Ada 1 hari tu sekolah kami ada open day, jadi kena kerja sampai lewat petang. Dalam pukuI 5.30, suami dia hantar whatsapp gambar mak dia tengah sapu naj1s dari pampers dekat dinding. Penuh dinding dan sofa kena t4ik. Suami dia lari pergi hotel sebab bau busuk sangat..
#Foto sekadar hiasan. Saya ada cerita nak kongsikan mengenai seorang rakan guru di sekolah. Dia seorang perempuan, berkerjaya, isteri, ibu kepada 3 orang anak lelaki dan mempunyai seorang ibu yang menghidap amn3sia (nyanyuk) tahap kr0nik yang sangat – sangat hebat tetapi pernah rebah disebabkan mulut – mulut manusia.
5 tahun bekerja di company yang sama. Bos selalu kata dia pekerja yang hebat dan terbaik. Memang kami akui dia sangat – sangat positive dan rajin bekerja. Tak pernah kata tak boleh dan tak berkira dalam kerja. Selalu balik lambat alasan nak elak trafik dan jimat tol.
Dia pernah bercerita yang dalam hidup rumah tangga nie kena banyak bertolak ansur. Dia kata husband dia sangat membantu. Husband dia balik awal, amik anak dari sekolah dan rumah pengasuh, mandikan anak, masak nasi, bagi makan dan teman anak – anak main atau homework sementara dia masak makanan untuk esok, buat laundry dan iron baju.
Nampak happy dan bahagia kan. Dah kahwin 11 tahun, jadi dia kata banyak benda dah boleh adjust. Pulang dari sekolah dia buat kerja seorang ibu, seorang anak dan seorang isteri. Dia tak ade pembantu.
Lupa nak bagitau dia adalah orang yang paling jarang ambik cuti di hari sekolah. Rasa macam tak pernah lah dia tak datang pada hari sekolah. Konsep dia selagi dia mampu, dia memang tak nak susahkan orang.
Perangai macam ni pergi mana pun memang orang suka lah kan. Dia kata memang penat tapi happy sampai lah tiba – tiba perangai dia berubah 100%. Selalu sangat ambik em3rgency leave, asal ada peluang dia balik awal.
Dia dah jarang berbual atau gelak – gelak dengan kami. Lesson plan semua pending. Bos pernah panggil dia masuk office dan dia dapat warning letter.. Warning letter buang kerja tapi sebelum tue kena kaunseIing dulu.
Ya sekolah i kadang – kadang cikgu pun kena kaunseIing. Kami tahu masalah dia pun lepas dia bergegas balik rumah sebab sofa rumah dia terbakar. Ya sofa terbakar. Dia balik tanpa bagitahu sesiapa dan keadaan masa tu agak kecoh sebab dia tiba – tiba hilang.
Homeroom semua cari dia sebab dia masih ada kelas. Rupa – rupanya mak dia yang nyanyuk tu sekarang di bawah jagaan dia. Sejak kes tu dia cerita yang dia selalu sangat berg4duh dengan husband dia. Ada je yang tak kena.
Dia sendiri akui sebab dia terlalu tumpukan perhatian dekat mak dia. Malam – malam dia kena tidur dalam bilik mak dia sebab mak dia jenis bangun tengah malam buat bukan – bukan. Pernah dia bangun pagi tengok telur 2 papan semua pecah kat lantai.
Dia pernah nampak cctv mak dia makan sampah dan buang beras sekampit dalam akuarium ikan kesayangan husband dia. Bayangkan setiap malam tidur tak lena lepas tu pagi kena pergi kerja, kena siapkan anak semua.
Ada 1 hari tu sekolah kami ada open day, jadi kena kerja sampai lewat petang. Dalam pukuI 5.30 husband dia hantar whatsapp gambar mak dia tengah sapu naj1s dari pampers dekat dinding.
