Setelah 20 tahun berkahwin, akhirnya terbongkar ayah sudah berkahwin lain selama 6 tahun. Alasan ayah sebab ibu terIampau sibuk uruskan 5 orang anak – anak. Tanpa fikir panjang ibu failkan fasakh. Sepanjang PKP ibarat episod duka buat anak – anak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Andai confessions ini disiarkan, moga netizen berikan komen yang membantu aku. Semoga semua netizen dikurniakan rezeki yang meIimpah ruah. Aku seorang wanita berusia lingkungan 25 tahun.
Ini kisah hidup aku. Aku mempunyai 5 orang adik beradik. Aku sudah pun menamatkan ijazah. Sedang bekerja dan mencari erti hidup. Adik beradik yang lain sekadar SPM, PMR atau belajar tidak habis. Aku bukan anak sulong atau anak bongsu.
Ini pula latar belakang ibu bapa aku. Ibu aku seorang wanita warak. Penampilan dia sangat menutup aur4t. Ibu tidak pernah tinggal solat dhuha dan tahajud. Setiap hari ibu mengaji Al–Qur’an. Sekali pandang ramai mengimpikan emak seperti ibu aku.
Ayah aku pula seorang lelaki biasa. Tidak tahu bab agama. Sekadar biasa – biasa. Tetapi ayah seorang yang rendah diri. Ini pula kisah sebenar kehidupan aku. Ayah mula berubah masa 20 tahun lalu. Ayah sibuk dengan kerja.
Jarang ada di rumah. Demi mencukupkan ekonomi keluarga ayah kerja lebih masa. Sehingga ayah benar – benar sibuk. Ayah selalu keluar outstation. Dan akhirnya terbongkar ayah sudah berkahwin lain selama 6 tahun. Alasan ayah?
Kerana tidak tahan dengan sikap ibu. Kerana ibu tidak menjaga keperluan ayah. Em0si, harta benda, penghormatan, penghargaan semua ibu tidak ambil peduli kerana sibuk menguruskan 5 orang anak. Kemudian, ibu failkan fasakh kerana tidak mahu hidup bermadu.
Setelah itu, kehidupan ibu dan 5 orang anak benar – benar terjejas. Ibu failkan fasakh tanpa berfikir panjang. Keputvsan mahkamah dan hak penjagaan anak memihak kepada ibu. Semenjak itu, ayah sem4kin culas memberikan nafkah anak.
Ya, masalah demi masalah timbul. Ibu baru mahu mula bekerja. Ditambah pula ragam anak – anak. Masalah kewangan mula memghimpit ibu. Ibu juga mempunyai masalah kesihatan yang tidak kr0nik lagi ketika ini. Hari berlalu, ibu sem4kin berubah. Ibu bertukar menjadi b3ngis, pemarah dan panas baran. Eg0 ibu sentiasa di hadapan.
Semua anak tidak dibenarkan membuat hatta satu kesalahan. Ibu tidak mahu lagi mendengar tangisan anak walau apa jua alasan. Ibu tidak mahu lagi melihat anak – anak berg4duh. Semua itu dilarang. Ibu sudah tidak memeIuk anak – anak.
Ibu juga tidak pernah mengungkap kata – kata sayang atau kata – kata motivasi. Kesan kepada anak – anak? Anak – anak membesar dengan ketakutan. Membesar dengan rasa benci kepada ibu dan ayah. Ketika kanak – kanak lain bermain di taman permainan, kanak – kanak ini terkurung di dalam rumah.
Takut untuk keluar bermain. Takut meminta izin. Takut hendak bercakap. Takut akan ibu. Takut dimarahi. Takut dipukuI. Maka bermula episod hitam. Adik beradik ku yang lelaki mula ponteng sekolah, meIawan cikgu, bertumbvk, pecah masuk rumah orang, dan lain – lain.
Yang perempuan? Bergaul bebas, ponteng sekolah dan lain – lain. Ya, berlaku kepada ahli keluarga aku. Ya ibu sudah berubah. Mulutnya penuh kata – kata cemuhan dan m4kian. Hari demi hari sama sahaja. Dan semua anak sudah meningkat dewasa.
Ya, mulut ibu masih sama. Setiap hari ada sump4han baru. Ada m4kian baru. Ada c4rutan baru. Ibu berwatakan nars1stik dan eg0istik. Ayah? Dia ada. Tetapi begitulah sikap bersahaja. Ayah? Ayah seorang play v1ctim tetapi ayah bukan manusia menc4rut atau m4ki hamun.
