Isteri aku dulu baik, lemah lembut, kini bertukar kasar. M4ki hamun perkara biasa. Sehinggalah aku terus terang dekat isteri, aku dah banyak kali terlanjur

Aku kerap m4ki hamun isteri, panas baran, herdik, perli semua mainan mulut aku. Atas alasan, aku nak mengajar isteri berniaga. Tu baru sedikit jahat aku. Belum lagi mengenai rahsia yang aku simpan lama. Aku nekad bagitahu isteri rahsia aku yang paling jahat…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Shahril. Seorang suami kepada 2 orang anak. Semasa aku menulis ni mungkin ada yang dapat rasa atau kenal siapa aku. Tapi yang kenal tu diam – diam sajaIah. Aku menulis bukan nak membuka aib sesiapa pun tapi hendak minta sokongan serta kekuatan para pembaca meneliti serta menilai dan terus mendoakan aku serta keluarga aku diampuni oleh Allah SWT.

Aku baru mula bertaubat. Doakan aku supaya sentiasa istiqamah. Aku rasa aku lah suami yang paling jahat kepada isteri aku. Aku yang sendiri melabelkan diri aku seperti tu. Nak tahu sebab apa? Sebab banyak rahsia yang aku simpan elok simpan kemas daripada pengetahuan isteri aku. Tak pernah kantoi atau terlepas daripada pengetahuan sesiapa termasuklah keluarga.

Isteri aku sangat – sangat baik. Asal pun dari kampung. Kami satu universiti. Satu kelas dan kawan baik juga. Kami dah berkenalan 10 tahun sebagai kawan baik dan sudah berkahwin masuk tahun ke 5. Alhamdulillah sangat bahagia.

Aku baik sangat – sangat bab dalam pemberian nafkah. Cukup makan minum duit belanja isteri dan anak – anak. Oh anak aku seorang berumur 3 tahun dan seorang lagi 1 tahun. Aku sediakan rumah yang selesa walaupun masih menyewa sampai sekarang.

Tidur pun beraircond, tengok televisyen pun beraircond bahkan ruang makan pun beraircond. Aku seorang peniaga dan agak struggle dalam mengumpul harta. Sudah lebih 5 tahun aku berniaga start dari aku belum berkahwin dengan isteri aku lagi. Alhamdulillah perniagaan aku sangat – sangat rancak.

Pendapatan kasar sebulan tak lari 30 ribu semestinya lebih. Sangat sangat mewah. Setakat aku nak ubah suai dapur mak aku secara terus 10 ribu tu sekejap saja selesai. Aku anak lelaki pertama dalam keluarga walaupun aku ada kakak yang sulung.

Tapi tanggungjawab aku sangat – sangat besar untuk keluarga aku. Semua mengharap pada aku. Alhamdulillah aku adik beradik sangat sangat rapat. Kami sangat – sangat menjaga hubungan kekeluargaan. Isteri aku pun mak aku sayang.

Manakala aku pula juga menantu kesayangan kepada belah keluarga isteri aku. Semua baik. Semua nampak elok. Isteri aku bersalin dua – dua anak pun di hospital swasta. Untuk habiskan setakat 10 ribu untuk proses setiap kali kelahiran anak, aku tak pernah berkira. Senyum lebar isteri sebab aku sentiasa ada di sisi.

Baik aku sebagai suami. Aku sayang isteri aku. Sebab tu aku bertaubat kali ni aku perlu bagitahu isteri aku perkara sebenar. Baru hati lapang hati tenang. Aku pernah cuba bertaubat banyak kali. Tapi aku telah buat semula perkara yang sama. Tak menjadi taubatnya. Air mata pun sikit saja keluar. Tak ada rasa orang kata tak akan menjadi. Betul?

Aku dapat rasa Allah tak terima doa aku. Tapi rezeki tak pernah putus. Aku sombong, ego, berlagak dengan Allah pemberi rezeki. Sejak akhir – akhir ni, maca ada sesuatu yang menjentik aku. Aku kembali pada Allah. Aku serik, aku kecewa, aku malu dengan Allah.

