Kak ipar minta pinjam 10k lepas dia kena cerai. Kami bagi sebab kesian. Sekali jumpa resit dia belikan kereta untuk kekasih baru

Tiba – tiba satu malam ada sebuah kereta penuh barang dalam tu sampai depan rumah kami. Rupanya si kakak dengan suami baru dia. Dorang kata, dah kena halau dengan mak mertua. Jadi nak pinjam duit 2k untuk deposit rumah.

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua buat pertama kali aku berkongsi pengalaman ni pada umum. Aku kenalkan diri aku sebagai Gee berusia pertengahan 30-an seorang isteri yang comel dan mempunyai 4 orang cahaya mata.

Perkahwinan bersama suami hampir 14 tahun bersama. Syukur alhamdulillah dikurniakan suami yang masih lagi bertanggungjawab. Doakan perkahwinan kami hingga ke akhir hayat ye. Penceritaan di sini bukan berkaitan rumahtangga tetapi ragam ipar duai yang tak sesudah nak meminjam duit dengan suami dan kadang – kadang dengan aku.

Suami aku ada 6 beradik dan di antara adik beradik dia adalah yang paling “menjadi” maksudnya dikurniakan dengan pekerjaan tetap dan stabil. Ada seorang kakak dan yang lain adik lelaki. Nak dijadikan cerita pada awal perkahwinan kakak ipar adalah seorang yang berduit.

Masa kami baru berkahwin memang dia banyak belanja kami cuma satu je per4ngai dia yang tak boleh tengok orang lebih dari dia. Jadi, awal perkahwinan kami si kakak ni banyak juga la bantu kami tapi kami tapi setiap kali kami pinjam duit kami tak pernah tak bayar.

Alhamdulillah suami sejenis yang tak suka berhutang walau dengan adik beradik sendiri. Nak dijadikan cerita masuk perkahwinan kami yang ke 5, kami dik3jutkan dengan kisah penceraian kakak suami secara meng3jut. Mulanya kami ingat ex kakak yang buat hal.

Jadinya si kakak ni nak meminjam la duit dengan suami. 10k ye bukan sikit – sikit katanya nak mulakan bisnes baru peluang bagus. Suami berat sangat nak bagi tapi disebabkan aku pujuk kenangkan pelbagai bantuan yang kakak dia pernah bagi masa tengah ada dulu kami pasrah.

Sebab kami fikirkan dia baru je bercerai so takpelah kita bantu mana yang mampu. Kakak berjanji nak bayar bulan – bulan pada suami. Jadi suami pun buatkan loan 10k sepanjang tempoh 10 tahun. Sebulan lepas tiba – tiba, si kakak excited bercerita pada aku katanya berkenalan dengan seseorang.

Sebenarnya masa dia dengan ex suami dia pun ada hubungan dengan orang lain. Aku cuma dengar je segala cerita dia. Masa ni aku macam b0doh – bodoh sikit tak pandai nak menjawab so iyakan jela apa yang dia cerita. Konon nak jadi adik ipar yang mithali hahaha sekarang dah jadi adik ipar from the ner4ka, haha. Ok sambung balik..

Lepas tu tak lama lepas tu dia kata ada kereta baru katanya teman mesra dia hadiahkan tapi ada satu hari tu aku kemas – kemas rumah dia (dia ni bab melawa kemain tapi rumah macam tongkang pecah sikap dia dari perkahwinan yang pertama jenis pemalas nak kemas rumah)

Aku terjumpa resit deposit kereta, nama lelaki dan deposit tu 8k tarikh pulak selepas suami aku bagi duit 10k pada kakak dia. Aku dah mula syak sesuatu. Aku tunjukkan pada suami, suami diamkan. Dia kata nanti kita tengok dulu.

Pada masa tu si kakak ni kemain la happy sebab setiap kali jumpa kami aku la yang terp4ksa mendengar drama cinta dia. Kadang – kadang rasa macam ditokok tambah untuk sedapkan drama cinta sejati dia. Long story short, si kakak ni dah buat persiapan nak kahwin dengan teman mesra dia.

Oh lupa teman mesra dia ni muda 7 tahun ye dari kakak suami. Bila tengok rupa memang hensem la orangnye. Kami tak pernah jumpa. Katanya kerja bagus – bagus. Segala persiapan dia buat sendiri. Suami ada pesan dengan kakak dia, lelaki bujang ni mana nak terima macam tu je janda anak 4 ni, si kakak beria menafikan katanya teman dia ikhlasssss.

Aku memang tak sedap hati. Sekali satu hari tu aku tergerak hati nak skodeng teman mesra kakak suami. Yela nak tahu jugak sape dia kan. Aku pun mulakan kerja stalker hehe taip nama lelaki tu sebab tak silap aku diorang tak jadi nikah katanya lelaki tu ada masalah. Tiberrr…

Tahu tak lepas aku dah taip nama lelaki tu aku terjumpa sesuatu… jeng jeng jeng… gambar bahagia lelaki tu bersamai isteri baru dia ye. Gambar photosh00t nikah, sanding, outdoor. Nahhhhhh kantoi la segala sandiwara lelaki tu memang dia nak mempergunakan kakak suami je.

