
Suami habiskan duit berbelas ribu hingga puluh ribu dalam satu malam untuk main jvdi atas talian. Aku nasihat tapi aku dihina sebab tiada harta benda. Kuasa Allah, suami jatuh sejatuhnya, semua harta ditarik balik…
#Foto sekadar hiasan / AI. Aku gagal menjadi isteri yang mampu membahagiakan suami. Suami lepak sampai pagi aku biarkan sebab takut dia terasa terkongkong. Subuh baru masuk bilik walaupun hidup aku sentiasa rasa sunyi, aku k0rbankan masa dia dengan aku untuk dia lepak dan hilangkan str3ss walaupun aku tidak disentuh selama berbulan – bulan.
Kononnya demi menjaga hati kawan dia. Tapi bila aku tegur, minta cuba bahagi masa untuk keluarga dan kawan, aku pula dik4takan terlalu mengongkong. Macam mana pula hati aku dan anak. Duit belanja aku ditangguhkan biasanya selama 6 – 7 bulan.
Tapi aku reda walaupun aku tahu dia mampu, sebab aku nak jadi isteri yang sentiasa memahami. Namun, aku dihina dari segi penampilan dan paras rupa. Maklumlah, aku tidak bekerja sebab suami tidak bagi aku kerja. Mana aku nak dapatkan duit untuk cantikkan diri aku.
Aku tahu yang dia pernah habiskan duit belas – belas ribu hingga puluh – puluh ribu dalam satu malam setiap hari untuk main jvdi atas talian. Tapi aku pernah nasihat, namun aku pula yang dihina sebab tiada harta benda. Tanpa dia, aku tidak punya apa – apa.
Dia kata itu duit dia, jadi suka hati dia lah. Tapi selepas dia hina aku, dia jatuh sejatuh – jatuhnya. Semua yang dibanggakan Allah tarik perlahan – lahan. Dan hampir 7 tahun aku bersabar demi anak – anak yang masih kecil dan masih memerIukan kasih sayang seorang ayah.
Walaupun hati aku banyak terIuka, aku tetap kena telan walaupun pahit demi anak – anak. Anak sulung aku yang berumur 6 tahun sentiasa menjadi saksi saat air mata aku menitis dan dia jugalah yang mengesat air mata aku yang mengalir. Dia tahu aku terIuka kerana ayahnya tapi dia buat – buat tidak tahu. Dia hanya pandang aku dengan matanya yang merah seolah dia mengerti perasaan aku.
“Kesian, mesti penat kan? Meh sini adik tolong lapkan air mata… kita m4ti sama – sama yer mami. Kalau mami m4ti, adik nak Allah ambil nyawa adik juga sebab adik nak duduk dalam syurga. Adik nak kita sama – sama dalam syurga, jumpa Allah.”
Setiap kali aku cuba ajak berbincang waktu malam, alasan mengantuk. Aku cuba nak luah apa yang terpendam, dia kata kejap lah. Dan bila waktu makan, aku cuba nasihat, dia baling pinggan nasi yang aku masak. Kononnya potong mood nak makan.
Tapi bila aku cuba luah melalui WhatsApp, walaupun panjang atau pendek tetap tidak dibaca. Alasan tak suka baca panjang – panjang. Tapi kalau ayat TikTok, Facebook yang panjang boleh pula dia baca. Nak buat apa – apa tidak pernah bincang dengan aku dulu.
Tapi kalau perIukan modal atau bantuan, aku dulu lah yang dituju. Sebab masa tu aku dah mula berniaga, jadi ada lah simpanan sikit – sikit. Cuma aku ada cakap yang aku terasa hati sebab nak lakukan sesuatu mesti bincang dengan kawan dulu, bila dapat persetujuan dari kawan, baru lah aku orang yang terakhir dia beritahu.
Aku mula menitiskan air mata sebab aku teringat waktu aku pernah dihina aku tiada duit. Dihina paras rupa. Diungkit kisah aku waktu belum kenal dia. Dan diugvt aku untuk nak beritahu pak mertua aku. Aku bukan kaki kelab, aku bukan kaki masuk hotel keluar hotel. Aku cuma nakal, tidak bertudung, rambut merah.
Tapi aku tetap tolong dia walaupun aku banyak terIuka. Tapi aku pula yang dimarah balik sebab tidak sokong dia. Hanya orang luar jer yang support. Dan aku tidak pernah mendoakannya… mana ada isteri yang tidak pernah doakan kebaikan untuk suami. Jahat sungguh aku di matanya.
Dan pada malam tu jugalah aku menangis sepuas hati aku dan berkata:“Saya tidak pernah dapat peIukan saat saya terasa hati atau sedih dengan sikap awak. Saya tidak pernah dipujuk walaupun saya menangis sehingga tertidur dengan air mata. Saya jarang dengar awak minta maaf walaupun awak tahu itu adalah salah awak. Kalau awak minta maaf sekalipun, itu kerana saya yang merungut. Hina sangat ke saya di mata awak.”
Dan aku rasa terlalu terhina tapi aku masih perIukan peIukan dari seseorang yang bergelar suami. Aku tebalkan muka aku dan berkata, “Boleh tak saya pinjam badan awak sekejap untuk saya kurangkan rasa s4kit, beban dan kecewa yang ada dalam hidup saya?”
Lalu aku peIuk dia dengan erat tapi peIukan aku tidak dibalas. Dan baru lah aku sedar aku bukan siapa – siapa untuknya. Ketika di rumah aku bagaikan orang asing. Lepak sampai pagi tidak penat dan tidak mengantuk. Bila dengan anak bini pukuI 10, 11 sudah penat dan mengantuk.
Aku gagal jadi isteri yang terbaik untuknya. Aku gagal segagal – gagalnya. Sebab dia kata bosan hidup dengan aku Doakan aku mampu bahagia seperti yang lain. Doakan aku berharta agar aku tidak lagi dihina.
Komen Netizen :
Anonymous member 745 : Sedihnya.. Kalau la boleh jadi pengganti memang akan saya layan bagaikan bid4dari sebab situasi saya terbalik. Saya diabaikan oleh isteri, dah lama tidur asing, nikah baru 8 tahun.
Yuyu Daieaya : Lelaki memang gitu.. bila hilang baru nak hargai. Jadi simpan duit sis, cari kekuatan diri sendiri, sayang diri sendiri. Jika perlu, cari laa kebahagiaan sendiri tanpa dia. Berdoa lah semoga suami tu berubah dan Allah tunjukkan jalan.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.