Isteri aku mengandung anak kembar. Mak aku mesej suruh bagi sorang dekat kakak aku sebab baby tu hanya tumpang perut isteri aku

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Mak aku cakap, sebab aku dan kakak kahwin tahun yang sama, sampai sekarang kakak takde anak. Jadinya, mengikut orang tua – tua dulu, kiranya anak kakak aku menumpang dalam perut isteri saya. Menggeletar tangan..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin dan pembaca semua. Maaf pertamanya saya tak pandai nak menulis dan tak tahu nak mula daripada mana masalah ni. Tapi saya amat memerIukan pendapat dan meluah apa yang terbuku di hati saya.

Isteri saya disahkan mengandung 5 bulan lepas dan akan melahirkan anak kedua dan ketiga kami pada hujung bulan 7. Pada mulanya, saya terlalu excited kerana isteri saya disahkan mengandung kembar. Kegembiraan kami tidak terkata. Masa dating scan tu, baby 8 minggu.

Tapi memang nampak 2 kantung dalam rahim isteri saya. Dipendekkan cerita, asbab terlalu gembira saya pun telah berkongsi berita gembira tersebut dengan mak saya. Tapi, bila isteri saya dapat tahu, isteri saya marah. Tapi, bagi saya mungkin pembawakkan budak dalam perut kan. Jadi saya abaikan ja.

Dalam 2 minggu selepas tu, mak saya whatsapp saya, dan minta saya serahkan salah seorang kembar bila dah lahir pada kakak saya. Saya tergamam sampai tak terkata. Tangan saya mengeletar akibat rasa amarah yang teramat. Saya tanya kenapa?

Mak saya beri alasan, dia cakap sebab kakak saya kahwin tahun yang sama dengan saya berkahwin. Sampai sekarang kakak saya masih tiada rezeki anak. Jadinya, mengikut orang tua – tua dulu katanya, kiranya anak kakak saya menumpang dalam perut isteri saya.

LagiIah, saya menyumpah – nyumpah. Fahaman karut apa lah. Dah yang mengandung isteri saya, benih dari saya. Tiba – tiba, jadi anak kakak saya. Jadi saya bluetick whatsapp mak saya. Belum sempat apa – apa isteri saya terbaca conversation mak saya tu. Isteri saya terus menangis teruk.

Tapi, saya tenangkan dia. Saya cakap tak akan ada orang boleh ambil anak kami biarpun apa sekalipun. Isteri saya terus salahkan saya, sebab bagitahu awal dekat mak saya. Tapi, saya akur dan mengaku kesalahan saya. Saya ingatkan akan berakhir begitu, rupa – rupanya mak saya ada whatsapp isteri saya juga. Dia minta anak kami.

Tak habis dengan itu. Kakak saya juga ada whatsapp cakap benda yang sama. Bagi saya, kepercayaan apa yang telah dibawa oleh mak saya ni, saya langsung tak boleh faham. Kakak saya ni, umur 40-an. Dan telah berkahwin 4 kali, mempunyai anak 3 orang.

Kami bernikah pada tahun 2020. Kakak saya nikah pada bulan 3 dan saya sepatutnya nikah bulan 4, tapi sebab wabak kovit, dan PKP kami nikah bulan 5 tanpa buat majlis. Jadinya, kakak saya menyalahkan saya dan isteri sebab nikah tahun yang sama dan dia tak boleh nak mengandung lagi.

Padahal sebelum – sebelum ni elok je dia mengandung. Adakah betul semua ni? Bagi saya mengarut semua ni. Ada juga orang kampung mengata mak saya, orang kampung kata mak saya ni ada ilmu guna – guna. Sebab, mak saya nikah dengan suami orang (ayah tiri saya).

Saya tak kenal rapat dengan mak saya, sebab waktu umur 5 tahun lagi mak abah saya cerai, saya dan arw4h kakak saya dihantar ke rumah nenek belah abah saya. Mak saya hanya bawa adik saya sahaja. Mak saya cakap, dia tak mampu nak bawa saya dan kakak sekali.

Jadi terp4ksa tinggalkan kami dengan arw4h nenek. Sebabtu, saya tak kenal personaliti mak saya. Tapi saya hanya dengar dari orang orang bercerita sahaja. Abang saya ada juga cerita, selepas mak dan ayah tiri saya kahwin, tak ada satu hari pun yang ayah tiri saya balik bermalam di rumah isteri pertama.

Ayah hanya balik waktu siang sahaja. Malam akan balik semula ke rumah mak. Ayah kata, sebab mak penakut, tak boleh kena tinggal. Macam isteri pertama ayah, ada anak – anak, cucu lain yang duduk bersama. Kalau ayah balik bermalam di rumah isteri pertama pun sebab ada kakak dan abang balik rumah. Itu pun sehari.

Saya tak tahulah, sepanjang saya hidup. Bila saya dah berkahwin dengan isteri ja, saya baru balik rumah mak. Dengan kata lain, baru saya kenal mak saya. Sebelum ni, saya duduk dengan arw4h nenek. Lepas nenek meninggaI, saya ikut makcik sepupu belah abah saya.

Sekolah tingkat 2 sampai 5 saya duduk asrama. Waktu cuti kadang – kadang lepak rumah makcik sepupu belah abah. Habis spm saya dah start kerja. Dan masuk universiti. Daripada masuk U, saya hanya hidup sendiri sehinggalah jumpa isteri saya.

Saya kerja dan menyewa bilik sewa, walaupun waktu tu saya masih seorang student universiti. Saya balik rumah mak saya pun, sebab isteri saya. Saya balik pun setahun sekali dua sahaja. Sekarang, saya menyesal balik semula dekat keluarga saya. – Pendekar (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Meeranam Hai : Mengarut! kakak tu dah tak mengandung seiring dengan peningkatan usia. Kebarangkalian berlaku persenyawaan tu menurun. Dan lagi kalau suami dia pun dah berusia. Jauhkan diri dan keluarga sementara ni. Jaga kesihatan dan mental isteri dulu, nanti isteri str3ss terkesan kat anak – anak dalam kandungan, twin kan lagi berisiko. Bab – bab ada ilmu – ilmu tu dengar – dengar je kan tapi tak tau betul ke tak. Amalkan je doa – doa pendinding sentiasa.

Donna Karan : TAK BOLEH!!! Lagi satu ko jangan sesekali ajak mak datang rumah, kang dia letak sesuatu dalam rumah ko mampuss. Hati orang bukan kita tau. Anak kucing pon org tak bagi tau, inikan anak orang, apapon tahniah dapat anak kembar.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5124 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.