Isteri tak puas hati aku bagi duit dekat kampung sebab ada adik OKU. Dia mula banding, adik dia selalu pergi luar negara, ada banglo

Kisah ini dikirim oleh pembaca dan diedit oleh Editor kami. Nama dan lokasi dirahsiakan atas permintaan pengirim.

Bila aku balik Semenanjung, muka isteri asyik masam je. M4kin lama isteri berubah. Aku siasat, dia tak curang. Anak – anak pun jadi tak rapat dengan aku. Mak ayah mertua m4kin kuat menghasut, bandingkan aku dengan menantu kaya..

#Foto sekadar hiasan / AI. Assalamualaikum semua. Aku harap penulisan ini tak nampak kaku sangat sebab aku bukan jenis orang yang pandai menulis. Aku seorang lelaki biasa, seorang guru dalam bidang lukisan kejuruteraan. Sudah lebih kurang lima tahun aku ditugaskan di Sarawak, jauh dari keluarga aku di Semenanjung.

Sebelum aku dihantar ke sini, aku memang tak pernah terfikir pun soal jodoh atau perkahwinan. Fokus aku cuma satu, nak jaga mak ayah dan seorang adik lelaki aku yang kurang upaya. Setiap bulan hampir separuh daripada gaji, aku kirimkan kepada mereka di kampung.

Bukan sebab aku dip4ksa, tapi aku sendiri rasa itu tanggungjawab aku sebagai anak. Adik beradik aku yang lain bukannya tak membantu, cuma masing – masing hidup ala kadar, kerja kampung sahaja. Nak kata mereka mampu bantu lebih, memang tak.

Jadi aku redha untuk pikul sebahagian besar tanggungjawab itu. Ditakdirkan, dalam satu program antara sekolah di sini, aku bertemu dengan seorang guru perempuan. Dia pun orang Semenanjung juga, cuma sama – sama ditugaskan di Sarawak.

Kami berkenalan dan entah macam mana hati aku terus tertarik. Lepas beberapa bulan kenal, kami pun berkahwin. Allah hadiahkan kami rezeki yang sangat besar, iaitu bayi kembar perempuan. Kehidupan kami di Sarawak simple sahaja, tapi cukup membahagiakan.

Kami taklah kaya atau mewah, tapi kami sentiasa cuba cari masa untuk bercuti sama – sama, jalan – jalan tengok alam, makan angin tepi pantai. Gelak tawa anak kecil buatkan aku rasa dunia aku lengkap. Tapi kegembiraan itu tak lama. Lepas setahun lebih, isteri aku dapat surat pertukaran.

Dia ditukarkan balik ke Semenanjung, kebetulan pula sekolah baharunya dekat sangat dengan rumah mak ayah dia. Dia sangat gembira sebab akhirnya dapat balik ke kampung halaman. Aku pula mula cuba mohon pertukaran, tapi prosesnya bukan sekejap.

Subjek aku, lukisan kejuruteraan, memang tak ramai guru yang mahir. Jadi pertukaran aku agak susah diluluskan. Isteri aku berangkat dulu balik ke Semenanjung dengan anak – anak. Mula – mula semua nampak baik. Walaupun jarak jauh, rindu itu kami lepaskan dengan panggiIan telefon, voice call, video call hampir setiap hari.

Tapi perlahan – lahan aku mula perasan perubahan. Mula – mula dia sem4kin sibuk, panggiIan aku selalu tak berjawab. Bila berjawab pun, perbualan kami pendek, h4mbar. Kadang – kadang ada hari sampai kami berg4duh. Aku tak tahan duduk berjauhan, jadi setiap bulan aku balik Semenanjung.

Tiket kapal terbang bukan murah, tapi demi nak lepaskan rindu pada isteri dan anak – anak, aku sanggup. MaIangnya, setiap kali aku pulang, wajah isteri aku asyik masam. Aku jadi hairan. Pada awalnya, aku syak dia mungkin ada lelaki lain. Tapi selepas aku siasat, aku sedar sangkaan itu salah. Rupa – rupanya mak ayah dia yang banyak mempengaruhi.

Keadaan m4kin tegang bila isteri aku mula mempersoalkan kenapa aku masih menanggung mak ayah aku dan adik aku yang kurang upaya. Padahal dari awal dia tahu itu memang tanggungjawab aku. Bukan aku tak bagi dia nafkah. Rumah, makan minum, hiburan, semua aku tanggung.

