Isteri boss ugvt untuk terima jadi madu, kalau tidak saya kena berhenti kerja. Saya nekad untuk berhenti untuk jaga maru4h keluarga. Selang dua tahun, saya dapat tahu rakan di tempat kerja lama telah terima lamaran dari isteri boss untuk jadi isteri kedua. Kemudian barulah saya tahu rancangan mereka suami isteri..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan pengalaman saya yang hampir masuk dalam hidup “bermadu”. Ini kisah benar – benar terjadi dalam hidup saya. Saya ingin kongsikan pengalaman ini untuk wanita di luar sana supaya berhati – hati dengan “scam” terbaru ini.
Saya wanita berumur 32 tahun. Waktu kejadian saya masih di dalam lingkungan lewat 20-an. Secara tiba – tiba isteri kepada boss datang ke rumah bersama kakak iparnya berhajat untuk meminang saya. Keluarga saya apalagi kan, terk3jut dan menuduh saya berhubungan dengan suami orang.
Demi Allah saya tiada rasa dan berhajat untuk kongsi rumahtangga dengan orang lain. Saya berprinsip teguh dan berhubungan dengan boss hanya atas dasar kerja. Walaupun kata hati saya memang agak pelik dengan kebaikannya.
Tetapi menganggap boss memang seorang yang baik apatah lagi orangnya cukup alim solat 5 waktu dan seorang ayah yang penyayang. Semestinya saya menolak pinangan itu. Alasan isterinya, saban hari si suami menyebut dan memuji kecekapan saya di dalam pekerjaan.
Tapi itu bukan alasan untuk saya menerima pinangannya. Dia macam ugvt, sekiranya saya tidak mahu, saya perlu berhenti kerja kerana tidak mahu suaminya tersiksa. Agak lucu kan? Tapi bagi saya, family kami ada maru4h. Lagi – lagi saya anak perempuan sulung, saya perlu kekalkan prinsip saya.
Saya berhenti serta merta dan memulakan bisnes makanan dan alhamdulillah saya sem4kin berjaya hingga ke hari ini. Mengapa saya katakan peristiwa ini sc4m? Panjang lagi ceritanya, haha. Selepas 2 tahun peristiwa giIa tu, rupanya sahabat saya sewaktu di office lama menerima pinangan isteri pertama boss saya.
Minggu lepas saya berkesempatan bertemu dengan sahabat saya ini dan dia meluahkan rasa hatinya. Biarlah saya namakan dia Ina. 2 tahun dulu, kakak kepada bossnya dan isterinya datang bertemu family sahabat saya ini.
Memandangkan mereka nampak ikhlas, dan isterinya sendiri sanggup meminang, ibu Ina terus menerima pinangan itu dengan hati terbuka. Apatahlagi yang datang itu orang kaya, dan Ina masih perlu menjaga 4 orang adiknya yang masih kecil.
Mungkin baginya itu jalan pintas untuknya menyara keluarga. Selepas akad nikah, semuanya indah. Ina diberi rumah teres dan sebuah kereta. Tapi selepas 3 bulan, sikap suaminya jadi berlainan, suaminya itu selalu balik ke rumah isteri pertama kadang sehingga berminggu – minggu.
Ina ditinggalkan seorang sehingga berlaku perbaIahan di antara mereka. Isteri pertama played v1ctim. Dia luahkan di dalam social media kononnya isteri kedua buat hal apabila suami balik ke rumahnya. Konon dia dah berk0rban apa sahaja sanggup biarkan suaminya bahagia dengan isteri kedua.
Netizen apa lagi kan, bila menyebut isteri kedua, mestila Ina dic3rca dan dituduh sebagai per4mpas. Si suami pulak beralasan dia sem4kin sayangkan isteri pertama disebabkan peng0rbanan berikan izin berkahwin lagi. Sebab itulah dia perlu melebihkan isteri pertama dari kedua.
Apatahlagi mereka dah ada 5 orang anak. Ina kecewa dan rasa tertipu sangat – sangat. Habis keluarganya dicerca dan dih1na oleh masyarakat. Ibunya tidak dapat tahan dengan pengh1naan sehingga s4kit jantung dan meninggaI dunia.
Tinggallah Ina dan adik – adiknya terkontang kanting menahan cemuhan orang. Waktu pandemik ini lagiIah menambahkan kekecewaan Ina kerana suaminya berikan alasan tidak dapat pulang kerana tidak boleh merentas daerah.
