Kaki ayah kena p0tong, aku dan ibu kumpul duit buat kaki palsu. Dalam keadaan macam tu ayah ada skandal selama 10 tahun

Ayah p4ksa aku uruskan hal pencen arw4h ibu. Bila dapat je, kad pencen ayah bagi dekat Ahlong. Baki hanya tinggal seribu. Tak cukup lagi, aku tengok semua baju arw4h mak dah berkemas. Ayah nak kahwin baru duduk dengan skandal..

#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum semua. Di sini aku hanya ingin meluah perasaan yang terbuku dalam hati. Setidaknya boleh meluah sedikit rasa beban ini. Aku A, perempuan. Berusia akhir 20-an merupakan anak tunggal sejak kecil. Ditatang bagai minyak yang penuh oleh arw4h ibu dan ayah aku.

Arw4h ibu meninggaI tahun lepas sehari selepas pulang mengerjakan haji. Semoga Allah mengampunkan semua d0sa – dosa2 arw4h ibu aku. Betapa mudahnya pemergian ibu. Arw4h ibu merupakan bekas guru. Aku saksi air mata ibu terhadap ayah sejak kecil lagi. Cerita ini mengenai ayah aku.

Ayah aku memang manjakan aku sejak kecil. Segala apa yang aku mahu akan ditunaikan. Aku sayang ayah. Namun, sejak kecil aku menjadi saksi segala d0sa terangan yang ayah buat. Ambik aku dari sekolah agama kemudian singgah di kedai toto.

Nak beli barang katanya. Allah. Walaupun berumur 10 tahun ketika itu, aku tahu benda tu. Tapi aku diam dan rasa sangat malu. Apalah daya budak usia tu. Pernah aku nampak ayah curi – curi makan rambutan ketika bulan puasa.

Aku bagitau arw4h ibu. Mereka berg4duh dan tidak lama kemudian berbaik. Arw4h ibu dan ayah selalu bertengkar soal kewangan. Duit ibu selalu hilang. Kadang – kadang balik sekolah ibu menangis kerana duit yang disimpan untuk beli makanan hilang. Bila tanya ayah of course dia tidak mengaku.

Ibu orang yang gemar barang kemas. Simpanan barang kemas ibu pun hilang. Ayah buat cerita ada orang pecah masuk rumah. Arw4h ibu percaya dengan ayah. Lagi sadis tabung raya dari kecil aku simpan selalu hilang. Sampai ada satu masa aku kata dengan arw4h ibu aku dah tak nak menabung sebab tak guna menabung tapi duit selalu hilang.

Belum sempat untuk masukkan dalam bank. Ibu tau itu perbuatan ayah. Ayah tidak akan mengaku dan siap bersumpah. Mereka akan berg4duh dan akhirnya ibu akan beralah dan meminta maaf. Aku tau disudut hati arw4h ibu ketika itu dia tau itu perbuatan siapa.

Untuk pujuk aku ketika itu, arw4h ibu gantikan balik duit tabungan aku yang hilang dan terus masukkan di dalam bank. Masa kecil, aku dah merasa pengalaman sembunyi daripada ahl0ng. Ahl0ng datang ke rumah mintak duit dan cari ayah aku. Kami menyorok ketika itu.

Ketika itu ibu bekerja. Seusia muda masatu aku ikut sahaja ayah. Tup – tup ada satu hari tu arw4h ibu keluarkan duit simpanan. Masuk kereta sambil menangis beri kepada ayah. Ayah menangis dan berjanji akan pulangkan. Sampai dewasa aku tak pernah nampak ayah pulang duit ibu.

Pernah ibu berseloroh bertanya tapi ayah buat tak endah. Allah. Aku rasa duit yang dikeluarkan tu untuk lunaskan hutang ayah. Ini semua aku cerita pengalaman aku dari kecil sampai dewasa. Pembaca boleh melihat betapa dari aku kecil hingga dewasa peng0rbanan ibu terhadap ayah. Lupa nak bagitau.

