Isteri kutuk aku si bisu, “sudahlah tak boleh cakap, nak cari duit pun tak boleh.”

Aku seorang suami yang bisu. Sebelum kahwin memang keluarga isteri men3ntang perkahwinan kami. Tapi dia janji untuk hidup susah senang dengan aku. Aku biaya yuran pengajian, aku hadiahkan dia rumah tanda sayang. Tiba – tiba, bila perniagaan aku ‘jatuh’, keluarga mertua datang haIau aku dari rumah sebab rumah atas nama isteri..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum WBT. Aku suami, seorang ayah kepada seorang puteri yang comel. Melihat tajuk yang aku berikan, Luahan Si Bisu pasti anda semua tahu. Ya, aku seorang bisu. Aku meminati pernulisan dan membaca.

Ini mungkin kerana itu sahaja yang aku boleh lakukan. Aku bekerja biasa, ada business pengangkutan dan sewa kereta. Alhamdulillah aku mampu memberikan segala kelengkapan kepada isteri dan anak. Isteri bekerja sebagai jururawat.

Anak aku berumur 5 tahun dan cukup rapat dengan aku kerana isteri bekerja shift. Isteri aku, Mia, sebenarnya dahulu seorang yang cukup baik sifat. Aku nikahinya 7 tahun lepas walaupun ditentang hebat oleh semua orang.

Mia berjanji akan bersama denganku susah senang. Jarak umurnya dengan aku 6 tahun. Kerana minatnya, aku membayar segala yuran pelajaran semasa dia masih belajar. Aku support dan cukup berikan galakkan kepada Mia untuk menjadi seorang jururawat yang berjaya.

Rezeki Mia, dia dapat tawaran biasiswa oleh hospitaInya untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah. Sebagai suami, aku cukup bangga. Walaupun aku tidak boleh bercakap dan meluahkan bertapa beruntungnya aku mendapat isteri bukan sekadar cantik, malah cukup bijak.

Aku tidak langsung mengambil duit gajinya kerana itu adalah haknya. Aku belikan rumah untuknya sebagai hadiah kebanggaan aku. Setiap hari tidak lupa untukku menulis nota cinta kepadanya sebelum aku ke tempat kerja.

Itulah tanda yang aku sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang r0mantik walaupun tanpa ada suara. MaIang tidak berbau, perniagaan aku sedikit jatuh. Kerana itu aku banyak habiskan masa di rumah bersama puteri aku.

Mia, pada mulanya ok, tetapi mungkin kerana rasa tidak senang kerana aku banyak duduk di rumah, Mia mula bersuara mengatakan dia malu kepada masyarakat kerana suami hanya tinggal di rumah tanpa ada kerja apa – apa.

Aku kerap beritahunya yang aku masih ada pendapatan. Cuma, tidak selebat dulu. Company aku hanya beroperasi di rumah kerana ingin jimatkan bajet. Ini menyebabkan Mia sem4kin marah kerana rasa tiada pr1vacy apabila client aku datang bertanyakan hal sewa lori atau van.

Aku cuba memahaminya dan kerap berjumpa dengan client di luar. Tapi Mia tetap dingin dengan aku. 2 bulan lepas, buat pertama kalinya Mia meninggi suara, Mia mengutuk aku si bisu, dah la tak boleh bercakap, tak boleh cari duit lagi.

Aku terpempam. Anak aku mendengar dan cuba menegur ibunya. Isteri aku dengan tiba – tiba memukuInya dan ini menyebabkan berlaku sedikit pent3ngkaran. Kerana tidak tahan semua ni, aku bawa anak aku dan tinggal di hotel.

Di hotel, kami sama – sama menangis. Anak aku sudah tr4uma tidak mahu kembali ke rumah tersebut. Aku cuba kembali ke rumah, tapi apa yang aku lihat keluarga mertua aku sudah berkampung di sana.

Mereka memarahi aku dan mengugvt untuk membawa puteri aku pergi. Mereka menghaIau aku kerana rumah itu adalah atas nama isteri yang dibeli oleh aku sendiri sebagai hadiah untuknya. Sukar untuk aku cuba terangkan kerana aku tidak boleh bercakap.

Waktu itu baru aku tahu bertapa jijiknya mereka melihat aku. Isteri aku yang sudah berjaya juga telah meminggirkan aku kerana aku sedang susah dan c4cat. Kini, walaupun perniagaan aku sudah pulih, aku nekad untuk berpisah kerana masih teringat kezaIiman mereka kepada aku.

