Kakak berlagak macam anak orang kaya sedangkan kami miskin. Dia malu ayah datang naik motor buruk, terp4ksa sewa kereta

Ayong saya sangat cantik, kulit putih cerah dan gebu. Ayong sentiasa jadi anak emas mak. MaIangnya bila mak s4kit ayong takde pun jaga mak. Ayong takde pun bermalam di hospitaI teman mak. Ayong tengok d4arah haid mak pun ayong munt4h – munt4h geli.

#Foto sekadar hiasan. Saya terpanggil untuk membaIas confession berkenaan anak emas. Ramai yang kata anak sulung paling berk0rban, paling ters4kiti. Tak semua anak sulung tersisih dan tak semua anak sulung tak dapat perhatian ibu bapa. Ada je anak sulung yang ditatang bagai minyak yang penuh tapi acah – acah ‘m4ngsa’.

Maaf jika penyusunan ayat saya tunggang langgang, saya bukan novelis. Saya Orked dan sekarang hampir menginjak 40 siries. Saya bukan anak sulung tapi anak ke-3 dari 5 orang adik beradik. Yang sulung perempuan, kemudian lelaki, saya, adik lelaki dan adik perempuan.

Sempurnakan keluarga saya. Ya nampak sempurna tapi keluarga saya penuh drama seperti siri senetron yang tak pernah habis. Di sini saya hanya nak bercerita berkenaan kakak sulung saya yang ditatang bagai minyak yang penuh. Ayong, kalau kau baca ni, tolong ambil masa dan musabahah la diri tu.

Kak Yong saya sangat cantik, kulit putih cerah dan gebu. Memang saya akui kak yong saya cantik. Kak yong dari kecil sampai besar adalah anak favourite mak saya walau mak saya menafikan sekerasnya tapi itu lah hakik4tnya.

Keputusan UPSR kak yong tak berapa bagus tapi sebabkan kak yong nak sangat duduk asrama, parenta pegi merayu di PPD dan alhamdulillah permintaan kak yong termakbul. Sejak kak yong sekolah asrama semua orang kata kak yong pandai.

Dan sebagai anak perempuan paling besar di rumah walaupun pada ketika itu saya sepuluh tahun saya umpama kakak sulung di rumah.. tiba – tiba mengambil alih tugas seorang kakak. Waktu itu kami sangat susah. Abah hanya pekebun kecil dan mak hanya buat kuih muih di jual di kantin sekolah.

Owh lupa, masa sekolah rendah kak yong malu nak bawak kuih ke kantin sebab jatuh standard nya sebagai gadis paling cantik di ketika itu dan selalunya saya la jadi m4ngsa. Oleh sebab kesian dengan mak, saya ikut je apa yang mak cakap.

Berbalik semula dengan kak yong masuk asrama. Belanja kak yong sangat besar, kak yong boros konon – konon anak orang berapa. Kami ni la adik beradik tolong abah di kebun sawit setiap hujung minggu untuk mendapatkan belanja yang lebih sebab kak yong masuk asrama.

Kak yong kalau pulang dari asrama akan naik Kereta. Tak nak abah ambil dengan motor cabuk abah. Kadang – kadang abah terp4ksa sewa kereta untuk ambil kak yong, tak pun kak yong menumpang orang kampung yang kebetulan anaknya belajar di sekolah yang sama.

Lepas SPM, kak yong masuk kolej swasta. Saya melihat abah dan emak bergolok bergadai untuk pendaftaran kak yong. Kak yong dapat politeknik tapi dia enggan pergi sebab jatuh standard katanya. Mak mula bekerja di kilang belacan untuk menampung perbelanjaan yang besar.

Dan saya serta adik lelaki akan slot in kalau ada rakan – rakan mak yang cuti. Masa tu saya berumur 13 tahun dan bersekolah petang. Adik lelaki saya hanya slot in untuk hujung minggu. Kami akan pergi kerja seawal 5 pagi dan pulang dalam pukuI 10 pagi.

Sampai rumah, saya akan tanak nasi dan masak lauk sedikit. Kebiasaanya kangkung goreng belacan dan telur d4dar atau kalau mewah sikit hari tu dapat la makan ikan kembung goreng di patah dua. Saya masih ingat kata – kata mak bila duit upah kami kerja di kebun sawit atau di kilang mak ambil untuk tampung kak yong di kolej,

“kita tolong kak yong sekarang nanti bila kak yong dah senang dia akan tolong kita” Dan sampai sekarang kami masih menunggu kak yong tolong kami. Kadang – kadang saya dan adik lelaki akan borak – borak sambil ketawa mengenangkan kak yong.

Kak yong gagal masa di kolej tapi menggunakan kabel kak yong dapat bekerja sebagai kerani di sebuah company terkemuka. Kerja kak yong dah bagus tapi nafsu kak yong sem4kin besar.. kak yong ada hobi iaitu mengumpul hutang.. dari anak d4ra sampai la dah kahwin sampai la sekarang.

