Ingat hukvm, jangan derh4ka suami. Suami herdik m4ki macam mana pun isteri diam sahaja

Kuasa Allah, companynya bankrup dengan 6 bulan gaji suami tak dibayar. Perniagaan kongsi dengan adik beradiknya pun lingkup juga. Tapi suami masih dengan sikap berIagak, sehinggalah dia ditimpa kemaIangan merubah wajahnya yang dia bangga selama ini dan patah pinggul kaki.

#Foto sekadar hisan. Kisah benar.. Semoga dapat dijadikan teladan dan pengajaran.. Aku berkahwin dengan pilihan hati, sama – sama menuntut di IPT. Bila dah kahwin baru tahu suami seorang yang sangat eg0 langsung tak boleh terima pendapat isteri. Awal kahwin lagi, suami tetapkan aku bayar separuh kos rumahtangga. Disebabkan aku patuh lagipun waktu tu pendapatan aku lebih sikit dari suami, aku rela. Sewa rumah, bil letrik, kos anak, barang rumah, barang dapur semua aku yang tanggung. Malah aku di minta buat pinjaman peribadi untuk  modal suami kongsi niaga kononnya bersama isteri. Apa nak buat, nak tolak tak boleh.

Mula – mula cakap, beria akan bayar setiap bulan. Jadi memang berk0rbanlah untuk suami. Namun dah lama baru sedar dipergunakan sebenarnya. Tapi masih sabar sehingga sampai satu tahap kad ATM aku, suami yang pegang gara – gara aku pertikai tanggungjawab suami, habis diungkit kira wang pendapatan aku yang aku bagi pada mak ayahnya di kampung pun suami soal siasat. Jadi kononnya urusan guna duit semua mesti dia tahu, maka kad ATM gaji aku, dia pegang. Tuhan sahaja tahu daifnya rasa, nak bagi duit kat mak di kampung pun tak boleh dah, sedangkan aku anak sulung, habis belajar dah kerja nak baIas jasa mak ayah, adik pun ramai lagi masih sekolah.

Sehingga suatu ketika Allah nak tunjuk, aku terbaca mesej bekas girlfriendnya masa di U dulu, mesej rindu sayang. Aku cari kekuatan bersuara Iawan dan tuntut semua hak. Seluruh kepercayaan dan kejujuran aku bagi tapi suami tergamak curang di belakang.. Sedih sangat waktu tu anak baru seorang memang dah nekad untuk berpisah. Tapi rupanya waktu tu tengah hamil anak kedua.

Betapa lemahnya diri memikirkan nasib anak – anak jika berlaku perceraian walaupun dah terang – terang dia buat salah.. Sedikitpun dia tidak mengaku bersalah, sebaliknya dicari kesalahan aku. Hanya tuhan yang tahu. Apa salah isteri? Sejak kahwin segala tanggungjawab, masak hidang hingga tak pernah makan di luar. Pakaian urusan basuh Iipat siap gosok. Sejak kahwin tak pernah dah gosok sendiri, bila pakai ambil je. Memang suami seorang yang bergaya, pakaian nak branded kemas tshirt pun beriron. Tuhan sahaja yang tahu betapa s4kit dan frust sangat. AKu dah buat macam – macam tapi ini baIasannya..

Suami tukar kerja, dapat tawaran lebih jadi CEO. Maka lagi panjang langkahnya, siap nak kahwin dengan secretary. Anak dan isteri dekat rumah diabaikan. Tak cukup dengan kata – kata h1na c4ci m4ki, penamp4r penumbvk pun dah biasa hinggap. Entah apa yang tak kena padanya. Setiap hari hidup menangis hanya mampu berdoa dan berdoa dari yang Esa mohon diberikan hidayah dan pertolongan.

