
Sampai satu hari, isteri ‘trick’ aku. Dia pura – pura tak tahu, tapi sebenarnya dia dah kumpul semua bukti. Bila dia tunjuk satu per satu, aku terus diam. Isteri aku tak jerit, tak maki, tapi diam dia tu lagi s4kit. Rumah sunyi dan akhirnya dia minta cerai. Hari kedua dekat mahkamah, aku terk3jut..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Kalau ada satu benda dalam hidup aku yang aku boleh putar balik, aku tak akan teragak – agak untuk ubah jalan hidup aku sendiri. Sampai hari ni, aku hidup dengan satu perasaan yang sama setiap hari… menyesal.
Menyesal yang tak boleh padam, menyesal yang datang tanpa henti walaupun aku cuba sibukkan diri dengan kerja dan dunia luar. Aku menyesal seumur hidup aku. Kehidupan semasa berkahwin dulu, aku ni sebenarnya lelaki yang tak tahu menghargai isteri.
Bukan sebab aku tak faham, tapi sebab aku terlalu selesa. Isteri aku terlalu baik, terlalu lembut, terlalu sabar… sampai aku sendiri jadi lupa diri. Aku pijak kebaikan dia macam tu saja, tanpa rasa bersalah masa tu. Setiap bulan, mesti ada ayat janji.
Janji nak berubah, janji nak jadi suami yang lebih baik, janji nak tinggalkan per4ngai lama. Tapi semua tu tinggal janji. Hakikatnya, per4ngai curang aku tetap sama. Aku keluar dengan perempuan lain macam aku ni bujang, padahal aku ada isteri dekat rumah.
Padahal, isteri aku tu dah cukup sempurna. Dari segi fizikal, memang tak ada apa aku nak kurang. Dari segi layanan, dia jaga aku macam raja. Kerja dia pula sebagai cikgu, tetap, stabil. Aku pula kerja kontraktor yang tak menentu. Kadang – kadang ada kerja, kadang – kadang tak. Tapi dalam keadaan macam tu pun, dia tak pernah merendahkan aku. Dia tetap bagi aku semangat.
Bila aku tak ada kerja, duduk rumah berbulan – bulan, dia yang tanggung. Dia yang bagi duit belanja, dia yang pastikan rumah cukup makan minum. Tapi aku balas semua tu dengan pengkhi4natan. Aku jadi macam biawak hidup, tapi dalam masa sama masih rasa diri aku betul.
Ada satu masa tu, aku balik rumah lewat malam. Telefon aku penuh mesej dari perempuan lain. Aku ingat aku dah pandai sorok, dah pandai padam bukti. Tapi rupanya isteri aku diam – diam dah perhati semua. Dia tak marah, tak jerit, cuma satu malam tu dia tanya dengan suara perlahan.
“Abang bahagia tak dengan sayang?” Soalan tu aku gelak saja masa tu. Aku tak jawab dengan jujur pun. Aku tipu lagi. Sampai satu hari, dia ‘trick’ aku. Dia pura – pura tak tahu, tapi sebenarnya dia dah kumpul semua bukti. Bila dia tunjuk satu per satu, aku terus diam.
Masa tu aku kantoi. Aku tengok air mata dia jatuh, dan aku tahu… aku dah h4ncurkan hati seorang perempuan yang terlalu baik untuk aku. Sepanjang tiga tahun kahwin, aku sedar aku lebih banyak meny4kiti daripada membahagiakan dia.
Keadaan jadi makin tegang lepas tu. Walaupun dia tak jerit, tak maki, tapi diam dia tu lagi s4kit. Rumah jadi sunyi. Makan pun masing – masing diam. Kadang – kadang aku balik, dia dah tidur. Kadang – kadang dia keluar bilik bila aku masuk. Jarak tu makin terasa. Akhirnya, dia minta cerai.
Aku tak boleh tahan tengok dia macam tu. Aku setuju. Dalam hati aku fikir, mungkin itu yang terbaik untuk dia. Aku memang bukan suami yang layak untuk dia. Hari kedua ke mahkamah, pihak mahkamah tanya aku… aku tahu ke isteri aku mengandung.