Sebab duit kereta tu kakak suami yang bayarkan. (eh b0dohnye) haha maaf teremosi. Aku pun terus ambil gambar hantar dekat suami aku. Noh rokiah terk3jut suami aku terus dia bagitau kakak dia. Ape lagi tak lama lepas tu telefon aku berdering.

Suara kakak suami tengah meraung macam orang m4ti laki. Aku pesan dan pujuk pada kakak sudahlah kenangkan si lelaki tu. Ok duit pinjaman yang suami aku pinjamkan si kakak dah mula bagi macam – macam alasan. Setahun je dia bayar elok. Lepas setahun macam – macam alasan dia bagi.

Dan yang paling aku geram dia berkenalan lagi dengan suami orang main motor berkuasa tinggi pulak. Kemain bangga menayang naik motor dengan laki orang. Tak nak kalah you. Masa ni tahap kesabaran aku da sampai limit.

Sekali cek nombor motor tu noh bukan lelaki tu punya nama orang lain. Yang suami orang ni bukan ada apa sangat kerja dengan orang je tapi kata kakak suami orang ni ada kedai sendiri ceh. Sekali lagi aku stalk nah kantoi segalanya.

Aku naik geram buat hal lagi perempuan ni. Sekali lagi suami aku naik angin. Mula cari kakak dia. Satu hari dia off phone dan tak tahu sembunyi dekat mana, aku dan satu keluarga mertua aku puas cari. Dan malam baru dapat jumpa dia kami basuh dia kawkaw.

Korang bayangkan dia sanggup pinjam ahl0ng untuk buka kedai barang – barang motor dengan suami orang tu. Ya Allah masa ni aku pun basuh dia cukup – cukup memang aku hilang hormat dah. Aku cakap sebab jantan kau jadi b0doh macam ni.

Dan masa ni dia dah tak pakai tudung dan sm0king ye. Memang teruk sangat. Lepas tak lama kes tu ok sikit jumpa pulak orang lain. Tiba – tiba kata nak nikah. Sampai bab nak nikah si kakak ni mesej suami kata nak pinjam duit dekat suami untuk beli baju nikah.

Apa lagi dapat dekat aku, terus aku bahasakan kalau nak menikah takde baju nikah pun boleh nikah la bukan syarat wajib pun. Memang kawkaw aku basuhkan. Kau yang nak nikah sibuk menyusahkan orang. Lepas tu dia pun macam tak bersalah buat drama macam jadi m4ngsa.

Memang aku tak bagi suami bagi kakak dia pinjam. Nasib suami aku dengar. Kalau tak dengan suami aku sekali kena basuh hahaha masa ni aku memang dah takde tolak ansur lagi dah. So bernikah la diorang. Suami baru ni pulak muda 14 tahun dari dia tapi duda anak satu.

Takpelah nikah la. Lepas nikah dia terus sepikan diri so anggap jela dia da ok la kot. Nak dijadikan drama lagi aku ingat dah habis. Eh.. tiba – tiba satu malam ada sebuah kereta penuh barang dalam tu sampai depan rumah tengah malam macam tu ye.

Aku ingat sape rupenye si kakak dengan suami baru dia. Dengan serabainye laki bini tu datang katanya balik kampung sekejap. Aku dengan suami mushkil tengok barang diorang penuh dalam kereta. Lepas ditekan dan soal rupenye diorang kene halau dengan mertua dia.

Hermm aku dah agak. So sekali lagi si kakak nak pinjam duit untuk deposit rumah. Dia mintak 2k ye. Aku dengan suami aku memang tak lelap mata malam tu. Bayangkan masa tu saving ada untuk buat aqiqah anak kami tapi tetiba jadi macam ni.

Sekali lagi aku pujuk suami takpela bagi je dia pinjam dari dia laki bini duduk rumah kitorang plak lepas ni. Aku memang tak nak duduk serumah dengan dia. Sebab boleh kata aku ni serupa macam bibik ye. Dia sedap menggoyang kaki tapi tak sedar diri.

So esoknya suami pun bagi pinjam 2k. Suami baru kakak kata nak bayar sikit – sikit bulan – bulan. Ok kami pegang janji. Sebulan dua bulan setahun masih tak bayar. Macam – macam alasan. Aku pernah bising dengan suami tapi suami aku diamkan je sampai kami pernah berg4duh besar ye sebabkan kakak dia.

Kadang – kadang aku curi – curi baca whatsapp suami aku tengok mesej kakak dia kerap sangat pinjam duit tapi suami kadang – kadang bagi RM50 – 100. Janji tinggal janji jugak. Yang terbaru, kereta dia eksiden, kami ada 3 biji kereta.

Ada satu proton suami aku memang jarang pakai. Lepas eksiden dia terus call suami aku kata nak pinjam proton tu. Aku memang tak bagi ye tapi suami aku ni sebabkan dia kata proton tu jarang pakai so dia bagi kakak dia guna.

Tetibe kata nak jual so suami suruh bayar 2k je untuk proton tu. Oh macam biasa la ayat dia bulan – bulan nanti dia bayar ye. Janji tinggal janji dah setahun guna kereta seposen pun tak pernah bayar. Pernah dia nak pinjam dengan aku katanya nak beli pampers anak dengan susu anak.

Boleh kata itu jela alasan kukuh dia tiap kali nak pinjam dengan aku. Masa tu aku tengah buat satu bisnes memang income tengah sedap jugak tapi aku tak bagi sebab aku tahu aku takkan dapat balik duit tu. Nak tahu apa kata dia?

Masa tu ada kenduri keluarga eh dia perli aku depan semua saud4ra mara kata aku kedekut, aku baIas balik duit aku suka hati aku la nak buat ape. Ha kau diam! Dasar tak malu nak duit orang je. Aku penat kerja bukan untuk bagi kau pinjam.

Itupun aku buat untuk bantu suami aku sebab anak kami 3 orang dah bersekolah rendah memang pakai banyak duit la. Lepas tu ada lebih pergi healing anak beranak. So dia jadi cemburu la dengan hidup kami. Ada aku kisah? Hahaha.

Baru lagi ni eh sedap je minta nak suruh suami aku PAM MODAL RM500 untuk meniaga dia ye. Aku tak tahu la dia ni meniaga jenis macam mana. Manjang la asyik kene sih1r je hahaha. Aku memang tak pernah percaya cerita dia lepas kes kami berg4duh besar yang pertama kali tu.

Aku cakap dengan suami aku sudah cukup tak payah nak bantu dia lagi. Lagipun dia dah berlaki. Aku tak tahu la ape fungsi suami dia tu kawen dengan dia. Asyik la mengharapkan suami aku je. Bab hutang liat nak bayar kalau berjalan berlagak kemain lagi cerita pun tak nak kalah tapi tak sedar diri meminjam duit orang tak pernah nak bayar.

Tu baru dengan kitorang. Dengan orang lain aku tak tahu la berapa ribu dia pinjam and ani4ya orang lain. Sebab pernah ada orang lain call aku cari dia suruh bayar hutang. Memang aku dengan suami meng41muk la dia berhutang orang cari kitorang pulak.

Ikutkan cerita ni sikit je tapi cukup la setakat ni je aku kongsikan. Bila orang tanya kenapa pinjam puntung api? Korang boleh tengok kan pinjam tak berbayar ibarat macam api terbakar lepas tu terpadam macam tu je. Gitu la perumpaannya orang tua selalu cakap. Jenis suka meminjam tapi susah nak bayar.

Ikutkan hati aku nak je viral muka dia supaya jangan orang lain jadi m4ngsa dia tapi biarlah aku doakan agar dia diberikan hidayah untuk bertaubat dan setelkan hutang orang sebelum ajaI menjemput dia. Umur pun dah 40-an rumah kata pergi kubvr kata mari.

Nak tunjukkan muka pun kakak suami aku. Buruk baik pun kakak suami aku. Tapi aku dah cakap dengan suami aku, aku tak nak berurusan apa – apa lagi dengan kakak dia. Aku nak jaga hati dan mentaI aku dan sekarang ni aku dah block segala media sosiaI kakak suami dan aku block nombor dia.

Malas dah aku nak rapat dengan manusia t0ksik macam ni. Mujurlah suami aku takde la terlalu memihak pada kakak dia sebab dia dah letih kot dengan ragam kakak dia yang suka PINJAM PUNTUNG API tu haha. So ini jelah yang aku nak kongsikan pada semua.

Pengajarannya tak payah la bagi pinjam duit dekat orang. Biar la orang nak kata kau kedekut ke apa sebab apa nanti jadi macam aku dengan suami aku la. Terima kasih lah sudi baca coretan aku ni ye. Mohon komen yang murni – murni je, hahaha. Assalamualaikum. – Gee (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Pn Aishah Razali : Tapi sikap TT yang last tu bagus tegas dengan suami. Memang elok nak buat baik dengan adik beradik tapi ni melampau sangat. Nampak sangat si kakak tu nak amik kesempatan. Zaman sekarang ni tak payah da nak bagi pinjam dengan orang.

Cukup la sedekah mana yang ada. Jadi macam ni memang panas ati la kan. Berjalan ada duit nak bayar hutang takde duit. Pape pun tq Tt untuk pengajaran dari kisah TT. Aku harap si kakak ipar TT tu berubah la ye sebelum Tuhan jemput nyawa dia tu.

Izzuewana Darias : Dalam dok cerita taknak taknak taknak dah tapi bagi jugak lagi duit 50 – 100 pon duit jugak, spesis macam ni selagi ada orang bagi selagi tu la per4ngai tak ubah. Patutnya masa kena halau dengan mertua dia, korang buat tak kisah je mengenangkan penipuan dia sebelum – sebelum tu dengan hutang tak bayar.

So 2x hutang tu tt sendiri yang suruh suami, bukan suami hegeh nak tolong kakak dia. Kalau nak tolong orang macam ni, tolong jangan kasi dia mudah – mudah dapat bila meminta. Biar ada desakan nak cari nafkah untuk family sendiri, dah berlaki dah pon.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.