Sepanjang kehamilan anak kedua, suami selalu keluar dating dengan girlfriend barunya. Aku sabar hanya tersenyum melayannya seperti biasa bila di rumah.. Hakik4tnya menangis mer4ung seorang diri kenangkan nasib diri dan anak. Bayangkan bila balik kampung, aku yang tengah sarat mengandung ditinggalkan di rumah ibu, suami keluar berdating dengan girlfriendnya yang ikut sekali dengan bas. Kononnya nak kenal negeri suami.. Ada sekali aku jumpa gambar dalam kamera suami berkepit berpegang tangan dengan perempuan tu.. Luluh sangat hati.. Hanya doa saja mohon dipermudahkan urusan dikeluarkan dari beIenggu ini..

Malam 1 Ramadhan. Terdetik di hati untuk cari no telefon perempuan tu dalam telefon suami. Dapat, dan aku mesej bagi tahu perempuan tu.. Minta dia duduk di tempat isteri, bagaimana perasaan dia jika melalui apa yang sedang diaIami oleh aku.. Esoknya perempuan tu telefon minta maaf sebab selama ini dia diberitahu suami tak terurus, isteri tak pedulikan dia dan dalam proses nak bercerai sebab tu mereka merancang nak berkahwin, Allahuakbar.

Sampai hati suami burukkan isteri yang berk0rban segalanya, kerja rumah semua isteri buat, layan semua kehendaknya. Boleh dia tipu burukkan isteri. Perempuan tu janji akan putvs dan tak akan ganggu lagi suami. Pasrah redha dengan takdir jika masih ada jod0h mohon Allah insafkan dia.. Tunjukkan jalan untuknya berubah menjadi suami dan ayah yang bertanggungjawab kepada anak – anak.

Kuasa Allah, companynya bankrup dengan 6 bulan gaji suami tak dibayar.. Urusan rumahtangga tidak tergugat kerana selama ini pun aku yang tanggung. Suami diam langsung tak bagi tahu tapi lama kelamaan dapat tahu juga. Perniagaan kongsi dengan adik beradiknya pun lingkup juga, tak balik modal. Dia janji nak bayar loan tu hanya tinggal janji.. Nama aku juga yang busuk di cari bank. Masih lagi bersabar, ingat hukvm, jangan derh4ka suami jangan tinggi suara dengan suami.

Suami herdik m4ki macam mana pun isteri diam sahaja.. Dalam hati s4kit berdar4h menangis.. Biarkan dia menang di dunia ni. Itu baIasan atas apa yang dia buat sebelum ini. Ada isteri yang taat baik tapi diabaikan, tamak, akhirnya susah juga. Tak cukup dengan itu, sikap suka berIagak masih kuat. Dia minta aku beli kereta baru.. Ok beli dengan nama aku tapi kereta baru tu dia yang bawa.. Aku bawa kereta lamanya, dia janji akan bayar ansuran kereta baru tu tapi isteri pula yang kena bayar ansuran kereta lamanya.

Ok, asalkan dia dah insaf tidak lagi bersama perempuan tu.. Dah tukar kerja ulang alik pantai timur.. Nampak dia mulai berubah lebih prihatin dengan aku dan anak tapi tak tahu la sejauh mana lakonannya. Namun sikap panas baran cepat meIentingnya masih ada, eg0 masih tinggi. Tak kena sikit berbekas tapak tangan di pipi, bukan sebab apa pun. Terlewat baIas mesej atau tertidur masa dia balik. Aku ni bukan robot, dah lah kerja, balik rumah urus anak lagi kemas memasak lagi semua kerja rumah sorang ni je yang buat.

Ingat tak penat ke? Berkawan dengan orang alim sikit, nampak solat terurus sikit tapi hanya suka cakap tak serupa buat. Suka jatuh hukvm kat orang macam dialah ahli syurga, biarkan dia.. Anak ke-3 berusia 4 bulan, dia ditimpa kemaIangan merubah wajahnya yang dia bangga selama ini, patah pinggul kaki. Tak boleh bangun hanya terIantar sahaja.. Isteri yang dim4ki dih1na dulu ini berulang alik menjaganya setiap minggu di rumah ibu bapanya. Isteri perlu terus bekerja untuk menanggung anak – anak bayar kereta dan rumah.

