
Memang sebelum kahwin keluarga aku tak suka suami. Aku je yang bodoh. Lepas kahwin baru tahu, suami tak pergi kerja. Dia lepak sambil hisap dengan kawan – kawan. Mak ayah aku minta duit untuk beli makanan, RM300 setiap bulan. Masa tu abang aku halau, kami keluar dari rumah mak..
#Foto sekadar hiasan. Assalam min. Tolong hidekan profile aku. Tak tahu macam mana nak mulakan min. Dah terpendam terlalu lama dalam hati ni. Walaupun dah lama berlalu, namun aku sukar untuk melupakan. Bukan tak maafkan dia, suami aku. Mungkin sebab aku sering disakiti. Ada je perangai dia yang menyakitkan hati aku.
Dah hampir 16 tahun aku bertahan dan bersabar min. Pendam, tak pernah luah pada sesiapa sebab suami tu pilihan aku. Mungkin silap aku memilih dan mungkin ni juga jodoh yang dah ditentukan. Mungkin ni juga dugaan dalam kehidupan aku.
Aku redha dan masih bertahan. Aku anggap ni dugaan hidup. Anak aku 6 orang. Umur aku 36 tahun dan suami 45 tahun. Agak jauh juga jarak umur kami. Pada awal perkahwinan, penipunya dia tak bekerja. Cakap bekerja tapi pernah aku ikut dia, rupanya duduk melepak dengan kawan – kawan penagih.
Dia pun salah seorang penagih juga. Setelah kahwin, semua pecah temberang dia, aku dapat tangkap. Hampir setiap hari kami bergaduh besar. Aku selalu minta aku dilepaskan. Aku dah tak sanggup ditipu dan terus ditipu. Masa awal perkahwinan, kami tinggal dengan mak ayah aku dalam 6 bulan.
Pernah mak ayah minta duit dengan aku untuk support makan dalam RM300 sebulan. Kami laki bini sekali caj bilik. Aku termenung panjang. Diorang tak tahu suami aku tak bekerja. Nak harapkan gaji aku masa tu cuma RM600. Kedua – dua mak ayah memang tak suka pilihan aku. Tapi kami tinggal bersama sebab baru kahwin dan tak mempunyai rumah.
Setelah tu, aku beli rumah setinggan haram yang berharga RM3000. Kebetulan dapat duit kutu tempat kerja. Masa tu tahun 2003. Rumah tu berhampiran rumah mak ayah aku juga sebab tu je rumah yang dijual masa tu. Peluang untuk kami tinggal berasingan supaya segala keburukan suami dapat dirahsiakan daripada mak ayah aku.
Masa tu aku mengandung anak sulung. Dalam masa yang sama, aku dihalau oleh abang aku. Aku takde pilihan lain selain meneruskan hidup dengan dia yang tak nak lepaskan aku pada waktu tu. Segala perbelanjaan aku tanggung hingga aku dapat anak kedua.
Baru ada sedikit perubahan pada suami. Dah mula bekerja dengan desakan daripada aku hari – hari. Kadang – kadang aku malu dengan jiran – jiran. Semasa mak ayah takde di rumah sebab bekerja, kami selalu bergaduh masa tinggal dengan mak ayah.
Tapi tebalkan je muka ni. Suami aku, nenek dia yang bela. Dengan mak ayah serta adik beradik dia memang tak rapat, mungkin disebabkan perangai dia yang takde tanggungjawab dari zaman bujang. Jadi, dia dipandang rendah oleh keluarga sendiri dan juga keluarga aku. Rasa hina sangat min pada masa tu.
Aku kuatkan diri demi anak – anak aku. Mungkin rezeki anak. Dari takde apa – apa, kami dapat beli sebuah motosikal. Aku bayarkan deposit supaya suami senang bekerja. Aku banyak support dia untuk bekerja. Hari – hari aku ingatkan dia tentang tanggungjawab dia pada anak – anak.