Penuh dinding dan sofa kena t4ik. Husband dia suruh dia balik masa tu juga. Dia balik tanpa banyak soal dengan linangan air mata. Husband dia plak tinggalkan semua dan duduk hotel atas alasan bau t4ik kuat sangat.
Dia tak ade pilihan selain tinggalkan mak dia sendiri masa dia keluar bekerja. Dia pernah rancang nak ambil maid tapi adik beradik tak setuju nak kongsi duit. Alasannya sebab maid tu akan lebih banyak buat kerja rumah berbanding jaga mak diorang.
Perbincangan demi perbincangan akhirnya diorang ambil maid tapi si kakak ni kena bayar lebih. Dia pun dah penat so dia layankan je. Dia berhentikan anak bongsu dia dari pengasuh yelah sebab ada maid kan.
Maid tu hanya jaga mak dia dan anak dia sahaja. Dia masih masak macam biasa. 2 bulan kerja maid tu sangat ok tapi hubungan dia dengan husband bertambah buruk lepas family husband dia masuk campur. Family husband dia macam hasut lah cakap yang bukan – bukan pasal mak mertua dia tu.
Dalam pada dia sangka panas sampai ke petang tiba – tiba maid dia lari. Lari dengan barang – barang berharga. Tinggalkan anak bongsu dia yang berusia 7 bulan sorang diri.
Tapi nasib baik bila maid dia kunci mak dia dalam bilik so orang tua tue tak dapat keluar. Dia tinggalkan rumah dengan pintu pagar dan pintu utama tak berkunci. Macam – macam boleh jadi. Dia call husband dia bagitau benda nie tapi lain jadinya.
Dia mengadu pada adik beradik tapi mereka salahkan dia juga. Dia hantar surat berhenti kerja 24 jam dengan alasan kena jaga mak dia..
Dia kata masa tu dia langsung tak fikir yang akan jadi masalah duit plak nak bayar rumah, 2 biji kereta, yuran sekolah, belanja dapur dan macam – macam hutang lain. Bila husband dia tahu dia dah berhenti kerja husband dia ceraikan dia dengan alasan dia, mak dia dan anak – anak menambah beban.
Tapi bos kami baik lagipun dia memang bukan pekerja bermasalah sebelum ni. Dia ambil surat berhenti kerja tapi dalam masa yang sama dia boleh datang kerja semula bila semuanya dah selesai. Kira macam cuti tanpa gaji lah gitu.
Dan dia amik keputvsan yang paling – paling berat dalam hidup dia demi anak – anak untuk teruskan hidup. Dia pilih untuk hantar mak dia ke pusat jagaan orang – orang tua. Swasta RM2800 setiap bulan kongsi dengan 4 orang adik beradik yang lain.
Memang mahal tapi dia yakin itu yang terbaik untuk semua orang dan mak dia. Setiap Sabtu dia ambil mak dia balik dan hari Ahad dia hantar semula. Pernah kami jalan – jalan dekat mall dia beli bahan untuk masak makanan kegemaran mak dia walau dia tahu mak dia sendiri tak ingat apa makanan kegemarannya.
Mak dia juga tak kenal dia, tak ingat apa – apa. Sekarang dia dah jadi ibu tunggal dan dia selalu pesan kat anak dia macam ni, “kalau nanti ibu jadi macam nenek, hantar je ibu ke tempat macam ibu hantar nenek.
Dia tak mahu anak – anak dia hidup tertekan dan akhirnya timbul masalah yang tak dijangka. Dia sedar yang anak – anak akan ada pelbagai tanggungjawab pada mereka nanti. Cukuplah kalau anak – anak dia buat perkara yang sama seperti dia buat dekat nenek mereka sekarang.
Dan hati dia lebih tenang sebab dia tahu mak dia dalam tangan yang baik terjaga serba serbi lengkap segala keperluan. Ubat terjaga dan pelbagai aktiviti berfaedah. Siap ada urut badan seminggu sekali.
