Ibu dah tua, per4ngai narsistik. Ibu tinggalkan bapa yang tua dekat majlis kenduri, sampai bapa terp4ksa jalan kaki 5KM

Berpuluh tahun bapa sabar dengan per4ngai ibu yang nusyuz, bapa anggap ibu giIa dan terus bertahan. Depan orang, ibu berlagak macam isteri mithali tapi di belakang, bapa jadi m4ngsa ibu. Ibu pernah menjerit dekat bapa yang, d0sa dia..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika penulisan aku ini diterbitkan. Terketar juga nak menulis confession ni, takut jatuh anak derh4ka pula. Harap dapat pandangan rakan – rakan sekalian. Seperti tajuk di atas, ibu aku seorang narsis1s. Kami semua adik beradik dibesarkan oleh beliau yang bekerja sebagai penjawat awam.

Alhamdulillah semuanya cukup dalam Pelajaran, Agama dan Pekerjaan berkat doa Beliau juga kot mungkin (doa ibu tiada hijabnya kan). Selalu kita baca luahan kisah suami yang narsistik, bapa yang narsistik tetapi lain pula dengan kisah aku.

Berbalik pada sifat ibu yang amat aku risau di alam kemudian seterusnya barzakh. Ibu seorang narsis1s yang terlalu over claim dan dominan dalam segala konfIik yang berlaku sehingga ayah aku juga mengaku dia sebenarnya memang dah jatuh Nusyuz pada suami sendiri. Untuk pengetahuan, bapa aku adalah seorang kaunselor yang amat disegani di jabatannya.

Sampai dia pon telah beralah kerana tak mahukan penceraian. Pernah dia meluahkan bahawa punca utama dia tak nak bercerai adalah kerana per4ngai Narsis1s ibu  mula menjadi-jadi setelah kelahiran anak yang pertama (sebab anak).

Di khalayak ramai atau ketika bersama dengan sepupu atau saud4ra mara yang lain, ibu akan berlakuan sangat feminin, baik, dan solehah. Dihidangkan air kepada suaminya, bercakap dengan nada lemah lembut, setuju dengan segala yang bapa aku cakap. Kiranya macam seorang isteri yang taat.

Namun dikala hanya dia berdua bersama bapa, dialah yang terpaling betul dan dominan (Ini semua diluahkan oleh bapaku sendiri dan juga dari pemerhatian kami adik beradik). T3ngking, herdik, tinggi suara tak payah cakap la, memang selalu.

Pernah juga ditinggalkan bapa kami di suatu majlis perkahwinan sehingga bapa yang w4rga emas tu terp4ksa balik berjalan kaki lebih kurang 5KM sebab fon dalam kereta so tak boleh call sesiapa. Pernah jugak bapa aku meluahkan dia pernah bertempik padanya, “D0sa tak D0sa aku Tetap Betul”.

Pernah jugak aku ingat kejadian masa aku kecil bila dia hangin semua perabot dalam rumah dia rosakkan ( ko bayangkan habis kabinet, almari, kerusi meja satu rumah di terbalikkan nya). Pernah dia marah kejar aku pakai p1sau dapur (masa aku kecik).

Pernah juga dia tinggalkan aku di sekolah masa umur 12 tahun sampai pukuI 1 pagi sebab malas jemput aku sebab bapa aku masih dalam flight during outstation. Tr4uma aku.  Kami Anak tiada kuasa menegur dia akan menggunakan kuasa veto “I AM YOUR MOTHER, Jangan jadi anak derh4ka”,

Syurga bawah tapak kaki ibu (memang betul pon) dan ibu tidak boleh minta maaf pada anak – anak tu prinsip dia walaupun dia ternyata salah, dia akan t3mpik p4ksa aku berhenti nangis masa kecik (aku pon tak tahu camne aku bole ingat, masih segar).

Walaupon sekarang ada je bende kecil yang kami buat salah pasti dicop jatuh derh4ka. Cakap baik – baik slow harini macam ok, esok kalau ada angin dia datang, anak – anak dan suami la bahan dia. Kalau pada anak – anak takpela nak bebeI, bende biasa. Ini suami pon dia tinggi – tinggi suara.

Jauh di lubuk hati. Yes, kami sayang ibu kami. Tapi bapa aku juga dah berserah dan anggap Ibuku dah giIa. Jadi terp4ksa hadap je hari – hari walau macam – macam cara islamik dia dah buat dan tinggal dia makan hati jela sian dia.

Ini yang paling aku tak paham sekali. Ceramah agama ustazah, ustaz kemain tonton hari – hari, macam – macam ustaz, ustazah dia kenal. Ilmu agama macam – macam ayat, macam – macam ilmu tahu. Tapi bila ketaatan pada suami langsung dia tak ikut, paling aku sedih bila dia puji suami orang lain (harta dan rupa) depan bapaku.

Tahajud, Dhuha, Sunat, Almatsurat, Hajat, taub4t selalu buat. Tapi bila nusyuz pada suami korang paham – pahamlah apa jadi semua amalan tu. Ini yang kami risau, aku pernah dengar ustaz ceramah amalan isteri yang derh4ka ni sejengkal dari kepala pon tak lepas naik.

Sekarang mereka berdua dalam umur w4rga emas. Yes kami sayang ibu kami, tapi biarlah keluarga ini tetap utuh sampai Ke-Syurga. Mohon pandangan sahabat-sahabat semua. Sekian.

Komen W4rganet :

Nur Sumayyah : Per4ngai ibu awak terjadi selepas kelahiran anak yang pertama. Mungkin mer0yan.. Kenapa ayah awak tak usaha untuk bawak ibu awak berubat atau cara alternatif yang lain.. Kadang – kadang jadi macam tu boleh disebabkan sih1r atau pun s4ka.

Benda ghaib macam ni memang wujud. Dalam al quran pun ada dinyatakan. Dan salah satu rukun iman juga percaya kepada benda ghaib. Seseorang yang normal atau ok tetiba berubah jadi yang sebaliknya mesti ada suatu sebab. Carilah punca tu. Nak hukvm ibu awak sebagai derh4ka, awak kena tahu dulu apa punca dia jadi macam tu. Doa yang baik – baik utk ibu awak. Mintak petunjuk dari Allah.

Leeya Omar : Bawalah mak pergi dapatkan rawatan doktor. Jangan terus jatuh hukvm nusyuz pada ibu. Cuba baca tentang post p4rtum depr3ssion, maj0r depr3ssion dis0rder.. Fahamkan dan cuba dapatkan pandangan doktor. Ayah banyak meluah dengan anak – anak, pernah dengar tak luahan ibu pula?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.