Sebelum kahwin, suami memang melayan ibunya bagaikan kekasih. Diberi bunga, diajak dating, nak masuk kereta pun dia bukakan pintu. Ketika itu saya rasa sangat bertuah dapat suami yang baik dengan orang tua. Tak sangka lepas kahwin saya terp4ksa bermadu…
#Foto sekadar hiasan. Saya L, berumur 30 tahun dan tahun ini merupakan tahun keempat saya berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata. Suami saya S, seorang lelaki yang baik, bertanggungjwab, namun lurus dan tiada pendirian
Seperti tajuk tertera, saya beberapa kali terfikir yang saya tersalah langkah dengan mengahwini seorang “mummyboy”. Sejujurnya masa awal perkenalan dulu saya terlalu bersangka baik dengan berfikir bahawa untungnya saya dapat suami yang family man dan penyayang.
Ye betul, S sangat sayangkan keluarga dan penyayang. Cuma yang menjadi masalah ialah ibunya. Ibunya selalu melihat saya sebagai pesaing seolah – olah saya cuba merebut anak kesayangan dia darinya.
Dia tak pernah senang hati kalau anak lelakinya belikan apa apa pada saya, layan saya bagai puteri raja, dan selalu mencari sekecil kecil kesalahan saya untuk suami lihat bahawa ibunya lebih baik dari saya.
Saya memang suka memasak sebab ayah saya seorang chef dan mak saya kerja di restaurant. Dan suami selalu memuji masakan saya di depan ibunya dan itu membuat ibunya tak senang hati sehingga sekecil – kecil silap saya pun dia akan ungkit berbulan – bulan lamanya.
Contohnya ada sekali saya termasak terletak cili dalam masakan, sehingga sekarang dia masih tak puas hati dan ungkit benda yang sama saja sambil buat muka. Belum masuk kesalahan – kesalahan kecil yang lain sehingga buat saya rasa macam tak guna sebab salahnya kecil saja tetapi suami tetap akan suruh saya cuba untuk ambil hati ibu walaupun hati saya sendiri banyak kali s4kit.
Saya cuba masakkan untuk ibu, cuba ajak ibu keluar berdua dengan saya, cuba untuk bagi ibu sayang saya tapi saya rasa itu tindakan yang sangat b0doh sebab ibu m4kin bencikan saya dengan jelingan dan sindiran yang saya terima setiap hari.
Ibu juga selalu tak senang hati kalau kami luangkan masa berdua atau berdating. Kejap – kejap dia call. Ini buatkan saya rasa sangat tak selesa. Apatah lagi suami saya selalu mementingkan keluarga beliau sendiri berbanding perasaan saya.
Kami memang duduk berasingan cuma jarak rumah kami 10 minit saja dari rumah ibu. Suami saya kalau boleh setiap minggu nak balik rumah ibu dan berat hati setiap kali nak balik rumah keluarga saya.
Saya rasa dah banyak pend4m hati sampai rasa menyesal pula berkahwin kerana saya terlalu tertekan. Saya tak boleh buat silap sedikit pasti ibunya akan ungkit sampai berbulan lamanya.
Masalah suami saya juga, beliau tiada pendirian diri dan selalu buka a1b rumahtangga pada keluarga. Apa – apa isu rumahtangga pasti dia ceritakan pada ahli keluarga. Walaupun saya tahu niat dia untuk meminta pandangan sahaja, tapi pada pengakhirannya saya pula yang dipersalahkan sebab yelah, mana ada ibu yang nak salahkan anak dia sendiri kan.
Kini satu keluarga suami akan menjeling menyindir saya setiap kali saya datang ke rumah. Saya boleh pilih untuk jauh dari mereka tapi suami saya tetap berkeras yang semuanya baik baik sahaja seolah menidakkan perasaan saya dan mem4ksa saya untuk mengambil hati semua.
Sebelum kami kahwin, suami memang melayan ibunya bagainya kekasih. Diberi bunga, diajak dating, nak masuk kereta pun dia bukakan pintu dan saya sebagai kekasih, Ketika itu tersentuh tengok keakraban suami dengan ibu tanpa sekali pun nampak masa depan saya akan jadi begini iaitu akan bermadu dengan ibunya sendiri.
