Kakak pemalas tak reti jaga anak. Baju kotor anak tak dibasuh, anak tak bagi makan. Aku jadi kuIi jaga anak saud4ra

Kak Lin hanya ibu pada nama sahaja. Pantang ada masa luang, dia akan tidur ataupun pegang HP. Anak tak terjaga. Kalau aku tak bagi makan, anak saud4ra aku tu tak makan la. Sekarang dia nak berhentikan anak sekolah sebab MALAS nak ambik..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku Aifa berumur 27 tahun, berasal utara tanah air dan akan berkahwin hujung tahun ni (In Shaa Allah doakan). Aku tidak bekerja bahkan tidak mempunyai gaji tetap oleh kerana aku menjaga Mama aku yang memang tak boleh buat kerja rumah. Babah aku dah lama meninggaI.

Dikesempatan ni aku ingin meluahkan perasaan aku tentang Kak Lin dan anaknya yang dah lama aku simpan sendiri. Aku pernah tegur Kak Lin tapi ibarat aku mencurah air ke daun keladi. Walaupun aku takde anak, namun aku tahu sedikit sebanyak tentang parenting, tentang panjagaan anak.

Berlainan dengan Kak Lin yang sudah mempunyai anak akan tetapi layanan dia terhadap anaknya tidak seperti seorang ‘ibu’. Bagi aku, Kak Lin hanya ibu pada nama sahaja. Bagaimana tidak, semua penjagaan harian anaknya, Uwais aku yang uruskan. Dari mandi, bagi makan dan lain – lainnya.

Mama Uwais bekerja di pasaraya berdekatan kawasan rumah. Bekerja shift secara bergilir dan boleh dik4takan banyak masanya berada di rumah. Tapi sayang, masa yang dia ada tu hanya digunakan untuk handphone, makan, tido dan begitulah berulang setiap kali dia ada di rumah.

Dan Kak Lin tersangatlah sayang akan tidurnya. Pantang ada masa terluang tidur saja kerjanya. Nak luangkan masa bersama Uwais jauh sekali. Pakaian KaK Lin dan Uwais penuh raga. Yang kotor tidak dibasuh, yang bersih tidak terlipat dek kemalasan.

Baju Uwais tu dah penuh bakul tak reti – reti nak lipat. Yang susahnya aku sebab aku yang mencari baju, sebab aku yang jaga anak dia. Dari segi makan pulak, kalau aku tak masak dia takkan masak ya. Semua nak orang buat kalau boleh makanan pun aku suapkan.

Sudahlah aku yang masakkan, periuk belanga yang aku guna pun tak boleh tolong basuh. Padahal dia melantak jugak apa yang aku masak. Katanya bukan dia yang guna buat apa nak basuh. Ada suatu kejadian, hari rabu dia pulang kerja pukuI 4 petang. Dan masuk kerja semula pada Khamis pukuI 2 petang.

Pada hari Khamis tersebut, Uwais balik sekolah awal pada pukuI 1.30. Boleh pulak Kak Lin tidur sepanjang pagi tersebut dan hanya bangun untuk bekerja semata bukan untuk ambil Uwais kat sekolah. Dah alang – alang pun kerja lewat apa kata ambil Uwais pulang sekolah dulu lepas tu terus pergi kerja.

Katanya tak dan kalau ambil Uwais sebab Uwais keluar lambat. Padahal sepanjang Uwais sekolah dan Kak Lin shift tengahari, hanya 2 kali tak sempat jumpa Uwais kat rumah. Selebihnya sempat berjumpa kat rumah dan Kak Lin tengah melantak nasi atau bersiap – siap. Itu ke yang dimaksudkan tidak sempat nak ambik Uwais kat sekolah?

Dia ada minta tolong ambilkan Uwais tapi aku buat keras kepala. Dah dia boleh sayang tidur kenapa aku tak boleh buat hal aku jugak. Sewaktu kejadian tersebut, Kak Lin ada bagitahu yang dia nak berhentikan Uwais dari bersekolah oleh kerana takde siapa nak ambik Uwais.

