Saya hampir jadi m4ngsa nafsu abg ipar, bila mengadu dekat kakak jawapan b0doh yg dia bagi

Sementara tunggu habis proses cerai, saya dan anak – anak tinggal rumah kakak. Saya usaha keras cari duit dapatkan rumah sewa sebab saya tahu per4ngai gatal abang ipar. Sehinggalah satu malam, depan anak – anak muka saya ditekup kuat. Saya berjaya lari dan bagitahu pada ahli keluarga. Jawapan dari kakak dan mak memang b0d0h..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Inilah kali pertama saya menulis mencurahkan segala yang terbuku di hati dan di minta. Terlalu berat untuk dipikul sehingga diri ini terlalu lemah untuk bangkit dari tekanan jiwa. Saya berusia 32 tahun, bekerja di sektor awam, mempunyai 3 orang anak.

Saya merupakan ibu tunggal selepas saya mengambil keputvsan untuk bercerai kerana tidak tahan menanggung biawak hidup sepanjang 7 tahun berkahwin. Selain bekerja tetap, saya juga melakukan pekerjaan ke dua iaitu berniaga online untuk menanggung anak dan bekas suami ketika itu.

Kerjaya dan bisnes berjalan lancar sehinggalah suatu ketika bisnes merudum dan saya amat memerIukan sokongan kewangan dan meminta bekas suami bekerja untuk membantu. Namun pelbagai alasan diberikan walaupon saya sudah sediakan segala – galanya motor, kereta, handphone dan segala kemudahan lain agar dia melakukan sesuatu untuk membantu.

Ketika saya kesusahan mencari wang untuk membayar yuran tadika anak – anak, membayar sewa rumah, makan minum dan ansuran kereta, dia hanya mendiamkan diri. Sampailah satu malam, kami berg4duh besar dan dia keluar dari rumah balik ke rumah ibu dan bapanya.

Saya membuat keputvsan untuk berpindah dari rumah sewa dan menumpang sementara di rumah kakak. Saya berhentikan anak – anak dari tadika dan meminta kakak menjaga anak – anak sementara saya keluar bekerja. Saya menumpang di rumah kakak yang didiami bersama suami dan 3 orang anak nya sementara saya mencari rumah sewa yang baru.

Sepanjang 2 minggu menumpang, semuanya berjalan dengan tenang dan lancar. Walaupon saya merasa tidak selesa dan selamat memandangkan abang ipar merupakan seorang yang gemar membuat gangguan s3ksual dan menghisap d4dah.

Saya berusaha keras untuk mengumpul wang untuk mencari rumah sewa yang baru secepat yang mungkin kerana bimbangkan keselamatan diri dan anak perempuan saya. Sehinggalah pada suatu malam, saya tertidur awal di dalam bilik dan tidak mengunci pintu bilik memandangkan anak kedua saya masih di luar menonton TV.

Tiba – tiba saya merasakan seseorang menekan kepala saya dan mencivm saya bertalu – talu hingga sukar untuk bernafas. Saya meronta – ronta namun sukar untuk melepaskan diri memandangkan ada seseorang yang menghempap badan saya dan menekan kepala.

Ketika saya meronta saya dapat melihat dengan jelas dua anak saya bangun dan menyaksikan saya yang bergelut dengan “seseorang” tersebut. Hampir 10 minit bergelut dan meronta saya dapat melepaskan kepala dan mulut yang masih dicivm bertalu – talu, saya menjerit dan memohon lepaskan dan kesiankan anak – anak saya.

Dia berhenti dan menutup mulut saya sambil memberi amaran supaya saya tidak menjerit. Dan pada ketika itu, barulah saya tahu dan sedar seseorang itu adalah abang ipar saya. Dia bangun dan membetulkan seluarnya sebelum keluar dari bilik. saya segera bangun dan mengunci pintu bilik.

Saya segera mencapai handphone dan meghubungi adik saya yang tinggal berdekatan dengan rumah kakak saya. Saya katakan padanya abang ipar saya cuba mer0gol saya dan beliau terus menghubungi abang saya untuk mengambil saya segera di rumah kakak.

Ketika abang saya sampai, abang ipar saya sudah pon melarikan diri. Kakak saya? Masih tidur dengan lena, langsung tidak menyedari apa yang terjadi. Abang saya segera mengambil anak – anak dan ke rumah ibu bapa saya.

Sampai di rumah ibu bapa saya, abang saya segera meng3jutkan ibu dan bapa dan memberi tahu apa yang telah terjadi. Bapa saya hampir pengsan dan sangat marah dengan perbuatan abang ipar. Bapa saya menghubungi kakak untuk segera datang ke rumah.

Apabila kakak saya sampai dan abang saya menceritakan kepadanya apa yang terjadi, jawapan kakak saya lebih meny4kitkan hati saya. Alasannya anaknya tidur sekali dan mungkin abang ipar saya tengah bernafsu dan tidak dapat melempiaskan nafsunya pada isteri, maka dia tidak berfikiran dengan betul.

Saya begitu marah dan mengatakan kakak saya adalah manusia paling b0doh di dalam dunia ini. Keesokkannya, kami masih mencari abang ipar namun masih tidak bertemu. Ibu dan ayah abang ipar sampai ke rumah kakak dan memohon maaf dari saya atas apa yang terjadi.

Saya katakan saya akan membuat report polis dan tidak akan membiarkan dia terlepas dan melakukan hal yang sama lagi. Ketika itu bermulalah episod pujuk memujuk agar saya tidak membuat report polis dan kakak saya mula bermasam muka tidak bertegur sapa.

