
Aku balik kampung tengok isteri dan anak – anak, anak sulung aku mengadu, ‘ibu pemalas’. Aku tengok sendiri, telinga anak aku penuh t4hi telinga sampai terkeluar. Kuku panjang dan kotor. Rambut kusut. Anak aku pakai baju sekolah yang tak dibasuh, bersepah atas lantai…
#Foto sekadar hiasan. Salam. Aku tak tahu nak meluah dekat siapa lagi. Selama ni aku pendam seorang diri. Banyak kali aku cuba pujuk hati sendiri, fikir mungkin satu hari nanti semuanya akan berubah. Aku tak pernah suka buka aib rumah tangga, apatah lagi bercerita kepada orang luar.
Tapi aku dah terlalu penat. Aku cuma nak tahu, salah ke apa yang aku buat sampai hidup aku jadi macam ni? Aku seorang suami yang dah berkahwin selama 7 tahun. Kami dikurniakan dua orang anak yang sangat aku sayang. Aku bekerja di ibu kota untuk mencari rezeki, manakala kampung isteri aku di Pantai Timur.
Dari awal perkahwinan lagi aku tak pernah halang dia balik kampung. Aku faham, ibu bapa pun rindu anak dan cucu. Aku sendiri tak pernah berkira soal duit minyak, tol atau masa. Asalkan dia gembira, aku sanggup. Tapi lama kelamaan, benda tu jadi makin keterlaluan.
Kalau boleh setiap minggu dia nak balik kampung. Alasannya ibu dia rindu cucu. Katanya anak – anak susah nak bermain di Kuala Lumpur sebab kami duduk di apartmen. Aku cuba terima alasan tu pada mulanya. Aku fikir mungkin sekali sekala tak mengapa. Rupanya bukan sekali sekala.
Setiap kali balik kampung, dia boleh tinggal berbulan – bulan. Tinggalkan aku seorang diri di Kuala Lumpur. Aku pula terp4ksa urus makan pakai sendiri. Balik kerja penat – penat, rumah sunyi. Masak sendiri, basuh baju sendiri, kemas rumah sendiri. Semua aku buat seorang diri.
Tugas yang sepatutnya dikongsi bersama sebagai suami isteri, akhirnya aku tanggung seorang. Aku berkali – kali cakap elok – elok. Aku pujuk dia supaya duduk bersama aku di ibu kota. Kalau rindu ibu, baliklah sekali sekala. Bukannya aku larang langsung. Tapi dia tetap berkeras.
Katanya ibu dia tak boleh berjauhan dengan cucu. Lama – lama aku rasa macam aku ni bukan suami dia. Aku cuma orang yang hantar duit setiap bulan. Paling sedih, dia langsung tak nampak peng0rbanan aku. Pernah aku suruh dia duduk terus di kampung sebab aku dah terlalu penat ulang alik hampir setiap minggu. Aku cakap dalam keadaan kecewa.
Yang buat aku terkilan, dia macam gembira dengan keputusan tu. Langsung tak tanya sama ada aku okey ke duduk seorang. Tak tanya makan minum aku macam mana. Tak risau pun kalau aku s4kit atau demam. Hidup aku benar – benar macam orang bujang.
Tahun demi tahun aku tinggal seorang diri. Rumah yang sepatutnya ada gelak tawa keluarga bertukar sunyi. Balik kerja cuma tengok dinding. Kadang – kadang aku menangis juga. Bukan sebab tak kuat, tapi sebab terlalu rindu keluarga sendiri.
Aku bukan suami yang suka perempuan lain. Sepanjang dia tinggalkan aku, tak pernah terlintas dalam hati nak curang atau cari perempuan lain. Aku masih berharap satu hari nanti dia akan berubah dan kembali tinggal bersama aku. Satu hari aku balik ke kampung sebab dah terlalu lama tak jumpa dia.
Sebagai seorang suami, mestilah aku rindu belaian isteri. Aku cuba bermesra dengannya, tapi dia terus menolak. Katanya penat. Lepas tu katanya nanti lah. Berbulan – bulan kami berjauhan, itulah layanan yang aku dapat. Aku benar – benar kecewa.
Aku tak berg4duh. Aku tak marah. Aku terus masuk kereta dan balik semula ke Kuala Lumpur malam tu juga. Sepanjang perjalanan, air mata aku memang tak berhenti mengalir. Yang lebih meny4kitkan hati, dia langsung macam tak ada apa – apa berlaku. Esoknya dia masih macam biasa. Tak telefon. Tak pujuk. Tak minta maaf. Aku masih cuba bersabar.
Aku terus pujuk dia berkali – kali supaya balik tinggal bersama aku. Tapi jawapan dia tetap sama. Ibu dia rindu cucu. Semua alasan tetap berakhir dengan ibu dia. Setiap kali aku balik kampung, aku mula nampak keadaan anak – anak yang semakin membimbangkan.
Anak sulung aku yang baru berumur 6 tahun pernah cakap dekat aku, “Ibu malas.” Mula – mula aku tak percaya. Tapi bila aku tengok sendiri, hati aku luluh. Telinga anak aku penuh dengan t4hi telinga sampai nampak sangat tak dibersihkan. Kuku panjang dan kotor. Rambut kusut. Kadang – kadang baju sekolah bersepah atas lantai. Esok pagi dia pakai semula baju yang sama tanpa dilipat atau disediakan dengan elok.
Rumah pula bersepah. Pinggan mangkuk kadang – kadang bertimbun. Mainan anak berselerak merata. Sampah ada yang lambat dibuang. Anak bongsu aku pula pernah aku nampak duduk di dapur rumah ibu mentua sambil bermain dekat kawasan sampah.
