Isteri bangga update status tengah bahagia dengan lelaki lain. Saya tak sabar nak bercuti dengan family mertua. Saya nak pulangkan balik..

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Kerana lelaki yang kenal sebulan, sanggup layan suami macam sampah, perasaan suami tak penting tapi perasaan jantan tu lagi penting. Saya pun dah buat keputusan nak serahkan balik anak mertua..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari tu saya ada tulis pasal perkahwinan satu permainan. Part 1 >> Kerana satu kesalahan, isteri terus berubah. Dia mula mengelak bila saya nak pegang, bila panggil sayang. Dalam bilik mandi isteri bawa handphone. Maaf buat kawan – kawan alam maya, kali kedua menulis di sini.

Pada Tuhan saya memohon segala bantuan. Takdir, jodoh, ajaI di tangan Allah. Pun begitu, segala pandangan sahabat maya sangat dihargai. Hari ni isteri saya tak bagi proceed pasal cerai tu. Tapi saya rasa cerai adalah terbaik kot. Sebelum tu nak cakap sikit pasal yang komen kata saya kacau rumahtangga orang.

Demi Allah, saya tak tahu status sebenar dia pun masa berkawan tu. Sebab dia cakap single ja. Dia bagitau saya hanya dekat – dekat tarikh cerai dia tinggal berapa hari saja lagi. Masa tahu tu saya pun marah jugak dan ada pertelingkahan jugak. Tapi macam kata tadi, jodoh di tangan Allah.

Sebenarnya saya bukan jenis lelaki mengacau hubungan orang pun. Sumpah tak. Tapi saya diuji macam ni dua kali, saya pun tak faham kenapa. Hanya Allah saja lah yang faham. Tapi takpe lah, saya bukan nak cerita pasal tu. Hari tu birthday wife. Saya hantar surprise delivery sebab masih cuba nak baiki hubungan.

Tapi wife saya taknak terima di office. Dia suruh budak tu hantar kat rumah lewat petang dengan alasan tak ada di ofis padahal dia ada ja. Oleh kerana hari tu kononnya dah berjujur dengan saya, kali ni dia dah tak takut – takut nak pos perasaan dia tanpa mempedulikan perasaan saya.

Saya nampak dia pos satu kotak hadiah dengan caption love. Pasti itu dari lelaki itu. Saya pun tak tahu kenapa, saya banyak diam walaupun terIuka. Sedangkan saya ada pilihan untuk meng4muk, berg4duh dan macam – macam. Tapi mulut dan anggota saya seolah – olah kelu.

Tapi saya dah tahu dia bercinta dengan orang pejabat dia sebab kenapa dia tak nak terima kat pejabat kan. Sebab nak jaga hati orang tu. Masa birthday dia, saya wish tepat pukuI 12. Dia just reply dua perkataan tq. Seolah – olah tanda ingatan saya dah tak penting untuk dia.

Dan untuk surprise tu esoknya dia just tanya, “Awak ke hantar tu?” Saya jawab, “Ya.” Reply dia, “Owh k… thanks.” Macam tak ada erti pun saya ni… saya sangat sedih tapi kemudian dia cakap pasal nak cuti dengan family dia tu. Dia nak saya ikut.

Saya cakap ok sebab saya nak berdepan dengan dia di hadapan family dia untuk bagitau pasal hubungan kami yang bakal h4ncur. Saya dan dia dah jadi macam dua insan berbeza. Bukan macam suami isteri pulak. Masa bercakap soal cuti tu, saya baru perasan, dia dah remove saya dari semua group.

Menggigil saya masa tu… terus saya beremosi. Saya kata, “Saya ni suami awak. Bukan jantan tepi jalan yang awak main petik tu. Langsung tak ada hormat saya eh. Ingat saya ni apa?” Dia terus call saya. Dia mintak maaf… masa tu dia terus terang, dia cakap orang tu sentiasa check telefon dia.

Orang tu cemburu dengan saya. Sebab tu dia delete remove apa semua. Jadi… orang tu tahu dia isteri orang. Tapi cara isteri utamakan dia, macam saya pulak kekasih gelap dia. Saya persoalkan isteri saya, “Lelaki baik ke tu? Kacau isteri orang.”

Bukan saya nak ugvt, tapi saya kata saya boleh report sebab dia kerja kerajaan kan. Tapi dari dulu pun isteri tak nak cakap siapa orang tu walaupun didesak dip4ksa. Saya pun malas nak siasat lebih – lebih, sebab tepuk sebeIah tangan tak bunyi.

Kalau isteri pandai jaga batas, semua ni tak akan jadi jugak kan. Jadi, tak guna jugak saya w4rning isteri ke sapa ke, orang yang tak ada perasaan. Buat apa pun nanti hati kita jugak s4kitkan sebab saya sedar isteri tengah m4buk cinta sekarang.

