
“Saya ambil isteri saya secara baik, dengan baik juga saya pulangkan dia. Tanyalah dia apa yang dia dah buat.” Jatuhlah talak 3 selepas isteri mengaku..
#Foto sekadar hiasan / AI. Hi admin. Harap admin sudi post kisah saya ni supaya dapat dijadikan pengajaran kepada pasangan suami isteri di luar sana. Lelaki ini berusia 50-an, sudah hampir bersara. Dia dibesarkan oleh mak dan ayah saud4ra. Seorang pekerja berpangkat dengan gaji tinggi.
Boleh dik4takan dia memang sudah lengkap pakej dari sudut pekerjaan, gaji, dan harta. Sudah ada rumah dan kereta, cuma masih bujang. Bukan tidak mahu kahwin, hanya merendah diri kerana sedar rupa paras yang tidak memungkinkan untuk dipandang oleh para gadis.
Wanita pula berusia lewat 20-an, baru setahun jagung mendapat pekerjaan. Berwajah biasa dan begitu juga penampilannya, tinggal bersendirian di rumah apartment. Berasal dari keluarga sederhana dan ada banyak adik beradik. Mempunyai impian tinggi dan tidak gemar pulang ke kampung kerana keluarganya bukan orang kaya.
Pertemuan antara dua insan ini bermula disebabkan pejabat mereka tidaklah jauh sangat, dan mereka kerap makan di tempat yang sama, cuma saling melihat sahaja. Titik perkenalan mereka bermula apabila syarik4t mengadakan kerjasama, dan mereka dihantar untuk mesyuarat tersebut.
Awalnya, lelaki itu senang hati untuk berkawan sahaja, tapi tiba – tiba wanita ini mahu hidup senang. Dia memik4t lelaki itu dengan meyakinkannya, “Siapa yang nak uruskan s4kit pening, makan minum kamu? Sampai bila nak hidup membujang?”
Bila sudah selamat berkahwin, jadilah mereka pasangan suami isteri. Suami bagaikan tidak percaya ada insan yang sudi menikahinya. Menjangkau hampir 3 bulan usia perkahwinan, si isteri hamil dan mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel.
Di sinilah si isteri mula merancang. Sudah mengasingkan diri dan tidak mahu menguruskan makan pakai suami. Suami beranggapan isteri penat kerana menguruskan anak. Isteri pula memulakan hubungan skandal dengan kawan sekerja atas alasan, suami sudah tua dan jijik dengan suami yang hodoh.
Dalam diam, skandal tersebut ada rancangan untuk menjadikan si isteri sebagai alat untuk mendapatkan duit. Beberapa bulan kemudian, hubungan skandal itu sem4kin teruk hingga beredar khabar angin yang sampai ke telinga suami. Isteri curang, mana yang mahu mengaku salah, kan?
Dia m4ti – m4ti menafikan kerana ia fitnah, katanya. Dia seorang yang cantik dan setia pada suami, lelaki yang tak berjaya mendapatkannya pula berterusan mencemarkan nama baiknya. Skandal wanita itu memang untung besar kerana telah berjaya memperalatkan wanita itu.
Dan kerana sudah bosan mempergunakannya, dia menghantar beberapa video kepada suami wanita tersebut. Luluh hati suami tatkala melihat video itu. Dia menunjukkan video itu kepada isterinya dan bertanya kenapa dia buat begitu. Isterinya laju meluncur meminta ampun, menangis semahu – mahunya.
Suami hanya mendiamkan diri. Patutlah selama ini, sangat lama isteri tidak seperti dulu. Selesai solat sunat, suami mengajak isteri pulang ke kampung isteri. Isteri seperti dapat meneka. Dia menangis lebih kuat, meminta ampun dan tidak mahu diceraikan, bersungguh – sungguh berjanji tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu.
Suaminya duduk melutut di hadapan kedua – dua mertuanya, disaksikan adik beradik ipar. Dia berkata, “Saya ambil isteri saya secara baik, dengan baik juga saya pulangkan dia. Tanyalah dia apa yang dia dah buat.” Selepas pengakuan sang isteri, suami melafazkan talak 3 kerana h4ncur hati dengan perbuatan isteri.
Kedua – dua mertua tidak menyalahkan menantu, dan anak mereka memang layak diceraikan. Wanita itu, yang kini telah menjadi janda, dan skandalnya telah dibuang kerja kerana melakukan perbuatan jijik itu. Nasi sudah menjadi bubur. Dia kembali ke kampung dan tinggal bersama keluarga.
Pada awalnya, dia diperli oleh mak, ayah, dan adik beradik. Namun, dia memekakkan telinga kerana sudah tidak ada duit. Dia pun sudah cukup malu untuk teruskan hidup di situ, apalagi namanya sudah terkenal sebagai betina. Selang 3 – 4 tahun selepas perceraian, dia mendapat khabar bahawa bekas suaminya telah meninggaI dunia angkara perbuatan dirinya yang menyebabkan arw4h makan hati.
Betapa b0dohnya dia rasakan, kerana tidak pandai menghargai suaminya itu apabila mengetahui rumah, kereta, wang simpanan diwasi4tkan atas nama dia demi kasih sayang arw4h pada dia dan anak mereka. Selama ini, sejak mereka berumah tangga, arw4h bekas suami yang menjaga kebajikan keluarganya kerana dia anak tunggal dan sudah kehilangan kedua ibu bapanya.
Dia turut meninggaIkan sepucuk surat bersama gambar mereka bertiga yang isinya ringkas sahaja, “Terima kasih sudi menerima diriku sebagai suami dan memberi peluang untuk aku menjadi seorang ayah. Jagalah anak kita.” Bagaimana saya tahu cerita mereka?
Kakak ini bekerja sebagai cleaner di pejabat saya. Mengambil masa yang lama untuk menceritakan kisah ini kerana penuh emosi dan tangisan. Apa yang jadi pada skandal kakak ini? Tidak pula dia ceritakan. Dia berharap kisah hidupnya dapat dijadikan pengajaran oleh orang ramai.
Jangan tidak menghargai seseorang demi cita – cita yang penuh nafsu dan kemudian menjerat diri sendiri. Kisah ini terjadi kira – kira 9 tahun yang lalu. Yang baik kita jadikan contoh, yang buruk kita jadikan pengajaran. Terima kasih kepada admin yang beri peluang untuk segala posting saya.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.