Isteri p4ksa aku untuk dapatkan anak. Tapi anak – anak dekat rumah isteri tak jaga. Semua aku kena uruskan. Aku tak sanggup nak tambah anak

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Setiap kali mengandung per4ngai isteri menjadi – jadi. Kalau dia mengidam, dia akan call pejabat aku masa tu jugak. Dia tak bagi aku pergi outstation, sanggup call staff aku marah – marah. Dia ugvt nak balik rumah mak..

#Foto sekadar hiasan / AI. Aku Mad, hampir 40an. Dah berkahwin dalam 8 tahun. Ada 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Mia, isteri aku baru menjangkau umur 30an, seorang suri rumah sepenuh masa yang manja, penyayang dan sangat rapat dengan anak – anak.

Dilema yang aku rasa sekarang, mula – mula sekali aku nak minta maaf kepada para isteri yang terbaca coretan ini. Aku cuma nak minta nasihat dan keteguhan hati. Kalau ada abang – abang yang pernah lalui pengalaman lebih kurang sama, boleh lah kongsi pendapat korang dengan aku.

Aku sihat, tidak ada s4kit apa – apa walaupun usia m4kin hampir separuh abad. Aku tidak mer0kok, jaga pemakanan, rajin bersenam juga. Keluhan aku ini bukan baru, masalah dah berlaku hampir 2 tahun. Aku dah cuba berbincang, berkomunikasi dengan baik, tapi hasilnya tetap kosong.

Kadang – kadang aku rasa berd0sa jadi suami bila aku terp4ksa menolak permintaan isteri. Mia ada minta nak anak lagi seorang, tapi aku dah banyak kali berdebat dengan dia dan akhirnya aku tetap tolak. Aku bekerja sebagai pegawai di sektor swasta, alhamdulillah hidup kami dik4tegorikan dalam golongan T20.

Jadi, bukan masalah kewangan, bukan juga masalah hubungan batin. Cuma aku betul – betul tr4uma nak hadap sikap Mia bila dia berada dalam fasa mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Dia memang suka bayi, suka budak – budak, tapi bila dia hamil, dia berubah jadi sangat cerewet dan emosi dia naik turun.

Antara tr4uma yang aku masih teringat sampai sekarang, Mia pernah menangis tengah malam pukuI 2 pagi di tangga rumah dalam keadaan gelap sebab dia tidak boleh tidur badan s4kit. Aku terk3jut betul. Kalau aku ada s4kit jantung mungkin masa tu aku dah m4ti terk3jut.

Kejadian tu bukan sekali dua, tapi dalam tempoh 3 bulan mengandung mesti sekali dia akan buat macam itu. Ada masa aku tengah mesyuarat di pejabat, dia sampai sanggup telefon staf bawahan aku untuk p4ksa aku jawab panggiIan dia. Kalau aku tidak angkat, dia ugvt nak balik rumah mak dia.

Bukan sekali dua, tapi berkali – kali. Alasannya sebab mengidam. Ya Allah, sumpah aku penat. Aku kerja banyak outstation, Mia selalu ikut kalau tak mengandung. Tapi bila mengandung, dia bukan saja tak mahu ikut, malah dia larang aku pergi.

Pernah satu kali, dia sanggup datang ke tempat aku outstation dan marah – marah, sampai akhirnya berlaku pend4rahan. Nasib baik anak kami kuat dan selamat. Aku bukan tak beri masa untuk dia, cuma aku harap setiap perancangan boleh maklumkan awal.

Aku bukan jenis yang boleh sesuka hati mohon cuti kec3masan bila – bila masa. Kalau nak dikenang, terlalu banyak. Aku belikan makanan yang dia mengidam tapi akhirnya makanan itu berakhir dalam tong sampah. Aku pernah bawa dia jalan jauh semata – mata nak beli sesuatu yang dia nak, tapi bila sampai dia kata tak ada selera.

