Kakak dan abg ipar cakap nak jaga mak tapi mereka buIi mak. Mak mengadu dekat anak yamg lain, semua tak percaya cakap mak

Mak aku mengadu kat adik beradik lain tapi dorang tak percaya sebab akak dengan abang ipar ni pandai cover nak tutup, semua nampak baik je. Sampailah suatu masa dorang balik mengejut dan tengok sendiri depan mata barulah dorang percaya..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum… Aku Lisa (bukan nama sebenar). Aku sedar diri aku siapa, tapi kenapa buat aku macam ni? Apa silap aku? Selama ni aku cuma bertahan tapi aku pun manusia yang ada limit kesabarannya.

Kalau nak ikutkan rasa terc4bar ni. Herm dah lama dah.. Cuma nak jaga hubungan silaturahim dan keluargaan. Semoga boleh dijadikan pengajaran. Semua masalah ni timbul bila akak dan abang ipar aku (suami isteri) balik pindah ke kampung duduk sekali dengan mak ayah aku.

Sebelum ni aku memang duduk bertiga jer dengan mak ayah aku. Suami isteri ni cakap nak jaga mak ayah aku sesambil tu mereka nak berniaga makanan. Akulah manusia yang paling bersyukur dan excited sekali masa tu. Tapi cuma aku tak tunjuk laaa.

Aku seorang yang bukan jenis bersosiaI, suka duduk sorang – sorang dalam bilik, tapi bersebab selepas sesuatu kejadian tu berlaku. Aku ni jenis tak masuk campur sangat pun urusan hidup orang lain. Kalau ada orang luah aku dengarlah.

Cuma kali ni tergerak hati nak bercerita apa yang aku lalui. Kalau nak tahu apa yang buat aku tr4uma tu. Bacalah sampai habis. Mula – mula dulu, aku bantu juga si suami isteri buat persiapan nak berniaga. Buat kuih, kupas kelapa mesin kelapa, tolong mereka meniaga apa semua tu la.

Suami isteri ni jual nasi lemak lauk pauk kuih muih. Dari malam lagi suami isteri ni bertungkus – lumus siapkan makanan nak dijual. Aku faham suami isteri ni susah, ada anak – anak masih belajar. Dan ada juga yang dah bekerja sebagai beruniform. Tapi yela jugakkan ekonomi sekarang ni.

Aku bukan kisahkan pasal usaha suami isteri ni cari rezeki tapi sikap, per4ngai tu. Yelaaaaaa dah duduk rumah orang tua kan mesti ada caranya. Jangan buat sesuka hati. Jadi manusia yang ada common sense dan empathy.

Aku awal – awal jer excited nak tolong. At the end tawar hati dah menguasai diri. Aku ni jugak cepat bosan dan sensitive jugaklah orangnya. Teliti akan kebersihan. Aku ni bab masak memang failed. Tapi bab mengemas rumah no satu.

Aku tolong sebab aku pun tak kerja masa tu. Aku s4kit. Lama – lama tu baru tahu per4ngai suami isteri ni macam mana? Orang kata tak kenal maka tak cintakan. Hehehe dah bercucu pun masih lagi berper4ngai macam tu.

Bab duit atau upah ni memang susah sangat suami isteri ni nak bagi. Dan aku memang tak pernah mintak pun. Makan jela lauk – pauk yang ada tu. Kadang – kadang rasa teringin jugakkan nak makan. Kalau ada lebihan yang tak terjual tu boleh jer makan.

Mak ayah aku mestilah back up aku dan selalu tanya. “duit topup ke sesepuluh ringgit tak dapat ke?” Aku cuma angkat bahu jela. Memang tak de. Tolong ikhlas jela.. Buat yang mana termampu. Aku ni makan ubat bila s4kit jer.

Tiap – tiap bulan s4kit. Tapi mak ayah aku jela yang tahu. Okey seterusnya.. kalau nak makan apa – apa yang suami isteri ni masak mesti aku mintak izin dulu. Kene keraskan hati juga sebab ada mata yang memerhati menjeling jer bila nak ambik lauk yang mereka ni masak untuk niaga. Duduk serumah kan. Berkira tak payah cakaplah. Dengan mak ayah aku pun berkira.

Suami isteri ni cerewet tau, kalau kita tolong ade jer tak kene kat mata mereka. Teruslah kene melenting. Suami isteri ni suka berg4duh mulut juga tau. Orang belah utara ni kasiaq sikit bahasa nya. Fuhhh s4kit menusuk kalbu jugak bila kene tu.

Perkataan b***h pun aku dah kene tau sebab buat silap. Better aku tak tolong langsung. Tapi tak tenang jugaklah sebab jenis suka cakap belakang. Tahu – tahu orang bercerita pasal kita. Tapi mak ayah aku ni kan, tak pernah berkira pun walaupun beras untuk makan, barang dapur suami isteri ni guna buat untuk niaga. Kereta suami isteri ni rosak ayah aku bayarkan.

Bil api air dorang guna kadang – kadang tertangguh mak ayah aku tak pernah pun berkira. Tak bersuara pun. Sebab tahu mulut mereka ni macam mana. Kalau nasihat tu suami isteri ni boleh terima, kami buat kenduri kesyukuran. Huhu.

Dulu aku rasa marah juga bila tengok sampah sarap suami isteri tu tak pernah buang, perkakas berniaga tu mereka guna tu tak basuh, besar – besar berat tu nak angkat. Rumah tak bersapu lepas guna dapur. Barang peribadi pakaian suami isteri ni lagi la. Baju suami isteri ni basuh asing tapi mak aku sidai.

