Jadi surirumah, balik kerja suami komplen rumah bersepah, lauk yang saya masak tak sedap. Saya hilang keyakinan, sehinggalah..

Saya buat segalanya dari mengurus anak, pergi pasar, memasak, basuh baju, jemur baju, lipat baju, gosok baju kerjanya, kemas rumah, urus anak 2 orang. Suami harap bila dia balik, semua kemas. Kalau tak saya dicop pemalas, pengotor..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum.. Saya pernah menjadi suri rumah. Beza umur anak selang 2 tahun seorang.. Dari segi luaran saya memang nampak ok. Tapi saya sebenarnya tak ok. Bagi saya, menjadi suri rumah ialah pilihan sendiri sebab saya nak jaga anak dengan tangan sendiri.

Suami pun tak memaksa saya bekerja. Sepanjang menjadi suri rumah alhamdulillah rezeki kami cukup.. Kami tak perlu hantar anak pada pengasuh, kami tak perlu membeli susu formula sebab saya menyusu sepenuhnya kedua – dua anak, kereta satu saja jadi komitmen tak tinggi, saya terima dan makan apa adanya dan tak merungut.

Cuma sepanjang menjadi suri rumah, saya mengalami depr3ssion. Kenapa? sedangkan saya sendiri yang mahu menjadi suri rumah dan gembira dengan pilihan sendiri. Pengalaman saya, saya pernah terdengar suara untuk ced3rakan tangan sendiri, saya pernah menangis tanpa sebab, saya pernah fikir nak buat perkara tak elok pada anak, saya murung dan lupa apa hobi saya.

Saya tak berminat nak makan walaupun sebelumnya saya sangat suka masak dan makan. Saya sukar nak tidur malam, saya macam kehilangan diri sendiri, saya rasa diri tak berguna dan banyak lagi keadaan yang menyebabkan saya rasa dah tak nak hidup lagi.

Saya pernah jumpa doktor, tapi doktor tu lelaki dan dia tak tahu apa masalah saya.. Dia menganggap saya mengalami masalah rumahtangga bila saya cuma menangis depan dia. Dan dia bagi saja ubat tidur bila saya minta tanpa cuba fahami masalah saya. LagiIah saya rasa putus harap sebab dia tak cuba bantu saya.

Setelah saya fikir kembali, antara sebab saya kemurungan ialah sikap suami yang suka mengkritik. Suami saya baik, tapi dia tak faham tugas seorang suri rumah yang sangat memenatkan. Saya buat segala – galanya dari mengurus anak, pergi pasar, memasak, basuh baju, jemur baju, lipat baju, gosok baju kerjanya, kemas rumah, urus anak yang clingy.

Bila dia balik rumah kena dalam keadaan kemas sebab suami serabut tengok rumah bersepah. Tapi apa yang mahu diharapkan dari dua anak yang baru berusia 3 tahun dan setahun. Saya ke pasar membawa kedua – duanya, balik rumah dalam keadaan penat terus memasak tengahari sebab suami balik makan tengahari.

Sebelum balik rumah mesti berkemas tapi agak must4hillah dengan dua anak kecil.. Saya bukan robot mampu buat semuanya. Apa jadi kalau dia balik rumah bersepah? Suami akan kata saya ni tak pandai mengemas, malas, atau pun dia diam saja tapi saya tahu dia tak puas hati dengan pandangan matanya.

Lepas masak saya dah penat mahu mengemas dapur tapi kalau saya biarkan tentulah dia akan kata saya ni pengotor dan pemalas. Lepas makan dia akan pergi kerja balik dan sayalah kemaskan semuanya. Balik petang rumah kena kemas lagi.

Dengan anak kecil biar setengah jam pun dah bersepah takkanlah saya nak kena kemas sepanjang hari. Saya tahu penat juga, dengan menyusu lagi. Saya masak setiap hari tanpa gagal, untuk suami dan anak – anak sebab saya rasa memang tanggungjawab saya.

Lagipun saya mahu tolongkan jimat belanja rumah, memang banyak dapat jimat kalau masak sendiri tapi suami jarang hargai, kadang – kadang dia komplen lagi ayam saya tak masak, atau kari saya tak menjadi, atau dia buat muka.

Saya rasa sangat tak dihargai selepas saya berhempas pulas siapkan makanan dengan dua anak kecil, saya rasa diri tak berguna sedangkan orang lain selain suami selalu puji masakan saya. Ini suami sendiri asyik c0ndemn saya, saya jadi down.