Rupanya selama ni rezeki yang Allah bagi adalah bukan rezeki aku tapi rezeki orang keliling aku yang baik hati. Isteri aku baik sangat. Jika ingat semula ayat isteri aku semasa aku mula bagitahu rahsia yang aku simpan lama ni, aku autom4tik akan menangis semula dengan ayatnya.

Tenang isteri aku cakap. Dia kata, “Sayang di rumah jaga segala tanggungjawab, jaga aib abang, uruskan rumah tangga tanpa ada rasa menyesal.” Allahu, terngiang – ngiang lagi ayat tersebut dalam kepala aku. Aku berd0sa Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku. Berilah rahmat kepada keluarga kecil aku ni. Tempatkanlah syurga buat isteriku. Aku reda dengan segala apa yang dia lakukan untuk keluarga ni.

Balik dari kursus perniagaan 3 hari aku tak senang duduk. Aku tak tidur malam. Badan berpeluh, kepala pening. Isteri aku tengah tidur. Aku tengok wajah dia lena tidur sebelah anak nombor 2 aku. Anak pertama memang selalu dengan aku. Tapi malam tersebut walaupun beraircond masih aku berpeluh. Aku rasa tak sihat.

Tepat jam 5 pagi isteri bangun. Dia tak kata apa pada aku. Dia bangun sebab nak sambung kerja dia yang tertangguh di ruang pejabat kecil di rumah kami. Aku macam biasa ke hulu ke hilir depan dia. Dia tak tegur. Aku buat buat sibuk tengok telefon dan kemas mainan anak – anak yang terabur kawasan pejabat tu sebab aku faham masa dia bekerja mesti anak temankan isteri aku buat kerja.

Isteri aku dah 2 tahun berhenti kerja sebab ingin bantu aku kembangkan perniagaan kami. Dulu perniagaan aku. Tapi aku dah ubah jadi perniagaan kami dan dia semangat untuk membantu. Kerja dia yang sudah cecah 4 tahun dia tinggalkan dan bantu aku berniaga menguruskan pekerja dan urusan dokumen yang lain. Alhamdulillah agak baik perniagaan kami tapi tak lama.

Dalam baik aku rupanya aku kerap m4ki hamun, panas baran, herdik, perli semua mainan mulut aku. Atas alasan tak mengapa dibenarkan kerana aku mengajar dia berniaga. Silap sikit saja dalam perniagaan yang dia buat aku terus m4ki hamun tanpa sedar perkara tersebut dah sebati dalam keluarga kami. Allah malunya aku.

Isteri aku yang lemah lembut sem4kin kasar. Mulut tak lekang perkataan b0doh paling biasa. Sebab aku gunakan lesen berniaga sebagai peluang untuk m4ki hamun lepaskan tekanan dalam berniaga. Tu baru sedikit jahat aku. Belum lagi mengenai rahsia aku yang telah aku simpan lama.

Selepas mengumpul kekuatan aku terus duduk di lantai tempat isteri aku menghadap komputer riba. Isteri aku pelik. Isteri aku duduk di kerusi manakala aku di bawah memegang kakinya. Aku mula bercakap tapi tersekat – sekat. Aku tak tahu hendak memulakannya macam mana tapi aku cuba lagi.

Isteri m4kin pelik dia senyum. Mata aku dah bergenang. Tapi aku cuba bertenang. Isteri tukar kedudukan. Duduk di bawah sama – sama aku bertentang mata. “Ya abang ada apa ni? Kenapa nampak lain pagi ni? Jam dah tunjuk 6 pagi. Subuh nak masuk.”

“Ermmm abang ada benda nak bagitahu. Tapi abang tak tahu nak bagitahu macam mana.” Aku hampir tak jadi bagitahu rahsia aku. Tapi aku tak boleh lari dah. Isteri aku pujuk aku bagitahu lembut saja. “Abang bagitahu saja sayang simpan rahsia. Kenapa ni abang? Jangan buat sayang risau.”

