Bayangkan kalau raya, 2 tahun sekali kena tukar langsir dan karpet. 3 – 4 tahun sekali kena tukar perabot, baru meriah. Juadah raya kena pelbagai, baru nampak kaya..
#Foto sekadar hiasan. Baru ni ada confession tentang suami yang jadi tempat sand4ran keluarga. Kalau ikut Islam, memang tak salah untuk anak lelaki membantu ibu bapanya. Akan tetapi turutan nafkah haruslah betul dan keluarga kena sedar kedudukan.
Aku faham perasaan confessor sebab pengalaman aku agak sama. Keluarga suami terlalu bergantung kepada suami sampai tahap tak berdikari. Aku katakan keluarga ya, bukan sekadar ibu bapa mertua. Ya, kami suami isteri direzekikan ada pekerjaan yang stabil dan dari segi luaran mungkin nampak agak senang.
Tapi ini bukan bermakna kami sering tunjuk mewah sebab kami sangat bersederhana dalam kehidupan. Kami sentiasa berjimat dan menyimpan untuk masa kecemasan dan masa depan anak. Orang nampak kami senang sebab kerjaya kami, tapi orang tak nampak yang kami pakai kereta yang sama walau kereta itu dah berbelas tahun usianya.
Selagi elok, pakai. Barang rumah pon beli yang berbaloi sahaja, tak beli di kedai mahal. Pakaian pon sama, setiap kali raya, kami suami isteri beli satu je baju baru. Anak-anak kami beli lebih sikit. Duit kami selain menyimpan, kami banyak pakai untuk bawa anak bercuti.
Kami bawa anak bercuti dalam negara sahaja sebab kami sedar hari biasa kami sangat sibuk dengan kerja jadi masa cutilah masa untuk luangkan masa berkualiti dengan anak – anak. Yang jadi isunya adalah pabila keluarga mertua tidak reti berjimat.
Boros dan bila sesak, cari suami. Mereka kurang berusaha tapi selalu buat ayat sedih dan play v1ctim. Contohnya suami ada seorang kakak yang tak bekerja dan tinggal berdekatan dengan rumah mertua. Jadi memang selalulah dia dan keluarganya singgah dan tidur di rumah mertua.
Konon dia anak yang baik sebab selalu melawat mertua tapi sebenarnya aku tengok dia macam suka balik sebab dia boleh relax main telefon, bab lain, mertua uruskan. Makan, mertua masak, rumah tak perlu kemas sangat, baju mertua basuh dan lipatkan, anak – anak boleh dijaga bersama – sama.
Duit dia pon jimat sebab tak perlu beli bahan dapur dan sebagainya. Walaupun dia sekeluarga yang rajin tidur rumah mertua, bila ada kerosakan atau apa – apa, mertua akan call suami aku untuk bayar kerosakan itu ini.
Contohnya baru ni peti ais rosak, kelam kabut mertua call minta betulkan, beli baru sebab susah barang dalam peti ais rosak. Sebelum tu kakak suami yang kerap datang rumah mertua komplen rumah panas, mintak suami aku belikan aircond sebab katanya kesian mertua duduk dalam rumah yang panas.
Tak faham kenapa kena minta dari suami aku sorang, sepatutnya minta adik beradik sorang sikit sponsor aircond kot. Takpon disebabkan sebenarnya ko yang rasa lecah ketiak duduk rumah mertua, ko la belikan. Kalau tak mampu beli aircond, belikan la extra kipas, ini tak, terus minta.
Ada benda yang reasonable boleh la suami aku belikan tapi kalau bukan keperluan, ada masanya suami tak beli dan message adik beradik lain minta kongsi bayar. Tapi macam biasa ada adik beradik yang respon kurang berduit untuk turut sama menyumbang. So biasanya portion from suami aku paling besar.
Aku tak kisah suami tolong keluarga dia kalau benar mereka orang susah tapi tolonglah sedar anakmu kini ada keluarga sendiri untuk dinafkahi. Mainkan peranan sama – sama. Dah tahu tak berduit sangat, berjimatlah, jangan terlalu meminta sehingga menyusahkan anak menantu atau membuatkan anak menantu berg4duh.
Yang aku perasan mereka suka tunjuk mewah sebab katanya ada anak yang bekerjaya bagus, sangat bangga boleh tanggung itu ini tanpa berfikir komitmen anak. Bayangkan raya, 2 tahun sekali kena tukar langsir dan karpet. 3 – 4 tahun sekali kena tukar perabot, baru meriah katanya.