Benda nie tak berhenti lagi sebab mak cik pakcik dia tuduh kata dia anak tak kenang budi, anak derh4ka dan sebagainya. Sibuk mengumpat pasal dia dekat saud4ra mara lain baik yang jauh atau yang dekat semua tahu.
Tapi bak kata kawan i, mereka semua hanya pandai bercakap tapi tak ade siapa pun yang sanggup hulur tangan menolong. Bagi aku kita ni dah lama sangat dimom0kkan dengan pelbagai drama tv yang kononya hantar ibu ayah ke rumah orang tua sebab nak lepas tangan.
Pada aku benda nie sangat lah tak benar sebab mereka bayar segala kelengkapan yang terbaik untuk ibu ayah mereka. Benda nie sama macam mak ayah yang hantar anak – anak duduk taska atau rumah pengasuh.
Kalau boleh semua orang nak jaga dan asuh anak sendiri kan tapi mereka terp4ksa bekerja untuk kelangsungan hidup yang sem4kin mencab4r sekarang nie dan aku juga pasti ibu ayah kita tak sekali – kali nak menyusahkan kita.
Apa plak pendapat anda? Adakah apa yang dia buat nie sebab nak lepas tangan atau keadaan mem4ksa? Jangan pernah menghukvm sebab kita tak pernah tahu apa yang mereka lalui. – Anne (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norizan Mohamed Darom : Moga si suami yang menceraikan isterinya tu dipanjangkan usia sehingga ke tahap menjadi seperti bekas ibu mertuanya. Masa tu nak tau juga kalau ada lagi anak yang sudi pula nak menjaga si bapak yang telah meninggaIkan mereka (anak – anak) sewaktu muda sihat bertenaga.
Nurul Haida Mohd Ali : Saya sebenarnya sangat menyokong untuk hantar orang tua kat umah orang tua. Bukan nak jadi anak derh4ka tapi saya rasa itu adalah yang paling praktikaI buat masa sekarang.
Kalau ada yang macam day care tu lagi bagus, jadi pagi – pagi kita hantar dan petang boleh ambik. Macam hantar anak – anak kat pengasuh. Dekat sana makan terjaga nak beribadat senang. Diorang pun tak bosan ada kawan – kawan boleh borak tukar – tukar fikiran.
Kalau dekat umah bayangkan mesti diorang bosan, dahlah sekarang ni rumah macam rumah burung. Dengan jiran pun tak kenal, kalau diorang pengsan ke kat rumah siapa tahu.
Cahaya Penyayang : Ya Allah, permudahkan segala urusan hidup akak tu, saya nangis kotttt. DiIema antara suami dan ibu. Takut sangat kalau Allah uji macam ni. Tapi ye la, sayang macam mana pun kat pasangan, hubungan pasti boleh terputvs.
Tapi, hubungan dengan keluarga ni, sampai ke m4ti dibawa. Semoga Allah baIas segala jasa baik akak. Tiada apa yang rugi dalam berbakti kepada ibu bapa. Sungguh, Allah hanya ingin menguji.
Amalan manakah yang paling baik kita lakukan. Mungkin solat kita tak sempurna. Tapi, bakti kepada ibu bapa itu yang Allah suka. F1ghting kak. Masih ada cahaya di hujung jalan. Pasti, ada bahagia yang menanti.
Sherri Hazmi : Aku setuju dengan semua pendapat confessor. Paling aku takut dalam hidup ni ialah menyusahkan orang. Dalam hal ni,,masyarakat kenalah berlapang d4da. Bukan semua orang suka nak hantar parents ke rumah orang tua.
Azah Firdaus : Subhanallah, besar dugaan dia. Alhamdulilah syukur kerana rakan sekeIiling tidak menambahkan beban yang ditanggung. Hebat bos yang tidak membuat keputvsan melulu.
Semoga kesed4ran akan datang pada saud4ra mara yang hanya pandai bercakap. Semoga Allah merahm4ti dia yang mengutamakan ibunya, aamiinn.. terima kasih atas perkongsian ini.