Isteri aku nak tapau lauk utk mertua, sekali mak aku suruh bagi mee je. Aku buka periuk lauk kambing banyak lagi

Mak mertua aku bagi makanan laut mahal – mahal dekat mak aku. Aku haraplah mak aku baIas balik. Masa hari kenduri, isteri aku nak tapau makanan bawak balik bagi mentua. Sekali mak aku suruh bagi mee je. Nasib baik jadi depan aku, aku buka periuk terk3jut tengok lauk kambing banyak lagi..

#Foto sekadar hiasan. Salam semua. Ini kisah aku kalau ikutkan kisah aku ni boleh buat 2 atau 3 artikel. Tapi aku cuba karang part 1 dulu. Nama aku Syam, bukan nama sebenar. Kami ada 5 orang adik beradik, semuanya lelaki.

Aku yang bongsu. Aku dan isteri menetap di KL. Di kampung aku, mak ayah aku di kampung, abang sulung dan family dia (Hairul) dan abang atas aku sorang lagi (Faiz) juga duduk di kampung. Hairul ni kerja kerajaan dan isteri dia surirumah, Faiz ni pulak kerja tak tetap dan baru berkahwin dan isteri abang aku Faiz ni pun sama jugak, surirumah

Ok cukup serba sikit pasal family aku. Aku antara yang kedua terakhir kahwin dan abang atas aku, Faiz yang paling last kahwin. Sebelum tu.. Aku nak cerita sikit dan minta pendapat dari semua. Tentang per4ngai mak aku.

Waktu aku kahwin majlis aku biasa – biasa saja. Isteri aku orang dalam negeri yang sama cuma daerah yang berlainan. Jadi mak ayah aku ok saja bila aku cakap ni pilihan aku. Cuma nampak la mak aku ni macam pilih bulu sikit.

Tapi aku syukur sangat isteri aku baik dan memahami per4ngai mak aku. Bila lepas aku kahwin dalam 9 tahun lepas tu baru abang atas aku (Faiz) ni kahwin pulak. Nak jadi cerita abang aku ni tak kerja tetap, on off on off tapi mak aku punya grand buat majlis kahwin ni aku pun bersangka baik lah sebab majlis kahwin yang penutup dalam family kami.

Lupa nak cakap.. Ayah aku jenis cool, tapi mak aku ni jenis dia ja yang rasa betul, eg0 bagai. Aku sebelum ni bila balik kampung, bila tinggal mak aku dengan isteri aku ja yang duduk dekat ruang tamu, ada ja yang mak aku cakap yang buat isteri aku kecil hati.

Bila aku pillow talk malam – malam isteri aku ada la mengadu sikit – sikit pasal ni. Aku mula – mula tak pecaya la mak aku buat camtu. Contohnya bila nak balik ke KL, kalau contoh aku dengan abang sorang lagi (Zaff) balik ke kampung, boleh nampak la mak aku macam lebihkan abang aku Zaff ni macam – macam dikirimnya.

Tapi bila sampai giliran aku tak banyak pun barang – barang lauk pauk kirim. Aku pun ok saja tak kesah pun. Tapi kali ni bila baru baru ni aku balik kampung saja aku ambil cuti lama konon nak release str3ss kat kampung.

Kebetulan ada family gathering seluruh keluarga dekat Melaka. Jadi aku cakap dekat mak ayah aku aku balik ambil mentua aku. Jadi pergiIah kami ke family gathering tu (2 hari 1 malam). Pagi bertolak sampai dalam 3 – 4 petang dari kampung.

Nak jadi cerita kami semua join lah segala aktiviti termasuk ayah aku. Tapi mak aku duduk dalam bilik ja. Sampai mak mak menakan tanya mana mak aku? Aku sampai terp4ksa lah buat cerita, cipta alasan untuk bekap kata dia tak berapa sihat, kaki tak boleh jalan sangat.

Tapi memang mak aku ada mengadu s4kit kaki minggu minggu lepas. Jadi makcik – makcik ni pun nak ziarah bilik mak aku. Bila gi ziarah mak aku boleh tempelak makcik – makcik aku balik cakap dia sehat ja. Boleh bayang dak kita anak nak cover dia sebab faham ja mak aku tu malas nak sosiaI – sosiaI macamni.

Sekurangnya cakap la, “ya aku tak sihat sikit.” Tapi ditempelak balik. Part tu sedikit kecewa dengan eg0 dia. Jadi tak apalah balik lah kami. Kebetulan 3 – 4 hari lepas family gathering tu abang aku Faiz dengan Hairul tu nak buat gabung kenduri kesyukuran (tumbang kambing 3 ekor).

Aku pun jemputlah juga mentua aku yang duduk dalam negeri sama datang kenduri tu. Mentua aku datang dengan ipar aku. Oh sebelum kenduri kesyukuran ni mentua aku ada kirim makanan – makanan laut yang mahal – mahal dekat mak ayah aku.

Ikut adabnya mak ayah aku kena la baIas balik kan sekali dengan bekas pemberian mentua aku tu. Mak aku cakap nak baIas time kenduri kesyukuran dua abang aku ni. Aku pun ok lah macamtu. Bila hari kenduri ja walaupun ramai tetamu yang datang tapi lauk pauk banyak giIa lebih terutamanya kambing.

Bila mentua aku datang dan nak balik abang aku sulung tu Hairul tu suruh la isteri aku masuk packkan barang untuk kirim ke mentua aku bawak balik bekal. Nasib baik aku ikut isteri aku ke dapur. Memang jadi depan aku.

Ada lebihan mee, kambing, dan beberapa lagi lauk lebih. Tapinya mak aku ikut dari belakang dia suruh bawak balik mee ja untuk mentua aku. Yang lauk pauk lain tu mak aku nak kirim ke besan dia lagi satu iaitu mentua abang aku si Faiz.

Alasan mak aku sebab ni kenduri abang aku Faiz dan Hairul. Jadi mak aku nak bagi baki kambing ni dekat keluarga besan dia sorang lagi. Mentua abang aku si Faiz ni duduk sekampung jugak. Aku punya panas hati sebab, memang kenduri abang aku, tapi besan dia yang sorang lagi, mentua aku, sebelum ni kirim makanan laut yang mana kalau kita totalkan valuenya mahal weh. Dan makanan laut tu susah sangat nak dapat.

Punyalah aku ingat mak aku nak bagi kambing tu sikit dekat mentua aku sebab nak baIas balik makanan mentua aku bagi.. Aku dengan isteri tergamam sekejap bila mak aku cakap ambil mee ja lah. Aku menyirap, terus aku cakap depan mak aku sambil buka periuk belanga, punya lah banyak kambing tak luak pun lah kalau ambil sikit dalam plastik lutsinar ni tapaukan ke besan dia satu lagi.

Tu baru satu hal, belum kira part dia lebihkan abang aku si Hairul dgn Faiz ni. Apa – apa ja mesti dua orang ni yang dapat lebih duit atau makanan. Abang aku si Hairul ni isteri dia kan surirumah, mak aku apa – apa memang aku bagi perhatian lebih, makanan, baju duit tapi dia akan buat – buat macam dia belikan atau bagi untuk cucu katanya niat untuk tolong.

Padahal abang aku Hairul ni gaji dah besar dah boleh nak surviive sendiri sekarang ni. Tapi cara dia tu kadang – kadang yang kedekut giIa yang buat mak aku ingat Hairul ni tak cukup duit. Padahal bila pergi bercuti ada ja duit jalan sana sini.

Tapi bila balik rumah mak aku, makanan pun habuk tak beli. Asyik aku dengan abang aku Zaff ja kalau balik kampung pergi beli. Yang si Faiz ni pulak kerja on off dan duduk serumah dengan mak ayah aku di kampung. Jadi mak aku ni macam tak nak isteri abang Faiz ni macam rasa rendah diri atau berg4duh dengan abang Faiz aku ni sebab takut dorang bercerai lah apa lah.

Jadi memang mak aku control habis abang aku ni si Faiz ni. Abang aku ni nak keluar dengan isteri dia untuk hidup sendiri pun mak aku tak bagi. Alasannya nak ambil mana duit nak bayar itu ini. Elok dia nak belajar berdikari, belajar hidup sendiri, mak aku tak bagi.

Jadi senang cerita memang kena suap sampai habis lah dia ni. Baru ni abang aku Faiz ni baru dapat baby, wahh semua barang – barang baby mak aku belikan. Aku macam whaaattttt… Bila aku dapat tahu. Aku bukan dengki atau apa – apa.

Aku pun ada rezeki aku sendiri dan kalau ikutkan aku dengan abang Zaff kami memang merantau dan kamilah yang paling berjaya lah kononnya lah tapi memang kami usaha lah sendiri berdiri atas tapak kaki sendiri tanpa pertolongan mak ayah.

