Isteri ter4jang aku sebab dia ingat aku tak basuh baju kegemaran dia, takut naik t4ik lalat

Sebelum kahwin isteri aku seorang yang sempurna, cantik, rajin, sopan santun tapi lepas 2 – 3 bulan kahwin baru keluar per4ngai sebenar isteri. Aku menangis sorang – sorang atas moto kenapa perkahwinan aku tak macam orang lain. Kalaulah dulu aku tak tinggalkan kekasih lama, mesti tak jadi macam ni…

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Aku nak cerita kisah hidup aku sebagai seorang suami dan aku nak minta pandangan kalian semua. Aku merupakan seorang suami dan seorang ayah. Perkahwinan yang aku harapkan indah pada mulanya berubah bagaikan aku tidak layak untuk merasa manis alam perkahwinan.

Usia perkahwinan aku baru sahaja berusia 1 tahun 11 bulan. Isteri aku muda 7 tahun dari aku. Pada awal perkenalan dengan isteri aku, tidak nampak mana kurangnya dia. Dengan layanan dia untuk aku dan keluarga aku.

Isteri aku seorang yang cantik, rajin, sopan dan manis senyumnya. Boleh katakan sempurna di mata aku. Tapi itu laa orang kata selagi belum menjadi suami isteri, tidur sekatil, sebantal kita tak akan tahu per4ngai dia yang sebenar.

Kisah bermula lepas 2 – 3 bulan perkahwinan, aku duduk dengan keluarga mertua atas desakan isteri. Di rumah mertua baru aku nampak per4ngai sebenar isteri aku. Dari seorang wanita yang rajin, manis, sopan berubah 360 darjah jadi seorang pem4ki, pemalas, pengotor dan aku ambil keputvsan untuk menyewa rumah lain supaya aku tidak gagal mendidik isteri aku.

Setelah berpindah aku tak nampak isteri aku kemas rumah dan memasak. Kiranya dari A – Z memang dia tak buat apa – apa langsung. Aku tegur kenapa tak tolong kemas sikit – sikit tapi dia hanya baIas, “kerja rumah dan memasak kerja suami, bukan tugas isteri.”

Aku terdiam kejap, dari situ aku dapat baca isteri aku bagaimana orangnya. Oleh sebab dirinya yang pemalas dan tak ada sikap tolak ansur, jadi semua kerja rumah aku yang uruskan termasuk memasak. Isteri aku hanya tengok dan main handphone.

Pernah laa sekali dua aku test tak basuh baju 2 – 3 hari. Baju – baju tu tetap tak bergerak dan dia tak nak bantu basuh langsung. Itu belum masuk bab basuh pinggan mangkuk dalam singki lagi. Aku balik kerja malam sebelum tido basuh baju sidai baju, settlekan kemas dapur.

Pernah sekali isteri aku ter4jang waktu aku tido disebabkan dia pikir aku tak basuh baju dna tak sidai sebab takut baju yang dia suka bert4ik lalat. Korang boleh bayang tak apa perasaan aku masa tu, penat kerja balik uruskan rumah lepas tu tido kena ter4jang.

Aku muhasabah diri dan nasihat kan dia agar berubah tapi semua sia – sia je. Aku teringin nak dapat layanan sebagai seorang suami seperti lelaki yang lain tapi hmm.. M4ki hamun dan berg4duh tu semua dah jadi makanan aku tiap hari.

Sedih laa hidup aku. Kat mananya salah lagi dalam rumahtangga. Duit nafkah RM600 aku bagi tiap bulan, itu belum masuk untuk barang rumah, bil air, elektrik, sewa rumah, bayar kereta dan anak. Semua tu aku tanggung sorang dan ayat dia “itu tanggungjawab aku”.

Gaji aku tak besar pun dalam RM1800 sebabkan semua aku kena tanggung, aku terp4ksa buat kerja sambilan untuk menampung hidup kami sekeluarga. Kadang – kadang aku menangis sorang – sorang atas moto kenapa perkahwinan aku tak macam orang lain.