Soal isteri aku. Isteri aku pujuk sampailah aku berani untuk membuka rahsia yang aku simpan lama dari aku sekolah lagi. “Abang sebenarnya ada buat d0sa besar sayang.” Air mata aku dah keluar. “Abang kena juga bagitahu. Sebab abang tak berani dah nak buat. Abang takut.”

Isteri aku dah pelik dan pandang muka aku. Apa d0sa yang aku buat sampai aku nampak beria sangat. Sebab isteri aku tak pernah menganggap aku suami yang teruk. Aku suami yang baik. Sedia segala nafkah zahir batin secukupnya.

Rumah tak pernah putus bekalan makanan. Anak – anak minum susu pun 500 sebulan. Tu baru susu belum kelengkapan lain. Sedangkan isteri nak beli barang kosmetik pun aku hulur terus duit. Kalau 300 dia sebut itulah aku terus bagi. Tapi apa salah d0sa suami aku ni dia soal pada aku.

Aku sungguh baik di mata dia. Rumah tak pernah aku tak kemas, baju tak pernah aku tak basuh. Baju anak – anak, baju dia dan baju aku semua aku yang lipatkan. Tak pernah isteri aku yang lipat. Aku ringan tulang. Tak pernah aku tak bantu urusan dalam rumah.

Aku tarik nafas dan aku terus mulakan percakapan. “SAYANG ABANG MINTA AMPUN MINTA MAAF SANGAT – SANGAT. SELEPAS NI KALAU SAYANG NAK MINTA CERAI PUN ABANG TERIMA. ABANG AKAN TUNAIKAN.”

Isteri aku dah mula bergenang air mata. Aku teruskan juga sekali nafas. Aku kata, “Sebenarnya abang mempunyai nafsu terhadap lelaki. ABANG KERAP BERZ1NA DENGAN LELAKI.” InsyaAllah apa yang berlaku seterusnya ni aku akan cuba ceritakan pada posting kedua atau ketiga nanti. Sebab dah panjang sangat.

Maaf untuk ayat berterabur. Aku tak pandai mengarang tapi aku cuba. Niat aku tulis ni untuk minta sungguh doa daripada kalian agar keluarga kami ni akan tenang dan dapat selesaikan masalah ni. – SHAHRIL Bukan nama sebenar

Sambungan.. Banjir airmata saya sahabat berhingus teruk dan teresak – esak macam baby kecik saya di peIukan isteri. Saya merayu memohon ampun sahabat. Perkara yang paling saya takut untuk mengaku kerana rasa risau isteri akan meninggaIkan saya selepas tahu perkara sebenar.

Isteri saya nampak tenang tapi saya tahu apa yang dia rasa. Saya Jahat sungguh Jahat. Saya lukakan hati Isteri. Saya tak mampu menipu lagi. Saya bagitahu perkara sebenar dan isteri saya terus memujuk. Tak mengapa abang Allah ada. Allah akan bantu kita. Kita buat sama – sama. Isteri saya menangis sama – sama.

Ustaz ada pesan Allah sayang Kita, jika kita hadir seminar ustaz berapa ramai yang berpusu – pusu menceritakan masalah dan aib dalam keluarga mereka di hadapan puluhan ribu umat manusia. Tapi saya? Tidak berani mengaku dihadapan ramai orang pada waktu itu. Semoga ALLAH ampunkan d0sa saya.

Saya agak terk3jut apabila isteri juga mohon ampun dan maaf atas khilafnya dia semasa menjadi isteri saya. Dia mohon maaf andai ada salah silap kerana tidak jaga saya betul – betul semasa menjadi isteri dia. ALLAH. Saya telah berterus terang dengan isteri dan menceritakan segalanya dengan isteri apa yang telah saya lakukan supaya isteri saya dapat memaafkan saya sepenuh hatinya.