Pada mulanya ibu saya juga menyokong tindakan saya agar membuat report polis, namun selepas beberapa ketika, ibu saya mula memujuk saya untuk menarik report dan memaafkan abang ipar. Saya mula merasa marah apabila ibu saya memberi alasan tiada apa yang terjadi pada malam itu, cuma cubaan sahaja.

Ibu juga menyatakan abang ipar saya berjanji untuk berubah dan hendak masuk ke sekolah pondok. Saya merasa kecewa kerana ibu saya lebih berpihak kepada abang ipar sedangkan yang menjadi m4ngsa adalah saya. Saya cuba sebaik nya melupakan segala yang berlaku, namun melupakan episod hitam bukan semudah yang disangka.

Lebih – lebih lagi jika dibiarkan keseorangan tanpa sokongan keluarga. Abang, adik perempuan saya dan bapa tetap dengan pendirian untuk membawa abang ipar ke muka pengadilan. Namun yang membuatkan saya merasa kecewa dan marah adalah kedua – dua adik lelaki menyalahkan saya atas hal yang terjadi.

Pelbagai fitnah yang dicipta untuk meyalahkan saya. Sehingga kini abang ipar saya masih bebas dan baru – baru ini saya terserempak dengannya di kedai runcit berhampiran rumah kakak saya. Saya segera menghubungi pegawai polis yang menguruskan kes saya.

Kekecewaan saya m4kin bertambah kerana pihak polis tidak membuat sebarang tindakan, malah whatsapp saya juga tidak dibaIas, sekadar dibaca. Pegawai polis yang pernah datang ke rumah untuk mebuat siasatan juga pernah memberitahu saya agar menarik report kerana baginya ini adalah masalah keluarga, boleh diselesaikan antara keluarga.

Bagi saya, tiada keadilan pada diri saya dan pihak berkenaan juga bersikap lepas tangan dan merasakan semua ini tidak penting. Tidak penting jika seseorang mengalami depr3si atas peristwa hitam yang terjadi, adakah bila abang ipar melakukan kejahatan yang besar baru akan dipandang sebagai sesuatu yang serius?

Adakah bila terjadi “apa – apa” baru ibu saya sedar menyimpan seseorang yang t0ksik dan sebegitu di dalam keluarga tidak mendatangkan apa – apa kebaikan? Kini saya tidak lagi berhubungan dengan kakak dan dia tetap begitu, mengatakan suaminya baik, boleh dibentuk dan diubah.

Abang ipar saya masih bebas dan mungkin berasa dirinya tidak terancam walaupon ada report polis ke atas dirinya. Saya masih lagi tidak dapat melupakan hal yang terjadi dan masih berusaha untuk melupakan. – ARIA (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Najwa Huda : Cara dia mudah sahaja, hantar email atau call Jabatan Integriti PDRM Bukit Aman, buat laporan complaint ke atas IO yang menyiasat, atas sebab dia minta tarik report dan kes tak berjalan, tiada tangkapan reman atau siasatan yang berjalan.

Laju je nanti IO tu kena. Dan pergi AADK buat laporan berkenaan penyalahgunaan d4dah. Kasi nama suspek dan alamat, kena serbu lah nanti tu. Kalau positif, terus didakwa. Puan confessor kena fikir ye, si suspek ada anak – anak dan isteri, mungkin kali ni puan terlepas dari kena jen4yah terkutuk dia, macam mana anak – anak dia?

Anak – anak buah puan jugak tu, bayangkan kalau dorang kena kemudian hari? Isteri dia kakak puan, kalau dia r0gol isteri dia? Itu pun satu jen4yah jugak. Kalau berterusan hingga mengakibatkan kem4tian? Jangan menyesal kemudian hari.

Keraskan hati, teruskan dengan undang – undang, jangan sesekali tarik report, buat laporan susulan ke Jabatan Intergriti, follow up report, jumpa pegawai atasan IO tu. Ini semua untuk keadilan puan dan kemaslahatan keluarga kakak puan.

Kakak puan tu akan marah sekejap aje. Lama – lama dia akan ok. Tak ok pun takpalah, kita buat benda betul, elakkan jen4yah sama berlaku dekat dia dan anak – anak kemudian hari nanti jugak. Dan pasal keluarga, itu kena settle sendiri lah. Jangan sesekali viralkan laporan polis dia social media selagi kes tak ditutup, silap – silap tiada keadilan dan puan yang kena tindakan.

Nur Hajarul Musa : Dia hisap d4dahkan? Buat report dekat aadk. Aadk akan datang rumah kakak dengan suaminya tu. Buat report polis bahagian nark0tik pon boleh. Report pasal cubaan mer0gol dulu tak jalan cuba buat report baru untuk keselamatan.

Boleh buat alasan nampak abang ipar dan minta jaminan keselamatan risau abang ipar akan apa – apakan awak atau anak – anak awak pula. Kalau polis pon tak ambik tindakan buat pula report dekat bahagian sepatutnya atas salah laku penjawat awam. Allah selalu bersama sis. Biar nanti abang ipar tu pula dibaIas dengan baIasan setimpal oleh Allah swt.

Kamariah Mohd Ghazali : Jangan sampai satu masa anak sendiri pun dia r0gol. Dah banyak kes yang jadi, jangan pandang remeh kes – kes mcm ni. Akibat terlalu sayangkan laki, jangan sampai anak yang jadi mangsa. Sebelum ni adik ipar, tak tau akan datang siapa yang akan jadi m4ngsanya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.