Ok balik cerita tapau makanan tu, lepas dari tu memang aku bebal dengan mak aku sebab apa hal nak pilih bulu pulak. Sedangkan makanan banyak giIa tapau jelah bagi dekat dua dua besan ni. Dah nama pon kenduri.. Kalau ikutkan banyak lagi yang buat aku dengan isteri boleh makan hati dengan cara mak aku ni.

Contohnya mak aku ni beli barang kemas hadiahkan dekat anak abang aku si Hairul tu. Padahal anak aku tak dapat apa pon. Aku tak lah hadap sangat sebab aku sendiri boleh belikan sendiri. Tapi korang rasa tak apa yang aku rasa, bila duduk tempat aku ni?

Aku memang kecewa dengan sikap eg0, terpaling betul, pilih bulu mak aku ni. Sampai aku pikir nak balik kampung kejap – kejap dah lah. Ya, walaupun mak aku tu ibu tapi tak semua benda dia buat tu betul pun. Aku kadang – kadang meIawan sebab apa yang dia cakap tu ada benda yang salah.

Bukan nak jadi derh4ka tapi nak bagi dia nampak ini pun salah dan tak semestinya dia betul segalanya. Derh4kakah aku wahai pembaca – pembaca? Sampai sekarang lepas kejadian tu aku dah rasa malas nak ambil tahu pasal mak aku tapi pikir berkat syurga tu yang aku str3ss.

Kalau diturutkan hati, memang aku dengan isteri selalu sangat akan makan hati. Kadang – kadang tu sampai dah taw4r hati dengan mak aku punya per4ngai.. (layankan jalah) hormat sebagai ibu tu masih ada.. Tapi hormat cara dan per4ngai mak aku tu dah menipis. Str3sss dan tersepit. – Syam (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Cik Marie Yam : Sama macam mertua saya. Dulu suami tak percaya tapi bila dia tengok sendiri, dia tegur ibunya. Tapi percayalah, itu dah jadi habit dia. Bila kami sekeluarga sampai, sahkan nak jemput naik, kalau tengah buat sesuatu, dia teruskan saja.

Berbanding anak – anak kesayangan balik, siap turun sambut, tolong punggah barang – barang bawa naik. Walau pun tuan tak larat. Pernah terjadi, buat kenduri akikah cucu kakak ipar, masa orang – orang masjid datang, tumpang letak beg – beg baju kami anak beranak dalam satu bilik kosong, di arahkan bawa keluar sebab anak kesayangan yang kerja Petronas otw balik (masa ni baru turun dari Kerteh).

Kebetulan suami keluar dengan kereta. Lepas suami kembali, saya cerita dekat suami, dia dengan suara yang lantang panggil anak – anak masukkan beg baju dalam kereta. Masa tuh boleh pula pura – pura kata kenapa pula, suami jawab sebab anak kesayangan nak duduk bilik tuh. Senyap terus dia.

Dah banyak tahun tak bermalam rumah mertua. Kalau balik pun sekejap aje. Rumah family saya dalam 10 minit. Pasal makanan kenduri, kalau nak bagi dekat famili saya hampir 10x tanya, nak atau tidak. Nak suruh kita jawab tak mahu. Cuma sekarang ni saya terfikir juga tentang suami berd0sa atau tidak sebab selalu sekolahkan ibunya dalam hal – hal macam ni.

Farah Hanina : Tak payah balik selalu. Mujur awak ada isteri yang boleh memahami. Lawat bila perlu saja macam hari raya. Beli barang pun tak payah beria sangat. Mak awak takkan berubah pun sampai bila – bila sebab dia dah memang ada anak kesayangan. Jaga hati sendiri, isteri dan anak – anak lebih baik.

Sue Ieda : Untuk tak sakit hati, ko layan mak ko seadanya sudah. Ada duit bagi. Takda duit tak payah bagi. Tak payah nak berk0rban seluruh jiwa raga pahtu harapkan baIasan mak sayangkan ko jugak. Memang dia tak sayang ko macam sayang yang lain.

Buat baik berpada – pada je lah. Ada duit lebih simpan untuk saving hidup ko. Nak pergi bercuti pergiIah dengan family kecik ko. Bilik rumah tu jangan berlama – lama sangat dah tahu boleh makan hati. Tang lauk kenduri tu aku sokong ko sound macam tu. Jarakkan hubungan ko. Lama – lama mak ko sedarlah ko makan hati dengan dia. Kalau tak sedar pon takpe. Yang penting jaga bini dan anak – anak ko.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.