Bila kali ke-6 gugur, lepas sehari berpantang isteri lari tinggalkan aku, dia suruh baca list kesalahan aku

Bulan 10 tahun lalu isteri aku disahkan mengandung dan mula teringin mengidam makan itu ini. Walaupun dia penat, ada alahan aku nampak dia gigih kerja sebab bila dia nak makan apa2 dia beli sendiri. Satu hari dia beli ciku letak dalam peti. Aku ingat dia tak nak, aku makan sampai habis..

#Foto sekadar hiasan. Salam min aku seorang lelaki dan suami yang ditinggalkan dan dibenci oleh isteri aku. Selama ni aku tak sedar silap aku, aku fikir layanan aku pada dia tak buat dia benci pada aku. Dia cakap aku selalu ada masa yang banyak untuk kawan tapi untuk dia, aku cuma cari bila diperIukan aje.

Aku mula nampak dia jauh berubah bila dia disahkan mengandung bulan 10 pada mulanya dia selalu cakap teringin makan itu makan ini. Tapi aku tak pernah layan kan, sejak dari itu dia p4ksa diri dia kerja walaupun dia tak larat sebab dia alahan.

Tapi dia selalu cakap dengan anak sulong dan anak kedua kami yang dia kena kerja sebab dia nak apa – apa nak makan apa – apa dia kena usaha sendiri. Bila dia beli, aku makan, dia marah – marah. Aku cakap dia tak ikhlas. Pastu dia selalu cakap, “lantak lah aku yang beli untuk makan tekak aku dengan anak – anak aku.”

Tapi aku selalu main – mainkan, aku lawak – lawakkan aje perasaan dia, aku ingat itu gurauan. Dia minta nak makan buah ciku, aku buat tak tahu. Dia dapat beli sikit dari kawan dia. Dia simpan dalam peti, aku ingat dia tak nak makan.

Aku makan sampai habis sebab sedapkan ciku sejuk – sejuk. Sejak dari tu dia selalu marah – marah. Dia jauhkan diri dia dari aku. Dia pergi kIinik ke semua mana – mana dia pergi sendiri bawa motor dia tak cakap sepatah pun dengan aku.

Pertengahan bulan 11 dia minta dengan aku nak makan asam pedas ikan pari. Aku bagi alasan macam – macam, dia cakap dia tak selera makan, dia masak sendiri. Tapi aku rasa dia mengada – ngada aje. Dia ingat aku nak pujuk dia, jaga hati dia ke.

Aku tak sedar zuriat aku dalam perut isteri aku yang nak makan. 2/12 isteri aku pergi klinik. Balik klinik dia buat kerja dia angkat bakul – bakul baju basuh jemur, dia buat semua kerja dia siap buat kerja dia masuk bilik sambil cakap dengan aku.

“Kalau aku gugur lagi, kau jangan harap dapat jumpa aku dengan anak – anak lagi. Aku tak akan hidup lagi dengan kau.” Aku gelakkan dia, aku usik – usik dia. Aku cakap nak pergi mana, pergi je lah.. Sejak dari tu dia tak layan aku sampai lah 7/12 dia gugur sebab dia terjatuh kat longkang masa nak jemur baju.

Masa dekat hospitaI aku cakap, “tu lah degil, kan dah cakap tak payah buat rehat je banyak.” Dia cakap, “kalau aku tak buat semua kerja tu siapa nak buat, lagipun aku ni kan kau anggap macam orang gaji je.” Dia masuk wad sehari doktor bagitahu kemungkinan isteri aku str3ss, penat, tak jaga waktu makan.

Isteri aku senyap je masa doktor cakap dengan aku. Lepas tu isteri aku cakap, “tak ape lah doktor, doktor cakap dengan laki saya ni pun dia tak akan faham. Orang pentingkan diri mana nak ambil kisah pasal orang lain. Tambah – tambah lagi orang gaji dia.”

Berubah muka doktor tu masa isteri aku cakap macam tu. Lepas tu isteri aku boleh balik pantang dekat rumah. Tapi dia pantang sehari je. Esoknya aku balik kerja aku tengok baju – baju isteri aku dengan anak – anak aku dah banyak yang tak ade dekat rumah.

