Isteri pertama takde anak, keluarga mertua diam2 plan nak amik anak aku nak bagi madu jaga

Aku merupakan isteri ke-2, ditakdirkan Allah kami berkahwin sebab isteri dia tak boleh mengandung. Saat aku pantang 14 hari suami datang dengan mak dan isteri pertama, isteri dia suruh ceraikan aku dengan taIak 3. Keluarga mentua plan nak ambik anak aku nak bagi madu aku jaga..

#Foto sekadar hiasan. Salam min, tolong hide nama aku please. Aku nak kongsi kisah hidup aku. Aku merupakan isteri ke-2, aku kenal suami aku dah lama sebelum dia kahwin dengan isteri pertama lagi. Waktu tu tiba – tiba dia tipu aku cakap nak habiskan cuti tapi rupanya dia pergi kahwin diam – diam dengan isteri pertama dan aku mula jauhkan diri tapi dia masih mencari aku.

Kami akhirnya berkahwin ditakdirkan Allah sebab isteri dia tak boleh mengandung. Aku diperkenalkan kat isteri pertama saat kandungan aku dah 8 bulan. Suami perkenalkan anak dalam perut aku, dia kata bukan anak dia. Aku bersabar sebab ingat dia adalah suami walaupun kecewa dengan kenyataan tu.

2 tahun kemudian, walau jarang – jarang bertemu, jarang dapat nafkah untuk anak. Aku tak pernah minta sebab aku tahu dia banyak tanggungan lain. Aku mengandung lagi dan saat aku pant4ng 14 hari suami datang dengan mak dan isteri dia.

Saat tu isteri dia suruh ceraikan aku dengan taIak 3 dan mentua aku baru tahu dia dah ada cucu dari keturunannya sendiri. Keluarga mentua pula minta suami pertimbangkan hal keluarga kami. Selepas pantang aku nak berhenti kerja sebab aku tak nak mentua ambik anak – anak aku.

Aku nak mengalah dengan madu aku dan bercerai tapi aku runsing dengan kos kehidupan yang meningkat.. Aku runsing memikir yang aku akan tinggal sorang – sorang urus dua orang anak. Keluarga mentua dah mula rajin ulang alik ke kampung aku untuk berkenalan dengan anak – anak aku.

Mula – mula nampak ok tapi kemudian aku nampak beIang bakal adik ipar. Dia suka menjatuhkan aku padahal aku ke situ bukan untuk ganti tempat madu aku. Waktu kali ke-3 anak aku pergi rumah mentua, aku cuba video call dengan anak aku.

Yalah anak, aku jaga dia sorang – sorang sejak lahir. Takkan aku tak rindu kan. Bakal adik ipar bagi banyak alasan akhir sekali dia cakap kasar. Aku dah mula syak wasangka, aku mula berhati – hati dengan keluarga mentua.

Tak lama kemudian. Aku disahkan mengandung lagi anak ketiga walau aku PJJ dengan suami. Aku anggap ia rezeki di saat aku tak bekerja. Anak – anak terabai, suami jauh dan keluarga aku sendiri masih tak ok. Aku masih bersabar dengan perkahwinan ni sebab ingatkan nasib anak – anak yang masih kecil. PerIukan ayahnya.

Lagipun suami cakap dia tak akan ceraikan saya sebab dia sayang anak – anak. Sekarang aku dah tak kisah untuk berpisah, hidup kami bukan seperti keluarga lain. Keluarga mentua diam – diam plan nak ambik anak aku nak bagi madu dan suami aku jaga.

Maaf, aku cuma akan kongsi kasih sayang anak – anak aku kalau dia pon sanggup beralah. Takkan aku terp4ksa serahkan anak – anak kat suami pula. Habis apa keadilan buat aku selama ni. Aku hidup selama ni seperti ibu tunggal, anak macam tiada berbapa.

Padahal masih dalam ik4tan perkahwinan aku terp4ksa mengalah, bawa anak – anak jumpa suami, jumpa mentua. Anak kedua aku, baru berusia 2 tahun. Setakat sekarang baru jumpa suami 14 kali rasanya. Aku nak minta bantuan.

Aku nak tanya, di mana ada pusat perIindungan?  Aku nak bawa anak – anak pergi jauh dari keluarga aku dan keluarga dia. Aku nak bangun dari semua masalah ni, anak aku yang sulong patut sekolah dah. Daripada awal kandungan anak ke-3, sampai sekarang dah 8 bulan, aku tak pernah berjumpa suami lebih dari sehari.

Nak juga aku duduk berbincang hala tuju keluarga kami tapi tak pernah berkesempatan. Persiapan untuk baby pon aku tak mampu sediakan lagi. Aku bersabar selama ni dengan per4ngai suami yang perahsia. Per4ngai keluarga mentua dan per4ngai keluarga aku.

Keluarga aku buang aku sebab aku tak bekerja. Suami tak pernah hulur duit tuk pampers atau susu anak sepanjang mengandung kali ni. Aku str3ss, dah 2 kali aku larikan diri dari rumah dengan anak – anak. Kesabaran aku benar – benar m4kin menipis. Aku str3ss sangat.

Komen Warganet :

Sarinah Haji Salleh : Kesiannya kau, kenapa suami kau abaikan kau dan anak – anak. Sedangkan itu kewajiban dia. Kau tuntutlah hak kau. Kalau kau kahwin sah kat Malaysia, pergiIah ke pejabat agama.

Anna Rynie : Sis jangan keluar dari rumah tu, takot nnti dia failkan nusyuz pada sis. Jadi apa – apa tuntutan sis pada dia tak boleh dapat sebab derh4ka. Sekarang ni sis pegi mahkamah failkan nafkah untuk anak – anak dan sis.

Itu yang terbaik saat nih. Suami ner4ka tu tak kan boleh Iawan perintah mahkamah. Selepas sis pant4ng semua, sis cari kerja, sebab kalau sis tak kerja dia ada hak untuk ambik anak – anak. Jadi sis kena kerja, lepas tu bila dah kerja, sis dah rasa boleh bernafas sikit, anak – anak pun teratur semua.

Kalau sis tak boleh dah hidup bersuamikan jantan tu, sis mintak je fasakh. Masa mintak fasakh tu sis tuntut sekali nafkah anak, nafkah edah dan mutaah. Jangan cakap tak nak sebab benda tu hak si isteri dan hutang suami pada isteri sepanjang tempoh kahwin. Buat apa saya cakap nih, insyaallah hidup sis akan teratur lepas tu kalau nak kawan boleh pm saya, tq..

Ida Ida : Tak faham macam mana boleh bertahan dengan suami yang terang – terang tak adil dalam poIigami, tak beri nafkah. Dari tiada anak sampai anak nak masuk 3? Hidup ini pilihan kita sendiri. Saya tak nak komen yg mengguriskan perasaan awak, awak tengah str3ss dan tengah mengandung.

Semoga Allah meIindungi awak dan beri jalan penyelesaian pada awak dan kalau boleh tinggalkan jela suami yang tak bertanggungjawab tu. Bawak anak – anak bersama awak. Itu harta awak dunia akhir4t.

Suhayna Naa : Jangan bagi anak tu kat mertua. Kau patut tahu hidup bermadu nie lelaki memang susah nak berlaku adil. Keluarga kau pun alasan kau tak kerja je diorang sanggup buang kau? Ermmm semoga dipermudahkan segala urusanlah.

Kurnia Kairunisa Lasaleng : Sedihnya baca kisah sis. Ambillah pencegah kehamilan. Bukan menolak rezeki, tapi kesian kat budak tu jika tak cukup perhatian. Suami, mentua dan keluarga semua lepas tangan. Jumpa pakar kaunseIing dan mahkamah syariah. Semoga urusan sis dipermudahkan.

Diamond Fairus : Semoga urusan sis dipermudahkan, selagi ada kudrat sis. Jangan sesekali serahkan anak – anak tu pada keluarga yang tak tau ape itu tanggungjawab. Kalau suami sis tak jalankan tanggungjawab patut keluarga suami harus bertanggungjawab pada sis dan anak – anak sis. Banyak rumah – rumah perIindungan, harap urusan sis sekeluarga dipermudahkan dan sis dipertemukan dengan orang – orang yang baik.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.