Boss nak berIawan jamuan raya paling glamor, staff bawahan kena p4ksa bayar duit RM50. Rata2 duduk flat

Saya yakin sekarang semua pejabat sedang rancak mengadakan jamuan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tapi saya sedih terp4ksa bayar RM50 untuk jamuan, semua sebab nak berlawan, jabatan mana yang paling mewah, glamor dan popular. Tak semua mampu..

#Foto sekadar hiasan. Bismillah.. Terima kasih admin kerana sudi memilih artikel ini untuk disiarkan. Sekurang – kurangnya dapat membantu menyuarakan isi hati golongan biasa – biasa seperti kami. Isu yang dipandang remeh oleh golongan berduit.

Ya, duit bukan segalanya. Tapi hari ini, segalanya adalah duit. Saya yakin semua agensi awam mahu pun swasta sedang rancak mengadakan jamuan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Bermula dari Jamuan Hari Raya PTJ, Cawangan, Unit, Bahagian, Zon, dan lain – lain.

Semuanya memerIukan kos untuk tempahan makanan berg4ntung kepada jumlah jemputan. Di sinilah segalanya bermula. Sekiranya di agensi awam yang telah dicatu peruntukan tahun demi tahun, pastinya bajet untuk jamuan hari raya tidak boleh menggunakan peruntukan jabatan sewenang – wenangnya.

Namun, ego kebanyakan jabatan mestilah mahu yang terbaik. Biasanya ketua yang paling atas. Ada juga yang sampai berlawan – lawan. Jamuan raya siapa yang paling mewah, glamor dan popular. Kembang hidung sampai nak pecah bila kena puji. Seronok lah kan.

Siapa yang menjadi m4ngsa keadaan ini? Ya, staf yang menjadi m4ngsa. Telah menjadi kebiasaan, selepas raya orang berjimat cermat sebab bajet bulanan dah habis untuk peruntukan raya macam baju raya, kos petrol balik kampung dan menziarahi sanak saud4ra, kos buat / beli kuih raya lagi.

Belum lagi yang isteri minta langsir baru, sofa baru, renovate rumah baru. Madu baru tak pulak dimintanya. Tapi bila memerIukan sharing bajet untuk jamuan raya yang gah, kosnya pun mestilah gah. Ada yang sampai RM50 seorang staf mengikut gred.

Ada pula yang menetapkan, staf A bawa 5 batang lemang, staf B bawa rendang ayam 2 ekor, staf C bawa laksa 3 kilo, staf D bawa kuih raya 10 jenis. Semua menggunakan kos. Ya sumbangan mengikut gred memang agak munasabah, cuma bila kita fikir balik, pegawai gred 41 contohnya.

Mungkin dia pegawai tapi dia mempunyai 8 orang anak yang perlu ditanggung. Lagi kesian kalau kerani biasa, walaupun dah gaji m4ti tapi ada anak yang masih belajar memerIukan dana. Berapa sen saja yang tinggal untuk mereka?

Mungkin hanya note seringgit yang tinggal untuk surv1ve bulan ini sementara menanti gaji bulan depan. Belum lagi big bos, pengurus yang mungkin kita nampak gah bergaji ribuan ringgit, namun tak must4hil mereka juga mempunyai komitmen yang kita tidak tahu.

Contohnya hutang kad kredit, ataupun pinjaman peribadi ribuan ringgit sebulan perlu dibayar kerana tertipu skim cepat kaya. Nak membeli barang mentah juga bukan sikit duit yang diperIukan. Saya ambil menu simple lemang dan rendang.

Lemang paling murah RM15 sebatang. Kalau 5 batang dah RM75. Bahan mentah untuk rendang, ayam seekor RM18, santan sekilo RM8, bawang serai cili katakanlah RM10. Paling rendah kos untuk lemang dan rendang mencapai RM150 juga lah. Semuanya memerIukan duit.

Zaman sekarang bukan boleh dapat kelapa tanam sendiri, serai di pokok. Rata – rata yang tinggal di perumahan / flat tidak cukup tanah untuk bercucuk tanam. Kalau di perumahan pula bukan boleh suka – suka tanam pokok.

