Ipar slumber guna kereta aku. Aku sound suami, ‘beritahu abg kau, sekali lagi dia bawa kereta aku, aku report polis.’

Balik kampung kena jadi h4mba, cuci pinggan macam kenduri kahwin. Aku tak suka layan keb0dohan yang abadi. Biras aku memang ikot je segalanya. Tapi masak sambil nangis, cuci pinggan pon nangis. Aku cakap kenapa biarkan diorang pijak kepala. Kita isteri, bukan h4mba.

#Foto sekadar hiasan. Ni perkahwinan aku yang ke-2, aku berkahwin dengan member. Sepanjang kenal dia memang baik, bertanggungjawab pada keluarganya. Aku setuju kahwin dengannya sebab yakin dia baik, jaga solat, berbudi bahasa.

Takde cinta – cinta, konon yakin cinta datang kemudian. Dia tunggak harapan keluarga sebab yang lain pemalas dan hanya tahu buat hutang sana sini. Aku tak pandang tu semua sebagai masalah, terlalu husnuzon yang tu masalah diorang atau keluarganya, bukan masalah dia.

Aku ade rumah, kend3raan dan bisnes sendiri. Aku hanya nak suami yang baik. Sebelum berkahwin dia beri kereta pada emaknya, belikan motor untuk emak, selesaikan bil air dan elektrik. Segala persediaan untuk keluarga dia buat.

Dia cuci kaki je masuk hidup aku. Aku ok je sebab pada ak harta boleh dicari. Bulan pertama kawen bapanya dah mula mencuba, nak pinjam duit untuk buat modal niaga. Berniaga tak pernah untung, hanya hutang je bertambah sana sini.

Emak pula tukang buat hutang sana sini untuk bantu abah. Aku menantu yang tak masuk campur hal – hal mengarut, kalau malas kerja sampai bila pon takkan ada hasil. Adik dia buat hutang dengan along, hutang orang kampung, mak dia drama – drama pula suruh laki aku bayar.

Ade duit berjuudi, joIi tak ingat bayar hutang. Aku cuma jaga rumahtangga aku dan bisnes aku je. Rupanya mereka benci pada aku yang tak bantu mereka lunaskan hutang, tak nak membela mereka. Diorang cakap aku berkira, aku terlalu keras hati.

Suami banyak kali cuba saik0 aku supaya percaya mereka susah dan perlu dibantu. Aku diam dan hanya bersuara bila dah semak dengar ayat dia banyak kali. Aku tanya dia, tahu makna tanggungjawab? Bantu lain tauu, bela biawak lain tauu, ade duit beli d4dah, main juudi, joIi macam orang kaya.

Bagi duit sejuta pon takkan nampak apa la. Serabut sangat hidup aku dengar masalah diorang yang berulang – ulang. Sebelum kahwin aku tak setuju suami nak join bisnes aku. Tapi suami cakap takkan ada masalah. Aku ni hanya nak hidup dalam redha suami dan jaga rumahtangga sebaik mungkin.

Suami tak pernah bagi nafkah pada aku, aku tak pernah suarakan. Aku betul – betul tak kesah bab duit. Tapi aku betul – betul kecil hati bila dia mula tunjuk per4ngai tak sedar diri. Dia bersuara depan muka aku, ‘semua hutang atas nama kau, bayar sendiri!’

Aku baIas dengan senyum jekk, aku tak heran sebab selama ni memang aku dah biasa berdikari. Setiap 1hb duit dah sedia dalam akaun untuk tolak aku hutang kereta, lori, rumah dan asb. Aku dah mula nampak belang dia.

Duit gaji dia semua simpan bank. Hari isnin kami cuti, biasanya sarapan kat luar, aku cuba test dia. Kau tahu tak tanggungjawab suami tu apa? Kau yang sepatutnya bagi aku makan, bukan kau berdiam membiarkan aku tanggung segalanya.

