Isteri orang sanggup bercerai sebab nak kahwin dengan suami aku. Mereka kahwin di Siam. Baru ni, madu aku mengadu, suami kami menggatal di OMI

Ada satu kisah ini kelakar. Madu aku mesej aku dan mengadu, suami kami ada hubungan dengan perempuan dari aplikasi OMI. Tetap masih mengaku bujang lagi ya. Aku gelak guling – guling, aku balas…

#Foto sekadar hiasan. Kisah aku ini panjang… 15 tahun melayari bahtera dan dalam 15 tahun aku diuji kerenah suami. Suami suka melayan perempuan dan suka mengaku bujang atau duda untuk mendapatkan perhatian dari wanita – wanita di luar sana.

Sedih bila yang melayan adalah isteri – isteri orang. Ada yang hampir bercerai dan ada yang sudah bercerai dek penangan suami aku. Aku pendekkan cerita, kami akhirnya bercerai kerana suami aku masih tak berubah – ubah dan puncanya adalah sama, perempuan.

Dan setiap kali kantoi suami ada hubungan sulit, suami kata aku adalah PUNCA suami aku ada hubungan sulit. Ini yang selalu suami aku mom0k – mom0kkan pada aku. Menyalahkan aku dari semua aspek. Tetapi suami tetap pujuk aku untuk rujuk.

Aku terapkan segala sisi – sisi positif untuk menerima suami kembali. Aku letakkan syarat jika nak rujuk, berubahlah. Putuskan hubungan dengan perempuan yang sanggup tinggalkan suami sendiri hanya untuk bersama suami aku. Aku tak tahu ilmu apa suami aku pakai sampai mudah sangat perempuan – perempuan jatuh hati dan percaya, termasuklah aku sendiri yang percaya suami akan berubah.

Suami aku setuju dan terus menyalahkan perempuan tersebut kerana punca kami bercerai. Rupa – rupanya, setelah rujuk, hubungan mereka tak putus seperti apa yang suami aku janjikan. Disebabkan perempuan tersebut mengugvt suami untuk membvnvh diri dan mempr0voke suami aku, mereka berkahwin di sempadan Thailand. Dan semuanya ditanggung perempuan tersebut. Suami aku memang tak ada duit.

Bermulalah episod demi episod, drama demi drama kisah “WANITA YANG TERS4KITI”. Sampai aku pun jatuh keliru, siapa ambil lelaki siapa ini..? Isteri keduanya mencari jalan untuk memberitahu perihal mereka telah pun bernikah secara rahsia.

Dia gunakan cara mempr0voke aku dengan memuat naik gambar – gambar pernikahan mereka di sempadan. Bagaimana aku tahu? Sebab dia meninggaIkan jejak di media sosiaI aku. Suami tetap berlakon seperti tiada apa dan kerap memberi alasan kerja bila jarang balik rumah.

Bila kantoi yang mereka telah bernikah selepas kami rujuk semula, suami tak mampu menipu lagi. Dia minta ampun dekat aku. Suami kata terp4ksa sebab diugvt, dipr0voke perempuan tersebut. Dia pun menunjukkan bukti – bukti yang perempuan itu yang aturkan segala hal bernikah di sempadan.

Aku kata pada dia… mudah sahaja. Aku kata, aku tak sanggup dimadu sebab suami aku pun memang seorang yang tak mampu dari segala aspek. Jadi aku mohon dilepaskan. Suami enggan dan berjanji akan menyelesaikan urusan dia dan isteri keduanya dengan menceraikannya tanpa aku suruh pun.

Isteri keduanya terus menerus ganggu aku dengan mengatakan aku punca suami nak bercerai dengannya. Sampai menyalahkan aku sebab kembali rujuk dan merosakkan hubungan mereka. Allahu. Bila perkahwinan yang dibuat secara rahsia dan dia yang memilih untuk jadi nombor dua, kenapa aku pula dipersalahkan hanya sebab aku kembali rujuk?

Suami pula jadi serabut sebab isteri keduanya menggunakan medan media sosiaI untuk menyer4ng emosi aku dan aku pula mohon dilepaskan dengan cara baik. Bukan aku pergi ser4ng isteri keduanya dan maIukan dekat mana – mana platform media sosiaI.

Tapi isteri keduanya yang mer0yan macam lelaki dia kena ambil orang. Patutnya akulah yang merentan. Alhamdulillah Allah bagi aku fikiran yang w4ras. Kes mereka kini dalam mahkamah, bila suami telah melafazkan cerai sebanyak tiga kali terhadapnya.

