Bapa kahwin lain dengan janda anak satu di Thailand. Bekas suami janda itu pen4gih d4dah. Bapa saya seorang yang mudah kesian. ATAS DASAR KESIAN, bapa saya sanggup kahwin dengan janda tu. Selepas 10 tahun saya terk3jut dapat tahu tentang skandaI ibu..
Assalamualaikum. Terima kasih didahuIukan sekiranya admin page menyiarkan luahan saya. Saya W, berumur 26 tahun, merupakan anak sulung dalam keluarga saya. Tujuan saya bercerita ni sekadar inginkan jawapan. Kerana saya buntu.
Saya pasti bukan saya sahaja yang mengalami perkara seperti ini. Saya yakin ramai di luar sana yang senasib dengan saya. Namun saya tidak pasti dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya tidak tahu kepada siapa saya harus bercerita.
S4kit hati saya pendam selama 11 tahun. SkandaI atau curang. Dah banyak kali saya baca cerita sebegini. Isteri / suami curang, isteri ada skandaI dengan boss, suami ada skandaI dengan bini orang.
Selalu sangat saya baca kisah – kisah sebegini. Tapi tidak pernah saya jangka bila ahli keluarga saya sendiri terlibat dengan skandaI / curang ini. Siapa? IBU DAN BAPA saya. Tahun 2008, bapa saya kahwin lain. Kahwin di Thailand.
Kahwin dengan janda anak satu. Ex suami janda itu pen4gih d4dah. Janda mintak cerai sebab tak tahan dengan suami. Bapa saya seorang yang mudah kesian. ATAS DASAR KESIAN, bapa saya sanggup kahwin dengan janda tu.
B0dohkan? Tapi itu laa bapa saya. Pada 10 tahun lepas, ibu saya mengetahui cerita bapa kahwin lain dari sumber yang beliau percaya. Maka kant0i laa perkahwinan yang disembunyikan selama 3 tahun.
Malam tu jugak ibu meng4muk. Ibu pukuI bapa, ibu menangis bagaikan orang giIa. Dan malam tu jugak, bapa ceraikan janda tu taIak 1. Di depan saya dan ibu. Kenapa taIak 1? Kenapa bukan taIak 3? Entah, saya sendiri tak tahu.
Sampai sekarang bapa hanya diam seribu bahasa. 11 tahun saya memendam rasa. Saya marah, saya s4kit hati, tapi saya tak mampu berbuat apa – apa. Sampai sekarang saya tak tau bapa masih berhubung atau tidak dengan janda dia.
Tapi hati saya kuat mengatakan yang mereka masih lagi berhubung. Namun saya tiada cara untuk menyiasat. Kali ini kisah ibu saya. Ibu saya seorang pensyarah di sebuah maktab perguruan. Ibu saya seorang yang tegas.
Dia tegas dalam mendidik kami adik beradik. Tegasnya beliau sehingga kami jadi takut. Takut untuk berkenalan dengan lelaki sebab takut kami akan dimarahi, takut untuk bergaul dengan orang ramai sebab takut ibu kata mereka beri pengaruh buruk pada kami.
Kesan ketegasan ibu pada kami membuatkan saya dan adik kedua saya jadi intr0vert. Kami takut untuk bersosiaI. Sehingga hari ini kami tiada kawan. Hidup kami berdua sehari – hari hanya di rumah sahaja.
Saya tak tau bila lagi ibu start ada skandaI. Mungkin sebelum bapa kahwin lain, atau selepas mengetahui kisah bapa. Yang pasti, saya mengetahui kisah skandaI ibu saya ni pada tahun 2018. SkandaI ibu saya merupakan rakan sekolah.
Mereka berjumpa ketika majlis alumni sekolah mereka. Lebih meng3jutkan saya ialah skandaI ibu merupakan guru kepada adik – adik saya. Dan juga seorang bapa kepada 5 orang anak serta seorang suami!
Saya terduduk ketika saya tahu pasal ni. Bermacam – macam perkara dalam fikiran saya ketika itu. Kenapa? Kenapa ibu curang? Baru beberapa hari yang lepas saya baca whatsapp ibu. Siap ber abang sayang. Ber video call lagi.
Sedihnya saya ketika itu. Marahnya saya. Untuk pengetahuan semua, ibu saya seorang yang bertudung labuh, pakai stokin lengkap menutup aur4t, mengaji sehingga berpuluh kali khatam, tapi siapa sangka di sebalik semua tu ada sesuatu yang disorok.
Sejak saya tahu kisah ibu dan bapa saya, saya berubah 100 peratus. Kalau dulu saya hanya diam mengangguk, tak pernah membantah, Tapi sejak 11 tahun yang lepas mulut saya laju menjawab setiap bicara mereka.
Saya selalu member0ntak. Siapa je yang tak nak jadi anak yang baik, siapa je yang taknak masuk syurga. Saya tahu marah macam mana pun saya pada ibu bapa saya, saya tetap kena hormat mereka.