Aku sendiri hidup di kuarters guru yang serba buruk, tapi untuk dia dan anak – anak aku usahakan yang terbaik. Yang buat aku lagi sedih, dia mula banding – bandingkan hidup kami dengan adik dia. Adik dia kahwin dengan seorang usahawan muda berjaya.

Hidupnya mewah, ada banglo besar, kereta import, bercuti ke luar negara hampir setiap tahun. Isteri aku mula cakap kenapa hidup kami tak seperti itu. Katanya, adiknya bahagia sebab berkahwin dengan orang berada, sedangkan aku masih struggle di Sarawak. Aku tergamam.

Dulu dia tak pernah kisah semua itu, tapi kini seolah – olah wang ringgit jadi kayu ukur kebahagiaan. Mak ayah dia pula m4kin kuat menghasut. Mereka selalu bandingkan aku dengan menantu seorang lagi. Aku rasa mereka nak isteri aku berpaling daripada aku. S4kit hati bila fikir, tapi aku cuba bersabar.

Sebenarnya bukan sekali dua aku kena tempias rasa rendah diri ini. Pernah sekali aku balik mengejut ke Semenanjung, konon nak buat k3jutan. Tapi aku yang kecewa. Sampai di rumah mak ayah mertua, aku nampak mereka sekeluarga keluar makan malam, tinggalkan aku seorang tercegat depan pagar.

Isteri aku hanya mesej ringkas, katanya lupa nak bagitahu. Malam itu aku tidur dalam kereta depan rumah sebab aku tak nak balik ke hotel. Masa itu aku rasa betul – betul terasing walaupun dengan keluarga sendiri. Ada juga satu ketika aku balik ke kampung mertua, anak – anak aku sendiri macam tak begitu rapat dengan aku.

Mereka sudah terbiasa dijaga oleh isteri aku dan mak ayahnya. Aku cuba main dengan mereka, tapi mereka nampak janggal. Anak – anak kecil, mereka tak faham apa – apa. Tapi hati seorang ayah tetap terasa. Aku bukan tak nak pulang terus ke Semenanjung.

Tapi selagi permohonan pertukaran aku tak lulus, aku terp4ksa bertahan di Sarawak. Aku sudah cuba mohon berkali – kali, tetapi belum rezeki. Kalau keadaan ini berterusan, aku sendiri tak yakin rumah tangga aku mampu bertahan. Aku kesian sangat dengan anak – anak.

Mereka rindu kehidupan lama kami yang penuh gelak tawa. Sekarang, setiap kali aku balik, suasana h4mbar, tak ada lagi mesra seperti dulu. Aku menulis ini bukan untuk meraih simpati. Cuma aku benar – benar buntu. Aku cintakan isteri aku, tapi aku juga ada tanggungjawab kepada keluarga aku.

Kalau aku abaikan mak ayah dan adik aku, aku jadi anak derh4ka. Kalau aku ikut kata isteri aku, aku jadi suami yang tunduk kepada hasutan. Aku terper4ngkap di tengah – tengah. Doakan aku kuat hadapi semua ini. Aku cuma nak keluarga aku kembali seperti dulu. Yang benar,Aku… seorang cikgu yang terIuka.

Komen Netizen :

Maw4r Putih : Banyak – banyak bersabar perkahwinan jarak jauh sentiasa jadi ujian besar pada pasangan jika bukan dari ibubapa dari perkara lain pulak. Nasihatkan isteri selalu bagitau jika situasi terbalik sanggupkah dia abaikan orang tua dan adik yang tak upaya.

Jika tahap kehidupan jadi ukuran masa belum nikah tak fikir kah memang beza hidup makan gaji dan orang berniaga yang berjaya. Jangan ukur bahagia orang dengan mata kasar moga yang terbaik untuk kamu isteri dan anak – anak.

Nora Noraini : Susah nak didik isteri kalau jauh. Tapi didik lah. Hantar lah nasihat setiap hari. Ungkit semua cerita masa korang kat serawak tu… kenapa korang boleh bahagia. Kenapa sekarang tak boleh? Semoga ada jodoh.

Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Kongsi Artikel Ini :
About Hana 5162 Articles
Hana ialah penulis dan editor di Media Cite Heboh yang mengendalikan kandungan komuniti, kisah pembaca dan topik kehidupan seharian. Hana turut menyunting kiriman pembaca dari segi ejaan, tatabahasa dan susunan supaya lebih mudah dibaca sambil mengekalkan maksud asal cerita.