Aku dah suruh isteri berhenti kerja, jaga anak dekat rumah tapi dia tak nak. Masalahnya bila dia kerja, beban aku m4kin bertambah. Aku kena belikan handbag baju mahal, kereta sediakan bibik. Sekarang anak aku lebih rapat dengan bibik dari dengan mak sendiri..
#Foto sekadar hiasan. Hi admin. Aku nak cerita ringkas je, luahan dari aku seorang lelaki, suami. Aku dah 5 tahun kahwin. Kenal dengan isteri masa dia praktikal dekat company aku kerja dulu. Masa kenal nampak dia elok, nampak macam wanita yang boleh hidup susah senang bersama.
Itu sebab utama aku ajak dia kahwin. Sekarang aku kerja elok di Singapura dan isteri pula kerja di selatan. Pendapatan aku biasanya tak menentu sebab kerja based on commission tapi masih ada gaji basic. Jadi kadang kala T20, kadang kala makan basic sahaja, tapi alhamdulillah cukup dan selesa.
Sejak akhir – akhir ni, aku selalu terasa hati betapa isteri aku ni sangat pentingkan diri. Dia ada kerjaya yang hebat, bagus tapi dia tetap mengharapkan aku yang tanggung semuanya. Semua duit gaji dia habis dia habiskan untuk ahli keluarga dia dan beli barangan mewah macam handbag dan baju – baju.
Dia kerja tu untuk apa? Bila dia kerja, dia lagi bebankan aku dari masa dia hanya duduk dekat rumah tak kerja. Aku faham tugas suami dan nafkah aku wajib sediakan bag untuk isteri. Semua aku dah sediakan, yang basic termasuklah apa – apa keperluan tambahan.
Duit belanja aku bagi kadang kala lagi banyak dari gaji bulanan dia. Masa aku pertama kali tahu dapat kerja kat Singapura dulu, aku ada minta dia untuk berhenti je kerja sebab masa tu dia baru mengandung, aku minta dia duduk rumah jadi surirumah tapi kalau nak berbisnes kecilan pun insyallah aku boleh beri dia modal permulaan.
Tapi dia tolak dan masih nak kerja, konon nak bantu aku. Tapi setakat ni, takde langsung yang dia sumbang untuk keluarga kami walaupun ketika gaji aku cukup cukup makan. Macam aku cakap, semua gaji dihabiskan untuk family dia atau beli handbag mahal.
Family dia kalau betul susah aku faham lah, but no, holiday sana sini, shopping sana sini, hutang keliling. Aku pulak 100% gaji dihabiskan untuk belanja rumah termasuk belanja dia. Malah ada beberapa kali yang aku nak hulur kat ibu aku sendiri pun terp4ksa catu.
Biasa kita dengar orang wanita ni suka ungkit part nafkah lelaki, kena bagi kat isteri dulu baru lah boleh bagi kat ibu dan adik beradik so on and so forth. Tapi untuk wanita? Duit dia tak boleh sentuh. H4ram minta untuk tolong. Your money is mine, my money is also mine antara mantra famous. Pentingkan diri betul.
Aku masih tanggung segalanya sendiri walaupun ada isteri bekerjaya. Masa ada commission atau tak, tetap aku timbus untuk cukupkan belanja. Dia tetap sama, melebihkan family dia dari keluarga kami, anak pun setakat jenguk masa dah tidur.
Tiap hari aku makan hati. Bila bangkitkan bab belanja atau kerjaya, sampai 2 – 3 minggu berg4duh. Katanya berkira. Walhal aku sampai depr3ss sebab terkejarkan sangat cari client demi cukupkan belanja. Aku bukan minta duit dia, aku cuma minta dia faham dari side aku.
Aku ni dah bazirkan duit banyak hanya nak support kerjaya dia. Korang mesti tertanya apa benda la yang aku ‘support’ sangat untuk kerjaya dia kan. Baju coat mahal – mahal. kereta, pembantu rumah, makan luar, makan tempat mewah, fancy dining, pergi bercuti, handbags mahal, kad kredit. Semua ni keperluan ebab dia bekerja.
Jadi now ni aku just nak mengadu. Sejujurnya, wanita ni kerja untuk apa? Kalau sebab income suami yak cukup untuk hidup, ya aku faham. Khalas. Semoga dipermudahkan dan diberi ganjaran atas niat mulia anda demi membantu sang suami.
Tapi sekarang ni bila ada suami yang dah mampu untuk tanggung dengan selesa pun wanita masih tergedik nak keria. Tak memasal suami terp4ksa tanggung sebab isteri tergedik nak kerja. Tak memasal suami terp4ksa tanggung extra car, maid dan babysitter, eat out daily, dan berpuluh lagi unnecessary things lain semata – mata kau nak kerja without even supporting your own weight dengan alasan suami patut tanggung semuanya.
Tak pernah ke terdetik dalam otak kau yang bila kau kerja, bebanan suami m4kin bertambah bukan m4kin berkurang? Alasan kedua yang biasa kita dengar sebab in case cerai, ada kerjaya. Masa kahwin tu cerai dah tertanam dalam otak kau ke?
Sepatutnya, sama – sama cuba jaga hubungan suami isteri tapi kau lebih cenderung pikir kalau benda tak elok jadi? Kalau risau sangat kenapa kahwin juga? Alasan ketiga, empowerment. Empowerment apalah kalau anak lagi kenal pembantu rumah dari ibu sendiri?
Kiblat hidup kau pun dah kepada karier, kitab apa yang kau pakai? Tak pernah ke terdetik dalam hati kau yang menjaga anak sendiri lebih bermakna dari your godd4mned name plaque on the door? Kalau macam tu, kau tak payah kahwin. Hidup single je kalau dalam otak fikiran kau macam ni.
Komen W4rganet :
Pinky blush : Sayangnya. Si isteri tak sedar that she’s marrying a gem. Betul dah apa yang confessor fikir tu tapi memang kena sit down dan discuss betul – betul. Saya rasa kalau merajuk sampai 2 – 3 minggu tu mungkin cara berbincang tak kena cara. Cubalah cari titik persefahaman sedaya mungkin. Nak tambah “cawangan” lain menambah masalah je nanti.
Alia : Kuasa veto di tangan suami. Kalau you tak redha, takyah spend on unnecessary things. Tak d0sa pun you tarik balik somethings untuk ajar dia appreciate segala yang you provide. Lantak dia la nak koyak. Dia nak, dia bayar. You have your reasons too. Ni belum masuk hal sekolah anak.
Afini : Hmm.. kesian TT, isteri awak ni macam pentingkan diri. Ya memang betol suami yang tanggung semua tapi kalau dah berlebihan tu hmm melampau sangatlahh. Sebab tu dalam perkahwinan kene ade saling bantu membantu. Contoh macam suami selalu keluarkan duit untuk hal wajib, si isteri tak salah pon belanjaa suami makan ke, belikan hadiah ke.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.