Padahal sewaktu dia bekerja, aku selalu je ambil Uwais sekolah. Disebabkan dia buat per4ngai sayang akan tidurnya itu aku pun mula buat per4ngai keras kepala aku. Dahlah aku menjaga makan, minum anaknya satu sen pun takde upah. Perli aku ada la.

“Seb0doh – b0doh aku pun ada ler gaji beribu sebulan, engkau cerdik tu apa yang kau ada” – Kak Lin. Yang takde apa – apa ni lah yang jaga anak kau. Yang mengajar anak engkau mengenal ABC, 123. Daripada tak kenal huruf dah kenal huruf selancar – lancarnya.

Ada ke kau ni mengajar anak kau sendiri ABC? takde. Adapun aku yang suruh engkau ajar supaya Uwais tu tahu dia masih ada sesosok manusia yang digelar ‘Ibu’. Tapi bila kau mengajar anak kau apa kau buat? Kau tengking dia. Kau ajar dia macam dia dah lama bersekolah. Dia datang semula pada aku nak aku yang ajar dia.

Orang yang takde apa – apa ni jugak lah yang bagi makan anak kau tu tau? Kalau mengharapkan engkau m4ti kebulur la Uwais tu. Aku juga lah yang jaga anak engkau setiap hari non stop. Walaupun sewaktu kau ada kat rumah.

Kenapa kau tak jaga anak kau sendiri? Sebab kau lagi sayang handphone daripada anak engkau. Sepanjang Uwais bersekolah, sekalipun aku tak pernah tengok dia basuh baju sekolah Uwais apalagi nak sidai yang sudah aku sental.

Ya aku tahu aku ni tak bekerja. Tapi bersebab. Dia yang bekerja setiap hari non – stop baju Uwais semua ketat, k0yak takde pulak nak beli baju baru. Kalau bekerja duit selalu tak cukup nak buat apa. Anak pun terabai baik tak payah kerja.

One more thing, aku yang takde apa – apa, yang takde duit beribu ni lah sayang dan jaga anak kau macam jaga anak aku sendiri. Kau pun tak boleh nak jaga anak kau macamtu. Dasar tak kenang budi! Yang paling aku s4kit hati, Uwais kan dah start sekolah jadinya aku tidurkan Uwais awal la.

Tapi bila Kak Lin balik dia k3jut Uwais. Uwais bangun semula dan berbual ngan Kak Lin tapi dia pulak yang marah Uwais tak nak tido. Lepastu Uwais belum tidur balik, dia dah pegi dapur nak makan, tinggal macamtu ja anaknya.

Aku lah yang kena tidurkan semula. Siapa je tak beng4ng. Pandai k3jut pandai la tidurkan semula. Sebelum aku tamatkan penulisan aku, aku nak tanya pendapat korang lah pasal hal ni. Patut ke aku buat semua kerja yang sebetulnya Kak Lin yang harus lakukan?

Contohnya basuh baju – baju Uwais, sidai, lipat dan sebagainya. Tapi andaik4ta aku buat semua tu senang la hati Kak Lin sebab dia tak payah buat kerja langsung. Kalau aku tak buat pulak aku jugak yang susah pasalnya aku yang kena cari dan pakaikan baju kat Uwais.

Entah lah. Kalau pendapat korang camana? Ok lah itu saja lah confession aku kali ni. Thanks admin dan para readers sudi baca. Maaf kalau agak panjang sebab aku geram sangat dengan per4ngai Kak Lin yang tak pernah berubah. – Aifa (Bukan nama sebenar)

Aku harap confession kali ni pun diterima. Thanks juga untuk para readers mendoakan yang baik – baik dan beri komen positive. Wallahi aku menangis baca komen korang. Sebak.. Tujuan aku menulis confession kali ni adalah untuk menyambung dan menjawab beberapa persoalan di confession yang sebelum ni.

Aku memang tak sampai hati nak biarkan Uwais. Dah la Ibunya ‘takde’. Kalau aku pun abaikan dia jugak, kesian kat budak tu, str3ss jadinya. Tapi ntah lah.. Ya Ayah Uwais (aku namakan Abang Yus) ada tapi pjj di negeri selatan tanah air.