Dia tarik muka dan tunjuk marah, bawa motor kasar – kasar, masuk semua lubang kat jalan raya, bila nak berhenti dia Ianggar divider, aku diammmm saje. Aku terkilan sungguh dengan sikapnya, sedih sangat. Aku berdoa dalam hati mintak Allah berikan aku kesabaran untuk menyedarkan suami aku yang mulia ni.

Dengan orang lain sungguh lembut, baik budi pekerti, tapi dengan isteri berkira segalanya. Aku tak pernah kira berapa duit dia, dia bagi pada keluarga dia diam – diam pon aku tak kesah. Tapi bila nak beli barang dapur, masa nak bayar dia elak, aku bayar je la.

Bagi dia, aku isteri yang tak boleh berlebih kurang, terlalu tegas. Dia selalu cakap kenapa aku tak pernah faham dia. Aku baIas dengan soalan je. ‘Kau pernah sedar perbuatan kau pada rumahtangga?’ Dia berkeras suara jawab, ‘apa yang aku tak tahu? Semuanya aku tahu!’

Aku senyum je dengar jawapan dia, aku jawab, ‘cari la ustaz, baik kau berubah sebelum aku berubah, kau tu buta hati. Aku tak nak bagi kau jawapan, cari la sendiri.’ Aku layankan aje setiap per4ngai buruk, kasar yang dia tunjuk depan aku, lepas aku sound, aku buat macam takde apa masalah pernah jadi.

Aku layan dia sebagai suami tanpa pertikai apa yang dia tak buat untuk aku. Sampai dia bersuara pada aku, macam mana lepas marah aku boleh buat biasa, pujuk dia makan, layan dia kat tempat tidur, fikir apa yang patut untuk niaga.

Aku jawab segalanya Allah tahu, aku hanya jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri sebab aku nak Allah redha dengan aku. Aku bukan isteri yang sempurna tapi aku sentiasa niat yang terbaik untuk rumahtangga dan jaga suami yang Allah anugerahkan pada aku ni.

Aku cuba sebaik mungkin jaga pergaulan dan aur4t untuk jadi isteri yang baik. Badan aku s4kit – s4kit, dari awal kahwin, tapi aku abaikan je. Aku mimpi pelik – pelik, ngeri, meracau – racau masa tidur. Nak tutup mata atau tidur pon takot sebab macam ada pintu masuk ke rumah h4ntu.

3 tahun lebih aku pendam rasa, zahir batin tersiksa. Bila dia mula mengh1na bapa aku, bersuara hal keluarga aku. Aku dah tak beri peluang. Aku terus sekolahkan dia A-Z, aku senaraikan segala kekurangan dan keculasan dia pada aku selama ni.

Aku nekad jika dia tak cari ustaz, aku nekad cerai! Dia tak pernah tengok aku meng4muk macam tu. Pakcik dia rekemankan ustaz yang dia kenal. Dia masih tak tahu kenapa aku nak dia cari ustaz. Masa jumpa ustaz, aku ceritakan segalanya yang terjadi, apa aku lalui, kezaIiman yang dia buat pada aku, campur tangan keluarga dia.

Ustaz geleng kepala dengar semuanya, lepas tu ustaz sekolahkan dia. Aku cari ustaz sebab dia rasa dia betul segalanya, dia berhak segalanya, dia berkuasa semahunya pada aku dan rumahtangga. Dia layan aku sebiji cara bapa dia layan emaknya!

Isteri kena patuh segalanya tanpa bersuara. Depan ustaz aku cakap, aku nak suami yang benar dan adil, bukan suami yang rasa dia sentiasa betul padahal culas zahir dan batin. Kalau dia nak kuasa vet0 atas nama suami, baik aku hidup sendiri.

Masa tu aku tengok dia macam ade kesed4ran sikit la, ade rasa bersalah. Rupanya tak lama le semua tu, eg0 dia tinggi melangit! Tetap cuba b0dohkan aku supaya percaya tipu daya keluarga dia. Dia cakap aku langsung tak beri peluang untuk keluarganya.

