumah keluarga, tapi aku melihat dari jauh, mereka begitu gembira bergelak sakan dan aku terus balik kerana tidak mahu menganggu kebahagiaan mereka.

Mungkin betul aku anak dari ner4ka. tetapi aku hanya mampu berdoa supaya Allah mengasihi aku kerana aku hanya ada Allah dan Rasulku. Tidak mengapa manusia membenci aku, tetapi aku harap Allah menerima setiap doa aku kerana aku tahu aku tidak berpeluang menerima doa dari ibu aku sendiri,

Kerana adik beradik aku ramai perempuan, aku melihat sikap mereka mengh1na ciptaan Allah, aku sudah takde keinginan untuk berkahwin. Aku takut dengan wanita zaman sekarang dengan mulut yang membawang, mengh1na orang dan merasakan mereka adalah ahli syurga.

Aku tahu tidak semua wanita sebegitu, tetapi kebanyakan yang aku jumpa adalah seperti itu. Cuma aku tidak mahu menambah d0sa sekiranya isteri aku berper4ngai macamtu. Aku akan jalani pembedahan untuk betulkan mata aku 2 minggu lagi, aku mohon kalian semua mendoakan kesihatan aku dan cepat sembuh.

Maafkan aku sekiranya ada yang marah, tetapi percayalah, sikap mengh1na orang itu menyebabkan bukan sekadar h4ncurnya hati, tetapi tr4uma yang diterima itu akan berkekalan hingga akhir hayat Terima kasih, – Firuz (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Zam Zainol : 1. Tahniah sebab berjaya harungi hidup dengan jayanya walaupun dihalau, dik3cam, dim4ki dan dipukuI. 2. Selamat menjalani pembedahan. 3. Walau dibuang teruskan menjadi anak yang baik dan soleh dengan  mendoakan kedua ibubapa.

4. Semoga bertemu j0doh yang baik untuk adik, di dunia dan akhir4t. 5. Jangan ulang perbuatan mereka kepada anak – anak atau sesiapa pun yang berada di sisi awak. 6. Terus maju jaya dalam hidup dan menjadi insan yang bermanafaat kepada agama bangsa majikan dan negara.

Zuraini Din : Confessor, awak bukan anak derh4ka tapi ibubapa tu yang derh4ka kepada anak kerana tidak adil dan tidak bertanggungjawab kepada anak. Semoga awak bertemu perempuan baik dan dapat membina keluarga sakinah awak sendiri.

Selamat menjalani pembedahan mata. Maafkan keluarga awak tu. Tak payah lah balik lagi jika merasa akan mer0sakkan kebahagiaan mereka dan mer0sakkan perasan awak. Sampai suatu masa nanti mungkin awak balik bila mereka dah sedar. Allah yang mengatur semuanya. Berserah saja kepada Allah.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5151 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.