Ibu saya orang seberang, lepas cerai, ayah buat report polis kata ibu curi duit. Kantoi ibu datang jumpa saya, saya kena kurung

Ibu cari wang sendiri dengan menjual nasi lemak pada pagi hari, van ais krim nestle pada petang. Dan akhirnya sambung pembelajaran sampai PhD di universiti. Ayah langsung tak pandang ibu, ayah halau dan ceraikan ibu..

Tahun 1995, saya lahir di salah satu negeri Malaysia dengan ayah w4rganegara Malaysia dan ibu w4rganegara Indonesia. Sebelum menikah dengan ayah, ibu merupakan seorang kristian dari keluarga yang taat beragama.

Untungnya, keluarga ibu masih menerima kami walaupun ibu menikah tanpa restu dari mereka. Ibu juga merupakan pramugari di salah satu maskapai penerbangan Brunei untuk antarabangsa dan terp4ksa meninggaIkan pekerjaannya apabila melanggar kontrak untuk menikah.

Ibu merupakan lulusan sarjana muda bahasa Prancis di salah satu universiti terkemuka. Sedangkan ayah, merupakan alumni universiti besar di KL kos geologi. Sejak saya kecil, kedua orang tua saya selalu berg4duh.

Perg4duhan bermula dari sifat ayah yang gemar berjumpa dengan beberapa perempuan dan tak jarang tidur di tempat mereka. Ayah hanya balik ke rumah beberapa hari dalam sebulan dan kemudian meninggaIkan ibu sendiri tanpa nafkah.

Pernah pada satu malam, rumah kami dimasuki orang yang mencari ayah dengan membawa pis4u. Alhamdullilah, Allah masih melindungi kami dan apabila orang tersebut tau ayah tidak ada, ia meninggaIkan ibu dan saya.

Setiap kali ibu menanyakan mengenai perlakuan ayah, ayah selalu mem4ki ibu balik dengan alasan ibu tidak memilik landasan agama yang kuat. Ayah ingin cari seseorang yang kuat agama. Ibu pernah datang ke tempat perempuan itu untuk menjelaskan status ayah, tapi perempuan tersebut tidak peduli.

Ibu bukan seorang yang lemah, Ibu berusaha mencari wang sendiri mulai dari berjualan nasi lemak pada pagi hari, van ais krim nestle pada petang. Sehingga pada akhirnya sambung pembelajaran sampai PhD di universiti tempatan dan dapat menjadi pensyarah. Tapi, seluruh hasil ibu hanya dipandang sebeIah mata oleh ayah.

Ayah selalu mengh1na ibu hanya kerana ibu dari Indonesia. Ayah mengh1na keluarga ibu karena berlainan agama. Ibu merupakan orang yang penuh kec4catan di mata ayah. Tahun 2002, ketika saya darjah 1, ibu meminta ayah untuk menguruskan pembelian sebuah rumah di kawasan kami dari simpanan ibu.

Ayah memang membeli rumah, tapi rumah tersebut diberikan atas nama perempuan lain. Ibu diceraikan dan diusir dari rumahnya sendiri dengan hanya membawa satu beg. Saya masih teringat ketika itu saya nangis di depan pagar meminta ibu jangan pergi.

Dengan senyum, ibu berjanji akan tinggal bersama saya lagi suatu hari nanti. Tak cukup sampai situ, ayah membuat report polis dan datang ke universiti ibu dengan alasan ibu membawa lari wang ayah. Alhamdullilah, ibu selalu diberikan ramai kawan yang baik dan simpati. Ibu dibantu kembali ke Indonesia.

Ibu kemudian membuka perniagaan yang berkembang besar dan mendatangkan banyak keuntungan. Saya tinggal dengan ibu tiri saya selama 4 tahun. Ibu tiri saya merupakan salah satu cikgu di SMK tempatan. Selama itu juga, ayah masih seperti dulu. Bermain belakang dengan perempuan lain.

Saya memiliki adik tiri dan melalui perlakuan ibu tiri saya, saya tau dia tidak sayang saya. Ibu mana yang tidak sayang anaknya lebih dari anak lain. Ditambah lagi tabiat ayah membuat ibu tiri sem4kin membenci saya. Saya teringat ibu tiri saya pernah hampir mem0tong tangan saya kerana mengatakan saya mencuri wang dia.

Dengan bantuan cikgu kaunseling sekolah, beberapa bulan sekali, ibu selalu datang ke Malaysia untuk ke sekolah saya dan berjumpa saya. Ibu juga menelefon saya melalui sekolah setiap masa rehat seminggu sekali. Saya juga gemar mengirim surat ke ibu dan dibantu pos oleh cikgu kaunseling saya dan mendapatkan baIasan dari ibu.

Terkadang, ayah akan tau kedatangan ibu melalui kawannya dan mer0tan saya hanya kerana berjumpa ibu. Saya akan dibangunkan setiap malam hanya untuk dipukuI, dikurvng dan diminta mengucap berulang kali, “Saya benci ibu”.

Waktu itu, saya tahu lagi apakah saya bahagia dengan kepulangan ayah atau tidak. Tahun 2006, ibu membawa saya lari ke Indonesia dan tinggal bersama suami barunya. Ibu risau apabila mengetahui rencana ayah untuk memberhentikan pendidikan sekolah rendah saya untuk membantu dia.

Sebelum ke Indonesia, kawan ibu sudah mengatur pengadilan untuk hak penjagaan anak. Ibu mendapatkan hak penuh menjaga saya. Ayah tau akan hal ini dan meminta bantuan kawan polis untuk menjaga airport di KL mencegah kami pergi.

Sekali lagi, Allah memudahkan keinginan ibu dan kami berjaya lepas. Di Indonesia, kehidupan saya tidak lebih baik. Ayah tiri saya membenci saya dan selalu berfikir saya ingin mengambil harta dia. Perniagaan ibu saya diambil oleh ayah tiri saya dan ibu hanya diberi nafkah yang sedikit.

Ayah tiri saya tidak pernah membantu ibu dalam membesarkan saya membuat ibu harus mencari cara lain untuk mendapat wang. Ibu selalu sabar. Bagi ibu, hidup bersama anak sangatlah penting. Berulang kali saya membuktikan kepada ayah tiri saya, bahwa saya anak yang baik dan membanggakan.

Saya selalu berakhir dengan kecewa apabila tau ayah tiri saya tidak pernah menganggap saya sebagai anaknya. Akhirnya saya menyerah untuk berusaha menyayangi dan mendapatkan kasih sayang seorang ayah ketika saya tingkatan 4.

Tahun 2013, Sewaktu saya lulus dari sekolah menengah, saya diterima di IPTA terkemuka Indonesia dan Malaysia. Ibu menginginkan saya mengambil Malaysia walaupun ibu tau kewangan ibu tidak stabil. Saya terdaftar sebagai mahasiswa antarabangsa sehingga bayaran universiti tidaklah sedikit.

Bagi ibu, pendidikan saya adalah nombor 1. Selama 4 tahun, saya tau jerih payah ibu memberikan saya wang hidup di Malaysia. Saya tau tangisan ibu akan perlakuan ayah tiri saya. Saya selalu menyimpan kesukaran saya agar ibu tidak sedih.

Tahun 2017, alhamdullilah saya lulus dengan gelar B.Eng dengan berbagai penghargaan dan mendapatkan pekerjaan yang bagus. Setelah setahun bekerja, ibu saya mengatakan bahwa dia ingin melihat saya sambung Master di Eropa. Beliau selalu mengatakan saya secara halus untuk mencuba untuk ke Eropa.

Pada ketika itu, tabungan saya hanya setengah dari biaya yang diperlukan. Dari desakan ibu, saya akhirnya menyanggupi dan terp4ksa menerima apabila ibu menjual kedai perniagannya untuk menambah tabungan saya.

Tahun 2018 hingga sekarang, saya di Eropah. Hidup disini tidaklah mudah, pendidikan mereka jauh lebih berat. Tapi setiap saya melihat perjuangan ibu saya, saya tau saya tidak boleh menyerah. Banyak kawan saya yang kagum dengan apa yang saya capai, tapi saya tau semua itu bermula dari ibu saya.

Tanpa ibu saya, saya mungkin hanyalah seorang lelaki tanpa pendidikan sekolah rendah. Saya menulis ini hanya untuk mengingatkan saya, bahwa setiap kali saya putus asa, ibu melalui hal yang lebih buruk dalam membesarkan saya. Hanya satu keinginan ibu yang mungkin akan sulit untuk saya penuhi, keinginan untuk melihat saya berumah tangga. Kerana saya sudah menutup hati saya untuk memiliki keluarga – Amir

Komen W4rganet :

Hayati Johan : Amir, kalau kamu rasa tak ada “suami dan ayah” yang baik di dunia ini, kamu jadilah “suami dan ayah” yang baik itu. Apa yang berlaku pada kita memang bukan kehendak kita. Tapi Dia, bagi dugaan bukan saja – saja. Untuk kita ambil pengajaran dan iktibar di kemudian hari. Jangan halang diri untuk bahagia. Bagi peluang untuk disayangi dan menyayangi orang lain.

Maw4r Blue : Tak salah kalau kamu buka pintu hati untuk bekeluarga.. tapi cari calon isteri yang baik.. yang boleh terima dan sayang ibu kamu seadanya.. buktikan pada ibu kamu boleh jadi ketua keluarga yang baik. Buktikan pada ibu segala usahanya berjaya menjadikan kamu lelaki yang baik.. semoga dipermudahkan segala urusan dunia akhir4t kamu sekeluarga..amiin.

Ekin Cikin : Sabar nya mak awak. Kalau saya, dah lama angkat kaki. Sebelum tu kumpul bukti dulu, untuk dapat hak penjagaan anak. Bukan tak boleh berjaya takde suami, bukan tak boleh hidup takde suami. Ada suami per4ngai macam tu, buat tambah d3rita je, baik takde terus. Aman bahagia.

Intan Maizurah : Beruntungnya anda mempunyai seorang ibu yang sentiasa memperjuaangkan anda.. Sebanyak mana pun susah payah anda lalui sentiasa ingat bahawa satu hal yang anda sangat beruntung dari sesiapa pun.. Doa dan kasih sayang ibu anda.. Semoga kekal tabah dan sukses untuk kembali menjaga ibu anda..

Faizal Faris : Sedih bila melihat lelaki yang sepatutnya mendidik, memberi nafkah dan tugas – tugas lain sebagai ketua keluarga abaikan tugas tersebut sampai tersiksa anak bini. Dah la per4ngai sampah, tunggang agama pulak tu, Islam baka macam ni la, yang masuk Islam pulak lagi jelas keislaman. Kesian nasib dua beranak ni, kat Indonesia pun sama, lelaki tak guna jugak. Moga hidup dipermudahkan dan segala pend3ritaan diterima dengan redha dan diberi kifarah kelak.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.