Juadah raya kena pelbagai, baru nampak kaya. Kuih raya nak jenis premium yang tentunya mahal, tapi nak banyak jenis dan minta dari suami aku. Katanya untuk jamu tetamu kena bagi yang terbaik, padahal pakai duit orang.
Korang tau kan kuih raya premium berapa harganya dan kalau kena beli berjenis – jenis, korang rasa? Tu belum bab kalau kuih raya tak habis, senang hati je buang lepas raya sebab kononnya kuih dah lama. Padahal kalau rasa, elok je lagi kuihnya.
Sayang kot duit dan makanan tu. Tapi sebabkan bukan mereka yang beli, memang tak rasa apa – apa sangatlah setakat membuang dan membazir. Mak mertua aku suka cerita pasal anak kawan dia yang selalu bawa bercuti sana sini.
Itu sebenarnya hint dia nak kami bawa berjalan. Setahun sekali memang kami ada bawa dia berjalan tapi tak boleh kerap sebab biasanya adik beradik lain nak ikut tapi macam biasa semua mengharapkan kami. Contohnya pernah pergi bercuti ke pantai timur.
Ada aktiviti pulau dan sebagainya juga. Tapi dari rumah mertua nak ke pantai timur agak jauh dan masing – masing tak larat drive katanya, minta sewakan kereta besar beserta driver. Suami cakap costly, baik bawa kereta masing – masing.
Then kakak suami cakap, duit ko banyak – banyak nak buat apa, baik menyumbang kepada keluarga, senangkan keluarga, tak ingat dah ke peng0rbanan keluarga lepas dah senang? Mertua pon pujuk suami aku jadi main sponsor trip bercuti. Suami aku jadi serba salah bila mertua masuk campur.
Aku kesian kat suami, antara nak jadi suami dan bapa yang baik untuk keluarga kecilnya dan juga jadi anak yang baik untuk ibu bapanya. Ada benda kami boleh elak, kami elak, kalau takde pilihan, kami tutup mata, jalan je dengan harapan Allah murahkan rezeki kami.
Tapi untuk terus bertahan as if kami takde masalah itu susah. Bila bercuti, kakak dia suka lepas tangan. Dia suruh anak – anak pimpin tangan saud4ra dengan alasan bonding time padahal dia laki bini nak dating dengan aman.
Penat layan per4ngai sorang – sorang. Kalau ditegur, merajuk, lepas tu mertua akan side dia. So diam je la melainkan kalau dah tak tahan sangat. Sejak akhir ni kami banyak juga say no, tambahan bila anak – anak kami m4kin besar sebab komitmen kami m4kin tinggi.
Bila explain, mereka buat tak endah dan tetap meminta selain mengungkit peng0rbanan mereka dahulu. Bila dengar cerita suami aku, kadangkala aku terfikir peng0rbanan mana yang asyik disuruh ingat tu? Nak kata masa kecik, suami aku dimewahkan atau dibawa bercuti, tidak. Beli hadiah Bila birthday suami aku pon tidak.
Yang aku tau bila suami dengan happynya share berita gembira naik pangkat, terus family mertua suruh open table. Bila time birthday suami dan kami balik rumah mertua, mereka belikan kek, lepastu cakap birthday boy bila nak open table?
Belanjalah mak yang lahirkan ko dan bapa yang bersusah payah jaga ko, adik beradik jangan lupa sebab kita susah senang bersama. Bila birthday dorang, jangankan open table, lagi meminta adalah. Tapi biasa kami tak layan. Cukuplah.
Aku pernah terasa dengan mertua yang selalu katanya tak berduit. Tak rasa hidup kaya. Tapi tak tahulah apa yang susahnya, bil – bil rumah anak – anak yang bayar. Setiap bulan anak – anak bagi duit. Maintenance kereta dan segala kerosakan suami aku tanggung. Barang rumah rosak, call je suami aku untuk setelkan. Apa yang susah lagi?
Bila nak sesuatu, bila takde duit dicarinya suami aku. Bila berduit, kami dilupakan. Pernah mertua dapat duit terpijak, dia belikan anak perempuan dan cucu perempuan dia barang kemas. Anak aku tak dapat sebab anak aku lelaki.
Aku tak kisah pon anak aku tak dapat, tapi terasa kecil hati jugalah sikit. Kenapa perlu discriminate? Ye lelaki tak pakai barang kemas, tapi kalau dia adil, duit yang nak spend kat cucu – cucu boleh bagi seadilnya. Macam mak ayah aku, bila beli barang kemas harga RM500 kat cucu perempuan, anak lelaki aku dapat cash RM500.