Ayah aku hanya bekerja sebagai peraih sawit biasa. Dalam doa arw4h ibu setiap hari mengharap ayah untuk bertaubat. Ayah tidak pernah pergi masjid. Sembahyang jumaat. Usahkan solat jumaat, solat biasa pun culas. Ibu selalu tegur ayah.

Selalu bukak ceramah kuat – kuat sebeIah ayah tentang d0sa meninggaIkan solat jumaat. Ikutkan ayah merupakan cucu imam. Namun betullah. Iman tak dapat diw4risi. Arw4h ibu cerita dia dan ayah dijodohkan oleh keluarga.

Ibu taat pada arw4h atuk untuk menerima pinangan walaupun ibu berat untuk menerima. Sekarang aku cerita masalah sebenar. Dalam aku pertengahan umur 28, ayah aku disahkan menghidap k3ncing manis dan kakinya terp4ksa dip0tong.

Masatu hanya tuhan yang tahu. Arw4h ibu sabar menemani ayah. Ayah down tapi ibu tetap di sisi. Jaga ayah dan ulang alik hospitaI. Ibu sanggup keluarkan duit untuk kaki palsu ayah. Aku dan arw4h ibu sama – sama tong – tong duit beli kaki palsu.

Walaupun waktu itu ibu memang simpan duit tu untuk kegunaan jika dipanggil mengerjakan haji. Aku nampak penyesalan sementara ayah ketika itu. Kalau sebelum ni, ayah memang simpan hasil duit sawit yang dia petik.

Tak bagi ibu merasa walaupun kebun sawit tu atas nama arw4h ibu. Ketika kaki sudah dip0tong, dia insaf sementara untuk beri duit tu dan jugak kerap beli barang – barang dapur yang tidak cukup. Bahagia kami ketika itu.

Oh ya walaupun ada kaki palsu namun ayah setiap hari di bangku wheelchair. Sampai sekarang. Kaki palsu tu untuk kegunaan jalan dekat je. Dan juga nak tutup malu dia dari orang ramai ketika di luar rumah namun, sikap ayah ni tidak lama.

Waktu bulan puasa dengan selamba minum dengan alasan tidak larat. Ibu faham mungkin dari simptom s4kit k3ncing manis dia tidak boleh hypo. Namun yang malunya, dia ajak kawan – kawan muda dia mer0kok. Di belakang rumah.

Lupa. Sejak tiada kaki, ayah tidak berkerja. Dia upah budak – budak muda untuk bersihkan halaman rumah. Budak – budak muda ni yang dia ajak mer0kok. Kantoi dengan ibu. Ibu meng4muk. Malu betul masatu. Orang kata lagi tua mengajak yang muda ke arah kebaikan namun ini sebaliknya.

Oh ya. Aku lupa. Korang tau apa yang ayah aku minum ketika bulan puasa? Air k3tum guys. Dengan alasan boleh sembuhkan peny4kit k3ncing manis dia. Ayah dapat stok dari kenalan dia. Apalah daya aku dan arw4h ibu ketika itu. Tidak lama selepas itu, aku dapat tau ayah aku curang belakang arw4h ibu.

Kantoi ketika aku terbaca wasap ayah. Ayah mintak aku betulkan hp dia yang kerap h4ng. Ada no tak dikenali panggil wasap ayah dengan panggiIan sayang. Mendidih aku ketika itu. Waktu tu bulan puasa guys. Balik tu aku memang tak bercakap dari ayah.

Aku pendam kemarahan. Aku serabut tak tau cara nak bagitau arw4h ibu. Allah. 2 hari sebelum puasa aku kumpul keberanian. Aku tunjuk ss wasap Iuc*h ayah dengan perempuan tu kepada ibu. Ibu hanya diam. Tak mengeluarkan air mata. Tarik nafas dan confront dengan ayah. Yang pelik nada ibu hanya senada.

Tidak nada tinggi. Mengharap jawapan dari ayah. Yang kelakar sampai kesudah ayah tak mengaku. Walaupun tunjuk bukti. Esoknya mereka tidak bertegur. Aku tak nampak ibu sikit pun mengalirkan air mata. Setiap hari ibu sembahyang tahajud.