Bila aku buat kerja rumah suami tak nampak, tapi bila sehari aku penat tak lipat baju terus kena marah

Masa aku buat semua kerja rumah, suami tak perasan. Tapi kalau aku tak buat sehari sebab dah muak, bosan, takde mood. Terus kena bebel, kenapa baju dalam bakul banyak? Kenapa kain tak jemur lagi? Tuala baru pakai sekali dah masuk bakul, baju baru pakai berapa minit dah tukar baru, aku penat…

#Foto sekadar hiasan. Salam perkenalan buat semua pembaca. Aku tahu bab surirumah vs wanita bekerja ni dah banyak orang cerita. Tapi hari ni aku terbaca luahan seorang kawan aku yang dia happy jadi surirumah selama sebulan sebelum sambung kerja tempat baru.

Sebab katanya banyak urusan dia boleh settlekan macam pergi bank, bayar bil semua tu, tak payah terkejar – kejar waktu dan lain – lain. Aku cam nak reply luahan dia dari perspektif aku. Tapi aku segan nak post kat wall aku.

Jadi aku luahkan melalui medium ni la ye. Hanya nak kongsi pengalaman aku yang dah jadi surirumah ni. Intro sikit pasal aku. Aku ni lepasan master umur 30-an, dah kahwin lebih 10 tahun dan anak – anak pun dah sekolah rendah.

Waktu belajar dulu aku boleh dik4takan agak bagus. Jadi belum habis belajar lagi alhamdulillah aku dah dapat kerja. Jadi aku pun kerja cam biasa, bertemu jodoh kemudian kahwin. Bila dah kahwin, dapat anak sulung, suami aku suruh aku benti kerja untuk jaga anak.

Aku sayang kerja aku walaupun kerja tu sibuk sangat. Setiap hari 3 jam je aku dapat tidur. Selebihnya kena sambung kerja tu kat rumah selain 8am – 5pm kat office. Tapi aku turutkan permintaan suami sebab aku kononnya waktu tu nak patuh cakap suami dan suami aku pun takde inisiatif nak cari pengasuh ke apa untuk anak kami.

Oh ye. Aku lepas kahwin pindah ikut negeri suami kat utara tanah air ni. Aku asal KL. Aku dahla kat kenal siapa – siapa kat situ untuk cari pengasuh. Masa tu nak cari pengasuh kat fb pun takde lagi. Kawan office pulak sama ada masih bujang atau dah berusia yang mana anak dah masuk universiti.

Aku memang buntu sangat nak cari pengasuh waktu tu. Suami aku ni mak dia pun surirumah. Jadi, dia nak aku ni jadi surirumah macam mak dia. Urus segalanya pasal anak dan dia. Jadi, dia cakap dia boleh tanggung dan suruh aku berhenti kerja.

Oh ye, mak dia memang tak nak jaga cucu. Sebab cucu dia dah ramai. Suami aku ni anak hujung – hujung dan ramai adik beradik. Jadi, semua memang jaga anak sendiri. Lagipun adik beradik suami aku semua duduk KL. Jadi banyak taska dan pengasuh kat sana berbanding tempat kami tinggal ni.

Kemudian, bermula la hidup aku sebagai surirumah diusia aku baru nak gemilang dalam kerjaya. Of course la mak ayah aku marah sebab berhenti kerja. Tapi aku pun di persimpangan antara nak taat dengan arahan suami dan harapan mak ayah aku sendiri.

Memula memang rasa best tak payah pergi kerja pagi – pagi. Tapi lepas tahun ke tahun berlalu. Meh aku kongsi sisi gelapnya apa yang aku alami sebagai surirumah. Mungkin ada di kalangan pembaca yang tengah bertimbang tara nak jadi surirumah tu.

Fikirlah masak – masak dulu ye. Apa – apa pun, ini adalah pendapat dan pengalaman individu je nak kongsi dengan korang. Bila jadi housewife ni, memangla best tak payah fikir pasal masalah kerja dah. Rasa cam separuh masalah dalam otak ni hilang.

