
Aku nampak isteri aku keluar dari lobi hotel bersama seorang lelaki macam dalam gambar kawan aku bagi. Bezanya kali ini isteri aku tak bertudung. Anak – anak mula senyum bila nampak umi mereka, tapi anak sulung aku tanya..
#Foto sekadar hiasan. Semua ini bermula selepas isteri aku mula bekerja di tempat baharu. Awalnya aku gembira sebab dah lama dia menganggur. Aku fikir ini peluang untuk kami kukuhkan kewangan keluarga. Aku pun bukanlah kaya, cukup makan cukup pakai.
Jadi bila dia dapat kerja, aku rasa lega sebab boleh kurangkan beban aku. Aku langsung tak sangka rezeki yang aku sangka baik ini akan jadi permulaan kepada ujian paling berat dalam hidup aku. Kawan baik aku satu pejabat pernah nampak isteri aku keluar dengan seorang lelaki.
Dia siap ambil beberapa keping gambar masa mereka makan di restoran. Dalam gambar itu jelas mereka sangat mesra, siap makan bersuap. Masa itu hati aku macam disi4t – si4t, tapi aku pendam. Aku cuba nafikan sebab aku tak mahu g4duh.
Aku fikir mungkin itu kawan sekerja. Aku berper4ng dengan diri sendiri demi anak – anak. Disebabkan gambar itu, aku berg4duh dengan kawan aku sebab aku rasa dia macam nak masuk campur urusan rumah tangga aku. Tapi jauh di sudut hati, aku tahu dia cuma nak aku sedar.
Dalam masa yang sama, aku mula rasa curiga. Setiap kali waktu makan tengah hari selama seminggu, aku curi masa untuk perhatikan pergerakan isteri aku dari jauh. Dia nampak normal saja. Balik kerja pun masih senyum pada aku macam biasa. Jadi aku mula fikir mungkin aku yang terlalu fikir buruk.
Sampailah pada hari Khamis, dia balik dari kerja dan beritahu terp4ksa outstation ke Pantai Timur pada hari Jumaat, balik Ahad. Aku izinkan. Kereta dia pula ada masalah, jadi aku suruh dia bawa kereta aku supaya aku boleh hantar kereta dia ke bengkel.
Dia nampak gembira, siap peIuk aku sebelum masuk tidur malam itu. Aku ingat semua dah okey. Hari Sabtu tengah hari, entah kenapa hati aku rasa tak sedap. Aku teringat balik gambar yang kawan aku kirimkan minggu sebelum itu. Aku terus buka GPS kereta aku.
Allahuakbar… katanya pergi Pantai Timur tapi lokasi tunjuk ada di Johor Bahru. Masa itu tangan aku menggeletar pegang telefon. Degupan jantung aku laju macam nak pecah d4da. Tanpa fikir panjang, aku suruh anak – anak bersiap. Kami naik kereta sepupu aku dan terus pecut ke Johor Bahru.
Sepanjang perjalanan, aku cuba kawal air muka supaya anak – anak tak rasa pelik. Sampai di sebuah hotel, aku nampak kereta aku di parkir. Aku berhenti di sebelah kereta aku dan tunggu dalam beberapa minit. Tak sampai 10 minit, aku nampak isteri aku keluar dari lobi hotel bersama seorang lelaki yang sama dalam gambar kawan aku. Bezanya kali ini dia tak bertudung, rambutnya terurai.
Anak – anak mula senyum bila nampak umi mereka, tapi anak sulung aku tanya, “Ayah, siapa lelaki itu?” Aku tak mampu jawab. Aku cuma senyum taw4r dan suruh mereka duduk diam. Aku terus call isteri aku tanya dia di mana. Dia dengan selamba jawab dia ada di Kuantan.
Masa itu d4rah aku menyirap. Aku keluar dari kereta dan berdiri depan mereka. Wajah dia terk3jut macam nampak h4ntu. Lelaki itu pun nampak blur, macam tak tahu nak buat apa. Aku tak buat kecoh depan orang. Aku suruh dia masuk kereta. Anak – anak senyap saja.
Perjalanan balik memang tegang. Sampai rumah, barulah semuanya terbongkar. Dia mengaku ada kekasih gelap dan minta dilepaskan supaya dia boleh kahwin dengan lelaki itu. Ironinya, lelaki itu juga terk3jut sebab isteri aku kata dia janda.
Lepas tahu aku suami dia, lelaki itu terus minta maaf pada aku sebab telah ditipu. Dan di sinilah twistnya… lelaki itu sebenarnya dah bertunang dengan perempuan lain di kampungnya. Dia langsung tak ada niat nak kahwin dengan isteri aku. Dia cuma anggap isteri aku tempat singgah. Bila dapat tahu kebenaran, dia terus block nombor isteri aku.
Masa itu isteri aku mula merayu – rayu. Dia kata semua ini berlaku sebab aku terlalu sibuk kerja, kurang beri perhatian. Dia cuba salahkan aku, katanya aku dingin dan selalu balik lewat. Tapi aku tahu itu cuma alasan. Aku cuba tanya lelaki itu secara berdepan, adakah mereka pernah bersama?
Lelaki itu mengaku, beberapa kali. Masa itu aku rasa dunia gelap. Aku tak tunggu lama, aku lafazkan talak pada hari itu juga. Seminggu lepas itu, isteri aku mula WhatsApp aku minta rujuk semula demi anak – anak. Dia kata dia menyesal, janji tak akan ulang. Aku duduk termenung lama.
Aku fikir kalau aku rujuk, hati aku tetap akan ingat apa yang aku nampak di hotel hari itu. Aku bayangkan semula dia keluar dengan lelaki itu, bayangan itu terlalu kuat sampai aku rasa aku tak akan boleh tidur lena. Lagi parah bila aku dapat tahu sesuatu yang lagi meng3jutkan.
Sebelum aku tangkap dia di Johor Bahru, dia pernah menginap di hotel sama lelaki itu di bandar berdekatan rumah kami. Aku tahu sebab pekerja hotel itu pun ada kenalan juga. Bukan besar pun bandar kami duduk tu. Pusing – pusing orang kenal.
Jadi sekarang aku betul – betul buntu. Patutkah aku rujuk semula demi anak – anak, atau teruskan hidup sendiri? Sebab aku tahu, kalau aku rujuk pun, hati aku tak akan tenang. Kalau hati aku tak tenang, rumah tangga itu tetap tak akan jadi rumah tangga yang harmoni. Kalau kau jadi aku… kau akan maafkan, atau kau akan lepaskan?
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.