Jiran siap ugvt tak mahu mengajar mengaji jika budak – budak ni beli makanan dari mak. Dia juga cakap makanan mak kotor, ada n4jis budak dalam makanan padahal mak sangat pembersih. Satu hari abang bawak balik sebiji telur jumpa mak..
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum para pembaca sekalian. Hari ini aku nak kongsikan sebuah kisah yang diceritakan oleh mak kepada aku. Kisah ni berlaku kira – kira 19 tahun lalu, ketika aku berusia lebih kurang 2 tahun.
Mak dan abah duduk di sebuah kampung yang rumah – rumah di situ berada bersebeIahan dalam jarak yang agak dekat dan hanya dipisahkan oleh kawasan semak – semak sahaja. Mak dan abah merupakan pasangan suami isteri yang suka hidup dalam suasana tidak bercampur dengan orang ramai, erti kata lain mereka suka kehidupan yang privasi.
Mereka hanya sekadar kenal sahaja dengan orang kampung, mak tak suka berjalan ke rumah orang dan bergosip, mak lebih suka mengemas halaman rumah dan menguruskan anak – anak. Kehidupan keluarga kami ketika itu masih diperingkat yang sedang membangun.
Abah pun baru sahaja dapat kerja tetap dalam sektor kerajaan, mak ambil keputvsan nak meniaga kecil – kecilan di hadapan rumah sambil menjaga kami yang masih kecil, aku ketika itu berusia 3 tahun dan adik aku berusia 1 tahun lebih. Sekurangnya dapat membantu abah cari nafkah.
Alhamdulillah perniagaan nasi lemak mak pada sebeIah pagi amat laku, mak tak kedekut dalam meniaga, selalu memberi lauk lebih, petang pula mak akan meniaga burger seringgit, perniagaan mak laku sangat. Budak – budak kampung suka beli makanan pada mak.
Boleh katakan kalau waktu petang tu penuh dengan anak muda, budak – budak beli burger. Meriah. Ingat lagi aku, bangun ja tidur dengan rambut yang kusut dan hanya pakai pampers, aku akan tengok mak dan mintak nasi sebungkus pada mak, padahal mak dah letak siap – siap di dapur.
Suka betul aku tengok mak dan abah ketika itu, memori yang indah bagi aku. Tetapi kebahagiaan kami tak kekal lama, ada orang yang berdengki dengan kami. Namun mak dan abah cuma bersabar sahaja. Jiran di sebeIah kanan kami yang paling tidak suka dengan perniagaan mak.
Jiran di sebeIah kanan rumah ni merupakan suami isteri, isterinya bernama mak wan dan suaminya pak ali (nama samaran). Mereka mulanya okay sahaja dengan kami tapi mungkin kerana dengki semuanya berubah.
Di kampung kami ada seorang b0moh yang dikenali sebagai pak kob (nama samaran), anak pak kob ni berkawan baik dengan mak aku. Satu hari anak pak kob datang ke rumah dan bersembang dengan mak aku, dia ada pesan pada mak aku,
“hati – hati lah mah oi, ada orang tak puas hati dengan perniagaan kau, dia datang jumpa ayah aku suruh sih1r kau, kalau kau jumpa telur di kawasan rumah kau jangan sentuh, takut terkena sih1r”. Mak aku hanya angguk dan tak ambik kisah sangat, dia lebih percaya dengan kuasa Allah.
Nak dijadikan cerita, abang aku ni seorang budak yang agak nakal dan suka mengeksplorasi kawasan, dia terjumpa sebijik telur ayam di belakang rumah. Dia tunjuk kepada mak, mak suruh buang dan masuk. Tak lama selepas tuu kami sekeluarga terkena demam campak.
Lepas sorang – sorang yang kena, naik biji – biji n4nah banyak pada muka dan badan. Alhamdullilah, selepas berubat dengan ustaz kami sekeluarga sembuh. Tak hanya di situ, perniagaan kami mula merosot. Jiran kami iaitu mak wan merupakan guru mengaji, dia sering memberi amaran kepada budak – budak kampung yang membeli makanan dari mak.
Dia ugvt tak mahu mengajar mengaji jika budak – budak ni beli makanan dari mak. Dia juga cakap makanan mak kotor, ada n4jis budak dalam makanan padahal mak dan abah sangat pembersih orangnya. Kemudian, orang kampung juga cakap mak tak bukak gerai, padahal setiap hari mak bukak.
Pelik, orang kampung tak nampak gerai mak. Akhirnya mak dan abah buat keputvsan untuk berubat dengan ustaz. Rupanya di hadapan rumah kami, ada orang telah menanam serpihan nisan yang diperbuat dari kayu (kayu nisan lama) disebabkan itulah mak abah jadi berg4duh dan perniagaan merosot.
Sebab itu juga orang lain tak nampk kedai kami buka. Ustaz pun membantu mak memulihkan semangat dan membantu memagar kawasan rumah. Mak buat keputvsan nak berhenti meniaga, dia tak mahu disebabkan dengki, anak – anak jadi s4kit.
Tak lama selepas tu, kami dapat khabar pak ali suami mak wan meninggaI, dia meninggaI dunia disebabkan munt4h d4rah. Mak tak pergi mengunjung sebab mak menjaga kami yang kurang sihat secara tiba – tiba. Sebulan selepas tu, suasana sem4kin baik dan kami kembali tenang.
Suatu hari ketika abang sedang bermain di kolam ikan kapinya, dia ditegur oleh mak wan. Mak wan tanya pada abang aku, “Aman, kau rasa kalau aku minta maaf pada mak kau, dia nak maafkan tak?”. Abang balik dan tanya pada mak, mak tak cakap apa pun, mak cuma diam sahaja.
Tak lama dari tu, dengar khabar mak wan pula meninggaI dunia dan cara meninggaI sama dengan suaminya pak ali. MaIangnya orang kampung sebar cerita bahawa mak yang sih1r pasangan suami isteri tu disebabkan mak tak pergi semasa kedua – dua mereka meninggaI.
Sebenarnya mak kurang gemar mengunjung jen4zah waktu kami kecil kerana takut terjadi apa – apa kepada kami. Tapi mulut orang kampung mana boleh tutup tambahan pula mak abah bukan jenis yang meIawan. Akhirnya keluarga kami pindah dari situ selepas kampung tu dilanda banjir beberapa kali.
Itu jelah cerita aku, aku dah ringkaskan supaya tak panjang. Aku tahu sampai sekarang pun masih ada orang yang buat benda h4ram ni dan semoga mereka berubah dan bertaubat. Sekian terima kasih.
Komen W4rganet :
Mas Abdullah : Dah tiba masanya perasaan dengki khi4nat pada bangsa sendiri ni dileburkan dari nasab keturunan kita semua. Amalkan rasa bahagia dan berlapang d4da bila tengok saud4ra kita lebih rezekinya dari kita. Bersyukur mereka banyak rezekinya. Bersyukur dengan apa yang Allah bagi buat kita.
Atanminaje : Berapa duit sangat la dapat yang sampai nak dibuat – buatkan tu. Tuuuu yang niaga dapat berjuta sehari tu tak diganggunye. Cam yang nega kecik – kecik ni dapat nega gi Mekah balik hari yang depa dok s4kit hati tu. Jenis tak percaya dengan kuasa Allah ni payah.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.