Tetapi aku takut puteri aku akan dituntut oleh Mia sekiranya aku nekad berpisah. Para netizen sekalian, aku tiada sesiapa di dunia ini. Aku hanya ada puteri. Aku perlukan nasihat dari semua, adakah Mia akan dapat hak perjagaan anak sekiranya kami berpisah?

Bagaimana perlu aku membuktikan yang aku mampu untuk menjaganya? Mia sekarang masih merengek untuk kembali kepada aku. Tetapi hati aku cukup terIuka. Mungkin netizen akan ketawa melihat bertapa rapuhnya hati aku sebagai lelaki.

Aku lemah bukan? Tetapi perkataan yang dikeluar oleh mulutnya telah mencaIar seluruh hati aku. Mia yang dulu aku tatang, manja, sering memberi aku ketenangan, rupanya hanya menggunakan aku sewaktu dia tiada apa – apa.

Alhamdulillah bisnes aku begitu “menjadi” sekarang. Tapi aku perIukan puteri untuk sama – sama teruskan hidup dan aku tidak mahu puteri menjadi seperti ibunya apabila dewasa kelak. Aku perIukan nasihat… tolonglah aku. – Si Bisu, Ikhmal (Bukan nama sebenar)

Noor Hidayah Yusoff : Tuan, sesungguhnya tuan dah terlepas dari d0sa mengumpat, m4ki hamun dan lain – lain. Tak  payah baIas pun tak apa, Allah Maha mengetahui, sabar dan doa mintak jalan keluar, akan muncul jalan keluar nanti. Anak pun dah besar, dia memerhati. Semoga cepat bertemu jalan penyelesaian.

Hida Ahmad : Ayah aku pun bisu, jadi aku menjiwai cerita ko. Bila dah dih1na satu keluarga pula tu. Betul la baik melepaskan. Kalau ikut keputvsan mahkamah nanti, kalau betul anak dapat kat mak pun besar nanti dia datang cari juga. Lagipun dia lebih rapat dengan ko. Semoga ko diberi kesabaran yang tinggi. Insyaallah ada yang lebih baik.

Hakim Intan : Alhamdulillah bisnes sudah kembali seperti asal. Semoga Allah lebatkan lagi rezeki. Encik, maaf ya tapi tolong jangan kembali lagi bersama isteri walau demi anak. Kalau encik ‘jatuh’ lagi tak must4hil dia akan buat semula per4ngai yang sama.

Soal anak Iawanlah selagi boleh. Didik anak dengan  betul. Jangan pandang harta dunia yang tak ke mana ni. Semoga Allah permudahkan untuk encik. Semoga Putri membesar menjadi orang yang mulia hati dan sikap. Aamiiiiinnn.

Cer Nora : Saya faham perasaan confessor tapi semua orang melakukan kesilapan. Maafkanlah isteri mungkin dia ketika itu telah terpengaruh dengan cakap – cakap orang sekeliling hingga sanggup mengeluarkan kata – kata yang tak sepatutnya.

Bagi dia peluang untuk kali kedua. Saya yakin dia akan belajar dari kesilapan, sedangkan nabi ampunkan umatnya. Kita ni lagi lah manusia yang serba kekurangan.

Shakina Ibrahim : Saya tak ketawa pun baca kisah ni tapi rasa sedih sangat. Kalau tuan betul – betul nak pisah denganisteri tuan, cuba tuan dapatkan khidmat rundingan daripada lawyer. Anak tuan umur berapa?

Masa saya kerja kat pejabat peguam, yang saya tahu anak yang masih menyusu tak akan boleh dipisahkan. Tapi kalau dah boleh berfikir, rasanya boleh dituntut. Lagi 1, tuan ada perniagaan isteri kerja shift tak tetap, dekat sini tuan ada kelebihan lebih banyak masa dengan anak berbanding isteri.

Kalau anak betul nak kat tuan pun, tuan ade kelebihan kat situ untuk tuntut hak asuh anak. Bab rumah saya kurang pasti mungkin tuan boleh tuntut dari segi pencarian harta bersama dan kalau ade dokumen – dokumen yang kuat, sertakan sekali.

Macam montly installment siapa yang bayar, depo rumah, api air semua lah. Maaf panjang lebar pulak taip, geram punya pasal, sebab masa senang ingat, masa susah dih1na pulak.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.