Mak aku dah usia 70 an tau. Kene buat semua tu untuk mereka. Mak aku ni tak suka rumah bersepah. Samalah macam aku. Aku? Sekali sekala boleh laa tahan kan nak tolong buatkan untuk suami isteri tu. Tapi mereka ni lebih pada nak ambik kesempatan jer.

Tak pernah nak berubah pun. Sikit perkata yang keluar dari mulut isteri tu “kesian” tapi tak tolong pun mak aku. Yela bila suami isteri ni balik dari niaga, rumah dah bersih. So balik lepak jer la tidur. Itu jela. Lepastu keluar balik.

Malam operasi masak – masak. Tak de nampak pun ke arah perubahan nak buat semua tu selama suami isteri selama duduk rumah tu. Aku rasa nak meng4muk jer tapi mak aku selalu cakap “sabarlah adik” “sabarlah adik”. Itu jela perkataan yang keluar dari mulut mak aku. Tapi aku tahu mak aku dah kecewa sangat.

Aku ni malas nak layan em0si sebab aku tak sihat. Sampai aku cari kerja kat luar malas nak hadap. Cuma simpati kat mak ayah aku tu kene tanggung semua ni. Mak aku ni ada jer mengadu kat adik beradik lain tapi dorang tak percaya sebab akak dengan abang ipar ni pandai tau cover nak tutup semua tu. Depan manis jer.

Haaaa… Sampailah suatu masa tu dorang balik meng3jut dan tengok sendiri depan mata barulah dorang percaya. Bila dah terhantuk baru terngadah. Hermmm orang kata sampai bila nak tahan kan? Aku pun terasa hati sampai tak ambik peduli langsung hal suami isteri ni.

Sampailah suatu masa suami isteri ni ambik keputusan nak pindah dekat bandar. Bila dah keluar cakap aku pulak yang halau. Aduhai.. Padahal masa suami isteri ni nak pindah pun aku tak tahu. Tahu – tahu barang – barang dah takde.

Walaupun duduk serumah aku dah jarang sangat bercakap lepas kejadian tu. Aku dapat tahu, akak aku yang lain cakap aku halau suami isteri ni. Hermmmm terk3jut jugaklah. S4kit giIa hati aku. Lepastu si isteri ni cakap dia pindah rumah tu sebab aku tak sukakan mereka.

Aku psycho jugak apa yang aku tak suka? Kalau dia jawab sebab aku tak suka sikap pengotor diorang tu aku nak ketawa giIa – giIa. Eh aku cuma tak cerita pun yang aku pernah nampak “tut tut” abang ipar, tidur terbumkang merata jer nak tidur.

Bilik rumah mak ayah aku punyalah banyak kosong. Sebab tu la jugak aku ni suka duduk dalam bilik memerap. Aku anak d4ra tau. Itulah kejadiannya yang menyebarkan aku jarang nak keluar bilik tau. Kadang – kadang suami dia tu pakai tuala jer lepak dekat meja makan.

Aku ni jugak kene mengalah pusing balik masuk bilik. Kita ni jenis lapar tak menentu kene tahan la. Malu sangat. Orang sekeliling aku ni asyik bercakap pasal si suami isteri ni tau. Aku diamkan jer aku tahu, aku tak payah buktikan apa – apa beriya nak buat orang percaya.

Lambat laung dorang tahu sendiri biar dorang hadap biar dorang lalui sendiri rasa apa yang aku rasa. Lagi satu, aku tahu suami isteri ni jenis tak boleh terima teguran, pendapat, pandangan orang lain. Selalu suami isteri ni jer nak nampak baik nak nampak hebat. Zuhud maksum dan sebagainya. Tapi tak de apa pun.

Si suami isteri ni sama jer tak de beza. Balik – balik aku yang kene nanti. So diam dan menjauhkan diri itulah yang terbaik. Apa yang suami isteri ni sebarkan tentang aku tu, aku dah tak fikir aku cuba nak lupakan. Apakah salah aku kan?

Aku terima tapi jangan buat kat mak dan ayah aku. Kau tak nak balas jasa takpe, kau tak ingat apa yang mak ayah dah bagi tak pe. Tapi jangan s4kitkan hati dorang. Sekarang tengok tak dan lama manapun perniagaan kau tu.

Doa ibu direct terus sampai tau. Mak ayah kecewa dia takkan bersuara. Tapi kita kene ingat Allah mengadili setiap hati manusia. Dari aku sendiri. Jujur tiada dendam dan tiada benci. Kalau aku membenci manusia pun sama jer aku benci ciptaan Allah. Berubahlah, belajarlah, dan perbaikilah diri sendiri. Yang benar benar ikhlas dari hati, Lisa (Bukan Nama Sebenar)

Komen W4rganet :

Kird Ree : Ni jenis orang yang tak tahu adab. Sama je rasa macam confession yang aku pernah baca sebelum ni laki bini yang berjimak tapi tak consider rumah tu ada orang lain. Maybe ko bukan jenis sound setepek. Kalau parents sendiri pun taknak bangkit bersuara, hadapi jelah semua tu . Seseorang kena bangkit sebab isu macam ni ramai yang terkesan. Bukan punca masalah tu je.

Mashitah Mashie : Alhamdulilah.. legaaa DAH pindah pasangan tersebut..it’s ok… lama ke lamaan. Segala pembohongan akan orang tahu jugak. Biar masa ja yang tentukan.. ok? Sekarang hidup tenang – tenang saja.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.