Aku gelak aje layan per4ngainya, bagi aku peluang untuk b0dohkan aku? Memang tidak la. Balik kampung kena jadi h4mba, cuci pinggan macam kenduri kahwin, tak boleh bersuara bila keluarga dia rembat kereta kau sesuka hati, dia langsung tak bela aku bila adik dia biadap dengan aku.

Aku kena terima segalanya sebaik – baiknya. Aku tak layan semua tu, aku cuma layan apa suami nak makan dan bersihkan apa yang patut je. Aku cuba jaga hati mertua, aku beri duit belanja sebab anggap tu mak bapa sendiri, walaupon aku tahu diorang tak suka aku.

Aku memang diam aje, tapi sekali bersuara tu kata m4ti aku bagi. Aku pesan kat suami, ‘beritahu abg kau, sekali lagi dia bawa kereta aku tanpa izin, aku report polis.’ Aku tak suka layan keb0dohan yang abadi, aku balik kampung dan hadap keluarga dia pon sebab masih pandang dia suami je.

Tapi takde sesiapa boleh pijak aku sesuka hati. Biras aku memang ikot je segalanya. Tapi masak sambil nangis, cuci pinggan pon nangis. Aku cakap kenapa biarkan diorang pijak kepala. Kita isteri, bukan h4mba. Dah makan tinggal, dah lepak – lepak biar bini angkat cawan dan pinggan sana sini.

Aku memang tak berkenan cara hidup macam tu. Aku balik kampung takkan lama pon 2/3 hari je. Boleh str3ss tengok raja – raja dalam rumah tu. Aku memang jauh hati dengan keluarganya sebab sikap dan per4ngai kuku besi semuanya.

Bagi mereka harta aku patut dikongsi bersama, aku perlu tolong adik beradik bayar hutang – hutang yang ade. Aku pergi bercuti sana sini, tak boleh post apa – apa, status apa atas alasan keluarga dia tak suka. Aku block dan buang semua nombor keluarga dia.

Aku pula kena hidup macam penjara, semata – mata nak puaskan hati orang tu. Aku memang hidup nak cari bahagia, bukan disiksa macam penjen4yah. Aku tak pernah mintak duit suami, jauh sekali susahkn keluarga dia.

Aku selalu sedih sorang – sorang sebab str3ss dengan sikap suami. Aku pon str3ss aku rasa diganggu sesuatu yang aku tak nampak. Aku nampak bayang hitam bergerak kat ruang tamu, sedangkan dalam rumah hanya kami berdua.

Aku tengah masak tiba – tiba ade suara cakap ,’tolong saya, tolong saya,’ aku cari tak jumpa sesiapa pon. Tapi aku tak syak apa – apa la, suami pulak cakap aku halusinasi, tak cukop makan, tak cukop tidur. Bingung tambah str3ss bila kita bersuara orang tak percaya.

Tapi aku tawakal je la, solat dan doa. Aku tetap cari jalan supaya suami paham hak aku. Aku tag kat fb, diam jek. Aku copy ayat – ayat motivasi dan ilmu agama, dia buat b0doh juga. Bagi dia segalanya dia tahu. Eg0 sangat – sangat.

Sungguh keras hati dia untuk nampak apa yang aku usahakan dalam rumahtangga. Aku akan usahakan sehabis daya untuk pertahankan rumhtangga. Aku dah rasa sangat lemah semangat nak hadap rumahtangga dan bisnes sebab dia selalu buat aku str3ss, mencabar kew4rasan dan kesabaran.

Suami tak pernah pujuk bila aku sedih atau menangis. Dia biarkan je aku pujuk diri sendiri. Pada dia aku kuat, aku boleh atasi segalanya dengan mudah. Dia tak sedar hati aku hari – hari h4ncur sebab dia. Aku sangat kecewa sangat dengan rumahtangga, rasa macam takde harapan untuk dapat bahagia. Rasa salah pilih orang, tapi macam mana nak patah balik.