Saya tarik nafas panjang, saya cuba bertenang. Saya tanya, “Kenapa suka lelaki tu?” Sebab saya nak tahu di mana saya terkurang pada isteri saya. Sebab saya selalu rasa selama ni, dengan dia lah saya jadi manusia yang paling baik. Cuma saya mengaku, hari tu ada sibuk sikit tak mampu bagi perhatian kat dia tapi hanya sekali tu ja… Saya pun dah mintak maaf.

Isteri pun mengaku saya tak ada salah apa pun. Saya tanya, “Ke lelaki tu pandai melayan?” Sengaja cakap macam tu. Dia kata tak ada buat semua tu pun. Dia kata baru sebulan ja bercinta dengan dia. Saya tanya, “Ke dia banyak duit?” Isteri kata mana ada, dia yang selalu pinjam saya…

Terus saya mendidih, sah – sah lelaki tu nak kikis dia ja gamaknya. Ataupun nak gunakan dia. Kali ni isteri saya banyak diam, isteri cakap, “Entah lah, saya sangat keliru sekarang… Saya sedar saya masih ada rasa sayang kat awak…” kemudian dia selalu rasa sedih dan bersalah atas apa yang dia dah buat ni.

Saya soal isteri, saya bagi peluang. Pilih nak dia ke saya, isteri kata tak boleh macam tu. Dia perIukan masa nak fikir. Saya kata ok. Tapi saya pun dah buat keputusan saya tetapkan teruskan perceraian tu sebab harga diri saya sebagai suami dipijak – pijak macam tu ja.

Kerana lelaki yang kenal sebulan, sanggup layan suami macam sampah, perasaan suami tak penting, tapi perasaan jantan tu yang penting untuk dijagakan. Isteri kata dia taknak compare sapa – sapa, sebab dia nampak jahat kalau banding – bandingkan orang… cuma dia pun tak pasti bila perasaan tu muncul.

Isteri cuma kata mintak masa dan peluang. Saya cakap ja ok tapi sampai sekarang isteri pun dah tak contact saya, saya lagi lah tak contact dia. Dia masih update status – status bahagia dia. Saya biarkan ja lah dia bahagia dengan kegembiraan palsu tu.

Cuma sekarang ada benda lain. Sebenarnya itu lelaki atau p3ngkid tapi tak kisahlah siapa pun, sebenarnya kalau isteri buat senyap – senyap dan takut masa dah kantoi pun mungkin saya boleh terima dia semula. Tapi layanan dia masa kat Kota Baru sampai ke saat ni, masyaAllah, seolah – olah saya dah tak kenal siapa dia tu.

Seolah – olah apa dia buat tu tak salah pun dengan alasan perasaan tak boleh dip4ksa. Saya sekarang ni tunggu trip nak jumpa family dia tu untuk serah balik anak mereka. Bukan nak bercuti sangat pun sebenarnya. Fikir nak pandang dia, hadap dia pun saya dah tak ada hati dah. Hari tu saya memang sedih. Menangis.

Tapi lepas dah tahu semua, saya rasa lapang ja walaupun sayang tu tetap ada tapi nak terima balik, hati saya dah berat sangat. Tak tahu kenapa… Cuma nak pesan satu ja lah, ramai ja orang sekarang ni berkawan dengan suami orang lah, isteri orang lah.

Benda ni seolah – olah dah jadi macam satu trend. Tapi kita lupa sy3itan yang sentiasa cari jalan nak runtuhkan silaturahim, nak ik4t hubungan h4ram. Lelaki ka, perempuan ka, p3ngkid ka, Iesbian ka, jangan jadi perosak hubungan orang runtuh.

Hari ni Allah uji saya, s4kit memang s4kit… tapi baIasan yang Allah simpan untuk orang – orang macam ni, Allah saja lah tahu. Rumahtangga saya mungkin tak dapat diselamatkan dah sebab saya pun tak nak dah isteri macam ni… sebab saya tak mampu bimbing dia.

Saya pun tak mampu jadi suami yang baik pada dia. So lepaskan lebih baik dari mengharap… sapa – sapa pun yang sedang alami ujian rumahtangga macam saya ni, satu ja nak pesan, cinta yang tak dihargai adalah cinta yang tak perlu dikejar lagi. Assalamualaikum.. – Mohd (Bukan nama sebenar)

Komen netizen :

Fatimah : Isteri curang yang menduakan suami dan ini bukan kali pertama kan, sebab sebelum berkahwin dengan confessor dia dah ada suami. Masa mula kenal confessor pun dia masih isteri orang. Jadi tak hairanlah jika dia ulang perkara yang sama sekarang.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.