Alhamdulillah, kebaikan dia mula timbul. Kasih sayang dia pada anak – anak cukup kuat hingga dia boleh berubah daripada malas bekerja dan penagih kepada lebih bertanggungjawab. Aku bersyukur sangat. Rezeki kami dan anak – anak makin meluas.
Kami dah pun memiliki kereta dan rumah. Tapi tabiat menipu dan temberang masih ada hingga ke hari ni. Kadang – kadang barang kemas aku pun dia jual. Alasan paling bodoh yang selalu dia bagi, takde duit. Pasal duit tak payah cerita la. Selalu lesap dalam dompet aku.
Tapi aku tak kisah sangat la. Malas nak gaduh dah. Anak – anak pun dah besar. Hingga ke hari ni, selepas aku lahirkan anak kami yang ke 6, aku berhenti kerja. Seribu kali fikir dah. Dengan gaji kecil, aku tak mampu nak membayar duit asuhan untuk 3 orang anak yang masih kecil.
Sekarang aku suri rumah tangga sepenuh masa. Untuk cari rezeki, aku buat kuih muih. Aku rasa tertekan sangat. Kepenatan aku berlipat kali ganda daripada masa aku bekerja dulu. Nak uruskan anak – anak dan pagi pagi pula kena buat kuih muih. Memang serabutkan otak aku. Masalah anak remaja aku lagi. Kewangan lagi.
Kalau tak buat kuih, takde duit untuk makan. Gaji suami cukup cukup untuk bayar bil dan bank. Cukup tertekan bila anak dan suami bermasalah macam musuh. Aku pula jadi orang tengah. Anak aku mula membenci bapa dia sendiri disebabkan cara layanan dia terhadap anak lelaki dan perempuan. Dia pilih kasih. Aku sendiri pun dah puas nasihat.
Suami aku ni macam ada sedikit masalah perasaan dan hati min. Apa aku nak buat min? Aku semakin benci dan bosan nak menghadap perangai dia hari hari min. Tambah pula aku duduk rumah 24 jam. Aku semakin tension. Tak cukup tu, hari – hari ada je nak bertekak dengan dia.
Bertambah pula anak – anak semakin remaja. Ya Allah. Terasa nak campak je kuih dekat muka dia masa aku buat kuih. Aku cakap perlahan – lahan sebab tak nak bagi anak – anak dengar. Tapi dia tak faham. Kami ni ada masalah komunikasi.
Suami aku jenis susah nak faham bila kita cakap. Nak kena terangkan satu satu. Memang kategori lembab sangat. Hilang sabar aku min. Dah tua – tua macam ni, suka sangat membebel. Kalau kena tempatnya tak apa la. Dalam otak aku ni selalu berkata kata, “Ni ke nasib aku? Dapat laki tak berpelajaran. Fikiran dia pun tak boleh nak berfikir sendiri. Semua benda nak kena bagitahu.
Nak bagitahu pula kena betul betul jelas.” Tension min. Aku menghadap dia selama 16 tahun dengan macam – macam kerenah. Malas nak layan dah bila dia bercakap. Buat bodoh je. Layan kang nak perang saja. Apa la cubaan Mu…
Komen Netizen :
Abeawi Ali : Memang awak seorang yang sabar, cekal dan tabah pun. Kerana faktor nilah, suami awak ambil kesempatan terhadap awak. Memang sabar kita sebagai manusia biasa ada tahapnya. Orang kata tak elok menderhaka pada suami. Tapi ramai suami yang tak sedar tindakan dan tutur kata mereka membuatkan isteri bertindak sedemikian.
Kak Engku : Sebab buat bodoh tulah benda jadi makin melarat. Sikap anak tu jadi kurang sopan mungkin sebab takde didikan agama yang bagus. Apa kata masukkan anak ke kem motivasi di masjid bila cuti sekolah ni. Tak silap aku di masjid ada bahagian kaunseling untuk remaja yang bermasalah. Pergi minta bantuan dekat sana. Bab suami tu pula, apa kata rajin bangun malam dan sujud pada Allah. Minta jalan petunjuk yang terbaik.
Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.