Masa tu dunia aku macam berhenti. Aku tak tahu. Aku langsung tak tahu isteri aku mengandung. Aku terus sebak. Dalam kepala aku cuma satu… kenapa dia tak beritahu aku? Tapi dalam masa sama, aku tahu jawapan dia. Sebab aku bukan lagi seorang suami yang boleh dia harapkan.
Disebabkan keadaan tu, aku buat keputusan untuk ceraikan dia selepas dia melahirkan anak. Sepanjang tempoh dia mengandung, kami masih serumah. Dan itulah fasa paling meny4kitkan dalam hidup aku. Walaupun kami dalam proses berpisah, dia tetap layan aku macam suami dia.
Dia masak untuk aku, dia tanya aku makan atau tak, dia tolong aku dari segi kewangan bila aku tak cukup. Dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia sebagai isteri. Setiap malam aku nampak dia bangun tahajud. Lama dia sujud. Kadang – kadang aku dengar dia menangis perlahan.
Pernah satu malam dia cakap, “Maafkan sayang kalau sayang ada kurang. Sayang doakan abang berubah walaupun kita tak bersama nanti.” Aku diam je, tak boleh nak balas balik apa yang dia cakap. Aku yang buat salah, tapi dia yang minta maaf.
Sepanjang dia mengandung tu, aku mula berubah. Aku mula balik awal, aku mula jaga dia, aku teman dia checkup. Bila dia s4kit, aku panik. Bila dia senyap, aku risau. Tapi semua tu datang terlambat. Hari dia melahirkan anak, aku ada dekat sebelah dia.
Aku pegang tangan dia. Aku nampak sendiri kes4kitan dia. Masa aku sambut anak aku buat kali pertama, hati aku h4ncur. Kenapa aku sia – siakan perempuan macam ni? Kenapa aku tunggu sampai nak kehilangan baru nak berubah?
Selepas dia bersalin, aku tetap dengan keputusan aku. Aku lafazkan talak. Bukan sebab aku tak sayang, tapi sebab aku rasa aku dah terlalu banyak rosakkan dia. Aku tak layak. Kami sepakat jaga anak bergilir – gilir. Aku tak nak anak aku kurang kasih sayang daripada mana – mana pihak.
Lepas cerai, hidup aku kosong. Rumah sunyi. Tak ada lagi suara dia. Tak ada lagi makanan dia masak. Tak ada lagi orang tunggu aku balik. Aku balik rumah, buka pintu, gelap. Duduk seorang diri. Kadang – kadang aku tengok baju dia yang masih ada, aku menangis sorang – sorang.
Bekas isteri… sampai sekarang aku tak sanggup nak panggil dia macam tu. Dia selalu kongsi gambar dengan anak aku. Senyum dia sama macam dulu. Dia nampak kuat. Dia jaga anak aku dengan penuh kasih sayang walaupun aku dah h4ncurkan hidup dia sebelum ni.
Aneh, hidup aku pula makin senang. Kerja aku makin stabil. Majikan baik. Banyak peluang datang. Kadang – kadang aku teringat kata – kata dia dulu, “Abang jaga sayang baik – baik, supaya Allah permudahkan hidup abang. Doa isteri ni kuat.” Mungkin semua ni asbab doa dia. Atau sebab aku dah tak macam dulu, banyak perempuan.
Sekarang aku hidup dengan penyesalan. Aku rindu dia. Rindu suara dia, rindu cara dia layan aku, rindu semua benda tentang dia. Aku nak minta peluang lagi. Tapi aku malu. Aku dah lebih sepuluh kali diberi peluang sebelum ni, dan aku sia – siakan semuanya. Aku pun takut nanti bila dia bagi peluang, per4ngai aku berubah balik.
Sekarang aku tertanya – t anya… masih ada peluang ke untuk aku? Atau aku memang kena hidup dengan penyesalan ni sampai bila – bila? Kepada sesiapa yang baca kisah aku, aku nak tanya… patutkah aku cuba minta peluang lagi dengan dia? Aku betul – betul menyesal. Aku betul – betul rindu isteri aku.
Aku kahwin tahun 2022 dan bercerai 2025. Anak aku dah setahun lebih. Alhamdulillah, Allah bagi anak yang comel. Tapi dalam semua nikmat tu, satu benda yang aku hilang… tak mungkin aku dapat balik.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.