Hmmmmm.. Dipendekkan cerita, rupanya kami kena sih1r pemisah! Aku mula cantumkan segala gangguan yang aku hadap selama ni, segala tanda tanya yang mengganggu hidup aku sejak berkahwin dengan dia. Aku tak pernah tuduh sesiapa, aku hanya berdoa mintak Allah beri kebahagiaan pada orang lain supaya tak cemburu pada aku.

Setiap kali s4kit, aku berzikir supaya Allah beri kekuatan. Aku terasa bila dicucuuk jarum, tapak tangan dan kulit tiba – tiba panasssss sangat macam kena seterika. Aku tak boleh kena hujan, rasa macam ade ulat dalam kulit ni bergerak – gerak satu badan, kepala s4kit sangat – sangat.

Nak tidur malam jadi tr4uma pada aku, sebab 5 saat je tutup mata dah masuk pintu lain. Nampak muka yang ngeri – ngeri sungguh. Susah sangat nak tidur malam. Macam – macam perkara pelik yang jadi. Cuba berubat sana sini, ramai perawat yang surrender sebab tiba – tiba dah tak baIas wasap, tak jawab call.

Ustaz suruh mandi air garam + limau, lepas tu aku tak boleh pijak lantai, rasa macam pijak duri. Tak lama tu keluar kaca – kaca halus kat tangan dan badan. Aku takot sangat, tak boleh lari pon. M4kin lama aku dah lali dengan permainan s3tan ni.

Dia cuba lagakan aku dan suami. Aku cuba amalkan ayat – ayat yang ustaz bagi untuk meIindung diri dan dekatkan diri dengan Allah. Sebelum ni bismillah 5 pon aku tak boleh baca, tersekat kat d4da ni macam ade tol tau. S4kittttt sangat rasanya.

Dia Iawan lagi, macam – macam rasa aku hadap, minum air yasin lepas tu muncul ulat sampah kat mulut botol air. Ngeri bila dibayangkan lagi. Hanya Allah yang maha berkuasa, yang maha mengetahui setiap perkara yang tidak kita ketahui. Aku yakin itu.

Alhamdulillah, bila ustaz suruh amalkan selawat tafjiriah, mula la segalanya terjawab. Aku dapat jawapan siapa yang ganggu rumahtangga kami. Aku dah terlalu penat dan s4kit hadap rumahtangga ni. Yang buat aku lemah bila suami sendiri tak nak berjuang, tapi suruh aku je kuatkan diri dan cakap dia takde apa – apa. Dia sangat – sangat pentingkan diri.

Aku nekad bercerai supaya aku tak giIa hadap segala saik0 sy4itan yang datang. Sedih sangat bila fikir apa yang terjadi. Biar Allah saja yang membaIas segalanya, aku cuma nak tenang sendiri. – Dyna (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Rad Bilayati : Orang lelaki yang terlalu mengutamakan keluarga dia is a major red flag. Tak payah la acah – acah kata lelaki macam tu sweet segala bagai sebab sanggup k0rbankan diri untuk keluarga. Kalau rasa nak “k0rbankan” diri sendiri sekali, silalah teruskan perhubungan tu.

Sebab orang lelaki macam ni apa pun jadi, diorang akan pilih keluarga sendiri walaupun keluarga diorang tu t0ksik sebab isteri sentiasa boleh ditukar ganti. Sekian.

Kiah : U’re great sis, aku suka cara kau, jangan bagi orang pijak kepala dan kalau dah tak sesuai jangan buang masa, tenaga dan duit nak simpan suami macam tu. Dahlah biawak hidup, siap nak buat kau tanggung keluarga biawak dia. Syabas.

Bibi Hajarah Binti Hasrap : Ayat ni win, “Aku jawab segalanya Allah tahu, aku hanya jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri sebab aku nak Allah redha dengan aku. Aku bukan isteri yang sempurna tapi aku sentiasa niat yang terbaik untuk rumahtangga dan jaga suami yang Allah anugerahkan pada aku ni.” Semuanya kerana Allah.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.