
Isteri suka bangun lambat bila hari cuti. Subuh pun, kalau aku tidak k3jut, dia tidak bangun. Banyak masa dihabiskan dengan telefon. Anak sulung baru 12 tahun, aku tengok depan mata..
#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum admin. Aku dah tak tahu nak minta tolong sape. Aku ni lelaki, seorang suami. Memang jarangla kaum lelaki ni nak kongsi masalah dengan orang luar. Selalu pendam je kan. Tapi aku nak minta pendapat orang lain sebab aku dah sampai limit aku.
Sudah tiga belas tahun aku bergelar suami, dan kami dikurniakan empat orang anak. Aku kerja syif, isteri pula bekerja waktu pejabat. Masa kami tidak selari, tapi aku tetap cuba laksanakan tanggungjawab sebagai suami dan ayah sedaya mungkin.
Masa awal – awal perkahwinan, isteri aku kerap meng4muk dan menjerit seperti hilang pertimbangan. Pernah juga dia mengugvt nak lari dari rumah, malah satu ketika dulu, dia cuba buat sesuatu yang boleh menced3rakan aku. Tak mahu aku cerita secara details. Kalau ada yang faham, faham lah.
Kalau ikutkan hati aku yang tidak sekuat mana ni, mungkin dah lama aku pergi. Tapi aku masih di sini, bertahan demi anak – anak. Dia suka bangun lambat bila hari cuti. Subuh pun, kalau aku tidak k3jut, dia tidak bangun. Banyak masa dihabiskan dengan telefon.
Barang – barang lama tidak mahu buang; rumah penuh, berserabut. Katanya, semua itu hasil kerja kerasnya, sayang nak lepaskan. Anak – anak pula selalu jadi tempat dia lepaskan tekanan. Dia suka tengking. Aku dah berjuta kali tegur, minta dia marah dengan cara baik, jangan tengking anak – anak.
Tapi setiap kali aku bersuara, dia akan tarik muka dan jawab sinis, “semua yang aku buat salah!” Dan selepas itu, marahnya akan dilepaskan pula pada anak – anak. Anak sulung kami, baru berumur dua belas tahun. Ada masalah ekzema yang agak teruk.
Bila dia menggaru, isteri akan marah, suruh berhenti, seolah – olah dia tak faham betapa gatal dan siksanya ekzema tu. Bila anak tu mengadu atau cuba luahkan perasaan, isteri akan balas dengan herdikan, seolah – olah anak tu cuma mengada – ngada.
Aku tengok semua tu depan mata, dan hati aku luluh. Tak patut seorang anak diperlakukan begitu, apatah lagi oleh ibu sendiri. Aku bukanlah lelaki yang sempurna. Aku pun ada salah silap. Aku juga bukan suami yang paling baik, tapi aku cuba.
Bila aku marah, tak pernah sekali pun aku menengking atau menjerit seperti orang hilang akal, baik pada isteri, mahupun pada anak – anak. Aku manusia biasa, aku juga insan yang lemah. Sabar yang aku simpan kadang – kadang hampir hilang. Sampai limit.
Ada waktunya aku niat nak berbual elok – elok, nak cakap dengan lembut tapi bila tengok dia tengking anak, cakap kasar tanpa sebab, hati aku terus m4ti. Hilang rasa nak mula. Nak ajak bincang pun tak terdaya. Selalu aku ingatkan dia, “Pilihlah, nak anak jadi kawan atau musvh?”
Kalau kita layan anak dengan baik, insyaAllah mereka akan jadi sahabat kita, jadi peneman hidup kita bila tua nanti. Tapi kalau dari kecil kita asyik tengking, marah tanpa sebab, layan mereka dengan dingin, percayalah, anak akan simpan d3ndam. Bila mereka remaja nanti, kita tidak akan kenal siapa anak kita. Mereka akan jauh, dan hati mereka tertutup untuk kita.”
Setiap hari aku berdoa. Minta Allah lembutkan hatinya. Minta Allah beri perubahan. Aku tidak minta isteri aku jadi wanita yang sempurna sebab aku tahu takde yang sempurna dan aku pun banyak kekurangan. Aku cuma nak rasa rumah ini kembali jadi tempat tenang, bukan medan tekanan. Aku cuma nak kami semua bahagia… sama – sama. – Nampak Seperti Bahagia (Bukan nama sebenar)
Komen Netizen :
Umi Nabihah : Banyak benda boleh diusahakan sebelum penceraian itu dipertimbangkan. Terutamanya sebagai ketua keluarga. Bid4dari (isteri) sebenarnya tidak diwajibkan bekerja sebab Allah tahu betapa lemahnya mental para wanita untuk menggalas tanggungjawab yang pelbagai. Tekanan bos atau kerja, dan hormon wanita yang sensitif serta tidak kental.
Kalau sentiasa marah tu… ada sebab – sebabnya. Biasanya kalau terkena pada anak tapi bukan pada suami, mungkin dia ‘burn out’ tengok anak – anak saja di rumah. Dia pun nak rehat daripada menggalas peranan ibu, mungkin. Cuba tetapkan masa untuk bercuti berdua sahaja.
‘Staycation’ mana – mana yang dekat pun tidak mengapa. Airbnb pun tidak apa, asalkan ada ruang untuk ‘getaway’ dan ‘recharge’ jiwa sebagai pasangan suami isteri. Hargai usaha isteri dengan bawa dia keluar. Tapi kalau tekanan di rumah masih menekan, cuba ‘recharge’ jiwa dia bagi stabil dulu.
Beli hati dia sebelum harapkan dia sentiasa ‘penuh’ untuk beri kepada orang lain. Aku yakin dan pasti… cawan emosi dia hampir kosong setiap kali balik dari kerja. Usaha lain… boleh beri makan suplemen hormon macam Magnesium, Vitamin D, Probiotik, Asid Lemak Omega 3, Evening Primrose Oil.
Selain itu, ajak jogging, jalan laju tanpa anak – anak di taman. Bagi dia ruang untuk pergi gim atau kelas – kelas yang dia minat. Memasak atau zumba contohnya. Paling kurang, beri dia setengah atau satu hari cuti daripada peranan sebagai ibu.
Itulah tugas ketua keluarga… tolong bila ahlinya dah tidak mampu nak galas peranan mereka. BUKAN BUANG MACAM SAMPAH (netizen oii). Tak habis – habis cerai – cerai yang diratib. Tahan sahaja sabar baca setiap kali.
Leo Grip : Cerai sahaja. Kau kata stay demi anak. Tapi korang bersama pun hari – hari berg4duh, pemalas dia ya Rabbi. Dia marah anak yang baru dua belas tahun, kau tidak fikir kesan jangka panjang pada anak tu macam mana? Bersama demi anak tapi g4duh hari – hari tu baik ke? Emosi kau dah tentu k0yak, kesan dia pada anak boleh rabak tahu.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.