Memang duit diberi dan segalanya cukup, tetapi penyiksaan zahir dan batin Ina hanya Allah sahaja yang tahu. Ina bukan seorang yang jahat. Aku mengenali Ina dari kami sekolah menengah. Ina tidak pernah bergaul dengan lelaki, seorang yang pendiam dan cukup setia.
Aku tahu Ina adalah m4ngsa keadaan. Dek kerana isteri pertama kononnya ingin menunjukkan peng0rbanan supaya suami akan setia kepadanya kembali dengan k0rbankan wanita lain. Sifat penting diri sendiri dan gatal seorang lelaki telah menyebabkan seorang wanita yang susah menjadi m4ngsa keadaan.
Saya tawarkan Ina supaya berkerja dengan saya. Buat apa perlu menahan h1naan orang dan masih bertahan di dalam perkahwinan yang t0xic? Ina ibaratkan puppet atau patung menjadi sumber kejayaan isteri pertama suami mereka.
Buat para pembaca, hindarilah dari berkahwin dengan suami orang. Walaupun apa niat mereka, cubalah untuk tidak terjebak dengan poIigami. Kita wanita perlu kuat dan berprinsip. Kita mampu untuk hidup sendiri sekiranya tiada rezeki berkahwin di dunia ini. – Hawani (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Aisya Reza : Assalam hawani, tolong sampaikan nasihat saya ini pada ina. Kalau suami dah bagi keta dan rumah. Ok lah tu. Tiap – tiap bulan pastikan duit nafkah juga suami beri. Mintak banyak sikit. Pastu awak enjoylah hidup dengan anak – anak atau kawan – kawan.
Nafkah batin tu apalah sangat… daripada awak terp4ksa kerja dengan hawani untuk menyara hidup. Baik teruskan hidup dengan suami. Dia tak balik lagi bagus. Awak ada ‘me time’. Ada perempuan yang tanggung biawak hidup pun masih kekalkan rumahtangga. Apalah sangat masalah awak yang suami jarang balik tu. Ni pandangan saya jer… terpulang ke awak.
Cik Ros : Kat mana sc4mnya? Tak boleh tuduh 1st wife. Yang tak jalankan tanggungjawab suami tu. Bukan 1st wife yang halang pun. Dia siap pergi pinangkan lagi madu. Kenapa nak salahkan perempuan? Lagi pun Ina dan maknya terima pinangan sebab “yang datang tu kaya dan ina ada 4 adik yang perlu ditanggung”.
Ok la tu suaminya masih beri nafkah yg cukup, rumah dan kereta. Cuma tak dapat beri nafkah batin jer. Tu la pasal. Kawen lagi dengan org tua. Orang tua ni banyak peny4kit. Kawen la dengan orang muda sikit kalau nak nafkah batin cukup tapi kena bersabar la hidup tak mewah.
Hazirah Hj Hamzah : Ada lagi sorang kena sc4am poIigami.. Kawan saya. Mentang – mentang dia penjawat awam, isteri pertama yang pinangkan. Semua terjadi atas arrangement isteri pertama. Rupanya isteri pertama nak tumpang kesenangan madu penjawat awam tu. Suruh buat loan untuk dia. Guna duit madu. Duit madu asyik hilang je. Tak bagi tinggal berasingan. Suruh tinggal sebumbung.
Munirah Mokhtar : Maaf ye tt. Niat ina abermadu tu pun dh tak jujur. Sebab lelaki tu kaya dan ina ade 4 beradik untuk ditanggung. Secara tak langsung macam nak hartakan. Jadi itu laa yang ina dapat. Harta. Memang itu yang dia nak kan.
Bab suami dia memang salah laa. Terang – terang salah. Tapi ina pun bukanlah sesuci lebaran. Buat ina, dugaan bermadu memang macam tu laa. Cerca m4ki orang tak boleh elak. Ina sepatutnya fikir betul – betul sebelum bermadu.
Contoh terbaik tt laa. Yang fikir luar dalam depan belakang. Banyak buruk dari baik jadi tt undur diri. Ina gembirakanlah diri sendiri. Harta banyak kan. Pegi bercuti. Bawak adik – adik. Pergi beli emas. Bahagiakan keluarga sendiri je.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.