Dapat isteri baran, kaki hamun dan pengotor. Andai dulu aku tak eg0 dan tak tinggalkan seseorang perempuan 1 dalam sejuta yang boleh susah senang dengan aku, yang tak berkira dengan aku. Aku rasa ini kifarah sebab d0sa. Maafkan aku wahai mantanku..

Dengan keluarga aku pun isteri aku tak suka, aku dengan isteri akan berg4duh bila aku ajak balik ke rumah mak aku. Aku kerap mengadu tentang rumah tangga aku pada mak aku dan ayat aku yang akan diulang, “tak tahu sampai bila rumahtangga ni dapat bertahan”.

Mak aku hanya mendengar dan dia suruh aku bersabar, katanya dia tak mahu masuk campur dalam urusan rumah tangga aku. Senyum, menangis aku hanya dekat mak saja yang aku luahkan untuk hilangkan rasa beban di d4da.

Aku nak minta korang doakan aku kuat untuk hadapi dugaan rumahtangga ni. Mintak maaf jugak ayat aku berterabur dan cerita aku panjang. – Amsyar (Bukan nama sebenar)

Komen Waraganet :

Nur Hidayah Abu Bakar : Ikut didikan Nabi. Asingkan tempat tidur dengan dia, bagi cold shoulder, diam, jangan cakap apa – apa dan cuma pesan satu je pada dia, Abang dah jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan sempurna, tapi tak redha dengan perbuatan kamu yang kurang hormat.

Mulai hari ini, abang akan pisahkan tempat tidur kita, dan kamu fikirkan. Jika kamu tak bahagia dan tak suka dalam perkahwinan ini, kita pergi mahkamah.

Nora Eqin : 1. Pergi bawa isteri ke hospitaI check thyr0id. Kalau thyr0id problem, nanti doktor akan bantu dan terangkan. Boleh cari dan baca sikit per4ngai orang ada thyr0id ni macam mana.

2. Kalau thyr0id takde masalah, pergi hospitaI juga check dgn psychi4try. Takut ada masalah bahagian tu.

3. Kalau 2 tu tak ade masalah, rasa nak cuba rawatan alternative cuba la.

4. Cuba tanya apa masalah dia.

5. Kalau semua nya takde masalah, semua nya okay, so memang per4ngai dia macam tu la kot.

Evie Michelle LB : “Andai dulu aku tak eg0 dan  tak tinggalkan seseorang perempuan 1 dalam sejuta yang boleh susah senang dengan aku, yang tak berkira dengan aku.”

Dear tt, Nasi sudah menjadi bubur. Sila fokus dengan yang ada di depan mata. Sila bawa pergi kaunseling. Itulah orang cakap, perkahwinan tu macam perjvdian. Ada yang bernasib baik dan ada yang tak bernasib baik. Stay strong tt! Saya doakan si isteri dapat berubah. p/s : Jika berani, boleh tag si dia di confession ini. Mana tau bila dah baca nasihat dari netizen dia tersedar.

Khairul Azizi Rashid : Aku tak paham macam mana boleh ada manusia yang bagi em0ji gelak besar sebagai respons masalah brader ni. Betul – betul tak paham. Memang dunia hari ni dah kekurangan simpati dan empati. Benda kau tak lalui lagi dugaan rumah tangga macam ni, mungkin sedap laa kau gelakkan orang.

Untuk bro penulis, ada 1 hak yang diberikan pada tangan kau oleh syarak yang tak diberi pada sang isteri. Fikirlah masak – masak, kalau kau fikir itu yang terbaik, gunakan. Benda busuk kalau simpan lama – lama boleh memb4ngkai brader.

Merosakkan hati dan jiwa, gigi kalau s4kit kena cabut buang, bisul kalau bernanah pun kena picit buang. Batu karang kalau menyenakkan, mesti kena operate buang. Nak tanggung d3rita lama – lama buat apa.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.