Tapi aku jadi terlalu banyak masa terluang untuk risau sesuatu. Contohnya kalau aku ada g4duh dengan suami, aku akan dok fikir je la masalah tu. Atau pun anak aku ada masalah pape, aku dok fikir je. Macam takde benda yang boleh alihkan pemikiran aku ni.

Kalau kerjakan kita sibuk dengan benda lain. Jadi, takdelah dok fikir masalah kat rumah je. Jadi, aku jadi serabut. Tapi aku perlu fikir benda tu walaupun belum ada penyelesaian. Otak dok fikir je itu ini pasal masalah tersebut.

Kalau g4duh dengan suami lagi la. Dia best je boleh keluar pergi kerja. Aku kat rumah ni dok fikir je masalah perg4duhan ni. Rasa nak nangis je 24 jam sampai kitorang berbaik balik. Tapi aku tahu mesti suami aku tak fikir pun masalah tu kat tempat kerja kan.

Aku jela sorang – sorang fikir kat rumah. Masa kerja kawan – kawan ramai. Boleh coffee, bersembang ke, makan sama – sama. Best berkongsi cerita dengan kawan – kawan. Hari – hari boleh jumpa orang. Bila jadi housewife, kawan m4kin kurang.

Siapa nak contact kau? Topik sembang pun m4kin takde. Life aku pasal family je. Sampai satu tahap aku jealous dengan suami aku sendiri. Yela, dia boleh balik kerja lambat ngeteh dengan kawan la, bersukan la. Aku kat rumah sorang – sorang jarang jumpa orang.

Sampaikan dah lama tak sembang dengan orang luar, aku rasa ‘awkward’ bila nak bercakap dengan orang selain anak dengan suami aku. Aku nak berkawan tapi aku takde kawan. Duit. Aku tengok ramai cakap pasal banyak benda boleh settlekan bila jadi housewife.

Boleh balik rumah mak ayah lebih kerap, pergi bank, pergi office itu ini settlekan urusan. Semua ni kan waktu office hour. Kalau kerja kena ambil cuti atau half day untuk settlekan apa – apa urusan. Bebila boleh balik rumah mak ayah tak kira hujung minggu ayau hari biasa sebab tak terik4t dengan kerja.

Emm.. yang ni betul tapi bagi side aku pulak. Sekarang ni semua benda perlu duit. Walau nak gerak sikit pun pakai minyak. Nak beli minyak perIukan duit. Jadi, memang jadi housewife ni banyak masa. Tapi duit pulak takde.

Aku memang ada masa nak balik rumah mak ayah aku bila – bila masa. Tapi duitnya pulak takde. Yela nak bayar tol lagi, minyak lagi, makan minum lagi. Kalau nak jalan – jalan mall nak release tension pun perIukan duit minyak nak bergerak.

Tu yang aku jarang keluar. Sebab aku pun sedar duit dalam purse pun nan hado. Suami mampu bagi bape je nafkah. Itu pun banyak aku kena topup balik untuk keperluan rumah dan anak – anak. Dia bagi nafkah tapi aku kena guna untuk keperluan keluarga balik.

Bukan untuk aku sendiri. Untunglah sesiapa yang dapat suami pemurah tu ye. Yang tak berkira nak beli barang isteri nak. Aku pun baru sedar per4ngai suami aku yang susah nak belikan sesuatu untuk aku. Yela, dulu aku kerja boleh je beli apa aku nak.

Sekarang nak apa – apa kena mintak dan tak semestinya dapat. Bape banyak dah janji ‘nanti’ dia tu. Akhirnya tak belikan pun. Rutin berulang. Ada masa aku rasa dah muak buat kerja rumah ni. Tapi kerja rumah ni tak pernah habis.

