Hari kejadian, aku kena m4ki sebab makanan tak cukup. Letih memasak lima jenis hidangan untuk 50 orang. Padahal kak ipar aku boleh je ambil catering. Tuan punya majlis siap mekap seinci, mak mertua mengeluh aku buat kerja lambat..
#Foto sekadar hiasan. Assalammualaikum dan hello semua pembaca! Aku dah berkahwin dengan pilihan hati, cinta hati selama 4 tahun. Alhamdulillah, ada anak sorang. Mertua aku kata anak korang (aku dan suami) sikit jelah, tak payah ramai anak. Susah nak bela, korang miskin takde duit. Laser tak mentua aiii?
Aku tak kerja, itu yang mentua dok marah sebab anak dia je yang kerja. Mak mertua pula dah biasa kerja masa muda – muda. Memang cekal. Kuat kerja. Tu dok pelik aku tak kerja. Aku pun pelik kenapa lepas aku bersalin, aku dapat offer baik tapi aku lepaskan..
Oh ya. Aku lepaskan sebab suami aku yang suruh duduk je lah jaga anak kita. Dan akhirnya aku cuma surirumah yang hanya duduk saja di rumah. Pada mata suami dan keluarga mentua, aku duduk saja – saja. Selak majaIah, Minum teh. Sambil check FB, goyang kaki sepanjang hari.
Dalam perkahwinan kami yang serba green ni, acapkali aku mintak cerai. Maaf, memang Allah murka dan tak suka. Selain s3tan yang hasut, aku memang dah tak tahan. Tak tahan dengan suami dan keluarga mertua. Mertua aku, aku hormat macam mak sendiri.
Masa aku kerja dulu, duit kat dia aku bagi tiap bulan. Dari gaji aku sendiri. Aku masakkan apa yang dia suka. Lama ye, nak tau dia suka makan apa. Dekat 3 tahun, macam – macam dia tong sampahkan masakan aku. Tak biasa katanya. Sedih sebab ibu aku ajar jangan memilih makan.
Cakap pasal ibu, terasa juga dengan mertua seolah tak suka dengan ibu aku. Kalau ibu ajak ke rumah, tak mau datang. Malas. Ajak beraya pun sama, taknak. Ajak gi terawih pun tak mau. Pendek kata ibu aku ajak memang tak nak gi. Ok. Aku paham. Mungkin kami ni bukan orang senang.
Selama 4 tahun kahwin, keputusan dalam rumah ni, banyak dipengaruhi oleh keluarga mentua. Susah aku nak ubah mentaliti ni. Dan suami aku juga tak nak berubah menjadi matang. Bayangkan susu formula anak pun tanya keluarga mentua. Bukan nak galakkan susu badan. Sampai mer0yan aku dibuatnya!
Ok aku paham kalau bab benda besar, dan nak dapatkan restu tu oklah nak tanya. Tapi pasal benda remeh temeh pun semua nak cerita kat mentua. Kat keluarga. Ipar duai semua tau masalah dalam rumah. Yang mentua lupakah anak sudah beristeri? Biarkanlah dia jadi matang. Bagi dia buat keputusan sendiri. Let him grow up. Dia adalah ketua keluarga kami.
Aku tak nampak benda tu berlaku pun. Aku letih lah orang lain yang sail our marriage ni. Termasuk kak long, kakak ipar aku yang dominan ni. Serba sedikit la pasal Kak long, dia dah kahwin dua kali. Ada anak 4 orang, anak tiri 4 orang.
Anak- anak membesar dengan mertua dan ada bibik. Dia sangatlah sibuk. Maklumla businesswoman. Kaya dan gemar ambil kesempatan. Pernah sekali nak buat kenduri sempena birthday anak dia. Masa minta tolong bukan main lembut lidah.
Hari kejadian, aku kena m4ki sebab makanan tak cukup. Letih memasak lima jenis hidangan untuk 50 orang tak hilang, sambung goreng ayam sebaldi. Mentua pulak mengomel aku buat kerja lambat.. Rosak majlis katanya.
Tuan punya majlis, mekap seinci. Nak masak kenapa pulakkan! Sedangkan boleh je ambil catering, kayakan tapi aku kan adik ipar yang tak reti say no! Malam lepas majlis, aku flat habis. Suami rasa bersalah dan dia mula terasa kak long memang membuIi aku.
Tapi sebab kak long orang kaya, jadi benda ni dia pejam mata je. Yelah, kata keluarga dorang, kak long ni dah banyak menyumbang, terhutang budi la kiranya. Aku la dok tanggung. Masa kak long jatuh s4kit, aku datang rumah jaga anak – anak dia.
Ujung – ujung, post kat fb kata anak – anak tak terjaga. Pakat habis semua sed4ra mara call tanya aku kenapa tak tolong jaga sebab kami duk dekat ja. Ok aku telan semua ni sebab adik laki tunggal dia pilih aku bukan adik angkat dia. Kira aku bukan adik ipar dan menantu pilihan keluarga mertua.
Lama aku pendam. Banyak sangat aku makan hati. Lama – lama aku jadi pend3ndam. Aku berlakon baik – baik je depan keluarga mentua. Balik rumah aku mer0yan depan cermin dekat bilik air. Cakap dengan suami tak jadi apa pun. Dia hanya biar aku melalak. Esok dia pujuklah. Cita end macam tu ja. Takda solution.
Orang kata mahar rendah lagi mulia. Macam aku, aku rasa direndah – rendahkan je aku. Macam tak layak duduk dalam kelompok diorang. Terbaru.. kak long cuba s4kitkan hati aku dengan perkhabaran tentang bekas teman wanita suami aku.
Dia pikir mungkin aku akan melatah. Oh no. Not today! Walaupun suami aku macam terk3jut, mungkin lama tak dengar khabar. Tiba – tiba muncul. Kebetulan tiptop pulak perempuan tu. Nasib dah kawin.. Lega sikit hati.
Oh lega tu tak sampai mana lah. Aku check hp dia, amboiii banyak nau social media.. Chat apps berapa jenis ntah. Ada yang aku dah w4rning suruh stop tapi dia tak peduli. Lupa agaknya aku masih simpan bukti chat dia dengan pompuan lain. B0dohkan aku? Masa bercinta pun dua kali buat hal. Ada satu tu, sebulan sebelum kahwin. B0doh – b0doh…
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.