Bila perkara ini berlarutan, ia seperti menyebabkan saya hilang keyakinan diri. Saya dulu seorang yang bersemangat, hobi saya memasak dan saya memang suka cuba resepi baru.. Tapi bila asyik dikritik dan tak dihargai, saya jadi begitu rendah diri, rasa tak berguna dan jadi down sangat.

Bertahun keadaan berlarutan, suami pula sangat sibuk dan jarang bawa saya berjalan. Bukan saya tak pernah minta, saya cuba berterus terang yang saya perIukan masa untuk bergembira atau tukar angin, memandangkan saya 24 jam seminggu hanya duduk dalam rumah dengan anak kecil.

Saya rasa mental jadi block dan tepu, tapi suami tak faham sangat. Jaranglah nak bawak saya makan angin.. Saya bukan minta pergi hotel mahal, sekadar bawa pergi makan di kedai atau ke pantai, saya akan rasa lebih tenang..

Tapi saya jarang dapat keaadan tu.. Hujung minggu suami sibuk dengan urusan lain pulak. Saya rasa mental saya breakdown sangat. Banyak kali cuba saya beritahu suami, saya hantar mesej panjang – panjang, saya luahkan apa ada dalam hati saya, tapi sekadar tu sajaIah.. Tiada respon..

Saya tak tahu suami faham tak. Saya tag tentang komunikasi suami isteri di fb, pun dia tak ada respon. Saya jadi taw4r hati. Saya rasa hubungan kami hubungan yang t0ksik sebab hanya saya saja cuba berkomunikasi tapi suami tak cuba faham saya.

Saya jadi pendam perasaaan sendiri, saya rasa lemas yang amat. Bertahun – tahun berlarutan, saya rasa hak saya dinafikan. Lalu saya minta cerai kerana saya tak mahu tertekan lagi. Saya dah cerita yang saya depr3ss pada suami, tapi dia hanya dengar saja, kadang – kadang dia salahkan saya sebab mengaji sikit, banyak lalai, jadi banyak sy4itan ganggu.. Dia masih tak faham.

Jadi lama – lama saya meIetuplah, bukan sekali, berkali – kali juga sebab saya tak tahan dah dengan kritikan, asyik c0ndemn kerja yang saya buat. Dia selalu kata orang lain ok je jadi surirumah takde nak str3ss macam saya, nenek zaman dulu anak lagi ramai tapi boleh handle anak – anak dan rumah dan siap layan suami tip top, saya dengar rasa sangat tertekan jiwa.

Mana lagi saya nak luahkan perasaan saya ni? Rasa tak berguna nak luah kepenatan saya sebab dia akan kata dia lagi penat pergi kerja, saya rasa nak menangis sebab dia tak faham langsung suri rumah ni sangat memenatkan.

Kalau saya mengadu penat, memang hanya buat saya makan hati saja sebab dia bukan nak dengar.. Sedangkan saya hanya nak meluah saja. Dia tak tunjukkan simpatinya, tiada peIukan nak menenangkan saya. Kadang – kadang dia tidur atas sofa di luar, saya tidur dengan anak – anak sebab masih menyusu.

Saya cuma mahu dia beri perhatian lebih pada saya, urut kaki ataupun cukup dengan berterima kasih pada saya sebab menyiapkan semuanya untuk dia tapi itu jarang – jarang berlaku. Saya kehilangan kasih sayang yang saya harapkan dari seorang suami tapi dia hanya mengkritik bukan sampai naik tangan. Tapi masih jugak perasaan saya terd3ra.

Kemuncaknya bila dia biarkan saya pendam perasaan seorang diri, saya nak bincang dia asyik kata dia sibuk, saya bercakap pun dia hanya diam tak ada response, saya minta cerai lagi. Saya tahu saya berd0sa tapi dia tak faham s4kitnya mental saya diperlakukan begitu..

Saya pernah ajak jumpa kaunseling keluarga, tapi dia kata dia sibuk. Masa tu kami g4duh dan akhirnya keluarga besar kami tahu. Mereka tahu kami berg4duh, tapi hanya luaran saja tapi mereka tetap tak tahu puncanya apa.

Saya juga dipersalahkan kerana minta cerai. Ya tuan – tuan, saya tetap bersalah sebab suami saya innocent sangat, dia baik dan sempurna cuma orang tak tahu apa yang saya alami. Kalaulah dia boleh kawal lidahnya dari menyalahkan saya dalam semua perkara, dan banyakkan memuji dan menghargai saya, tentulah saya tak akan pergi sejauh ini.