Belum masuk bab ipar yang suka mengadu domba dan menghasut lagi. Masalahnya suami saya ni dia lurus. Dia lebih percayakan keluarga dia berbanding saya. Pernah ipar menuduh saya bawa suami balik ke rumah mama sebab saya nak jauhkan suami dari keluarga.
Sejak dari itu, suami agak keberatan setiap kali saya ajak pulang ke rumah mama. Ipar juga tak senang hati setiap kali melihat suami melayan saya dengan baik sebab suami memang rapat dengan dia.
Dia selalu menyibuk urusan rumah tangga kami contohnya selalu mesej suami tanya, “ada apa apa ke dengan L tu? tengah g4duh ke” Dan suami saya amat lurus dengan cerita semua benda yang berlaku dan akhirnya backf1re saya semula.
Belum pun masuk urusan anak lagi. Suami saya seorang yang penyayang dan sangat sukakan budak – budak. Tapi Allah menguji kami dengan ujian ini dan saya tak terk3jut pun kalau suatu hari nanti mertua dan ipar nasihatkan suami untuk kahwin lain semata – mata untuk s4kitkan saya.
Sem4kin lama saya sem4kin tertekan dan fikir untuk tidak lagi mahu teruskan perhubungan ni. Apa gunanya lagi kalau suami selalu p4ksa balik rumah keluarga dia tetapi satu family dibencikan saya dan suami tak pernah memihak pada saya?
Saya selalu menangis sendiri kerana perasaan dibenci tapi tahu silap sendiri ni s4kitnya luar biasa. Saya juga ingin disayangi mertua dan keluarga ipar seperti mana mereka menyayangi menantu dan biras.
Adakah perkahwinan saya masih boleh diselamatkan kerana saya merasakan hubungan ini memberi kesan yang mendalam pada kesihatan mentaI saya. Terima kasih warganet. – Lydia (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Amiyra Ibrahim : Apa yang saya nampak, Allah Maha Penyayang. Allah sayang tt. Mata dunia mungkin menyalahkan puan sebab tiada zuriat. Tapi pada mata Allah, Allah masih memberi peluang pada puan untuk mengubah hidup puan, beri peluang untuk puan bukak mata luas – luas.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu yang mengubah nasibnya sendiri”. Fikirlah baik – baik. Allah swt sendiri suruh kita sayangi diri kita sendiri.
Wan Nur Syahidah : Kau bagi kata dua je kat suami tu, sekali lagi dia cerita masalah rumahtangga dekat keluarga, memang ke pejabat agama sebab saya rasa tu antara punca utama. Selepas tu, buat keras sikit, kalau orang jeling, awak jeling je balik.
Bila orang sindir, awak pek4kkan telinga. Kalau rasa perlu jawab, menjawab je. Keluarga macam ni memang perlu keras sikit.
Zulnaidah Manan : Cuba belajar jangan ambil serius apa yang mertua sindir dan ipar mengata. Yang elok kita terima yang bukan – bukan tu kita pek4kkan telinga je. Kalau fikir boleh jadi g4duh. Dan sesekali jawabkan aje. Dah alang – alang kena kata kan. Kita buat bebetul hehehe. Nasihat ni baca boleh ikut kena tengok keadaan ye. Kipidup TT
Baini Zainudin : Ada hikmah kenapa Allah tak bagi rezeki anak lagi. Ini adalah salah satu daripada hikmahnya. Daripada kisah Puan ni, rasanya suami Puan ni eloklah dikembalikan semula pada mak dia. Kalau tak pun, elok kembali ke Rahmatullah je la kalau benda simple lagi basic pun tak boleh buat keputvsan dalam rumahtangga sendiri.
WN Azlini : Sebenarnya si suami yang tak main peranan kat sini. Patutnya dia la pert4hankan awak. Dia jadi pendamai. Dia pergi jaja pasal masalah rumahtangga. Memang rosak la rumahtangga macam ni.
Kalau anak mommy sekali pun, kena belajar nak jaga hati isteri dan mak. Kalau saya jaid awak, saya bawa suami ke pejabat kaunseling. Bagi kata dua. Kalau lepas ni, dia buat kesilapan sama. boleh dah angkat kaki.