Isteri makin cantik makin lawa. Aku macam dapat agak bini aku banyak buat aktiviti luar. Tuhan nak tunjuk. Aku terima bukti yang dia ada lelaki lain

Lepas kahwin, badan aku naik jadi makin besar. Isteri aku pulak semakin hari semakin cantik, sentiasa berfesyen. Aku mula perasaan isteri dah mula tak nak layan aku dalam bilik. Dia dah takde selera dengan aku. Satu hari, aku jumpa kad kondo..

#Foto sekadar hiasan. Aku bukanlah dilahirkan gemuk tapi sejak sekolah badan aku mula naik dan gemuk. Aku selalu dibuIi di sekolah dahulu kerana aku gemuk dan senang ditipu. Persekitaran membesar aku yang dibuIi membuatkan aku sangat rendah diri sehinggalah dewasa tapi sejak masuk university aku daiet dan kuat bersukan. Alhamdulillah kurus sikit.

Kat universiti dulu aku ramai kawan, aku banyak membina keyakinan diri ketika di universiti. Tamat universiti aku kerja. Alhamdulillah kerja sebagai jurutera. Mempunyai income yang agak stabil. Keluarga aku pun adalah dari keluarga yang tak la susah.

Alhamdulillah saya dan sekeluarga banyak mendapat rezeki Allah. Sewaktu kerja aku ada daiet dan bersenam kaw kaw sebab nak cari pasangan nak ngorat awek. Sampai la satu ketika, alhamduillah aku dah kurus. Hensem jugak aku ketika tu.

Sampai la aku kenal seorang gadis ni, gadis sarawak. Aku bercinta dengan dia tak lama. Dia masa tu pun suka kat aku. Masa tu aku ada rupa dan kewangan yang stabil. Datang dari keluarga yang baik – baik. Tapi gadis ini datang dari zero.

Ye aku suka kat dia atas paras rupa dan bukanlah ikot kepada nasihat islam dalam memilih calon isteri. Tapi saya terima baik dan kekurangan dia. Ikhlas nak jadi teman dia tak pandang status keluarganya. Hanya dalam setahun kenal, kami pun kahwin.

Tahun pertama kahwin. Isteri aku (gadis tadi) bunting pelamin. Kami mendapat anak lelaki. Alhamdulillah. Lama kelamaaan kahwin, badan aku mula naik. Naik naik sehingga la gemuk melebihi daripada apa yang aku pernah gemuk selama ni.

Dalam kegemukan ini rezeki aku alhamdulillah bertambah. Tetapi aku adalah seorang yang berjimat cermat dan menyimpan. Aku tak boros dan ia mendatangkan masalah. Isteri aku mula demand macam – macam. Dan pernah ugvt untuk tinggalkan saya dan anak jika tak jika beliau tak rasa lengkap dalam hidup dia.

Dia rupa paras m4kin maintain dan sem4kin tiptop. Pakaian dia sem4kin v0gue. Maintainance aku pada dia sem4kin tinggi. Tapi disebabkan sayangkan anak dan keluarga aku beri je apa dia nak. Kereta, handbag, macam – macam lagi la.

Nak perhatian. Aku utamakan dia lebih dari sesiapa sebab aku tak sanggup anak aku dibesar tanpa ibu, aku nak maintain keluarga ini. Aku k0rban kebahagian aku demi keluarga. Situasi badan besar aku ni m4kin meruncing. Macam – macam teknik daiet aku buat tak pernah jadi.

Semuanya sekerat jalan. Isteri aku pula dah sem4kin mengelak untuk buat hubungan intim. Masa dia nak je barulah boleh tu pun nak jaga hati aku je. Hubungan keIamin dengan dia layan aku tanpa perasan macam patung je aku rasa.

Dia sem4kin cantik sem4kin lawa, sem4kin mewah. Aku pula bila badan dah besar. Nak berfashion memang payah. Tapi aku sentiasa menjadi suami dan ayah yang baik untuk keluarga aku.. Aku macam dapat agak bini aku banyak buat aktiviti luar.

Kadang – kadang balik lewat, pernah dulu g4duh dia tak balik rumah berhari – hari. Kesian kat anak aku yang kecik tu nangis cari mak dia. Aku tak sampai hati. Maka aku minta berdamai aku turuti je kehendak dan cara dia. Dan aku percaya dia keluar dengan kawan – kawan dia. Bukan dengan lelaki lain.

Dia pun selalu tunjuk tegas kononnya dia tak akan buat benda benda tu semua. Pada satu hari Tuhan nak tunjuk. Aku terima bukti yang dia ada lelaki lain di belakang aku. Cuma tak kant0i buat benda terkutuk sahaja depan aku. Tapi aku dapat kesan hubungan dengan lelaki ni berbulan – bulan dah. Siap ada kad kondo rumah laki tu lagi, takkan lepak kondo main daun terup ye tak? Aku dah confess dengan dia.

Lepas kant0i dia pun putvskan hubungan dengan lelaki tu. Aku buntu taktau nak buat apa. Adakah aku perlu ceraikan isteri aku. Atau aku teruskan sahaja demi anak. Aku boleh maafkan dia kalau dia bertaubat. Tapi sebenarmya banyak kali dah dia kant0i – kant0i macam ni.

Aku ni masalah hati aku terlalu baik sampai isteri aku ambik kesempatan macam ni. Aku betul – betul buntu. Apa yang tak cukup aku bagi kat dia. Segalanya.. Aku banyak berserah kat Allah setiap solat. Aku selalu ajak solat tapi dia asyik mengelak.

Dia memang cetek agama, cetek segalanya. Aku sayangkan anak aku. Aku dibesarkan oleh keluarga bahagia mak dan bapa yang baik. Aku nak anak aku rasa apa yang aku rasa kebahagian ibu bapa. Kenapa isteri aku buat aku macam ni sebab aku gemuk dan tak selera?

Aku boleh maafkan dia jika dia bertaubat betul – betul, aku tak redha ni semua. Aku tak akan pertah4nkan rumah tangga jika isteri aku terus buat lagi kerana itu sudah jatuh dayus dan dayus har4m syurga. Sekarang ni hati aku berbeIah bahagi, terlalu sukar untuk aku terima apa yang berlaku atas kecurangan dia baru – baru ini. Kepercayaan memang dah hilang. Aku sekarang betul – betul rasa terh1na… – Hilmi (Bukan nama sebenar)

Ulasan pembaca :

Dhuha Imani : Kumpul bukti elok – elok. Simpan. Andai kata memang dah tiada jod0h. Boleh gunakan bukti itu untuk tuntut hak jagaan anak dan lain – lain. Ingat bunga bukan sekuntum. Lagi satu kalau sampai tahap merajuk salah sendiri sanggup tinggalkan anak, nampaknya saya sebagai orang luar pun boleh agak dia bukan ibu dan isteri yang baik untuk didik anak.

Azlina Abd Wahab : Jangan risau takut tak dapat hak jagaan anak. Kalau ada bukti si ibu tak bermoral. Awak boleh dapat hak jagaan tu. Tambahan ada kerja yang stabil semua. Kalau dia sayangkan anak, takkan sanggup tinggalkn anak kecik 2 3 hari macam tu.

Saya yakin awak boleh bagi kasih sayang yang lebih pada anak tu berbanding dia. Semoga dipermudahkan urusan dan mendapat isteri baru yang baik. Lagipun awak yang beli beraskan.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :