
Selepas bercerai, aku mula pasang badan pergi gym, kurus bergaya, sampai orang panggil Janda Hot. Bekas suami mula tak senang duduk. Dulu dia kata aku mandul, perempuan murah, sekarang setiap hari dia intip aku walaupun dah kahwin. Perniagaan bekas suami lingkup kereta BMW dia kena tarik..
#Foto sekadar hiasan. Salam min harap boleh share kisah aku pasal bekas suami giIa talak sampai ke hari ni dah 3 tahun bercerai masih kacau aku. Aku tahu dia akan baca post ni sebab dia dan kawan – kawan followers tegar page ni.
Kisahnya dulu pada 2019 aku kahwin 4 tahun setengah dengan bekas suami, bekas suami panas baran dan mudah naik tangan, baru kahwin dah makan penampar kat muka kiri kanan. Kami tiada anak, aku pernah mengandung tapi kerap gugur.
Hasilnya badan jadi gemuk sampai 80 kilogram, suami tak bagi pergi gym atau bersenam sebab takut sukar mengandung. Dia tak bagi aku bergaya lebih, tak bagi selfie, tak bagi mekap tapi akhirnya suami di akhir perkahwinan berlaku curang dengan perempuan slim melim, s3ksi, bergaya, bermekap tebal, sosiaI, rambut blonde dan lebih muda.
Ok aku tak kisah, aku tinggalkan dia dengan mulakan hidup baru sehelai sepinggang. Satu harta benda dari rumah tangga kami aku langsung tak ambil. Setelah bercerai tahun 2023, bekas suami kahwin baru di Thailand secara diam – diam dengan salah seorang girlfriend dia.
Aku pula selepas bercerai mula pasang badan pergi gym, jadi slim, mula bergaya, sampai orang panggil Janda Hot. Ramai lelaki nakkan aku apatah lagi perniagaan produk kesihatan yang aku asaskan menjadi laris satu Malaysia. Perkara ni bekas suami tak boleh terima dan dia sanggup upah blogger untuk buat post burukkan perniagaan aku.
Dia sabotaj bisnes aku setiap hari. Walaupun bekas suami dah berkahwin baru dia masih mer0yan, giIa talak, dan selalu update burukkan pasal aku di Facebook melalui akaun fake dan akaun wife dia. Dulu sebelum ceraikan aku, dia selalu psiko kata aku mandul, janda lobos, perempuan murah dan macam – macam lagi.
Aku buat tak tahu je sebab aku kesian tengok dia macam orang giIa hari – hari dok sebut, dok stalk aku di segala media sosiaI. Ditakdirkan tahun lepas 2025 aku berkahwin baru dengan seorang lelaki bujang yang jauh lebih baik, penyayang dan berkerjaya.
Dia selalu manjakan aku, dia bagi duit aku shopping baju baru, dia selalu sweet dengan aku dan gambar – gambar sweet kami selalu dipaparkan di Facebook dan bekas suami tengok semua ni dan dia tak puas hati. Suami baru tak pernah angkat tangan mahupun tinggikan suara.
Rezeki kami. aku kahwin baru 3 bulan dah mengandung. Bekas suami tak boleh terima sampai update di Facebook kata aku palsukan pregnancy padahal ada bukti ultrasound dari hospital, rekod doktor semua. Suami baru aku juga pernah sound dia di Facebook dan ajak jumpa di balai polis tapi dia takut.
Allah tu Maha Adil atas perbuatan bekas suami aku mengganggu rumah tangga aku, ditakdirkan bekas suami pula yang bercerai dengan bini baru kerana cemburu buta dan pukuI. Bini baru siap contact aku di Instagram dan tunjukkan gambar – gambar kena pukuI semua.
Bini baru bagitahu aku walaupun mereka berkahwin bekas suami 24 jam stalk aku di sosiaI media setiap hari. Hati bekas suami tak tenang tengok aku dah bahagia. Selepas dia bercerai kali kedua lagi teruk dia ganggu rumah tangga aku.
Boleh kata hampir setiap hari dia post pasal aku di fake Facebook account dan cuba memburukkan aku. Dia ganggu bisnes aku sampai buat Facebook page semata – mata nak bebas kutuk dan edit gambar aku macam – macam di sana. Aku tak melenting atau balas balik pun malah aku dan suami rasa kesian dekat dia sebab sekarang dah nak masuk 3 tahun dah bercerai tapi dia masih giIa talak kat aku.
Lagi dia update pasal aku, lagi suami baru rasa yakin yang dia buat pilihan yang tepat untuk memilih aku. Aku tak sangka kehilangan aku dalam hidup bekas suami boleh berikan impak yang sangat besar dalam hidup dia. Betullah apa orang cakap kita hanya akan rindukan seseorang hanya apabila kita kehilangan dia.
Ayat – ayat dan post dia di Facebook tentang aku menggambarkan orang yang mental depr3ssion. Aku takut dia bvnvh diri je. Dia gigih cuba tarik perhatian aku setiap hari seperti orang berd3ndam. Selepas kami bercerai dia hilang segalanya Allah swt balas cash.
Sedang bercerai ketika tu dia berfoya – foya di kelab malam sampai perniagaan lingkup, BMW 5 Series kena tarik, harta benda kena jual dan dia sekarang ada motor cabuk je. Harapan aku dengan baca post ni bukalah mata dia untuk terima hakikat aku dah bahagia dengan hidup aku sekarang. Bekas suami ada degree ada bakat ada kepandaian lain, lebih baik fokus tingkatkan potensi tersebut daripada asyik mengganggu hidup aku.
Apa saja yang dia nak lakukan sekarang dah terlambat, dia tak boleh patah balik masa. Aku dah move on. Jadikanlah kisah aku sebagai iktibar wahai suami semua. W4rga FB, tolong bagi komen di bawah agar bekas suami aku baca dan dapat teruskan kehidupan dia macam biasa. Aku kesian dekat dia. Kalau boleh aku nak bagi bekas suami aku pada mana – mana perempuan yang kesunyian agar dia dapat isi masa dia yang lapang tu.
Ulasan pembaca :
Nurhidayah Hasim : Tak payah la nak bagi perempuan lain kalau bekas suami tak move on. Nanti mer4na hidup anak orang. Biarlah masa mengubah seseorang menjadi lebih baik dan ambil pengajaran sebelum bertindak sesuka hati. Sekarang awak dah bahagia tak payah fikir pasal dia. Allah tahu apa yang terbaik buat dia kalau dia dah insaf. Jaga je family baru awak baik – baik ok. Alhamdulillah semoga bahagia dunia akhirat.
Aliff Asyraff : Terbukti anda wanita yang tabah dan baik hati. Semoga kebahagiaan sekarang kekal dengan suami baru. Jaga diri dan baby sebaiknya, rezeki Allah beri. Nasihat aku, kurangkan post di media sosiaI pasal peribadi terutama pasal kandungan awak. Jadikan rahsia sebab mengandung ni kalau ada yang tak senang macam – macam boleh jadi.
Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.