Ayah culas bab nafkah. Dijanjikan RM100 untuk setiap anak. Tetapi diberi hanya RM50 atau separuh. Begitulah kitaran. Tetapi syukur, ibu mendapat bantuan pelbagai pihak untuk hidup dan membesarkan anak – anak. Cuma tidak tahu di mana silap.
Wang sering menjadi isu. Anak – anak seperti patung boneka. DipukuI, dim4ki hamun, diherdik, dih1na dan disump4h seranah. Semua berlaku ketika kecil.. Selepas dewasa, em0si anak – anak dicaIarkan dengan kata – kata m4kian.
Sepanjang PKP ibarat episod duka buat anak – anak. Seperti menelan kaca, peritnya untuk hadam segala kata – kata ibu. B4bi, b0doh, anjing, anak tak guna, anak h4ram, anak pembawa siaI dan lain – lain. Selain kata – kata itu, ibu juga akan berkata,
“Menyesal lahirkan manusia seperti kamu” “Aku tidak halaIkan air susu ibu” “Aku sepatutnya gugurkan kamu” “Moga kamu m4ti diIanggar lori” Dan lain – lain cukup pembaca faham perasaan saya. Di bawah ini ialah soalan – soalan yang diberikan kepada saya untuk memberi solusi kepada sikap ibu ini.
Ada yang berkata, “kenapa tidak pindah jauh, jangan stay sekali”
Jawapan saya : Ibu mempunyai masalah kesihatan kr0nik sekarang ini tetapi mulut Ibu masih boleh berkata – kata. Oleh itu amatlah sukar untuk anak tinggalkan ibu bersendirian.
Ada yang berkata, “berikan ibu nasihat dan dengarkan ibu ceramah agama”
Jawapan saya : Ibu sering mendengar ceramah agama dan saya tidak tahu mengapa ibu masih bersikap begini.
Ada yang berkata, “nasihatkan ibu secara halus iaitu post moment mengenai d0sa – d0sa ibu menyump4h anak atau apa – apa yang brkaitan”
Jawapan saya : Ya… sudah dilakukan. Hasil nya? Hubungan ibu dan anak yang “post” moment – moment itu akan menjadi sem4kin keruh. Segala keburukan atau kekurangan anak itu akan menjadi zikir sepanjang masa. Ibu akan menafikan sekeras – kerasnya moment – moment anak itu.
Ada juga yang berkata, “berikan ibu perkara yang Ibu sukai, nescaya ibu berubah ”
Jawapan saya : Ibu sukakan Wang. Anak – anak berikan wang, walau kadang tidak banyak tetapi tidak putvs. Tetapi akhirnya ibu tetap mngeluarkan kata – kata buruk untuk didengari.
Jadi harus dilakukan bagaimana lagi? Kesan? Ya memberi kesan hebat kepada aku dan adik beradik aku. Kata – kata m4kian dan c4rutan makanan setiap hari. Ya sesama sendiri juga sering begitu. Bulan puasa? Sama sahaja.
Bagi adik beradik perempuan, untuk melangkah ke alam perkahwinan ialah perkara yang sangat must4hil. Takut menjadi ibu seperti IBU, takut anak – anak melalui nasib seperti ANAK – ANAK ini, takut bersuamikan LELAKI seperti ayah.
Sebagai perempuan, semenjak dewasa saya mula memahami sikap ibu. Saya tidak tahu nasib saya jika berada di tempat ibu. Saya cuma tidak faham mngapa ibu suka marah – marah dan m4ki hamun? Tetapi Ibu warak.
Saya bukan lagi kanak – kanak yang hanya menerima setiap m4kian ibu. Tetapi mentaI dan em0si saya dan adik beradik sangat kukuh dan kuat. Doakan ibu saya berubah wahai netizen. Doakan saya mndapat ibu yang penyayang dan berkata – kata baik. Saya dan adik beradik takut sump4han ibu menjadi nyata. – Yuna (Bukan nama sebenar)
Komen Wargarnet :
W.n. Fatiha : Walaupon bapak awak tak m4ki hamun anak – anak tapi dia lah yang menjadikan ibu awak macam tu. Bukan salah ibu awak ni salah bapak awak 100% dah la curang, mengabaikan tanggungjawab dan buat ibu awak depr3ssion.
Tapi cara ibu awak nak m4ki hamun anak – anak tu memang salah. Itu dah ibarat doa dari mulut dia. Dia kena muhasabah diri juga. Ingat ye masa s4kit nanti, anak juga yang akan jaga dia. Anak – anak pon satu, yang dah besar tu ringankan tuIang, tolong ibu.