Hari – hari kena basuh baju, jemur, lipat, gosok. Tu baru kain. Masak pulak kena prepare bahan, masak, hidang, basuh pinggan periuk mangkuk semua tu, kemas meja etc. Tu belum lagi nak kena menyapu lantai, sental toilet, kemas ruang tamu, bilik semua la.

Paling geram kan, masa kau buat kerja tu. Takde sape perasan. Tapi kalau kau tak buat sehari sebab dah muak, bosan, takde mood. Terus dihighlight kenapa baju dalam bakul banyak? Kenapa kain tak jemur lagi? Haiih.. penatlah buat benda sama hari – hari.

Orang yang tak membasuh memangla. Pakai baju bape minit, tukar. Tuala baru pakai sekali dah masuk bakul. Kita yang dok membasuh mengemas ni yang penat sebab kerja ni tak habis – habis. Suami harap aku buat semuanya sebab aku kat rumah kan.

Banyak masa kat rumah. Tapi aku pun penat. Takde sape faham. Cam tuala tu pakai la 2 – 3 kali baru basuh. Ni kalau 2 kali mandi sehari. Jenuh sehari 2 tuala nak kena basuh. Pinggan pun sama. Jimat – jimatlah pakai. Ni semua benda pakai pinggan lain – lain. Aku yang penat basuh.

Dipandang rendah. Cam biasala orang akan pandang rendah kalau housewife ni. Aku pernah terserempak kawan satu universiti suami aku kat kedai makan. Cam biasala tegur – tegurkan. Bila dia tau aku ni housewife, terus layanan dia berubah.

Mimik muka dia tu dengan tak nak pandang muka aku bila bercakap. Pastu acuh tak acuh. Cam sombong sangatla. Ya Allah.. s4kit hati aku. Sampai hari ni aku akan ingat reaction dia tu. Bukan dia je camtu. Satu lagi insiden, waktu keluar makan dengan rakan sekerja suami aku.

Isteri – isteri dorang ni macam tak nak layan aku sebab aku housewife sedangkan diorang semua wanita berkerjaya. Sembang rancak semua. Tu belum lagi reaction cikgu sekolah anak aku yang cakap ‘sayangnya tak kerja’ kat aku bila isi form tulis surirumah.

Makcik jual makanan pun ada cakap camtu. Pastu terus aku tak gi makan kedai dia dah. Expectation. Bila kau jadi surirumah. Orang harapkan kau buat semua benda kan. Memang aku dah buat semua benda pun. Cuma kadang – kadang ada benda yang aku bagi kat suami aku.

Contohnya hantar anak gi sekolah pagi – pagi. Dah alang – alang suami aku keluar pergi kerja. Apa salahnya dia hantarkan anak sekolah sekali. Aku pun tak payah nak pakai baju elok – elok dari pagi sebab nak kena keluar rumah hantar.

Tapi ada gak yang pertikaikan kenapa bukan aku je hantar? Adoilaa.. aku ni yang ambil anak – anak sekolah, hantar pergi sekolah agama, ambil dari sekolah agama, hantar tuisyen, ambil tuisyen, hantar aktiviti, ambil dari aktiviti dan sebagainya.

Semua tu tak nampak. Yang nampak suami aku kena hantar pagi – pagi tu jela. Tadi expectation dari orang luar. Ni expectation dari suami sendiri. Lepas anak – anak aku pergi sekolah. Aku adalah me-time sikit. Takde la lama pun.

Dari pukuI 8am sampai 12pm je. Tu pun of course la kena masak lunch and buat kerja – kerja rumah kan. Tapi suami aku ni selalu ingat aku tidur pagi – pagi. Aku tak faham kenapa dia jealous aku tidur? Dok la cakap aku ni tidur pagi.

Kadang – kadang dia saja wassap aku pukuI 9 – 10 pagi Hanya nak check aku reply ke tak. If tak reply. Dia anggap aku tidur. Nanti dia cerita kat orang aku kat rumah tidur pagi – pagi masa anak – anak pergi sekolah. Aku pun tak faham la.