Suami isteri suka berhutang dan akhirnya kami adik beradik yang terp4ksa membantu kak yong. Adik bongsu ada juga bersuara kalau tengah senang tak ingat family sini asyik mentua je la. Tapi bila susah sini koreknya.. mudahkan hidup kak yong saya.

Itu sedikit sebanyak kisah kak yong yang merupakan anak emas mak, kenapa saya kata anak emas emak, ini adalah sebabnya :

1. Emak tak pernah suruh kak yong membantu di dapur. Mak selalu bagi alasan konon ayong penat bukan senang belajar di asrama. Abih saya ni tak penat, pagi kerja petang sekolah hujung minggu kebun sawit.

2. Emak guna duit kami adik beradik untuk kak yong. Kami ni nak tukar baju sekolah pun kena cari sendiri. Mujur la kami jenis pandai cari duit

3. Masa saya kecik, ada orang jual kain ela ke rumah. Mak akan panggil ayong pilih dulu. Dan ayong akan pilih kain dia. Lepas tu mak akan ambil je mana – mana yang ok untuk saya. Dan bila malam tengok kain yang mak bagi orang lagi cantik, ayong menta – menta nak kain tu juga. Jadinya raya orang hanya pakai bekas pakaian raya ayong.

3. Kalau ayong balik kampung, mak akan suruh orang buat air la idang makanan dalam talam tapi kalau orang balik mak akan suruh masak di dapur

4. Bila raya saya memang akan jadi pembantu mak masak masak untuk juadah raya. Mak akan ketuk pintu bilik saya bukan ayong.

5. Ayam adalah satu makanan yang hanya makan bila ada apa – apa yang istimewa dan selalunya makan sorang sikit. Saya baru je nak ambil ayam, mak dah tepis – “tinggalkan untuk ayong kamu”. Kecik hati saya

6. Saya dapat belajar di universiti dan dapat biasiswa dan biasanya kita akan dapat refund yuran untuk sem satu, duit buku dan duit belanja.

Mak guna duit saya biasiswa saya sebanyak RM1500 untuk majlis kawin kak yong. Mak cakap nanti kau kahwin ayong bantu la. Saya pun kahwin, satu sen pun ayong tak bantu. Oleh sebab mak dah guna duit saya 1500, saya terp4ksa bekerja untuk menampung belanja saya di uni.

Nasib baik la makcik kedai makan tu terima saya kerje basuh pinggan. Dapat la makan free setiap hari. Pakcik Khai dan Makcik Laila, terima kasih atau budi kamu berdua. Sebenarnya banyak lagi tapi cukup la list kan lima je.

Terus terang saya yang membesar dengan mak selalu makan hati dengan apa yang terjadi. Ayong sentiasa jadi anak emas mak. MaIangnya bila mak s4kit ayong takde pun jaga mak. Ayong takde pun bermalam di hospitaI teman mak.

Ayong tengok d4rah haid mak pun ayong munt4h – munt4h geli. Jadi, jangan la selalu kata anak sulung tersisih. Saya ni anak nombor tiga yang selalu ters4kiti. Yang selalu pujuk hati sendiri. -Kak Lang ters4kiti- – Orked Perantau (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Anna Kirana : Kami ada 6 beradik, memang arw4h nenek lebihkan abang long tapi arw4h mak ayah tak pernah bezakan. Abang long selalu buat hal arw4h ayah b4ntai dia cukup – cukup. Syukurnya sebab parents tak pernah pilih – pilih kasih semua dilayan adil.

Masa kami kecik – kecik susah bila arw4h ayah beli rambutan akan dibahagi sama rata. Begitulah kami dididik. Sekarang saya didik anak – anak begitu juga tak pernah pilih kasih untuk ketiganya semua sama. Anak – anak kita dari rahim yang sama kenapa perlu dibeza? Sebab tak pandai? Sebab tak cantik? Manusia ni sama je di sisi Allah takde beza yang beza iman dan amal so parents kena stop pilih – pilih kasih ni. Mend3ra mentaI dan em0si anak.

Syakriah Ishak : Kini bila kita dah jadi parent, hentikanlah per4ngai tak bertamadun parents dahulu kala. Padahal setiap zuriat berkongsi rahim yang sama. S4kit bersalin, nyawa bagai di hujung tanduk sama dirasa setiap kali kehamilan dan bersalin. Sudah – sudahlah membezakan.

Sya Nysya : Selalu anak – anak yang akan rasa mak ayah pilih kasih sedangkan mak ayah tak pernah mengakui. Dulu saya rasa mak saya pilih kasih sebab semua suruh saya buat sedangkan adik tidak. Dah jadi emak baru saya faham, mak akan suruh anak yang dia boleh harap. Sama aje di mana – mana, di tempat kerja pun sama, staff yang boleh selesaikan kerja cepat akan sentiasa diberi tanggungjawab sebab staff tu boleh diharapkan.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.