Saya dalam prosess yang agak mencabar setakat ini berIawan dengan perasaan. Tapi sangat lega isteri sangat – support dengan apa yang jadi sekarang. Isteri tak jemu menasihati saya. Sentiasa ada bersama saya. Tidak pernah meninggaIkan saya lagi berseorangan.

Saya bahagia dengan cara sekarang. Setiap kali balik rumah dari kerja mesti disambut dengan senyuman paling manis. Di rumah inilah syurga buat ku sekeluarga. Saya dah buat apa yang isteri suruh. Isteri akan bantu saya untuk saya berubah termasuk keluarga saya yang sudah tahu. Saya perlukan sokongan dan doa daripada ibu dan isteri saya.

Setiap hari saya minta ibu dan isteri mendoakan saya dan ampunkan kesalahan saya. Kerana urusan saya dengan Allah masih jua saya akan teruskan sebaik mungkin. Saya akan tetap mohon dari Allah untuk Taubat yang saya lakukan.

Pesan saya pada para pembaca. Jika ade yang senaluri macam saya. Mohonlah bagitahu perkara sebenar atleast pada ibu dan ayah. Supaya kita dapat sokongan moral yang baik dan mereka akan sentiasa berada di sisi kita walau apa jua keadaan sekalipun.

Jauhilah z1na jauhilah maksi4t. Berat kesannya pada kehidupan kita. Kesihatan lah paling utama untuk kita meneruskan hidup dan buat amalan ibadat. Jangan sombong dengan Allah. Niat saya menceritakan hal di sini kerana saya rasa semua orang patut tahu ujian yang terp4ksa kita tanggung pada akhir zaman ini.

Bantulah saya dengan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya agar saya tidak mengulangi kesilapan ini lagi. Inilah antara tujuan saya menulis dan mohon untuk doakan segala urusan saya agar dipermudahkan. Sememangnya ujian ini memang berat tapi saya dah lepas satu perkara dan saya kan teruskan lagi hadapi ujian – ujian yang mendatang lagi.

Kepada isteri ku terima kasih ada bersama abang susah senang. Abang pun maafkan sayang dengan sepenuh jiwa raga. Biarlah jodoh kita ke akhir hayat. Terima kasih sahabat – sahabat sekalian kerana sudi membaca dan maaf kan saya andai ada salah silap. Saya akan berubah menjadi suami yang baik pada anak – anak dan isteri. Itu janji saya.. Doakan saya. Ulasan Pembaca :

Ulasan pembaca :

Rohaizah Abwahab : Letih acik baca. Panjang betul cerita pasal kebaikan diri. Baca dan terus baca. Bahagian mana jahat budak ni. Last – last, oo tu kejahatan dia. Dah timbul penyesalan tu. Banyak banyaklah bertaubat dik. Cuma perlukan kekuatan rohani dan mental juga untuk melawan kecenderungan tu.

Cuba juga dapatkan rawatan kaunseling. Taubat nasuha dik. L4wan sehabis daya nafsu songsang adik tu. Satu lagi dik, kau sedang meletakkan isteri dan anak – anak dalam bahaya dijangkiti virus berbah4ya daripada aktiviti kau tu.

Neesa Hamid : Alhamdulillah dah bertaubat. Moga terus istiqamah. Cuma pada pendapat aku bila dah sedar kesilapan tu, biarlah bertaubat dan memohon ampun pada Allah tanpa berterus terang pada isteri. Sebab perkara ni sangat perit untuk diterima oleh isteri, pasti akan mengh4ntui dia sampai bila – bila.

Allah Maha Pengampun tapi manusia, kalau pun dia maafkan, pasti sangat sukar nak menerima kenyataan dan akan hilang kepercayaan. Apa – apa pun aku doakan isteri tuan berlapang d4da menerima, memaafkan, melupakan dan memberi kepercayaan semula pada tuan.

Semoga sentiasa kuat dan istiqamah. Tolong jauhi kawan – kawan atau contact yang membawa kepada d0sa yang lalu tu. Putuskan hubungan. Banyakkan puasa dan solat sunat untuk menjaga nafsu. Doalah banyak – banyak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :