Bila aku ikut ayah pergi tabligh, dia akan ambil kesempatan dekat aku. Depan jemaah dia ‘buat’ aku

Sejak dari umur 11 tahun aku kena p4ksa dengan ayah join dia pergi tabligh, pergi masjid. Umur 14 tahun kena ikut pergi keluar 40 hari tapi dia tinggalkan aku dengan jemaah lain. Sampailah aku tr4uma, lari masuk tandas menangis kena kacau. Sampai sekarang aku malas nak pergi masjid..

#Foto sekadar hiasan. Hai, nama aku Mukhriz (nama samaran). Ini sekadar luahan hati aku. Masjid sepatutnya menjadi tempat yang paling disukai umat Islam, tempat berkumpul, tempat saling bertanya khabar, beribadat, mendapat ilmu.

Aku dari kecil selalu ke masjid sebab ayah aku orang masjid. Aku pun suka sebab rasa tenang dan damai. Sampai bila m4kin besar, masjid bukan lagi menjadi tempat ibadat bagi aku. Tapi tempat pend3raan. Aku did3ra secara em0si, mentaI dan fizikaI oleh seorang insan yang bernama ayah di dalam masjid itu sendiri.

Ayah aku orang kuat dakwah tabligh. Tabligh dan masjid dua nama yang tak boleh dipisahkan. Segala aktiviti mesti dibuat dalam masjid. Setiap kali lepas subuh sebelum pergi sekolah aku wajib duduk sekali mesyuarat tabligh.

Lepas asar pulak akan ada majlis ilmu taalim bacaan hadith. Aku masih okay. Aku tiap hari join dengan gembira. Setiap hari sabtu akan ada majlis iktikaf wajib bagi jemaah tabligh. Aku pun kena join. Setiap hari Rabu malam pulak akan ada mesyuarat.

Yang aku teringat suatu hari Rabu aku berkeras dengan ayah aku nak balik sebab dah lewat malam, waktu tu ayah aku masih bersembang dengan kawan – kawan dia. Aku umur dalam 11 – 12 tahun waktu tu. Aku bagitau merengek berapa kali aku nak balik, akhir sekali dia t4mpar aku depan kawan – kawan dia.

Sejak did3ra sekali dia mula ketagih untuk sergah dan pukuI aku. Dia akan pukuI aku masa aku sorang – sorang dengan dia sebab aku sorang anak laki dan dia tau mak aku akan halang kalau dia pukuI depan mak aku. Dan kebanyakan masa aku dengan dia adalah di masjid.

Beberapa tahun kemudian, aku meningkat dewasa. Aku perlu ikut dia keluar jemaah 40 hari di masjid – masjid sekitar kawasan Selangor. Ini bermakna 40 hari aku tak boleh balik rumah kena duduk masjid. Umur aku ketika tu 14 tahun.

Dan ketika duduk dengan dia bersama jemaah lain dia banyak d3ra aku secara mentaI, t4mpar dan cubit aku. Kadang – kadang dia halang aku call mak aku sebab aku akan report apa yang dia buat. Punca? Sebab perkara kecik, kadang – kadang sebab aku tengok henfon atau nak mesej mak aku atau kadang – kadang aku letih tak dapat ikut program dia.

Umur aku 15. Dia lepaskan aku suruh keluar dengan jemaah lain tanpa dia. Aku berseorangan keluar ke tempat orang. Ahli jemaah aku ada per0kok, per0goI, drvg add1ct, dan macam – macam lagi. Malah waktu aku keluar aku diganggu secara s3ksuaI di dalam surau waktu aku tidur sampai aku lari nangis masuk dalam tandas.

Ada yang tunjuk muka orang yang dia r0gol sampai dapat anak. Umur aku 17, aku dimaIukan dalam surau sekolah aku. Aku sekolah berasrama penuh. Sebelum ni yang aku cerita aku keluar jemaah semua waktu cuti sekolah.

Di sekolah asrama aku, ada program hafazan berkumpulan. Aku masih ingat aku dimaIukan apabila ada ustaz jerit hafalan aku teruk, m4ki aku sambil ambil sejadah pukuI kepala aku. Waktu tu dalam surau ada hampir seratus orang lebih pelajar tengok aku.

Jatuh maru4h aku. Sebab kan kes tu aku pindah sekolah duduk sekolah harian. Habis SPM ayah aku cadang aku keluar jemaah 4 bulan pulak. Memandangkan aku taknak kecewakan ayah aku, aku pun pergi keluar di masjid sekitar selangor.

Aku masih ingat aku mengalami keracunan makanan, munt4h penuh dalam tandas, sampai aku rasa aku hampir m4ti, dan akhirnya dibawa warded ke hospitaI. Hakik4tnya ni bukan pertama kali aku dapat keracunan makanan masa keluar jemaah.

Ia dah jadi perkara biasa walaupun aku tak mampu. Masjid menjadi tempat meny4kitkan bagi aku, tempat yang mana aku did3ra, aku rasa hampir m4ti. Bila aku dah lepas spm, masuk uni masa cuti aku, aku balik rumah.

Dekat surau aku tiap kali lepas subuh ada majlis taklim baca hadith. Ayah aku selalu suruh aku depan orang ramai untuk jadi imam, baca hadith, kalau aku tak buat dia akan mengadu dekat mak aku. Kadang – kadang aku letih lepas solat aku balik, dia akan mengadu dekat mak aku, kadang – kadang dia sendiri marah depan – depan dekat aku sampai mak aku tenangkan dia.

Sampai satu tahap aku tak pergi solat berjemaah sebab malu dengan layanan dia dekat aku. Aku seolah – olah pergi masjid untuk jadi h4mba dia bukan h4mba Allah. Dia tanpa segan silu menunjukkan depan orang ramai yang aku milik dia sebab aku anak dia dan dia boleh arah aku buat apa saja.

Kadang – kadang aku sorok tepi dinding rumah sebab tak nak pergi. Akhirnya dia tahu dan aku dim4ki lagi. 2019, aku didiagnos peny4kit mentaI bip0lar dis0rder. Aku taknak sentuh peny4kit ni sebab aku dah cerita dulu cuma antara sebabnya mungkin ada kaitan dengan ini juga

Masa pandemik merupakan masa yang paling aku bersyukur sebab aku ada alasan kukuh tak pergi ke masjid. Tapi itu pun dia suruh jugak aku pergi. Dekat surau tu akhirnya ada orang kena jangkitan. Berapa kali surau kami kena ambvsh dengan pegwai kesihatan tapi akhirnya lepas sebab ada orang dalam.

Lepas pandemik langsung aku tak jejak masjid melainkan solat jumaat. Aku dah jadi tawar hati, tr4uma dan minda aku seolah dir0bek bila di masjid. Orang akan cakap dan pelik kenapa aku susah sangat nak solat berjemaah, orang lelaki lebih afdal solat jemaah di surau.

Terutamanya ibu aku dan perempuan lain. Diorang anggap lelaki ni kewajipan solat berjemaah. Aku nak tanya balik: kalau ikutkan afdal, wanita lebih afdal tidak bekerja, wanita lebih afdal menutup muka (berniqab), wanita lebih afdal keluar dengan mahram (tak boleh sorang), tapi kenapa ramai ja wanita yang buat?

Sebab tu islam ada rukhsah (keringanan). Islam ada banyak prinsip antaranya sadd zarai’ untuk halang kemud4ratan lebih besar, ada maslahah yang perlu difahami. Tambah lagi aku yang didiagnos bip0lar, antisosiaI, dan tr4uma.

Aku faham hubungan ayah aku dengan masjid bagai isi dengan kuku. Aku hormat dan aku hargai. Tapi lepas apa yang aku alami, aku dah jadi sangat tr4uma dengan masjid dan jarang orang nak faham sebab pend3raan aku kebanyakannya di masjid. – Mukhriz (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Shikin Ilyas : Budaya mengeksklusifkan masjid pun boleh jadi sebab orang menjauhi masjid. Abang aku duduk kawasan kediaman lama yang banyak diduduki oleh orang – orang pencen. Dia pulak masih bekerja, anak kecil berderet.

So tak la selalu dapat ke masjid lagi – lagi waktu bekerja. Tapi keinginan nak hadir majlis – majlis ilmu tu ada la. Minta masuk dalam group wasap masjid untuk update aktiviti – aktiviti masjid tapi dipertikai oleh sorang jemaah tu sebab jarang nampak muka kat masjid.

Time bulan puasa, bila aku solat di bahagian wanita, ada la sorang makcik ni dok marah budak – budak yang solat dalam saf dewasa, suruh duduk belakang walaupun budak tu dah duduk tepi mak dia. Belum lagi dia sergah budak – budak yang bising. Ala bising bercakap, bukan menjerit – jerit berlari. Budak mana yang boleh diam je lama – lama. Benda ni juga buat orang – orang menjauhi masjid.

Kai Sha : Awak anak laki, sila hidup berdikari, kalau perlu hidup bersendirian tinggalkan family, pergi ja merantau negeri berasingan. Awak perlu beritahu keadaan sebenar pada mak awak pasal layanan ayah awak. Keep in contact with your mom walaupon hidup merantau nanti.

Moga ayah awak berubah jadi baik dan memahami anaknya. Masjid tak salah, ayah awak yang bersalah terlalu strict didik anak laki. Bila dah duduk jauh nanti teruskan lah solat berjemaag di masjid okay.

Namia Iman : Tr4uma Iuka batin waktu kecil. Selagi dia tak boleh h4puskan, dia akan bawak benda tu sampai bila – bila. Benda pertama yang kena buat adalah h4puskan Iuka batin tu, cuci dulu bersih – bersih. Memang susah nak bersihkan tapi lama – lama kita kena keluar jugak dari Iuka batin tu untuk kebahagiaan kita.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Apa kata anda?