Kak ipar menumpang rumah mak sebab abg saya dalam pusat serenti. Satu hari, mak intai bilik kak ipar, ada lelaki atas katil

Mak terus lari tunggu luar rumah. Mak nampak lelaki itu keluar dari rumah dan pergi dekat motosikal. Bila mak tegur dan tanya lelaki tu, dia mengelak dan menafikan. Tapi dia tak sedar, yang dia pakai selipar mak..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua w4rga FB. Tujuan saya menulis ni adalah untuk minta pandangan atau cadangan tentang masalah yang sedang saya dan keluarga hadapi. Ceritanya begini..

Beberapa bulan yang lalu, abang saya dan isterinya telah ditahan oleh pihak polis atas kesalahan menghisap d4dah. Selepas perbicaraan di mahkamah, abang saya telah dijatuhkan hukvman dihantar ke pusat pemulihan d4dah (serenti) selama dua tahun, manakala isterinya dibebaskan dengan syarat pengawasan selama dua tahun.

Kakak ipar saya ini kemudian tinggal di rumah emak saya bersama – sama dua orang anaknya yang berumur 11 dan 19 tahun. Kakak ipar saya tak bekerja, jadi dia berg4ntung sepenuhnya kepada emak saya untuk menanggung segala perbelanjaan harian.

Anak sulungnya sudah bekerja, namun anak yang lebih kecil masih bersekolah. Oleh sebab itu, emak saya terp4ksa menguruskan segala keperluan rumah dan persekolahan cucunya. Setiap bulan, kakak ipar perlu menghadirkan diri ke Agensi Anti D4dah Kebangsaan (AADK) untuk menjalani ujian air k3ncing.

MaIangnya, berdasarkan rekod yang diperoleh, dia masih positif d4dah. Kami pula pernah mendengar daripada jiran dan melihat sendiri beberapa kali dia keluar rumah tanpa memberitahu sesiapa dan dia tidak akan balik berhari – hari.

Apabila dia ada di rumah, dia lebih suka mengurung diri di dalam bilik, terutama apabila emak ada di rumah. Namun, jika emak keluar, barulah dia berani keluar dari bilik untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa. Satu peristiwa yang benar – benar buat kami terk3jut, berlaku pada suatu pagi.

Masa tu, emak keluar ke kedai untuk beli barang dapur. Bila balik ke rumah, emak tengok pintu belakang rumah berkunci, sedangkan sebelum keluar tadi emak tak pernah pun kunci pintu belakang. Emak juga nampak sebuah motosikal diletakkan di bawah pokok belakang rumah kami.

Emak macam pelik lah, siap cakap dalam hati, “Motosikal siapa plak ini?” Tapi mak masuk jugak dalam rumah. Ketika dekat  dapur, emak cuba menjenguk ke arah bilik kakak ipar melalui tingkap kecil. Tiba – tiba emak ternampak seorang lelaki sedang baring di atas katil di dalam bilik tersebut.

Terk3jut dengan situasi itu, emak cepat – cepat keluar dari rumah. Selepas beberapa ketika, emak melihat lelaki itu berada di kawasan luar rumah, berhampiran motosikal yang emak tengok sebelum ini. Emak memberanikan diri bertanya kepada lelaki itu, “Awak dari rumah saya ke?”

Tetapi lelaki itu menafikan tuduhan tersebut. Tapi, emak tahu dia tipu sebab lelaki tu pakai selipar emak. Akibat kejadian tersebut, emak memarahi kakak ipar. Emak tegur dengan tegas, “Kalau nak buat maksi4t, jangan dalam rumah aku. Kalau kau dah tak boleh menunggu suami kau keluar dari pusat pemulihan, pergi tuntut cerai di pejabat agama!”

Kakak ipar hanya diam dan tidak memberikan sebarang jawapan. Sejak hari itu, kakak ipar keluar dari rumah kami dan tidak balik – balik. Namun, anak – anaknya masih tinggal bersama emak, dan emaklah yang terus menguruskan segala keperluan harian mereka.

