“Perempuan lain tak banyak kerenah pun macam awak. Kejap kejap minta tolong, tak tahu jaga anak!”

Bila orang lain cakap apa pun, kita ok lagi. Tapi bila suami cakap sesuatu yang bagi kita down dan terIuka, kita akan jadi sangat lemah. Menangis je dan anak yang tak bersalah pun jadi m4ngsa tanpa kita sendiri berniat nak buat macam tu.

#Foto sekadar hiasan. Salam kak, maaf ganggu. Berguguran air mata saya masa tengah mesej ni, biarlah semua pandang saya dalam LRT ni. Akak tahu saya jenis yang bertolak ansurkan tapi kali ni saya tak mampu sangat kak. Selama  ni saya terkejar Рkejar seorang diri, balik kerja, hantar dan ambil anak. Masak untuk suami dan dalam masa yang sama masih menyusu walaupun kandungan dah 7 bulan.

Semalam saya terlalu terasa dengan suami bila saya tengah berebut nak masak anak menangis, saya mintakan suami jagakan anak sebab nak masukkan ikan ja tinggal, terus suami saya tinggikan suara, dia cakap….

“Perempuan lain tak banyak kerenah pun macam awak… kejap kejap minta tolong, tak tahu jaga anak.. Awak jagalah anak tu, dah dia nak awak bukannya nak saya.”

Tersentap saya masa tu sambil sambil susukan anak sambil bancuh air sambil tu juga saya menangis, suami di ruang tamu leka main phone.

Sebak yang amat saya masa tu tapi saya cuba kuat dan berzikir dalam hati. Masa makan air mata saya keluar tak henti -h enti sebab saya sedih suami saya cakap macam tu, saya rindu suami saya. Suami nampak saya nangis dan sedih tapi dia tak cakap apa dan tak pujuk saya pun.

Saya kemas dapur dan terus pergi ke sejadah untuk solat maghrib dan Isyak. Sebab terlalu sedih dan tertekan, masa Aqib merengek minta dukung saya terpukuI lengannya sampai jatuh. Aqib nangis, kepalanya bengk4k. Ya Tuhanku, anak aku.

Saya pernah cerita dengan akak yang saya mer0yan bila pant4ng anak pertama dulu kan, saya takut benda sama jadi balik kali ni. Doctor cakap kalau saya tertekan sikit saya boleh bertindak luar kawalan tanpa saya sendiri sedar.

Semalam nak mesej akak, tapi takut akak sibuk. Saya tertidur terus di situ sampai terjaga pukuI 5.10 minit pagi tadi, dah lewat. Saya cepat cepat pergi dapur buat susu untuk suami dan hidang ikan sambal dengan nasi semalam, tak sempat nak panaskan nasik sebab tak sempat..

Bila suami makan dia cakap kalau, “dah tahu nak kena panaskan nasi lain kali bangunlah awal. Kenapa pemalas sangat! Mak saya selalu bangun siapkan lauk awal – awal sempat je. Tak ada pun kelam kabut macam awak ni.” sekali lagi suami saya buat saya terlalu sedih kak. Saya tak mampu makan pun rasa nak termunt4h sebab sedih… Saya bancuh susu dan minum dan terus siapkan baju kerja suami dan anak……

Selalunya saya keluar awal sebab nak hantar anak dulu dan baru jalan pegi stesen LRT. Luluh kaki saya pagi ni, semua orang pandang saya. Saya tahu keadaan saya memang tak terurus….

Betul sangat kak, bila orang lain cakap apa pun, kita ok lagi.. Tapi bila suami cakap something yang bagi kita down dan terIuka, kita akan jadi sangat lemah. Menangis je dan anak yang tak bersalah pun jadi m4ngsa tanpa kita sendiri berniat nak buat macam tu.

Rindunya dengan Aqib… kesian anak mama – Jun

Nota dari admin.. Saya dah bercakap dengan Jun. Jun sebelum ini melalui p0stpartum depr3ssion(mer0yan) ketika berpant4ng anak pertama disebabkan Ianggar pant4ng dan suami tak ambil berat. Dan sekarang Jun sedang jalani rawatan untuk pulihkan mindnya.

Ketahuilah… Mer0yan ini adalah pembunvh dalam senyap yang tidak ada siapa sedar perubahannya yang tiba – tiba.

Malah ibu berpant4ng yang mer0yan ini juga takkan sedar apa yang dia buat. Buat para suami… tolonglah uruskan hal rumahtangga bersama sama jika anda sayangkan isteri anda. Kadang bila dengar satu persatu kisah wanita, mereka hanya nak kasih sayang dan sikap ambil berat dari suami.