Aku call dia tak angkat, wassap tak baIas, no anak – anak aku pun aku call aku wassap sorang pun tak layan aku. Hari jumaat hari tu aku tengok status wassap dia. Dia ambil gambar dekat Mahkamah syariah. Lepas tu dia wassap aku dia tanya nak cerai cara baik atau dia buat fasakh.

Aku tanya dia ape salah aku. Dia cuma suruh aku buka almari dalam bilik ambil buku dia dan baca semua salah – salah aku. Rupanya selama ni ape yang dia pendam dia tulis dalam buku dia. Isteri aku keguguran untuk kali yg ke-6 semua tu dia ada tulis dalam buku tu.

Hari ni aku ada borak dengan pakcik kat tempat kerja aku. Pakcik tu cakap masalah perempuan seperti rahim tak kuat, str3ss masa mengandung semua tu sebab je. Pakcik tu cakap anak dalam perut tu pun tak nak lahir sebab dia dah tahu kalau dia lahir dia jadi susah pada aku.

Anak tu pun tahu, aku tak akan layan anak aku tu.. Sebab dari dalam perut lagi aku memang tak pernah layan permintaan dan keinginan isteri aku. Masa anak sulong dengan kedua aku pun, isteri aku tulis dalam buku dia, mak ayah dia yang layan kan.

Aku minta maaf dengan dia. Tapi dia cuma baIas balik wassap aku, “Cukup untuk 10 tahun bersama cukup untuk segala kes4kitan selama ni, nanti surat tuntut cerai fasakh tu sampai.” Tolong bagi kerjasama ye, jangan penting kan diri je.

Lepas isteri aku dengan anak – anak aku pergi dorang memang senyap sepi dengan aku. Aku cari rumah mertua aku, aku tanya ipar – ipar aku. Semua tak tahu isteri aku dekat mana.. Bila dah terlambat macam ni baru aku menyesal dengan apa yang aku lakukan.

Betullah ape yang orang cakap, perempuan bila dah tawar hati dah tak ada hati, dia bertindak tanpa fikir ke belakang semula. Tapi aku tak salah kan isteri aku sebab semuanya berpunca dari aku. Pada suami – suami yang ada isteri mengandung.

Layan kan lah, bukan lama pun, anak dalam perut isteri kamu tu, zuriat kamu jugak. Layan lah isteri tu seperti seri hati kamu, seri rumahtangga, jangan layan sekadar suri rumah yang tiada makna nya. Tak pernah dihargai. Jadi bleh bagi cadangan macam mana nak pujuk isteri dan anak  -anak saya. Saya janji akan hargai isteri saya. Terima kasih min Maaf cerita yang panjang berjela.

Komen Warganet :

Coretan Asmara : Carilah orang lain pun selepas ini. Ko tak akan bahagia lagi. Ko tak akan dapat seperti yang mula – mula dalam perkahwinan ko. Sebab semua tu akan jadi tr4uma buat ko seumur hidup. Insaflah dan berubah karma itu ada antara cepat dan lambat. Kalau ko tak insaf lagi. Tak taulah bro. Tapi Allah itu maha pengampun dan menyanyangi h4mba – h4mbanya.. Wallahualam..

Zaki Zack : Alhmdulliah.. abang dah tersedar dari kesilapan. Menyesal dengan perbuatan kat atas isterii. Mungkin dari sikap abang yang membuatkn isteri dah tawar hati dan kecewa. Berd0sa tetap berd0sa. Biaq kan bini urus sorang – sorang ketika mengandung.

Wat tak kesah bila bini dok mengidam nak makan macam – macam. Hat nie memang berat abang. La nie apa pon. Kena balik pada tuhan. Minta pertunujuk jalan yang benar. Perbaiki diri atas kesilapan. Kalau takdir kata bercerai juga, kena terima.

Nur Islamiah : Alhamdulillah.. Tahniah pada tuan. Dan pada bakal bekas isteri tuan tu. Moga hidupnya lebih bahagia dan tenang. Dia dah terlalu makan hati sampai dah tiada hati. Takyah sedih – sedih tuan. Tuan kan suka anggap benda ni gurau – gurau lawak – lawak kan.

Jadi chill jer. Tuan yang pilih jalan macam ni. Tahniah.. Jadikan lah pengalaman yang terindah. Dan pengajaran untuk ke depan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.