Aku tegur suami, bila balik dia baring atas katil sambil menangis. Baru aku tahu per4ngai sebenar suami macam budak-budak

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Kalau kami berg4duh masa tengah kerja, dia tanpa segan silu menangis depan kawan – kawan pejabat sampai satu department tahu. Dia akan merajuk balik rumah mak aku, menangis, tak makan tak minum..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua, kisah aku hanya sekadar untuk berkongsi dan meluahkan. Aku penat dengan rumahtangga aku, patutnya dalam fasa ‘honeymoon’, baru 6 bulan kahwin tapi aku dah emotional drained. Untuk pengetahuan, dia duda dan aku janda jadinya aku harapkan perkahwinan ni lebih baik dari sebelum.

Masa bercinta semua indah tak nampak c4cat cela kat mana – mana. Bila dah kahwin aku pening, suami aku kuat menangis.. pantang tegur sikit dah merajuk, terbaring atas katil macam  m4yat hidup. Permulaan aku nampak tabiat dia ni adalah bila aku tegur jangan setkan channel radio sambil drive, kan bah4ya.

Terus dia diam 1000 bahasa. Aku pun diamlah sebab tak nak jejas emosi dia masa memandu. Tapi sampai je rumah, dia terus baring atas tilam dan aku biarkan, sangkaan aku dia penat. Rupanya tengah mengalir air mata. Serious aku rasa nak Iempang je bagi jadi jantan sikit.

Di situ bermula la s4kit jiwa aku menghadap per4ngai baby suami aku ni. Ada 1 hari aku dan dia g4duh kecil kat rumah mak aku. Masa tu berdua je di dapur tengah makan. Habis makan aku terus naik sebab aku malas nak panjangkan g4duh. Aku naik mandi, solat tapi dia tak naik – naik lagi.

Jadinya aku turun nak tengok dia tengah buat apa. Korang tau dia tengah buat apa? Hmmm.. rupanya dari aku naik, mandi and solat.. dia duduk lah kat dapur dengan muka 10 sen sambil tengok lantai.. asbab sedih berg4duh tadi. Takde sikit pun rasa malu kalau – kalau mak aku masuk dapur dan tengok keadaan dia macam tu.

Macam budak – budak tengok lantai lepas kena marah, haa macam tula reaksi suami aku. Tak habis kat situ, adegan sem4kin rancak bila tetamu datang. Perlu ke tunjuk muka sedih depan tetamu macam m4ti bini. Sampai tetamu tanya, berg4duh dengan bini ke?

Tak ke malu.. aku tak tau dah nak buat apa.. ya bunyi macam kelakar kan.. fun kan.. cuba korang ada tempat aku.. tahla. Benda macam ni sangatla merimaskan. Aku dah lama hidup menjanda, segala tomahan ke hidup susah aku dah biasa hadap. Jiwa aku pun dah kental,

Tapi bila bersuami baby ni aku rasa nak giIa. Kalau dia tunjuk bakat terpendam ni sebelum kahwin, memang taklah dia jadi pilihan aku. Benda dah jadi, aku cuba ubah dia jadi jantan sikit. Suami aku bukanla teruk sangat, ada baik dia. Tapi tulah, emosi dia terlalu lemah. Tak boleh ada masalah sikit, kalau ada mulalah mencebek.

Aku ni sekali dua boleh lah layankan, ni kalau macam dah jadi rutin harian untuk aku hadap, mulalah aku naik menyampah. Rumahtangga mesti ada turun naik. Kalau benda yang tak ada apa – apa sangat pun, dah macam ni, korang bayanglah bila g4aduh besar.

Korang bayangkan, kalau dia dekat office dan tengah berg4duh dengan aku, tanpa segan silu ya dia akan menangis depan kawan – kawan office dia. Kemudian aku dipersalahkan bila dia malu nak hadap kawan office dia. What the heck.. Aku pun tak faham, nak kata anak tunggal tak, anak bongsu pun tak.

Ni pun dia tengah drama episode ke berapa tah kat dalam bilik 1 lagi. Aku dah bosan nak layan. Kalau pilih nak jadi budak – budak dipersilakan. Bukan lah lagi tanggungjawab aku nak memujuk macam baby. Umur pun dah pertegahan 30an tapi mental and emosi macam belum fully develop.

Tu jela luahan hati aku ni. Harap semua ni getting better. Wahai Encik Suami tolonglah jangan jadikan isteri kau ni giIa dengan per4ngai tah apa – apa ni. Lama – lama respect pun hilang.. – Popie (Bukan nama sebenar)

Sambungan… Assalamualaikum semua, aku nak buat kesinambungan kepada cerita aku dulu tajuk Suami Pramatang. Beza kalini, dia dah jadi bekas suami aku, lantaran kerana aku tak sanggup dah nak melayani kerenah tak matang beliau. Mari aku share tingkah laku beliau yang sem4kin hari sem4kin parah dan menjadi – jadi.

Terlalu banyak dan cerita ini tak ikut turutan tarikh ya, tapi berdasarkan ingatkan aku pada peristiwa yang berlaku. Untuk mudahkan penceritaan, aku namakan dia Cengeng ya, sesuai dengan watak dan jiwa yang tak berapa sado itu. Ada 1 hari motor dia jatuh, biasala motorkan kesayangan orang lelaki.

Normal untuk rasa sedih, tapi dia telah baring duduk atas tilam menatap atap bilik, tanpa hiraukan sesiapa yang bercakap dengan dia. Dengan air mata berjuraian tak sudah, dia baring dekat situ selama 2 hari tanpa makan dan minum sambil meratapi kesan calar di motor (almost like tak ada calar langsung). Soal pergi kerja tak payah cerita, itu tak penting. Emosi sedih dia adalah keutamaan.

Everytime berg4duh dengan aku, dia akan ke rumah mak ayah aku, bukan mak ayah dia ya, diulangi mak ayah aku.. untuk mengadu dan menangis sambil bercerita tanpa sedikit pun rasa malu. Hatta perg4duhan itu berpunca dari sikap beliau sendiri.

Dan sepanjang perg4duhan tu, dia akan duduk dan bermalam di rumah mak ayah aku, duduk je dalam bilik, menghadap dinding dengan pintu tak tutup, taknak makan, tak nak minum. Dah menjadi kerja untuk mak aku pujuk dia turun bawah makan.

As isteri masa tu aku cukup malu dengan per4ngai dia ni. Lemah teramat lemah. Kalau dia mood sedih kat rumah aku, 2 – 3 hari dia akan terbaring atas katil, tak nak makan dan tak nak minum. Air mata 24 jam meleleh, harapkan aku masuk bilik dan pujuk dia. Serius! betul – betul membuatkan aku rasa bosan.

Kadang – kadang terp4ksa la pujuk sebab dah 4 hari dia tak pergi kerja. Ada masa dia marah, dia jadi the hulk pulak.. Dia pergi koyakkan baju dia masa tu dalam kereta. Nanti kalau aku tempeleng karang menangis pulak. Tak cukup dengan koyak baju, dia hantuk kepala dekat stereng kereta bertubi – tubi, sekuat hati.

Namun aku biarkan saja, bukan kepala aku yang s4kit.. Kepala dia. Masa ni aku dah sem4kin bosan dah. Level budak – budak dia bukan takat di situ sahaja. Dia tahu per4ngai pelik dia, dan dia takut aku bagitau family dia, hidup dia umpama anjing yang takut dengan bayang – bayang sendiri.

Jadinya dia cakap dekat family dia, aku ada lelaki lain. Aku tak suka dia melawat mak dia s4kit lah.. Aku kuat cemburu kononnya. Walhal masa tu aku tak sabar nak buang dia jauh – jauh dari hidup aku. Ya semua di atas berlaku dalam keadaan aku sedang mengandung. Aku sabarkan je hadap kerenah dia.

To one point, aku hilang sabar bila 1 hari aku dah mula s4kit contraction, dan mak aku pun dah mula hilang sabar dengan per4ngai mamat ni. Jadi mak aku tegur, lain kali kalau awak berg4duh dengan isteri, jangan bercerita pada keluarga atau kawan – kawan pejabat.

Untuk pengetahuan korang, kalau g4duh, 1 department office beliau akan tahu ya. Punyala tak berguna as suami. Tulah kali pertama mak aku tegur depan – depan. Dan korang tau apa reaksi dia? Dia terus merajuk dan keluar rumah balik rumah dia. Tinggalkan aku yang tengah contraction nak beranak.

Ko bayangkan apa aku rasa masa tu. Dan aku lahirkan anak aku dalam keadaan dia sibuk melayan emosi sedih merajuk dekat rumah, dan aku bert4rung nyawa untuk lahirkan anak dekat hospitaI ditemani mak ayah aku. Sabar aku dah mula sampai limit.

Limit exceed bila ada orang adu pada aku yang dia sibuk cerita dia m4ngsa dalam rumahtangga, dia banyak sabar dengan aku yang selalu ada scandal dengan lelaki lain. Dalam keadaan masih dalam pantang tu aku confront dia, berlaku g4duh mulut.

Sabar aku dah habis, merasalah dia sedas dua pen4mpar dari aku, sampai kebas tangan aku masa tu t4mpar dia sekuat hati aku. Aku puas… Jangan ingat selamanya aku akan telan per4ngai dan peny4kit dia. Dia as usual akan menangis, kemas semua barang – barang dia.

Masa tu dekat rumah mak aku sebab aku berpantang dekat sana. Dan dia terus keluar rumah dan failkan perceraian. Dia ingat aku hairan dengan saman cerai dari dia? Aku mudahkan lagi urusan tu, sebabkan dia seorang kuat cemburu, banyak taqliq dia sebut dekat aku.

Jadi aku dengan sengaja Ianggar taqliq tu, biar terus jatuh talak, tak perlu tunggu ke mahkamah. Jangan ingat dia boleh pij4k aku sesedap rasa. Tak padan dengan cengeng. Dan kemudian, dia pulak menangis.. Merayu tak nak cerai.. What the h… Sorry its time for goodbye.

Alhamdulillah kini aku dah bebas dari pasangan yang mungkin berlagak normal, hakik4t mental celaru. Maybe kisah ni rare.. Tapi aku yakin ada yang melalui perkara sama. Apapun aku syukur Allah jadikan aku seorang yang kuat, tak merebeh.. Nak menangis bagai.

Buat siapa yang mungkin ada masalah serupa, tolonglah lepaskan diri korang. Jangan terus menerus dengan orang mcm ni. Not good untuk mental heath you. – Popie (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Sherri Hazmi : Dari segi cerita, aku syak laki dia tak normal. Maybe ada autism dewasa, ADHD, kecelaruan diri atau anything yang berkaitan mental lah. Mana ada lelaki normal macam ni. Nampak macam dia masih budak – budak yang terper4ngkap dalam tubuh dewasa. Simpati dengan kau. Tapi mujur dah cerai. Harap ada la yang sudi bawak beliau tu didiagnosis.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5163 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.