Emak ada bagitahu, bahawa kakak ipar kadang – kadang balik ke rumah untuk mengambil pakaian dan terus keluar semula tanpa bertegur dengan sesiapa walaupun anak – anak dia. Emak saya biasanya berada di rumah sepanjang masa.

Namun, ada kadang – kadang emak akan ke Kuala Lumpur (KL) untuk uruskan hal – hal tertentu di rumah adik beradik yang lain. Kebetulan, pada minggu ini emak berada di Kuala Lumpur dan dijangka akan pulang pada hari Jumaat.

Semalam, saya mendapat panggiIan daripada kakak yang tinggal berdekatan dengan rumah emak. Dia bagitahu, kakak ipar bawa lelaki ke rumah sekali lagi. Kali ini, anak saud4ra kami yang sedang balik ke kampung turut melihat kejadian tersebut.

Dia ternampak seorang lelaki sedang baring di atas sofa sambil menonton televisyen. Saya tidak dapat membayangkan betapa tidak malunya tindakan itu, lebih – lebih lagi dilakukan di rumah mertuanya sendiri dan di hadapan anak – anaknya!

Untuk mengelakkan perkara ini berlarutan, emak telah meminta jiran – jiran supaya melaporkan kepada pejabat agama jika ternampak motosikal yang sama berada di kawasan rumah kami. Namun, pada pendapat saya, tak wajar untuk berharap jiran – jiran memantau rumah kami sepanjang masa kerana mereka juga ada urusan hidup masing – masing.

Tambahan pula, salah seorang anaknya masih berada di rumah ketika insiden ini berlaku. Saya tak faham betul, macam mana kakak ipar takde perasaan malu sikit pun terhadap perbuatannya. Kami sebenarnya dah cuba call pejabat agama untuk report hal ini.

Tapi, mereka cakap, mereka hanya boleh bertindak jika orang yang terlibat berada di dalam rumah pada waktu aduan dibuat. Pegawai agama juga bagitahu, mereka tak dapat berulang kali datang untuk membuat pemeriksaan.

Mereka siap bagi amaran, jika ada orang lain di dalam rumah pada masa serbuan, orang tu boleh didakwa bersubahat. Masalah utama kami adalah kakak ipar tak selalu berada di rumah, dan dia datang ke rumah secara rawak tanpa jadual tetap.

Dah tu, memang susah lah nak tangkap kehadiran lelaki tu pada masa yang sama. Saya kecewa jugak la dengan prosedur macam ni. Kami juga telah berbincang dengan ibu bapa kakak ipar untuk meminta mereka campur tangan.

Namun, mereka seolah – olah tak mahu ambil tanggungjawab. Sebabnya, mereka cakap, kakak ipar tak pernah balik ke rumah mereka, dan mereka serahkan sepenuhnya kepada emak saya untuk membuat apa sahaja keputusan.

Saya juga difahamkan bahawa sejak zaman sekolah lagi, kakak ipar memang terkenal sebagai seorang yang degil dan tak boleh ditegur. Sebab itu, ibu bapa dia sudah hilang sabar dan tidak mahu peduli lagi. Tapi bagi kami, sikap menyerah bulat – bulat seperti ini memang tak bertanggungjawab.

Anak kau kot, mak saya plak nak kena tanggung beban. Kami dah tak tahu apa lagi tindakan yang boleh kami buat. Saya dan keluarga harap sangat kakak ipar ditangkap bersama lelaki itu oleh pihak berkuasa, senang proses perceraian dengan abang kami nanti.

Kami tak mahu bila abang keluar dari pusat pemulihan nanti, dia terjebak semula dalam masalah d4dah akibat pengaruh buruk isteri. Saya nak minta pandangan dan cadangan daripada semua pembaca. Apa langkah terbaik yang boleh kami ambil dalam keadaan macam ni?

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.