Saya dah pendam bertahun – tahun, mental saya dit0rture tanpa dia sendiri sedari, sampai tahap saya dengar suara – suara tu, saya rasa putus asa sangat. Suami saya baik, dan saya sangat sayangkan dia, cuma saya yakin dia tak faham dan akan selamanya tak akan faham bahawa surirumah ini sangat berat sekali kerjanya.

Sekarang saya ambik keputusan untuk bekerja. Ya., anak saya dah besar sedikit dan saya mula bekerja.. alhamdulillah, environmentnya sangat berbeza.. Saya keluar dari rumah dan cari kebahagiaan saya. Oh ye kami tak bercerai pun, cuma saya tukar keadaan hidup saya, saya banyakkan cari bahagia saya sendiri.

Kalau suami sibuk, saya pergi sendiri ke mall bawa anak – anak. Saya pergi makan sendiri, saya bawa anak berjalan di taman sendiri, saya bawa anak pergi berkelah di taman tanpa suami. Saya dah tak peduli lagi apa kata suami, yang penting mental saya sihat.

Saya rindu nak berjalan – jalan dengan suami tapi kalau dia sibuk saya akan pergi sendiri. Saya tahu untuk bahagia kita kena usaha sendiri dan tentulah air mata saya kini hanya berlinangan masa solat. Kalau sedih sangat menangislah meraung macam budak kecil masa solat malam.

Saya cari cinta lain dari cinta suami.. Saya doa semoga Allah bagi cintaNya supaya saya tak lagi mengharap cinta suami. Cinta manusia ni susah sangat nak dijangka, saya tak mahu berharap lagi. Kesimpulannya, menjadi suri rumah sangat sukar, bukan setakat kerja – kerjanya yang sukar tapi apabila orang paling dekat dengan kita sendiri pun tak memahami, ianya menjadi sangat – sangat sukar. Tiada sokongan, tiada empati, tiada simpati.

Kita berjuaang sendiri, tidak difahami dan tidak dikasihani.. Itulah agaknya punca ramai suri rumah str3ss melampau. Nasihat saya, para suami yang ada isteri si suri rumah, fahamilah, kasihanilah, hargailah, cintailah isteri sepenuhnya.

Bagi sokongan, bagi isteri rehat, banyakkan bertanya, jadilah pendengar yang baik. Bawa isteri berjalan – jalan, dengar luahannya, bagi hadiah dan surpr1se, gembirakan hatinya. Jangan mengkritik, jangan compare dengan orang lain,

Jangan banyak komplen tapi berlapang d4dalah. Duduk di rumah nampak mudah saja tapi belum tentu semua orang mampu. Isteri bukan robot, mampu buat segalanya tanpa rehat. Banyakkan bertolak ansur dan menolong isteri supaya mentalnya sentiasa dalam tahap yang baik.

Kepada rakan suri rumah, saya tahu ia sangat sukar. Belum termasuk kewangan yang membebankan, pandangan sinis orang luar, rehat yang tak pernah cukup tapi bertahanlah. Ada baIasan baik menanti insyaAllah. Minta Allah permudahkan jalannya. Semoga sentiasa tenang dan baik – baik saja. Kita mahu jadi isteri yang gembira, dan ibu yang bahagia, kan? Bahagia perlu dicari, ketenangan perlu dimiliki. – Aisyah (Bukan nama sebenar

Komen W4rganet :

Malianie M. Chin : Merasa setiap kepenatan dia dalam tiap b4it – b4it confession dia. Penat kan sis dalam nak menjaga hati dia. Padahal hati kita macam nak meIetup je menahan rasa. Tak minta banyak pun. Cukup laa dia hargai tiap – tiap keja kita.

Beri teguran yang membina..ada bila kita perlu kan seseorang untuk kita pinjam bahu. Hulurkan bantuan tanpa kita minta. Dah pupus kot laki yang macam tu sekarang. Kerana mulut suami, badan si isteri yang bin4sa (mentally, emotionally). Bagi saya suami yang sentiasa kata negatif ni, memang mulut jahat. Tahu k0ndem, memperlekehkan, sindir, downgrade, berburuk sangka etc.

Siti Nurdiyana : Jangan terlalu berk0rban sangat atau perfectionist sangat untuk bahagiakan pasangan sampai pasangan rasa memang itu semua tanggungjawab dan tugas kita. Bila kita tak buat autom4tik salah kita sedangkan itu sebenarnya tanggungjawab dia dan kita hanya membantu. Kena bahagi tugas dari awal perkahwinan, jangan manjakan suami, dan tak perlu jadi isteri atau ibu yang terlalu sempurna. Pesanan saya untuk bakal isteri.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.