Sebenarnya mereka pernah bercerai sekali, dan seperti biasa, aku dik4takan puncanya oleh perempuan tersebut yang tidak masuk akal. Hakik4tnya, aku yang minta dilepaskan tapi suami yang enggan melepaskan. Kerana peng0rbanan aku dalam tempoh 15 tahun kami bernikah, suami tidak mahu melepaskan aku.

Suami menunjukkan bukti – bukti diced3rakan isteri keduanya, prov0kasi yang suami terima, gangguan di tempat kerja dan banyak lagi hingga berlakunya penceraian luar mahkamah antara mereka. Dan ini menambahkan lagi bara isteri keduanya sebab suami terus menerus mempertahankan aku.

Tetap juga aku diganggu dan dia menyer4ng emosi aku dengan mengatakan aku adalah punca segala – galanya. Kalau tidak kerana aku rujuk kembali, suami aku sudah bahagia dengan dia. Aku ini, tidak tersepit dengan mana – mana keadaan sebab aku menerima apa yang Allah tetapkan.

Aku memilih untuk berpisah kerana aku tahu kemampuan suami yang memang tak mampu baik zahir mahupun batin. Sebab itu aku mohon dilepaskan dan aku lebih ingin menjaga emosi aku dan ingin hidup tenang. Aku tak mahu suami aku terus dan terp4ksa menipu untuk menjaga keharmonian rumah tangga hakik4tnya aku terlalu kecewa dan terIuka dengan per4ngai suami aku.

Suami tetap enggan melepaskan dan ingin menyelesaikan kes mereka di mahkamah. Aku masih bertahan lagi hingga saat ini dan mengharapkan Allah beri aku jalan keluar yang terbaik. Aku tidak menyalahkan perempuan tersebut cuma aku jatuh kesian sebab aku memahami perasaan dia.

Aku tidak tahu apa yang dijanjikan bulan bintang oleh suami aku, sehingga dia SANGGUP meninggaIkan suami terdahulu dan anak – anaknya untuk bersama dengan suami aku. Apa yang dia buat terhadap aku adalah tanda protes terhadap suami kami yang menipu dia.

Sebab itu aku tidak melantun dan aku memang mohon suami bertanggungjawab atas segala perbuatannya. Susah bila suami kaki putar alam ini. Aku tetaplah dengan keputusan aku untuk tidak bermadu bukan benci dengan poligami tapi suami aku seorang yang benar – benar tidak mampu waima untuk berlaku adil pun dia tidak mampu.

Ada satu kisah ini kelakar. Isteri keduanya menghubungi aku dan memaklumkan kepada aku, suami kami ada hubungan dengan perempuan dari aplikasi OMI. Tetap masih mengaku bujang lagi ya. Bila dia tiba – tiba WhatsApp dan mengadu pada aku, nak gelak guling – guling pun ada.

Jawapan aku simple.. “Apa beza kau dengan perempuan itu.. Sama.. Cuma dia tertipu sebab lelaki kau mengaku bujang.. Lagipun.. Suami boleh kahwin empat kot.. jadi hadaplah..” Dia ingat bila mengadu dekat aku, aku akan berkomplot untuk serang perempuan itu. Kifarah itu nyata, jadi janganlah risau ya pasangan – pasangan yang diuji.

Pesanan aku, selagi boleh bertahan dan bersabar, teruskan. Jika tidak, ada jalan keluarnya. Bagi mereka yang memilih menjadi nombor dua, hormatlah. Bila kalian memilih, tentu kalian akur dengan syarat yang kalian dan pasangan kalian buat, jadi jangan salahkan orang lain bila apa yang kalian nak dan harapkan, kalian tidak dapat.

Tetaplah kalian nombor dua bukan nombor satu… Melainkan suami menceraikan nombor satu. Maka naiklah kalian ke takhta itu. Buat pasangan – pasangan yang diuji… tetaplah kuat. Allah ada. Maaf sebab kisah aku ini panjang. Doakan aku kuat, sabar dan tenang dengan ujian rumah tangga ini.

Komen Netizen:

Bunga September : Banyak – banyak perkongsian masalah rumah tangga… yang ini paling aku respect. Terbaik puan dalam mengharungi alam bermadu. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberikan kesihatan yang baik untuk puan dan dimurahkan rezeki… amiin33 yaa Rabbal Aalamiin.

Dhiya Fayruza : Semoga Allah beri pahala yang tinggi untuk puan. Aku sendiri pun tidak mampu nak hadapi kerenah bekas suami dulu yang kaki perempuan tapi puan nampaknya cekal sungguh hati yang Allah beri. Baca posting puan pun rasa ringan tenang tanpa emosi. Tahniah puan hebat.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :