Isterilah yang kena tadah muka bila isu tak ada anak, tapi takkan saya nak jawab sperma suami saya bermasalah

Nama aku Min, aku dan suami sudah tiga tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat. Agaknya kalau masalah tak dapat anak ni, siapa yang paling kena tadah muka nak jawab? Ya. Sudah tentu isteri. Jarang orang nak aim suami. Tapi sebenarnya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum wbt. Namaku Min, seorang isteri. Baru berkahwin dalam tiga tahun. Berasal dari Negeri Di Bawah Bayu. Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang sangat bertanggungjawab, tak pernah culas bab nafkah yang wajib dan sentiasa menyokong aku di samping menjadi pendengar celotehku saban hari.

Aku sangat bersyukur dianugerahkan beliau di samping aku, aku sayang beliau sepenuh hatiku. Nota ini aku tulis, dek kerana sedang berkecil hati dengan suami. Ya aku tengah kecil hati ini dan aku tuliskan coretan ini. Anggap lah entri ini sebagai luahan hati nurani sebagai seorang isteri. Aku tahu, lepas aku luahkan ni mungkin ada yang komen ingatkan aku supaya sentiasa bersyukur kerana dikurniakan lelaki yang baik.

Sebab tu awal – awal aku tuliskan. Aku sangat bersyukur dan permulaan entri ini aku dahulukan pujian kepada suamiku sebagai mukaddimah. Pertama sekali aku nak tekankan, luahan aku adalah untuk tatapan semua sebagai peringatan dan nasihat, bukan tujuan ku untuk membuka aib suami ku sendiri.

Kalau aku nak buka aib suami sebab nak meluahkan, aku tulis di Facebook aku, share di WhatsApp dan Instagram aku. Biar satu dunia ambil nasihat terangan daripada FB aku sendiri. Senang. Aku putuvkan hantar luahan ini kerana korang sendiri pun tak kenal aku siapakan. Dan tentu sekali nama Min adalah bukan nama sebenar.

Sebab aku rasa penjagaan Aib ini amat penting terutamanya hal suami dan isteri. Kalau boleh tak perlulah sampai ke orang luar. Bukan hal keIambu je. Its more than that even perkara tu simple. Berbalik kepada tajuk, aib dalam rumah tangga. Saban hari kita tengok isu aib dalam rumah tangga ni kebanyakkannya ‘terlepas’ daripada mulut seorang isteri.

Seperti sedia maklum, perempuan ni hatinya memang tak puas selagi tidak meluahkan. Maka atas asbab ini banyak luahan nurani isteri akhirnya menjadi aib yang terlepas kepada pengetahuan orang lain. Tidak berkecuali juga aku.

Tapi beringatlah, bukan hanya kaum Hawa saja perlu menjaga aib suami. Bahkan wahai sang suami mithali sekalian, tolonglah jaga air muka dan Aib isteri mu daripada menjadi bahan tatapan dan bualan orang lain, terutamanya ahli keluargamu sendiri. Tolong.

Serba sedikit aku kongsikan perwatakan kami, Watak aku dan suamiku sangat berbeza. Aku seorang yang agak pendiam, tak ramai kawan. Dan tak ramah. Sampai orang tegur ada emas ke dalam mulut? Beza dengan suamiku beliau sangat ramah dan punyai banyak kawan. Tambahan pula, beliau sangat rapat dengan semua ahli keluarganya.

Boleh kata apa yang jadi semua cerita dekat family. Bagus kan? Ya. Aku bersyukur beliau dilahirkan dalam keluarga yang sempurna dan mendidik beliau jadi ‘Family-Man’ juga. Aku bersyukur.

Cuma aku banyak kali memendam rasa. Rasa kecil hati. Disebabkan semua benda diceritakan kepada keluarga, aku jadi ‘ins3cured’ dan rendah diri. Mungkin beliau tak perasan, ia adalah umpama membuka Aib isterinya sendiri.

Setelah masuk tahun ketiga pernikahan, kami belum dikurniakan anak. Pertanyaan tentang anak ni macam dah Iali sangat nak dijawab. Korang yang TTC mesti faham. Kami dah cek kesihatan. Aku okay. Semua okay. Hormon okay, no blockage, no cyst, no PCOS. Aku tak overweight pun. Cuma suami mempunyai masalah pada sperma yang dihasilkan.

Mungkin disebabkan itu menjadi salah satu punca belum ada rezeki. Doktor sarankan beliau makan beberapa ubat untuk pulihkan dan inshaAllah ia boleh dipulihkan. Cuma sepanjang tiga tahun ini, masih lagi belum ada rezeki dan suamiku masih consume supplement yang dicadangkan Doktor.

Takpa. Aku redha dan sama sama menghadapi perkara ini dengan Tawakal kepada Allah. Agaknya kalau masalah tak dapat anak ni, siapa yang paling kena tadah muka nak jawab? Ya. Sudah tentu isteri. Jarang orang nak aim suami.

Walaupun begitu, kalau orang tanya, aku hanya senyum dan minta DOA daripada semua orang yang bertanya termasuk ahli keluarga sendiri. Setakat ni tak sampai hati aku nak jawab, ”Ohh sebenarnya sperma suami yang tak okay…”. Boleh ke nak cakap macamtu? Entah. Aku tak sampai hati. Tak gamak. Sebab aku rasa itu Aib suami.

Cukuplah aku dan suami saja yang tahu. Sebab aku nampak reaction suami bila tahu punca TTC gagal adalah berpunca daripada sperma, air muka suami sedih dan down. Tentu beliau sedihkan. Apatah lagi nak biarkan orang lain tahu? Perlu ke orang lain tahu kalau sekadar hanya jadi bualan? Tak perlu. Cukup kami.

Sejujurnya aku pun taktahu sejauh mana aku mampu bertahan untuk persoalan ini. Doakan aku wahai pembaca, menjadi isteri yang sentiasa menjaga perkataan. Aku petik lagi suatu contoh berikutnya,

Baru baru ini suami ku operation sebab buasir. Ahli keluarga aku tahu beliau MC lama, nak tiga minggu. Ahli keluarga suami pun tahu. Beria lah Mak aku tanya Operate dekat bahagian mana…

Aku cuma jawab, ”Ada minor surgery sikit. Cuma Iuka lama nak cantum”. Tak bagitahu lah dekat mana. Tak rasa itu Aib ke? Biasa lah Mak – mak ni kalau bercerita memang sampai semua sanak saud4ra tahu.

Dah kenapa aku nak share pasal punggvng suami aku dekat orang lain? Tak payah kot. Sekadar nak jadi buah mulut baik tak perlu dicanang. Cukuplah minta DOA je. Aku ambil cuti lima hari masa suami 0perate, teman beliau dekat HospitaI dua malam. Confirmlah kawan kerja aku tahu suami aku 0peration. Mesti lah tanya dekat mana kan bahagiannya? Jawapanku sama sajaaa…

”Ada sikit.. Jangkitan, jadi benjoI sikit. Kena buang Iump je”. Tak perlu kot aku nak share pasal punggvng suami dekat perempuan lain. Diorang kenal suami aku kot. Aku yang serius sangat ke menitikberatkan pasal ni? Aku rasa benda tu takperlu share sangat kot. Kalau suami aku share dekat bos dia, tu lain lah, sebab nak cuti MC kan. Memang kena bagitahu bagi faham. Nanti salah faham pula kalau tak cakap.

Cukup kot sampai situ. Aku nak luah sikit part suami.. Tentang suami yang buat aku rasa kecil hati. Disebabkan suami ni memang telefon mak mentuaku sekali seminggu, entahlah mengapa timing suami call tu memang aku tak masak, atau aku masak maggi goreng je untuk makan malam.

Bunyi macam malaslah kan? Padahal aku memang masak tau hari – hari. Masak lauk. Pagi ada makanan. Petang dan malam ada lauk. Aku bekerja. Ada la sekali seminggu tak masak kot, memang nak makan dekat luar atau ada kekangan lain buatkan tak sempat. Kalau tak sempat masak, kadang kadang aku beli. Tapi walau macam mana pun, aku akan cuba untuk masak.

Anak mak kan. Mesti lah mak mentua tanya setiap kali call, ”Makan apa malam ni abang ngah..?” Suami kesayanganku jujur. Memang beliau jawab, ”Makan luar mak..”. Minggu depan pulak call, ”Makan Maggi mak..” Dua minggu akan datang call, ”Mak..harini makan KFC sebab baru gaji”.

Allahu.. Wahai suami. Pujian ini bukan hanya sekadar diberi depan mata isteri. Tapi juga sering lah puji isterimu di depan keluargamu sendiri. Supaya ahli keluargamu tahu bahawa kamu dijaga dengan baik. Cuba lah puji sikit isteri ni depan Mak sendiri. Takdelah nak suruh menipu. Cuma cakap lah.. ”Selalu Min masakk Mak.. Cuma hari ni makan luar je sebab tadi Min ada meeting”.

Korang mesti faham apa aku cakap ni. Sebab tu aku terpanggil jugak nak tulis pasal ni. Dalam rumah tangga, tolonglah jaga Aib pasangan masing – masing macam mana kau nak Aib kau dijaga. Kalau kau tak suka benda tu orang tahu, jadi tak perlu lah dilepaskan kepada orang lain. Pandai – pandai lah cerita yang baik – baik je pasal suami isteri masing – masing. Sayang kan?

Banyak lagi peristiwanya tapi aku nak share tu sahaja. Asalkan point sampai. Tolong lah suami, jagalah Aib isterimu terutamanya di hadapan keluargamu sendiri. Apatah lagi yang boleh menyebabkan salah faham. Entah lah mengapa setiap kali call memang terkena masa aku tak masak. Haih. Dah tiga tahun. Memang terkena masa tu sebab biasa suami call Mak Jumaat malam. Biasa Jumaat malam, malam minggu kan? Memang kitaorang ambil masa untuk ‘dating’ dekat luar.

Dah nak tiga tahun ni, Mak mentua dah tanya lain, gayanya… ”Hari ni makan luar lagi ke?”. Kadang – kadang Mak cakap, ”Asyik makan luar je. Min tak masak ke..??”. AllahuAkbar. Sentap tau. Sedih. Suami aku memang jawab Aah je kalau kena timing memang makan lauk luar tu.

Aku ada dah cakap cakap dekat suami. ”Mak mesti ingat saya tak masak selalu”. Tapi tu lah, suami bukannya faham kot. Sekarang aku rasa, macam m4kin malas masak. Entah. Rasa down. Satu lagi, aku agak down..

Baru baru ni aku ada terjoin satu skim perniagaan MLM ni. Bayar ni dapat je barang. Bukan MLM yang bayar sampai 5 angka lepasti leader kau hilang ke mana. Tak. Aku dapat je barang tu. Dapat seutas gelang emas.

Bayar pun takdelah sampai meIampau – Iampau. Dan kesudahannya syarik4t tu hampir terciduk sekejap sebab ada isu. Kiranya sekarang tengah restructured je. Belum annouced as Scammer pun sebab takda dalam BNM list. Ada je orang yang fokus company tu untuk teruskan profit. Cuma aku tarik diri je daripada team tu sebab aku dah fokus online bussiness yang lain yang lebih stabil dengan company yang lebih kukuh.

Sejujurnya, bab bisnes ni memang aku jarang nak jual dekat family sendiri. Banyak orang luar je yang aku fokus. Sebab aku tak nak jadi apa + apa isu. Cuma permulaan tu rancaklah aku jual dan promote barang company yang berkenaan dekat WhatsApp sendiri. Tapi disebabkan isu tu, aku stop. Jadi ahli keluarga pun jadi tahu walaupun aku tak promote directly.

Dan baru ni, suami cerita yang kakak suami tanya, ”Min dah tak join ke bisnes haritu? Sekerat jalan je?” Dengan selamba nya suami kesayanganku jawab, ”Aah. Dah kena scam”. Aih? Kenapalah suami kesayangan aku boleh cakap macamtu terus dekat Kakak beliau, ahli keluarga beliau.

Kalau company tu tak Scam, takpelah. Aku harap benda tu boleh terjawab sendiri jelah nanti. Isunya ialah, kalau betul aku dah terjoin company Scammer sebab company tu memang sedang under investigation pun, itu memang cukup aib buat aku. Cukup lah buat diam – diam je. Tak boleh ke cakap ”Min fokus benda lain kak.. Dia tengah nak build up yang dia buat sekarang”.

Mesti korang kata Alaahhh takut family aku terjoin dengan orang lain pulak. Haa aku rasa diorang tak join benda macam ni. Kalau nak join mesti diorang tanya dulu kitorang. Macam ni lah, aku macam tersentap sebab family suami rapat – rapat belaka. Rapat dia bukan sekadar adik beradik tu, sampai mak sed4ra, nenek, sepupu sepapat memang jenis rapat – rapat. Confirmlah lepasni aku jadi bahan bualan bila benda ni kakak ipar aku tahu.

Sebab memang ada sebelum ni ada ipar yang terciduk dek Scammer katanya. Kejadiannya dah lima tahun lepas, tapi ceritanya sampai ke hari ni aku dengar dok diulang tayang banyak kali. Sampai orang tu naik segan nak balik kampung, malu.

Apakah aku bakal diulang tayang persis itu? Sebab kena tipu? Dijadikan bahan bualan? Serius aku rasa sem4kin ins3cured. Cuba korang bayangkan kalau kena jadi bahan bualan oleh keluarga mentua sendiri. Apa korang rasa?

Cukup kot contoh tu je aku nak bagi. Dah penat taip. Huhu. Wahai suami, Tak kisah ke isteri jadi bahan bualan ahli keluarga korang, jadi bualan ipar dan mentua? Ketahuilah korang wahai suami, seorang perempuan nak masuk ke keluarga suami sebagai orang baru/ asing, lebih susah nak bawa diri, berbanding korang orang lelaki ni nak masuk ke keluarga isteri. Korang lebih senang nak bawa diri, nak diterima.

Bagi korang yang rasa aku terlalu overthinking. Ya i might be that one. Tujuanku menulis di sini ialah sebagai nasihat kepada semua termasuk diri sendiri, jagalah Aib pasangan kita daripada pandangan dan pengetahuan orang lain.

Senang cerita Aib ni, apa apa benda buruk yang boleh jadi bualan orang dan disampai – sampaikan kepada orang lain seterusnya membuatkan si ma=4ngsa jadi inse3cured dan rasa tersisih.

Aib ini juga bukan sekadar perihal dalam kelambu. Dah dalam kelambu confirm lah tak perlu cerita. Kalau sayang isteri, usahlah layan gurauan yang macam tu. Tak takut ke lelaki lain terbayang bayang perihal isteri kau? Jadi simpan je lah. Tak payah lah cerita. Aku malas ulas part ni. Its beyond than that even perkara nampak simple tapi terlepas pandang.

Sekadar itu sahaja. Maaf jika ada terIanjur kata dan menggur1skan. Doakan aku semua agar sentiasa dapat menjaga Aib suami walaupun selepas tulisan ini dipublish. Doakan juga kami dikurniakan anak yang sihat sempurna dan bijak. Doakan aku mampu tegur menyusun kata dengan suami dengan baik tentang perihal ini, sebab aku tengah merajuk ni. Tapi suami tak faham. Haha. Terima kasih. Yang Benar, – Min (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Nur Hakimah Rais : Kalau saya puan, memang mula – mula saya pend4m rasa dulu. Kemudian bila timing kena, saya keluarkan apa tak puas hati sebab tak suka nak ber4aduh time mood tak elok. Saya biasa keluarkan benda tu masa kami  duk lepak  -lepak bergurauu.

Saya cakap je direct je masa tu.. Dalam keadaan bergurau tapi benda tu memang saya cakap apa yang saya duk pend4m, apa saya tak puas hati. Memang kena meluahkan sebab lelaki toIol sikit ya bab berkias jadi tak payahh berkiass tapi cakap direct.

Cuma cari waktu yang sesuai. Itu apa yg saya buat, cakap biar terangg. lelakii memang tak reti nak faham, depa dilahirkan begituu agaknya. Jadi ingat cakap biarr jelass puan.

Ex Sulaimanian : Puan..terus terang je pada suami sebab dia memang tak reti bab – bab jaga aib ni tak macam puan. Luah je semua apa puan rasa ni.. Dan lain kali pesan awal – awal kalau apa – apa berlaku yang puan tak nak suami bagitau kat orang lain. Pesan banyak kali pun tak apa.. Lain kali tak puas hati apa – apa, bincang je terus.. Komunikasi itu kunci dalam rumah tangga.

Hafiz Aiman : Bini saya suka berbor0s jadi saya tegur dia jangan berbor0s. Hari ini dia sudah tidak bor0s dan telah mengamalkan berbelanja secara berhemah. Bini saya tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Jadi saya nasihatkan dia supaya jalani hidup dengan gaya hidup sihat. Hari ini dia telah berubah mengikut apa saya nasihat.

Semua nasihat ini saya hulurkan selepas solat berjemaah bersama di rumah. Kenapa saya pilih waktu ini sebab tiada seorang pun baik atau buruk membawa eg0nya ketika solat. Jadi mudah nak beri nasihat. Komunikasi itu penting dalam rumahtangga. Tak suka beritahu dan jangan pend4m nanti membawa tekanan pada diri sendiri.

Iza Khadizah Marisa : Komunikasi antara tt dengan suami penting. Dia kurang rasa sensitif dengan perasaan orang lain, dia rasa benda begitu biasa bagi dia, jadi mungkn biasa bagi orang lain juga. Ada elemen kuat membawang jugak di situ. Mungkin pengaruh dari cara dia dididik dan dibesarkan. Tt kena luahkan pada dia apa yang tt rasa, macam yang tt luahkan kat sini. Jika dia betul suami yang baik tentu dia faham.

Hadrawati Kasi : Senang aje. KOMUNIKASI. Bagitahu aje terus terang. Kita ni kaki bini biar berg4duh bertek4k dalam rumah sendiri. Apa suami tak suka tanya, apa kita tak suka bagitahu. Kita dah kongsi tilam bantal hatta tubuh badan sendiri, saya tak faham kenapa masih ada suami isteri segan, malu, takut nak beritahu pendapat, pemikiran dan perasaan masing – masing.

Lainlah orang luar. Ini segala gala luar dalam dah kongsi dah nampak. Kena cakap kat suami tanpa seIindung dan frills. Tell him abang, aib abang peny4kit abang saya simpan kemas tak mahu orang tahu dan gunakan sebagai senj4ta merendahkan abang. Kenapa bila saya, abang tak pandai nak berfikir dan menjaga aib saya? Cakap, jangan suka assume sendiri aje.