Buat Jun, jangan risau syg. Kuatkan hati, ALLAH ada. Memang masa mengandung ni mudah tersentuh, walaupun macam tu Jun tetap kena kuat demi anak dalam kandungan. Kesian baby nanti bertambah sedih sebab mommy dia sedih.

Komen Warganet :

Hidayah Ghazali : Itu yang penting, didik anak lelaki tolong kita buat kerja – kerja rumah walaupun remeh. Lama – lama dia tahu buat kerja. Ni mak – mak zaman dulu terlalu merajakan anak lelaki dan mengkuIi kan anak perempuan. Zaman dah berubah! Jangan bagi anak – anak lelaki main tab. Bagi dia tolong mak – mak kat dapur. Bukan nak suh jadi p0ndan pun kalau diorang belajar masak, nak ajar diorang jadi jantan sebenar!

Kalau kerja dapur pun anak lelaki tak rajin tolong, mau pulak dia nak panjat tangga lapkan kipas? Had4mlah. Sebab tu bila saya suruh anak saya buang sampah atau tolong saya di dapur, depan mak saya or mak mertua, dua – dua akan cakap tu kerja anak perempuan, saya jawab anak lelaki ke perempuan SAMA!

Pada Jun, dah tiba masa bukak mulut dan bagitahu suami awak. Pastikan lepas ni fikir pasal diri awak dan anak – anak. Tak payah fikir pasal dia. Bukan saya nak ajar nusyuz ye, saya nak ajar awak jangan kena buIi dah! Awak kena kuat! Zaman sekarang bukan dah macam dulu nak kena tunduk sangat kat suami terutamanya yang tak guna macam suami awak. Bukan awak sorang je yang hadapi masalah macam ni.

Ramai lagi isteri – isteri kat luar sana yang mend3rita macam awak, sebab awak bagi lemak lebih kat dia awal – awal lagi. Fikir cari duit untuk diri dan anak – anak lagi bagus, tak kan terbalik dunia awak kalau dia tak ada. ALLAH ada! Doa banyak – banyak supaya Allah tolong awak di saat – saat awak kesusahan… Pandang depan dan berhenti menangis! KUAT dan terus KUAT!

Nzan Isam : Ya Allah kesiannye. Sabarla dik, adakalanye kita diuji dan terus diduga. Jika tak sempat masak apa kata beli lauk yang siap je. Keian kat anak tu. Kita perempuan mesti nak buat terbaik untuk si suami, tapi biar berpada – pada. Senang kata Isteri kena ade siIat atau taekwando supaya senang beraksi dengan suami. Sure tak kena buIi

Yayah Nur Adilla : Kisah ni sama kena kat saya bertabahlah. Allah ada sentiasa dengan kita percayalah. Menitis airmata ini bila baca. Percayalah ade yang lagi teruk kena daripada wak, Jun.. Tapi dia percaya Allah tak zaIim, dia percaya Allah tak tinggalkan dia, Jadi kuatlah demi anak – anak kamu ye Jun.

Clarice Bie : Dear Jun, kuatkan hati dan selalu berdoa pada Tuhan. Dalam apa hal sekali pun kita wanita selalu kena ingat Tuhan sebab hanya Tuhan saja yang sangat faham apa yang kita lalui. Saya pun pernah melalui fasa itu sampai tidak sedar kadang – kadang kita buat sesuatu di luar dugaan.. Semoga Tuhan menguatkan hati kamu seperti mana Tuhan menguatkan hati saya dan wanita – wanita lain yang mengaIami hal yang sama.. Suami tidak akan faham dan tak pernah akan faham walaupun kita terangkan dari A-Z atau pun mengeluh sampai berairmata sebab itu kita wanita dan ibu kena p4ksa diri untuk kuat. God bless u Jun.

Fathihin Tiin : Banyak suami yang jenis gini, kepada yang dapat suami yang baik, bertuah, bersyukurlah. Kepada si suami yang perangai gini gaya, semoga Allah mmberi hidayah kepada kamu. Amin.. Kami tak minta banyak, hargailah dan jangan dikhian4ti cinta kami.

Azri Musa : Gaya berbahasa dan intonasi berbahasa dengan isteri kena jaga, itu pesan mak saya. Isteri ni hati dia halus. Kena jaga tingkahlaku dan batas supaya tidak menggur1s hatinya biarpun untuk tujuan mendidik. Jangan sekali tinggikan suara dan jangan sekali kali membandingkan isteri anda dengan orang lain.. Memang h4ncur luluh perasaan isteri kita.

Apa kata anda?