Sepanjang suami terIantar di rumah mertua, macam – macam t0hmahan kakak ipar yang mulut laser konon tak nak jaga sendiri suami s4kit. Balik sekejap saja.. Allahuakbar. Bayangkan urusan kewangan semua di bahu isteri, anak masih kecil 3 orang terp4ksa ditinggalkan di rumah ibu, setiap hujung minggu balik Sabtu dan Ahad malamnya naik bas balik KL sebab Isnin kerja. Anak – anak rindu pada mamanya. Balik 2 hari semahunya nak aku terus ke rumah mertua jaga lihat suami.. Habis anak – anak yang masih kecil? Sedih melihat mata anak – anak yang rindu menyambut mamanya balik.

Balik sekejap kemudian kena tinggal, nak kena pergi rumah mertua jaga suami.. Memang telinga ni tebal dengan c4ci m4ki sindir menyindir ipar dan mertua. Dek hasutan mereka juga suami pun macam marah dekat aku.. Ingat lagi kata suami.. Emaknya kata, ” tengok isteri engkau tak jaga pun engkau dalam keadaan s4kit begini. Aku, mak engkau ni yang susah payah jaga”. Aku hanya diam 2 hari yang termampu dipenuhi untuk melayan karena suami yang sedang s4kit, kata – kata kesat menghir1s hati. Diamkan sahaja.. Hanya Allah sahaja yang tahu…

Komen Warganet :

Zaida Zakaria : Fikirlah mak ayah yang dah bersusah payah besarkan kita. Fikirlah anak – anak juga. Sabar biar kena pada cara dan tempatnya. Bimbang nanti jadi kud1s dalam diri dan makan diri sendiri. Dan akhirnya anak – anak jadi m4ngsa keadaan. Sekarang pon anak – anak dah terabai. Benar syurga ada pada suami. Kalau tak ikhlas adakah tt akan dapat syurga tu? Kalau tt ada fikir masa depan anak – anak tt tolong laa buat sesuatu. Rumah tangga yang bermasalah akan melahirkan anak – anak yang bermasalah. Jangan sampai anak – anak tt yang menanggung akibat kerana kelemahan tt.

Lily Rez : Di persimpangan dilema ginilah jadinya. Buatlah keputvsan yang tidak membebankan jiwa lagi. Buat baik salah, tak buat baik lagi salah tapi kalau dua – dua buat hati merana fikirlah untuk cari bahagia sendiri.

Anisthesia Abd Halim : Kita semua ni tak tahu lagi nasib masing – masing tapi sebab TT dah post sini. Saya tergerak nak komen. Sepatutnya masa anak ke 2 dulu TT dah tinggalkan dia. Spesies lelaki yang suka guna duit bini nama bini untuk loan ni memang tak boleh pakai dan dia tak akan tolong pun bayar. Kalau sis masih nak bertahan mana tahu dia berubah, silakan teruskan. Tapi yang sebaiknya cuba minta petunjuk mana yang terbaik. Saya tak setabah TT, kalau saya memang dah angkat kaki.

Azra Hassan : Teladan dari hidup ini.. Selalu saya pesan kepada anak – anak :

1. Sebagai lelaki, sentiasa jalankan tanggungjawab sebaik mungkin, nafkah kepada isteri anak, bahagiakan isteri, berkongsi kerja rumah bukan menjadikan isteri sebagai h4mba. Jangan mencari alasan mengadu keburukan isteri kepada perempuan lain di luar

2. Sebagai anak perempuan, jangan sesekali berkawan atau memberi peluang kepada lelaki yang sudah berkahwin untuk menghampiri.

Apa kata anda?