Dia kutip makanan yang jatuh atas lantai lalu makan begitu saja. Masa tu isteri aku langsung tak ada dekat situ. Entah buat apa aku pun tak tahu. Aku sendiri yang terus angkat anak dan bersihkan dia. Sebagai seorang ayah, hati mana yang tak sedih tengok anak macam tu?
Aku bukan nak cakap aku sempurna. Tapi sekurang – kurangnya kalau aku ada, aku akan pastikan anak – anak bersih, makan cukup dan dijaga. Aku dah banyak kali tegur isteri aku. Bukan sekali dua. Berkali – kali. Setiap kali ditegur, dia akan tarik muka.
Kadang – kadang diam berhari – hari. Kadang – kadang terus balik kampung lebih lama. Apa yang aku cakap semuanya salah pada dia. Dia juga bukan jenis yang ambil berat tentang aku. Kalau aku tak telefon, dia tak telefon. Kalau aku tak tanya khabar anak – anak, dia pun tak akan cari aku.
Aku pernah beberapa hari sengaja tak hubungi dia sebab nak tengok sama ada dia akan telefon atau tak. Memang tak ada. Aku pula yang akhirnya mengalah. Beberapa tahun kemudian, dugaan paling besar datang bila doktor mengesahkan aku menghidap k4nser limfoma. Masa tu dunia aku macam runtuh.
Aku masih bekerja sebab aku perlukan duit untuk rawatan dan nafkah keluarga. Dalam keadaan s4kit macam tu pun aku tetap cari rezeki. Tapi isteri aku masih memilih untuk tinggal jauh daripada aku. Masa tu aku betul – betul perlukan seorang teman.
Bukan sekadar isteri atas nama, tapi seseorang yang boleh ada di sisi ketika susah dan senang. Aku merayu lagi supaya dia tinggal bersama aku. Jawapan dia tetap tak berubah. Akhirnya, selepas terlalu lama hidup bersendirian dan segala usaha aku gagal, aku buat keputusan berkahwin lagi.
Aku kenal isteri kedua hanya dalam tempoh tiga bulan. Ramai mungkin akan kecam aku. Tapi mereka tak tahu apa yang aku lalui selama bertahun – tahun. Aku bukan kahwin sebab nafsu. Aku kahwin sebab aku perlukan pasangan hidup yang benar – benar hidup bersama aku.
Alhamdulillah, isteri kedua banyak membantu. Dia jaga makan pakai aku. Dia teman aku pergi mendapatkan rawatan. Dia pastikan aku makan ubat. Dia marah kalau aku terlalu kuat bekerja. Walaupun dia agak keras kepala dan ego sikit, bagi aku tu perkara kecil berbanding segala perhatian yang dia berikan.
Bila isteri pertama tahu aku dah bernikah lagi, tiba – tiba dia berubah. Tiba – tiba dia jadi isteri yang paling mengambil berat. Tiba – tiba telefon bertanya khabar. Tiba – tiba marah sebab aku berkahwin lain. Sedangkan bertahun – tahun sebelum tu, semua rayuan aku dipandang sepi.
Aku memang dah berniat untuk melepaskan dia. Kami pernah berbincang tentang perkara ni sebelum aku bernikah lagi. Tapi dia tetap memilih untuk tinggal bersama ibu dia. Sekarang yang paling meny4kitkan hati aku ialah dia langsung tak bagi aku jumpa anak – anak.
Masa aku balik ke kampung selepas bernikah kali kedua, aku nampak anak sulung aku sedang bermain pasir dekat garaj. Belum sempat aku panggil nama dia, ibu mentua aku terus tarik anak masuk ke dalam rumah dan pintu dikunci. Aku cuma mampu berdiri dekat luar pagar.
Aku datang bukan nak berg4duh. Aku cuma nak peIuk anak aku. Nak bawa mereka berjalan sekejap. Itu saja. Kadang – kadang isteri kedua aku sendiri yang beli pakaian, kasut dan keperluan anak – anak aku walaupun mereka bukan anak kandung dia.
Aku pula tak pernah abaikan nafkah. Setiap bulan aku tetap beri apa yang sepatutnya. Bab duit tak pernah aku culas Jadi sekarang aku benar – benar buntu. Apa lagi yang aku patut buat supaya aku masih dapat menjadi seorang ayah kepada anak – anak aku? Aku dah penat beralah, dah penat merayu, dan dah penat hidup seolah – olah aku tak pernah wujud dalam keluarga sendiri.
Ulasan Pembaca:
Nurul Imaan : Kahwin lain lagi tambah masalah. Sepatutnya selesaikan dulu yang pertama tu, lepas tu baru rancang langkah kedua pula. Sekarang dah bertambah masalah, lagi pening. Lagipun isteri pertama tu pun dah derh4ka dekat suami yang s4kit, dah tak taat. Untuk apa simpan lagi? Semoga dipermudahkan segala urusan.
Jannah Yang Dicari : Sepatutnya cerai dulu isteri pertama tu, lepas tu ambil hak jaga anak. Baru kahwin baru. Ni pergi kahwin baru memang orang akan nampak salah encik lah. Walaupun hakikatnya isteri pertama encik tu yang tak baik sebab tak taat pada suami.
Ika Zalhissam : Hari ni rasa nak sokong lelaki. Abang berhak bahagia. Buat yang terbaik. Failkan penceraian, tuntut hak penjagaan anak, jalani perubatan, hiduplah sehabis baik. Peluang untuk isteri pertama dah habis. Jangan bagi peluang langsung dah dekat dia. Orang macam ni tetap tak akan berubah. Pemalas dan degil.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.