Tapi ye la duit mertua, suka hati dialah. Cuma aku terkilan sebab dia cerita kat aku, baik tak perlu cerita. Tahun lepas Kakak ipar aku bagi cadangan nak bercuti kat homestay with private pool, minta suami aku carikan homestay konon nak buat family day.
Suami suruh dia arrange dan kumpul duit semua adik beradik, sebab suami sibuk hujung kerja hujung tahun, tak dapat manage. Sampai sudah senyap je cadangan tu. Haha. Sebab selama ni kami kena arrangekan, duIukan duit sendiri, tapi lepas tu masing – masing bayar sikit atau terlupa.
So dapatkan free vacation. Sorry ya, no more. Kebaikan ada batas. Berusahalah sendiri jika nak apa – apa. Ipar lagi sorang suka update media sosiaInya. Bulan lepas dia buat kenduri aqiqah anak dia. Dia decide nak buat kambing golek.
Tempah baju baru, pelamin baby, dessert table dan beli doorgift (tak tahu sapa start kenduri aqiqah pon perlu doorgift, tapi since ianya trend, ipar aku kena buat. Tak boleh kalah. Haha). Kalau tengok list tu korang tau kan benda tu costly dan sebenarnya tak perlu?
Aqiqah zaman dulu buat kenduri, ya. Tapi buat nasi berlauk sebab lebih kenyang dan jimat. Tapi jamu kambing golek nampak classy dan presentable kan, so dia tempahlah. Then mertua aku cakap takde makanan berat lain, kesian tetamu.
Ipar aku cakap dah beribu spend as per plan, takde duit dah nak tambah makanan lain. So mertua pon cakap kat adik beradik lain, suruh sponsor sorang sikit. Mertua list kan menu tambahan dan semua kena menyumbang. Tiba kannn. Haha.
Orang lain taste nak majlis mewah, tak pasal – pasal semua orang kena keluar duit. Padahal boleh je adjust betul – betul dan jangan overspend dekat benda tak perlu. Oh lepas semua orang setuju sponsor makanan sorang sikit (malas nak g4duh dan anggap sedekah jamu orang makan), ipar aku tetiba ada extra duit weyh, dia mampu hire photographer. Korang rasa?
Aku confess sebab nak orang tau kadangkala bukan orang so called berduit ni kedekut, tapi penat juga kalau sentiasa diambil kesempatan. Risik sama komitmen adik beradik sebelum seronok meminta. Berjimat on your end.
Kalau valid susah, kami tolong, tapi kalau sekadar nak berlagak dan suka bermewah tanpa berusaha, maaf ya, kami tak cop duit. Sabar orang ada limit, jangan kikis sampai kami jauhkan diri. Or even worst, jangan sebab korang suami isteri berg4duh, suami tak dapat tunaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa selayaknya.
Kalau rasa masih tak puas kikis duit anak atau adik beradik, jangan bagi dia kahwin, jangan biar dia buat dosa kalau isteri tak redha. Tapi sanggup ke korang tengok adik korang hidup sorang – sorang bilamana korang bahagia ada keluarga kecil masing – masing? Tepuk d4da, tanya selera.
Berubahlah, berjimatlah dan berusahalah semampu mungkin. We have had enough. Tak larat dah nak berjimat cermat tapi terp4ksa spend dekat korang yang suka bermewah tanpa keluarkan duit. No, not anymore! – Cempaka (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
Salina Gunawi : Sebenarnya memang ada je famili yang t0ksik macam ini. Maaf saya memang tak layan. Sekilas ikan dilaut sudah saya kenal jantan atau betina. Jadi kalau saya terasa nak dikenakan saya memang undur diri awal – awal. Yang penting suami tunaikan tanggungjawab dia sebagai anak. Adik beradik tu… kau fikirlah sendiri.
Najjihah Mustafa : Nak setiap tahun pergi bercuti , tukar perabot, beli barang – barang dapur untuk mertua. Senang je. Setiap bulan adik beradik suami kena menyumbang Rm100. Buat tabung khas. Untuk bercuti, beli perabot. Setiap sorang boleh merasa. Sis jadi bendahari kutip duit. Cakap sape yang tak melabur duit.. tak boleh join skali. Biar ipar – ipar dengan mertua tu terbukak mata sikit.
Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/
PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.