Nanti ada pula jiran yang menjeling. Ya, perlu hormat juga orang sekeliling. Penyelesaiannya ke pasar lah kita. Bukan soal berkira rezeki yang ada namun kalau boleh jamuan hari raya biarlah ikhlas dan dibuat semampu yang ada.

Jangan pula mendesak staf menyumbang yang di luar kemampuan mereka. Mereka ada hasrat bersedekah, namun perlu diingatkan, ada mulut kecil yang perlu disuapkan nasi dan susu. Mungkin RM20 (contohnya) kecil nilainya bagi kita, tetapi bagi yang kurang berkemampuan, RM20 itu besar nilainya.

Jangan pula ada yang terp4ksa menggadai cincin emas semata – mata untuk menyumbang menu jamuan hari raya di pejabat agar nampak megah dan disebut – sebut orang. Kepada bos – bos atasan, ketua – ketua unit dan bahagian, harap lebih faham perkara ini.

Kehidupan zaman ini amat mendesak dan terp4ksa berjimat cermat kerana duit yang ada hanya cukup – cukup makan dan bayar hutang sahaja. Beruntunglah bagi yang berkemampuan dan rajin bersedekah. Jangan pula digelakkan dan diejek orang yang hanya membawa keropok goreng ke pejabat untuk jamuan hari raya.

Mungkin itu saja makanan yang ada di rumahnya, dan itu sahaja yang dia mampu sumbangkan. Semoga post ini dapat memberi kesed4ran kepada makcik – makcik bawang yang menjadi organizer jamuan raya. Biar jamuan sederhana, janji yang menyumbang gembira dan rezeki dapat dikongsi bersama.

Bermaaf – maafan lebih penting dari makan. Akhir kata, kepada yang menghadiri jamuan hari raya, jaga adab, jaga perlakuan. Jamuan belum habis tak payahlah kelam kabut ambil plastik nak bungkus. Beri peluang kepada tetamu jemputan dahulu.

Kepada organizer jamuan yang berpakaian cantik blink – blink ala diva, santunilah tetamu dahulu sebelum makan tanpa henti. Layan mereka selayaknya. Pastikan lokasi jamuan bersih dan kemas selepas majlis. Lakukan bersama – sama.

Jangan ada yang pulang berlenggang tanpa menghiraukan kawan – kawan yang berpeluh ketiak mengemas. Berperi kemanusiaanlah. Selamat mengadakan jamuan raya. Semoga jamuan raya tahun ini lebih bermakna buat anda semua. – Han (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Ida Ramli : Kesian pulak membacanya. Mungkin tuan / puan boleh bawa isu ni ke MBJ jabatan. Selainnya, solution untuk kes gini, bagi saya sendiri, saya buat tabung sedekah. Saya letakkan seringgit sehari. Mesti buat tanpa gagal.

Tabung ni untuk kes – kes gini lah. Kadang – kadangkan office kita ada minta sumbangan buat bubur lambuk lah, sumbangan staff yang s4kit, yang meninggaI, duit kutipan untuk bahagian nak beli barang makan – makan untuk sambutan hari lahir ke, guna lah duit tabung ni. Secara tak langsung, kita dah bersedekah secara ikhlas sebab dari awal kita niatkan itu tabung untuk kita bersedekah.

T-cher Ewen Erwen : Be strong TT.. moga dimurahkan rezeki beramal dalam terp4ksa tu. Belajarlah redha dan percaya rezeki kita akan lebih murah jika kita banyak bersedekah. Kemampuan kita.. hanya kita yang tahu.. jika dah tau jabatan kita sebegini.

Dah tau memang tetiap tahun akan ada jamuan raya ni. Asingkan la sikit duit untuk perkara jamuan ni. Jangan la diperbesarkan. Kepada makcik – makcik bawang tu. Bawak – bawak la bertaubat. Kepada geng tapau pula.. ingat – ingatlah pada orang kemudian.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.