Abang Yus bukan tak ambik tahu pasal Uwais. Ada je dia bagi duit bulanan untuk Kak Lin dan Uwais. Abang Yus ni jenis lurus. Kadang – kadang aku kesian ngan Abang Yus. Yelah dapat isteri yang takde function. Pemalas teruk.

Korang bayangkan Abang Yus cerita kat aku yang dia bagi duit pada Kak Lin tapi tanpa ucapan terima kasih dari Kak Lin. Abang Yus agak terkilan sebab bini dia tak menghargai apa yang Abang Yus bagi. Biasalah hidup manusia sorang ni selalu mendongak langit.

Abang Yus memang baik. Bagi aku perfect. Time dia balik kampung dan nampak pinggan kotor, dia tolong basuh. Berbeza sangat – sangat dengan Kak Lin. Abang Yus memang tersangat rajin. Ada yang kata ‘communicate is the key’ tapi kalau dah berbuih mulut aku bagitahu tapi tak diendahkan oleh Kak Lin.

Semua perbelanjaan rumah ditanggung sepenuhnya oleh Mama. Mama dapat duit pencen RM1000 sebulan. Dari barangan dapur, bil elektrik, bil air dan semua jenis bil Mama yang tanggung. Aku as ‘penjaga Mama’ rasa tak adil. Kita ni biasalah ada time malas nak masak, nak makan kat luar je.

Tapi bila makan luar, Mama suruh belikan untuk semua termasuk untuk Kak Lin sebab Mama kata tak adil kalau tak beli untuk semua. Tapi time nak buat kerja rumah aku buat sorang Mama tak pikir pun benda tu adil ke bagi aku.

Mama nak minum air pun aku yang Mama panggil. Walaupun Kak Lin ada sebeIah Mama. Mama nak makan apa – apa pun sama. Walaupun gaji Kak Lin beribu tapi takde pulak dia nak beli keperluan rumah. Korang bayangkan, susu tin habis dia tak pernah beli. Walaupun setiap hari dia minum air bersusu.

Nak tak nak aku terp4ksa belikan. Ye lah Mama pun setiap hari minum air bersusu. Kalau tidak akan hypo. Ke mana duit gaji ribu riban yang dia banggakan sangat tu aku tak tahu. Nak kata habis kat Uwais pun dah berapa lama Uwais tak merasa baju baru.

Waktu Uwais kecik dulu, Kak Lin pernah ditegur tak reti jaga anak. Tegur depan – depan dia. Tapi korang tahu apa yang dia jawab? Dia kata, “Alah Abang Yus yang nak sangat anak, aku tak nak pun. Aku tak sedia lagi”

Habistu kalau tak sedia yang kau kahwin buat apa. Alasan macam apa je. Itu sajaIah yang mampu aku coretkan kali ni. Maaf kalau aku ada tersalah cakap. Terima kasih. – Aifa (Bukan nama sebenar)

Komen warganet :

Nurulain Khairul Anam : Entahlah sis kalau aku jadi kau pun aku dilema. Ikut keras kepala, memang aku biar kan je. Makan pakai sekolah anak dia, lantak lah pandai lah dia uruskan. Tapi sebab tau dia takkan uruskan, kalau biar kesian budak tu.

Dia kecik lagi taktau apa. Bukan salah dia pun. Mak dia tu yang b0doh sangat. Tapi tulah kalau dibuat, m4kin melampau kakak kau si tolol tu. Aku pun taktau nak cakap cane. Moga kau kuat lah sis hadap kakak b4ngang camtu. Aku doakan kau dapat pahala berlipat ganda sebab kau jaga anak menakan, kau bersabar dengan kakak kau si b0doh tu. Moga terus kuat ya.

Husna Rahman : Kesian kat uwais sebab tak bersalah. If boleh teruslah jaga dia tapi duduk umah lain sebab risau kalau mak dia jaga nanti budak tu terabai dan kena d3ra. Sekarang kes macam – macam sis. Please sis jangan tinggalkan budak tu demi kebaikan dan keselamatan budak tu. Kesian dia kecik lagi kurang kasih sayang dan perhatian.

Dah baca, tinggalkan komen dan share ya. Terima kasih! Hantar kisah anda di sini -> https://hai.mehbaca.com/submit/

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.