Biarlah ibu nak cakap ape dan tak hargai pon. Apa yang penting awak semua dah buat bahagian masing – masing sebagai anak. Anak yang berbakti kepada ibu bapa, inshallah dimurahkan rezeki oleh Allah. Ibu awak sangat penat minda dan badan. Pesan kat adik – adik tolong jangan buat per4ngai. Ibu awak tak ada kasih sayang. Sebab tu dia jadi b3ngis. Bagi dia cucu inshaAllah dia akan turn down b3ngis dia.
NuRina LyLia : Untuk ubahkan ibu, hanya doa Yang boleh buat masa sekarang ni. Jadi apa yang boleh awak buat, cuba seIamatkan adik beradik awak. Nasihat dan cerita pada adik beradik yang ibu mungkin macam tu sebab sedih atau marah pada ayah dan lain – lain.
Bukan salah mereka. Pertah4nkan ibu sedikit agar adik beradik tak membenci ibu, tapi lebih pada kesian padanya. Juga nasihat adik – adik agar tak ikut jejak ibu, per4ngai ibu. Pastikan kita tak mengikut per4ngai ibu yang tak elok.
Ada orang bila dikenakan ujian, menjadi lebih kuat dan baik kerana belajar dari ujian tersebut. Dan ada orang bila kene ujian, mengalah dan menjadi lemah. Bantulah adik – adik menjadi kuat dan baik. Berdasarkan kisah confesser ni pun boleh nampak, awak kuat dan mampu mengubahnya. Your happiness is in your hand, depending on how you look at it. Good luck
Murni Jamal : Punca masalah ialah ketua keluarga yang dayus, bukan salah ibu mengandung. Mengandung dan melahirkan dah cukup susah. Sudahlah kena memelihara anak – anak seorang diri. Si bapa yang diam konon nampak baik tak marah – marah langsung rupanya pengkhi4nat keluarga dan tak peduli kebajikan anak – anak.
Ibu marah – marah sebab sangat tertekan dengan sikap dan beban yang ditinggalkan bekas suami. Bila anak dah besar si ibu juga yang salah, memang Iuka yang amat dalam. Cari betul – betul punca kenapa ibu awak jadi macam tu. Mana ketua keluarga yang tahu berseronok dan tak bertanggungjawab tu? Nanti di akhir4t ketua keluarga akan disoal dulu sebab tak jaga amanah.
Wrahimah Womar : Besarnya dugaan yang ibu awak hadapi tu dik. Perasaan marah ditipu selama 6 tahun tentulah ibu sangat kecewa dan tertekan tapi segala tekanan tu dlepaskan kepada anak – anak. Ye, anak – anak sekarang menjadi m4ngsa segala c4cian dan m4kian. Buatlah sesuatu dik untuk mengurangkan tekanan ibu awak. Bawa pergi kaunseIing keluarga ke supaya dia boleh luahkan segala terbuku di hati. Insyaallah keadaan ibu akan tenang..
Ainaz Hanikha Abdullah : Ibu awak gagal terima takdir buruk yang berlaku dengan perkahwinan dia kot tapi m4ngsanya anak – anak. Geram betul dengan lelaki macam ni. Hanya pentingkan nafsu sendiri ja. Masa muda, bukan main janji susah senang bersama, dah lama sikit, dah beranak ramai, mula nk cari alasan macam – macam. Itulah nasib wanita.
AenaSyazni Azammuddin : Sedihnya baca cerita awak dik. Kesian dekat awak, dan kesian lagi dekat ibu awak. Nampak sangat dia tertekan dan berdend4m dengan per4ngai ayah awak. Awak dan adik beradik jadi m4ngsa tekanan dia.
Berdoa lah untuk ibu kamu dik. Tolong jangan menambahkan lagi tekanan ibu kamu. Pakat sama adik beradik, berubah la per4ngai demi ibu kamu. Buat solat sama – sama. Duduk makan sama – sama. Buat kerja rumah dan kalau boleh ringankan kerja dan bebanan ibu di rumah.
Ibu dah terlalu penat jaga kamu 5 beradik seorang diri ditambah pulak menahan s4kitnya hati yang dah dih4ncurkan oleh per4ngai ayah awak tu. Kamu adik beradik berubahlah demi ibu. Tukar peranan amik tanggungjawab untuk jaga ibu pulak.
PeIuk ibu, buat kerja sama – sama dengan ibu. InshaaAllah hati ibu akan lebih tenang bila tengok anak – anak menyenangkan mata dan jiwanya. Mohon Allah lembutkan hati ibu untuk berikan kasih sayang sepenuhnya sebagai seorang ibu buat kamu dan adik beradik lain.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.