Bahagian morning s1ckness, aku cuba faham. Aku belikan ais, belikan gula – gula menthol, belikan air purifier untuk ud4ra yang lebih segar, aku larang dia masak supaya dia tidak terlalu terdedah dengan bau, dan hampir semua petua aku cuba ikut hasil aku baca di Facebook. Tapi tetap juga, dia memilih untuk salahkan aku.

Pernah sekali, dia pergi makan luar seorang diri, kemudian munt4h tepi jalan, lepas itu suruh aku datang ambil sebab dia tak boleh pandu balik. Bayangkan aku tengah sibuk kerja, dapat panggiIan macam itu. Allahu. Bila fasa berpantang pula, dia selalu salahkan aku sebab asyik sibuk kerja.

Padahal, sepanjang hampir 2 bulan dia berpantang, aku pun bekerja dari rumah. Aku hire confinement lady untuk bantu dia, aku juga yang uruskan anak – anak bila sempat. Malam – malam pun aku yang banyak berjaga, aku tak pernah kacau dia tidur.

Masa anak pertama, perkara yang sama berlaku. Aku doa sangat anak kedua lebih baik, tapi sama juga. Ya Allah, bukan aku nak pertikai atau anggap dia beban, tapi memang dia terlalu manja. Gunakan air mata sebagai senjata. Baju tidak muat, marah aku. Rasa mual, marah aku. Perut masuk angin, pun marah aku.

Aku faham keadaan dia, tapi aku sendiri perlu buat apa? Maafkan aku sebab banyak sangat mengeluh. Aku betul – betul tidak mahu tambah anak lagi. Sekarang pun, kerja sekolah anak – anak, urusan rutin harian, banyak yang aku uruskan. Jadi aku tak sanggup tambah lagi satu tanggungjawab besar yang perIukan komitmen penuh sekurang – kurangnya setahun lebih. Aku takut kali ini betul – betul jantung aku melompat.

Soalan aku, apa tindakan yang aku perlu buat untuk hentikan hujah isteri aku? Mia ini dulunya student undang – undang, jadi dia memang bijak bab berdebat. Mulut aku berbuih pun dia tetap boleh patahkan hujah aku. Buat masa sekarang, iman aku masih kuat lagi, aku boleh sabar tapi aku risau satu hari nanti aku kalah dengan emosi sendiri.

Lately, keinginan dia nak anak m4kin melampau sampai keluar permintaan yang bukan – bukan. Aku layankan juga kadang – kadang.. Jadi, aku nak tanya, ada nasihat lain tidak? Perlu ke aku bawa hal ini ke kaunseling perkahwinan? Aku buntu. Antara nak jaga hati dia, atau nak jaga kesihatan mental aku sendiri. – Mad (Bukan nama sebenar)

Komen Netizen :

Salina Gunawi : Rasanya perlu jumpa pakar tu sebab saya rasa ini dah lebih kepada fasa mengada. Orang lain pun pregnant juga tapi cubalah tidak membebankan hati dan perasaan husband sebab kita sayang pasangan kita.

Nur Aisya : Sebab tu bila ada kes penceraian jangan salahkan suami je. Kadang – kadang sebab isteri punya per4ngai buatkan suami tak mampu nak sabar. Diorang ni hanya fikir kesabaran diorang je buat macam lelaki takde hati (segelintir) . Bila bercerai mula buat content air mata bercaption kan “saya pinjam kata Hakim bila mana isteri jejak kaki ke mahkamah bermakna kesabaran isteri sudah habis” hmmmm

Kau kena bertegas juga sebenarnya tapi itulah payah jenis dapat bini macamtu sikit – sikit nak lari balik rumah mak ayah tak matang langsung lah per4ngai. Cara isteri kau ni mesti dia jenis suka expose dekat socmed kalau ada masalah rumahtangga, buat content content ters4kiti. Betul tak?

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.