Dia yang suruh aku jadi housewife. Tapi sibuk la dok cakap pasal aku tidur pagi. Dia tidur bila – bila aku takde kisah pun. Tidur jela kalau penat. Actually aku jarang tidur pagi waktu anak – anak aku gi sekolah. Yela, kang terlajak tidur, lupa pulak nak ambil diorang sekolah.

Maklumlah, rumah ni sangat sunyi bila semua orang takde. Hanya aku dan 4 dinding ni jela pemandangan aku. Ungkit. Ni paling sadis. Aku jenis tak boleh dengar orang ungkit – ungkit ni. Sebab mak ayah aku didik kami adik beradik untuk kalau boleh, jangan menyusahkan orang dan berdikari.

Aku memang tak nak susahkan sesiapa. Tapi time suami aku suruh berhenti kerja tu, dia tau aku ada komitmen loan kereta. Tapi murah je sebab aku beli kereta murah je. Dia sendiri yang offer nak sambung bayar bulanan kereta tu kalau aku berenti kerja.

Tapi sejak aku berhenti kerja ni, dia selalu ungkit pasal dia kena bayar loan keta aku menyebabkan duit dia tak cukup. Tapi aku rasa dia ada je duit sebab saving dia dok bertambah cuma suka la dia nak point out loan keta aku tu punca dia tak cukup duit.

Kemudian aku buat keputvsan  jual kereta tu dan beli kerete 2nd hand cash. Jadi dah tak ada loan kena bayar bulanan. Dia pun dah tak boleh nak ungkit loan kereta aku yang dia setuju nak bayar tu. Tapi lain pulak alasan dia tak cukup duit tu.

Nanti dia cakap segala-mala bil, loan keta dia, loan rumah dia kena bayar. Saving tak bertambah. Time kerja aku boleh saving 1k per month. Sekarang bukan m4kin bertambah saving, tapi asyik kena tarah je saving lama nak cukupkan keperluan.

Aku tau mesti ada bagi idea buat business. Dah macam – macam business aku buat. Takde pun menjadi sangat. Buat dropship pun untung seringgit dua je 1 barang. Jadi aku dah stop business sekarang. Tak semua orang pandai business.

Cam aku, aku rasa aku lagi sesuai kerja makan gaji. Tetiap bulan confirm dapat gaji dan aku tak payah nak layan customers. Penat jual online sebenarnya dok kena mengadap phone dan untung tak seberapa. Kebanyakan sekadar bertanya je bukan confirm beli.

Okay setakat ni je aku cerita sisi gelap jadi housewife ni. Dari pengalaman aku, tak semua perempuan sesuai jadi housewife ni. Mungkin ada certain perempuan suka nak jadi housewife. Aku dulu pun awal – awal macam ingat bestnya jadi housewife ni.

Tapi lepas setahun dan tahun – tahun berikutnya, aku dah mula bosan dah. Paling utama bab duit la. Aku rasa kalau duit kepok – kepok, jadi housewife memang takde hal. Memang banyak aktiviti boleh dibuat. Boleh gi spa ke, shopping ke apa.

Ni duit pun tarak. Rakyat marhein je kan. Aku sebenarnya lagi suka kerja. Tapi macam aku cakap. Suami aku yang nak aku jadi housewife ni. Tapi aku ingat nak try apply kerja balik. Korang rasa, ada tak peluang untuk aku masuk kerja balik memandangkan aku ada gap beberapa tahun tak kerja ni?

Apa – apa pun, doakan aku dapat kerja yang bagus dan sesuai dengan jiwa aku ye. Pada sesiapa yang sedang bekerja dan terfikir nak jadi housewife tu. Fikirla banyak kali dulu. Papepun hanya diri kita yang tahu apa keperluan dan kemahuan keluarga kita.

Make sure bincang betul – betul dengan pasangan dulu dan solat istikharah. Buat kawan yang cuti sebulan sebelum kerja tempat lain tu. Memang best time cuti tu. Sebab kita tau kerja kita masih secured, duit pun ada.

Tapi kalau betul – betul jadi surirumah, ia tak kan sama sampai bila – bila. Kalau terputvs sumber kewangan tu, nak buat apa – apa plan pun tak boleh sebab sekarang serba memerIukan duit. Nak gi toilet pun kena bayar sekarang kan.. Sekian, – ANNA (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Hela : Ohhh ni bukan masalah surirumah ke apa. Sebab ramai je surirumah yang bahagia sis. Ni masalah laki awak. Dia nak bibik tanpa gaji, tanpa tidur dan halal untuk digauli. Lelaki begini elok disesah dengan pelepah sawit yang kaya dengan DHA dan bio vitamin agar sel – sel otaknya berhubung kembali.

Hana Nur : Bile dah kumpul sedikit pengalaman, boleh aku katakan. Sebenarnya surirumah ni dream job ramai wanita. Tapi realiti jarang seindah angan – angan. Part basuh pinggan tak berhenti tu memang menghairankan.

Kadang – kadang ade hari tak masak pun pinggan masih bertimbun. Itu perlunya suami yang memahami. Kalau jenis tak faham, kena sekolahkan. Bukan didik anak je, suami pun perIukan didikan. Basuh tuala 1x pakai tu over sangat rasanya.

Lagi satu c4baran jadi surirumah ni kurangnya penghargaan. Kita buat kerja tip top tapi orang tak puji, apatah lagi ‘gaji’ nak naik tiap tahun. Kita tak buat kerja sekejap je, kerja jadi bertimbun. Basically kerja jalan, tiada ganjaran yang jelas (kecuali di akhirat mungkin), tapi kalau kerja tak jalan, memang nampak sangat.

Penyelesaiannya? Pujilah diri sendiri. Up kan diri sendiri. Kalau rasa diri masak sedap, cakapla ‘eh sedap jugak i masak hari ni’. Tanya feedback anak ‘ok ke mama jaga uolls? Uolls kenyang ke mama masak? Kadang – kadang nak pujian ni kena pancing.

Bukan untuk bangga, tapi sekadar memenuhkan naluri manusia yang ingin motivasi. Kalau anak berjaya membaca hasil didikan kite, up la sikit kejayaan kite. Niat bukan untuk bangga tapi kongsi hasil jerih perih kita ni, yang orang jarang nampak.

Yang orang tau biasanya keji je bile kite tak buat kerja. Contohnya yang orang nampak kite banyak tidur tapi jarang orang nak teliti sebab kita kuat tidur ialah demi susukan anak – anak. Kalau nampak rumah kite sepah, orang tuduh pemalas padahal kita pilih untuk layan anak yang melekat di kaki berbanding bagi anak gadget sentiasa demi rumah yang kemas.

Orang pilih untuk nampak sisi negatif sebab title surirumah ni kurang kelas la kot. Apapun support suami sangat penting. Terima kasih suam i- suami sekalian yang memahami. Puji diri sendiri sebab tak perlu validation atau pengesahan orang bahawa you are doing a good job.

Hanya pat yourself on the back and say ‘you are doing okay’. Jadilah bos untuk diri sendiri, tak perlu orang lain jadi bos dan kisahkan dia yang kutuk u punya ‘performance’.

NurAz Wan : Tidak ada kerja yang paling banyak sebanyak suri rumah. Kerja pula tiada upah, malahn selalu saja tidak dihargai, kurang dihorm4ti, tapi tiada cuti, tiada kompromi kalau kita tak buat. Inilah kerja yang paling memenatkn fizikaI dan mentaI.

Penawarnya, hanyalah anak – anak dan kadang – kadang ada suami yang boleh jadi penawar. Tapi di sisi Allah, ini pekerjaan yang sangat mulia, yang mmberi banyak pahala. Bersabarlah surirumah semua.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.