Tapi perasaan marah, pedih, s4kit hati tu terlalu kuat sehingga saya terfikir untuk bunvh diri. Sebab saya gagal jadi anak dan kakak yang baik. Kenapa saya tak tegur mereka? Sebab saya tak berpelajaran tinggi.
Saya pernah tegur mereka bila mereka buat silap. Tapi mereka tak layan. Kata mereka saya tak berhak beri teguran sebab saya tak belajar tinggi. Saya tak boleh menegur sebab saya tak bijak.
Sejak dari tu saya tak pernah tegur apa – apa. Bila mereka buat silap, saya hanya diam memerhati. Saya perasan sejak 11 tahun yang lepas, ibu asyik marahkan kami. Buat je silap sikit, terus meIenting.
Masa tu saya bersangka baik, mungkin ibu penat balik kerja. Jadi em0si tak stabil. Saya tenangkan adik – adik, saya hadap semua kata – kata ibu. Adakah kesan dari skandaI ini menjadi punca ibu selalu bad mood?
Semua saya pend4m seorang diri. Hampir setiap hari saya menangis. Kenapa Allah turunkan ujian pada kami? Kalau ibu dan bapa sudah tawar hati, bercerai lah. Tak nak cerai sebab pikir kami anak – anak?
Jangan risau kan kami, pandai kami jaga diri. Dari kecil lagi kami dah berdikari. Apa yang patut saya buat? Serius saya penat. Penat bila saya kena pura – pura buat tak tahu. S4kit hati bila tengok ibu dan bapa pura – pura bahagia depan orang lain.
Pada siapa saya harus bercerita? Apa tindakan yang saya boleh buat? – W (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Norliza Rahayu Ishak : Saya bersetuju juga kata confessor kalau ibu dan bapa dah tak ada hati elok la berpisah kalau tidak anak – anak pula jadi m4ngsa. Kesian pada anak – anak kene m4ki hamun ibunya bila str3ss dgn suami.
Ibu bapa pula jgn jadikan anak – anak tempat m4ki hamun kalau ada masalah dengan suami atau dah curang dengan orang lain.
Siti Zaridah Mokhtar : Serius aku tak paham dengan parents yang anggap diri tu maksum. Bila dah beranak, yes, aku boleh buat apa aku suka kat anak – anak tanpa fikir kesan baik buruk kat anak – anak. Ntahlah, kadang – kadang rasa bukan diorang tak tau hukvm agama tapi ign0rance tu tebal.
Dik, dari kau kena tengok diorang macam tu cuba angkat kaki bina hidup sendiri. Dah cuba tegur pun tapi takda effect inshaa Allah bahagian kau dah terlepas. Jaga hati sendiri dulu. Semoga cerita macam ni jadikan pengajaran untuk kita semua.
Jadi parents bukan lesen untuk buat kita suka tanpa fikirkan anak – anak. Anak – anak pun ada hati dan perasaan.
Shezz Fawaz : Apabila membaca kisah begini, barulah tersedar yang sebenarnya memiliki ibu bapa yang saling menghorm4ti dan menyayangi juga satu nikmat daripada Allah. Semoga confessor adik beradik tabah.
Rasanya lebih baik tumpukan perhatian menjaga dan menyokong sesama sendiri. Jangan fikir sangat hal kecurangan dan skandaI ibu bapa, doakan mereka diberi hidayah serta peluang untuk berubah.
Mohamad Amirull : Kalau aku di tempat h4ng, honestly aku buat b0do ja. Pertama, sebab kita anak, kalau kita nasihat hanya akan tambah masalah. Kedua, diorang bukan budak – budak boleh fikir sendiri baik buruk.
Nasihat aku, jadikan ni peringatan. Jangan la dicanang, dimarah sangat. Setiap benda buruk orang buat yang tuhan tunjuk kat kita, Itu sebenarnya peringatan supaya kita tak buat benda sama. Tengok la mak h4ng, mula – mula marah, akhirnya dia pun buat benda yang sama. Jangan la jadi macam tu di masa akan datang.
Nur Islam : Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Jangan kerana parents buat per4ngai, u rosakkan diri you. Kalau ada peluang, nasihat aja. Kalau tak berkesan, mind ur own business. Tak perlu marah – marah, tak perlu g4duh.
Hormat parents macam biasa. Mereka dah dewasa, dah boleh berfikir mana baik, mana buruk. Yang penting jaga diri, hati dan iman diri sendiri. Pasal tudung labuh, berstokin dan sebagainyaa, fikir kereta volvo sudahlah.
Kereta semahal itu pun boleh r0sak bila acc1dent, apatah lagi jiwa manusia yang pernah diIukakan. Gunung ganang yang teguh gagah pun boleh kita runtvhkan. Inikan pula rumah tangga dan hati manusia.